Saturday, June 30, 2012

Haji tidak mabrur I

1. Jemaah kurang mendalami ilmu ibadat haji dan tidak tepat melaksanakannya. Sering
    tersilap atau terkeliru. Dengan itu terikut-ikut dengan cara orang lain beribadat yang
    kadang-kadang melanggar syarat sahnya. Oleh itu, atasilah dengan:
a)      Mempelajari dari guru yang muktabar dalam bidang haji yang mengikut
     Muzakarah Ibadat Haji;
b)  Banyak membaca buku bimbingan haji dan kisah tauladan dalam ibadat haji;
c)  Menonton video/CD haji atau dokumentari yang memberikan gambaran lokasi
     di Tanah Suci Mekah; dan
d) Banyak bertanya kepada orang yang berpengalaman dalam ibadat haji.

2. Menderhaka atau mengabaikan kedua-dua ibu bapa.
     a) Sering berlaku anak-anak yang mengiringi ibu bapa yang uzur ke Tanah Suci
         Mekah, kemudian mengabaikan mereka. Ibu bapa tersebut merasa amat kecewa;
         dan
     b) Ada juga anak yang tidak bertegur sapa dengan ibu bapa kerana berkelahi,
         kemudian pergi ke Mekah tanpa restu mereka. Oleh itu, segeralah memohon maaf
         dan sentiasa mengamalkan ihsan dengan ibu bapa.

3. Mengabaikan ibadat pada masa lalu. Tujuan ke Tanah Suci Mekah hanyalah untuk
    mendapat gelaran ‘Haji’ dan ‘Hajjah’. Di Mekah, kurang melakukan amalan kerana
    sudah terbiasa meringan-ringankan hukum. Perbetulkan sikap dengan:
    a) Hendaklah mempunyai daya kekuatan untuk bertaubat bersungguh-sungguh (taubat
        nasuha) dan amat menyesali perbuatan yang lalu; dan
    b) Banyak berdoa dan insaf sepanjang berada di Mekah dan Madinah kerana di sinilah
        tempat paling mustajab berdoa.

4. Menggunakan wang perbelanjaan dari sumber yang tidak jelas halal dan haramnya
    (syubhah) atau tidak menjelaskan zakat terlebih dahulu. Berhutang atau memaksa anak
    untuk membiayai pemergian Haji.
    a) Syarat haji mabrur hendaklah menggunakan perbelanjaan dari sumber yang paling
        bersih dan halal, dan tidak memaksa untuk mendapatkan sumber bekalan dari orang
        lain walaupun anak sendiri. Tetapi jika diberi dengan ikhlas wajib diterima; dan
    b) Hendaklah terlebih dahulu mengutamakan zakat dari menunaikan haji kerana zakat
        diperintahkan selepas solat.

 5. Masih mengamalkan perkara-perkara khurafat dan kepercayaan karut-marut yang
     dianggap sebagai sebahagian dari kepercayaan agama seperti masih mempercayai
     bomoh syirik (kahin-menggunakan jin) atau mengamalkan kepercayaan yang
     tidak diasaskan oleh Islam. Tidak akan mendapat haji atau umrah yang mabrur bagi  
     seseorang itu selagi ia mengamalkan perkara-perkara syirik. Contoh perkara khurafat
     seperti memeluk tiang jin di Masjidil Haram atau mencuri tali khemah Arafah untuk
     dijadikan pelaris jualan. Perkara ini amat bertentangan dengan syarak yang mesti   
     dijauhi.

( JAWHAR, JPM  2010 )

Haematology V


  1. If a particular agglutinogen is present on the RBC’s, corresponding agglutinin will be absent in the plasma and vice versa. Who state this law?
Karl Landsteiner

  1. Name one vitamin K antagonist
Dicoumarol / Warfarin / Phenindione ‘/ Nicoumalone

  1. Who discovered thr Rh (Rhesus) factor?
Landsteiner and Weiner

  1. Name the solution used to store blood in a blood bank.
Acid-citrate-dextrose (ACD) solution / Citrate phosphate dextrose-adenine (CPD-A) solution

  1. At what pH is blood stored in a blood bank?
pH 5.4 – 5.8

  1. At what temperature is the blood stored in a blood bank?
At 4ºC

  1. When certain agents, in-vitrobind to Ca² and interfere with blood clothing. What are the called?
Chelating agents

( Physiology , UMS 2008 )

Haematology IV


  1. What are the bits of thrombus called when they break off and travel in the blood stream?
Emboll

  1. What is the graft from ane person to another person called if the graft from one site to another site in the same person is called autograft?
Allograft / homograft

  1. What is the normal body temperature in degrees Celsius?
37°C

  1. What is the process of cell-drinking called if the process of cell-eating is called phagocytosis?
Pinocytosis

  1. What is factor IV of the blood-clotting factors?
Calcium ion

  1. What is factor I of the blood-clotting factors?
Fibrinogen

  1. Why is the urine in pre-hepatic jaundice / haemolytic jaundice not yellow in colour?
Unconjugated bilirubin is protein-bound and cannot be excreted

  1. Which vitamin is required for the synthesis of clotting factors II, VII, IX dan X?
Vitamin K

  1. What is the site of production of blood clotting factors?
The liver

  1. What is the the normal blood platelet count?
150 000 to 400 000/ µL

( Physiology , UMS 2008 )

Haematology III


  1. What will hypoproteinaemia in a person lead to?
Oedema

  1. What is the process of piling up of erythrocytes called?
Rouleaux formation

  1. What is the loss of free haemoglobin by the kidneys in urine called?
Haemoglobinuria

  1. What is the loss of blood by the kidney in urine called?
Haematuria

  1. What is condition due to deficiency of alpha or beta chain in the adult haemoglobin (HbA)?
Thalassaemia

  1. What is the other name for colloidal osmotic pressure?
Oncotic pressure

  1. What  is procedure where the whole blood is withdrawn from an animal and the cells are suspended in the same volume of Ringer Locke solution and re-injected into the animal called?
Plasmapheresis

  1. In an average young adult male, if 7% of the body weight is mineral, 15% is fat and 18% is protein and related substances, what is the remaining 60% made up of?
Total body water

  1. Which type of white blood cell count would increase in allergic conditions of the human body?
Eosinophils

  1. How much  iron is present in 100 mL of blood containing 15 gm of Hb if the iron cntent of Hb is 0.33%?
Approximately 50 mg iron

( Physiology , UMS 2008 )

Haematology II


  1. What is the main source of erythropoietin?
The kidneys

  1. What is the site of action of erythropoietin?
Bone marrow

  1. Where is the blood group agglutinogen present?
Surface of RBC

  1. What is the straw coloured fluid that separates after a clot is  formed?
Serum
  1. What is the major difference between plasma and serum?
Absence of clotting factors in the serum

  1. What is the normal prothrombin time?
10 – 12 seconds

  1. Which blood cell count would be increased in a person suffering from bronchial asthma due to allergy?
Eosinophils

  1. Wha is the clinical condition where the bleeding time is prolonged while the clotting time is normal?
Thrombocytopenic purpura

  1. What is the term used to describe a condition where the platelet count is decreased?
Thrombocytopenia

  1. Name the disease caused by deficiency of ceruloplasmin.
Wilson’s disease

Haematology I


  1. What is the normal pH of blood ?
 7.4

  1. What is the specific gravity of normal human blood?
 1050 - 1060

  1. What is the average number of red blood cells present in one cubic milimetre of adult human blood?
 5 million cells / mm²

  1. What  are the platelets also called as?
 Thrombocytes

  1. What is the the proportion of plasma present in a normal adult?
 55%

  1. What is the total amount of plasma proteins present in a normal adult?
  6 – 8 g %

  1. What is present in the vesicles of the thrombocytes?
5-hydroxy tryptamine (5-HT)

  1. What is the normal ratio of albumin to globulin?
2:1

  1. Which ingredient in the blood is responsible for exerting the colloidal osmotic / oncotic pressure?
Albumin

  1. Where in the body are the plasma proteins, albumin and fibrinogen synthesized?
The liver

 ( Physiology , UMS 2008 )

Friday, June 29, 2012

Belajar dari KM

Senarionya adalah di sebuah restoran di Osaka. Keenam-enam orang itu bertemu sebaik sahaja selepas rembang. Selepas mengucap selamat dan berbual tentang hal remeh temeh, setiap orang memesan stik. Apabila selesai makan sajian utama, Matsushita memiringkan badannya kepada Ogawa, pengurus besarnya untuk meminta ketua tukang masak yang memasak stiknya datang berjumpa. Hanya separuh stik itu dimakan oleh Matsushita.

Wajah tukang masak kelihatan cemas, kerana dia tahu bahawa pelanggan yang memanggilnya itu seorang tokoh penting.

Kamu amat bersusah payah memasak stik ini, tetapi saya mampu makan hanya separuh sahaja. Ini bukan kerana tak sedap. Stik ini cukup sedap. Tetapi kamu tahu-tahu sajalah, umur saya lapan puluh tahun dan selera saya sudah tidak macam dulu lagi. Saya minta nak bercakap dengan kamu kerana saya khuatir kalau-kalau kamu akan berasa tersinggung apabila di dapur nanti kamu mendapati saya menjamah separuh sahaja stik ini.

Itulah selingkar kisah Konosuke Matsushita  (KM) yang dilahirkan pada penghujung akhir abad ke-19. Pada zaman belianya, dia banyak mengalami keperitan hidup. Apabila dia mula bekerja sendiri pada tahun 1917,bermodalkan hanya 100 yen, pendidikan formal yang kurang daripada empat tahun, tidak mempunyai apa-apa perhubungan dengan orang penting tetapi mempunyai sejarah keluarga penuh trauma. Namun firmanya yang kecil dan kekurangan  modal itu berkembang di bawah kepimpinannya selaku saudagar usahawan yang kian pintar.

Layani  orang yang berurusan dengan anda seolah-olah mereka itu sebahagian daripada keluarga anda. Kemakmuran bergantung pada sebanyak mana persefahaman yang diterima oleh seseorang itu daripada orang-orang yang menjalankan perniagaan dengannya. ……

Khidmat selepas jualan lebih penting daripada memberi khidmat sebelum jualan. Melalui khidmat yang seperti itulah seseorang itu memperoleh pelanggan tetap….

Jangan jualkan barang-barang yang menarik perhatian pelanggan, tetapi juallah barang-barang yang memberi manfaat kepada mereka……

Sebarang pembaziran walaupun sehelai kertas, akan meningkatkan harga keluaran sebanyak harga sehelai kertas itu…..

Kehabisan stok adalah disebabkan oleh kecuaian. Jika ini berlaku, minta maaf kepada pelanggan, minta alamat mereka dan katakana bahawa anda akan menghantarserahkan barang-barang itu dengan segera.

KM mempercayai takdir yang menentukan sesuatu rencana rambang. Takdirlah yang menyebabkan kejayaan budak miskin mewujudkan salah sebuah syarikat terbesar di muka bumi ini. Juga melonjakkan seorang manusia tanpa pendidikan formal yang banyak, tanpa kenalan dan kedudukan yang membantu memimpin negaranya memasuki revolusi ekonomi. Apakah lagi yang dapat menjelaskan hakikat bagaimana seseorang itu boleh memulakan sesuatu dengan tangan kosong dan mengakhirkannya dengan memperoleh kekayaan yang melimpah ruah dan dikagumi oleh seluruh bangsa.

Sesungguhnya, apakah lagi yang  boleh menjelaskannya?

Wallahu’alam.

( Kepimpimpinan Matsushita, John P. Kotter )

Strategi kalah


  1. Perangkap indah (perangkap pujuk rayu, gunakan perempuan untuk memerangkap lelaki)
Kirimkanlah musuh anda dengan perempuan-perempuan cantik yang akan menyebabkan perselisihan di garis pertahanan mereka. Strategi ini dapat dilakukan pada tiga tahap. Pertama, penguasa akan terpesona oleh kecantikan sehingga melalaikan tugasnya dan tahap waspadanya akan menurun. Kedua, para lelaki akan menunjukkan sifat agresifnya yang akan menyebabkan berlakunya perselisihan kecil di antara mereka, yang melemahkan semangat kerjasama dan menghilangkan semangat. Ketiga para perempuan akan dimotivasikan oleh rasa cemburu dan iri hati, sehingga akan melakukan tindakan yang pada akhirnya akan menyebabkan keadaan makin buruk.

  1. Kosongkan benteng
Merupakan perangkap psikologi, benteng yang kosong akan membuat musuh beranggapan bahawa benteng tersebut penuh dengan perangkap. Ketika musuh kuat dalam segi jumlah dan situasinya tidak menguntungkan anda, tanggalkan seluruh muslihat ketenteraan dan bertindaklah seperti biasa. Jika musuh tidak  mengetahui secara pasti situasi anda, tindakan yang tidak biasa ini akan meningkatkan sikap berwaspada. Dengan sebuah keuntungan, musuh akan mengurangkan serangan.

  1. Biarkan mata-mata musuh menyebarkan konflik di wilayah pertahanannya (gunakan / mata-mata musuh untuk menyebarkan informasi palsu )
Lemahkanlah kemampuan tempur musuh anda dan secara diam-diam timbulkan konflik antara musuh dan rakan sekutu, penasihat komandan, perajurit serta rakyatnya. Ketika mereka sibuk menyelesaikan konflik internal (dalaman), kemampuan tempur dan bertahannya akan menjadi lemah.

  1. Lukai diri sendiri untuk mendapatkan kepercayaan musuh ( musuh ke dalam perangkap, jadilah umpan )
Berpura-pura terluka boleh menimbulkan dua kemungkinan. Pertama, musuh akan bersantai sejenak kerana dia tidak melihat anda sebagai satu ancaman serius. Kedua, ampu musuh anda dengan berpura-pura terluka sehingga musuh merasa selamat.

  1. Ikat seluruh kapal musuh secara bersama-sama ( jangan sesekali bergantung pada satu strategi )
Dalam hal-hal yang penting, seseorang harus menggunakan beberapa strategi yang dijalankan secara simulasi. Tetap berpegang pada rancangan berbeza-beza yang dijalankan dalam sebuah skema besar. Dengan cara ini, jika satu strategi  gagal, anda masih memiliki beberapa strategi untuk tetap maju.

  1. Jika semuanya gagal, mundur!
Selain 35 strategi tersebut, salah satu yang paling terkenal ialah strategi ke-36,
yakni lari untuk bertempur pada waktu yang lain. Hal ini diabadikan dalam
bentuk peribahasa Cina yang ertinya, jika semuanya gagal, mundur!.

Jika semua rancangan anda mengalami kegagalan, mundurlah dan selamatkanlah
bekalan makanan. Ketika pihak  anda mengalami kekalahan hanya ada tiga
pilihan, takni menyerah, kompromi atau melarikan diri. Menyerah adalah
kekalahan total, kompromi adalah setengah kalah, tetapi melarikan diri bukan
merupakan kekalahan. Selagi anda tidak kalah, anda masih memiliki sebuah
kesempatan untuk menang!.

Wallahu'alam

( Seni Perang Sun Tzu, Tjio Tjiang Feng )

Strategi pendekatan



  1. Gantikan balak dengan kayu buruk
Ganggulah formasi (susunan) musuh, ganggu kaedah operasinya, ubah aturan-aturan yang digunakannya serta buatlah sebuah hal berlawanan dengan latihan standardnya. Dengan cara ini anda telah meruntuhkan tiang-tiang sokongan yang diperlukan oleh musuh dalam membangunkan pasukan yang efektif.

  1. Periksa pokok mulberi dan ganggu ulatnya
Untuk mendisiplinkan, mengawal dan mengingatkan suatu pihak yang status atau kedudukannya di luar konfrontasi (berhadapan) secara langsung, gunakan analogi atau sindiran. Tanpa menyebut namanya secara langsung , pihak yang tertuduh tidak akan dapat memukul kembali tanpa pihak yang jelas.

  1. Berpura-pura menjadi seekor babi untuk memakan harimau (bergaya bodoh)
Sembunyi di sebalik topeng kebodohan, mabuk atau gila untuk menimbulkan kebingungan atas tujuan dan motivasi anda. Halau lawan anda ke dalam sikap meremehkan kemampuan anda sehingga pada akhirnya mereka terlalu yakin akan diri sendiri sehingga menurunkan level pertahanannya. Pada situasi ini, anda dapat menyerangnya.

  1. Jauhkan tangga ketika musuh telah sampai di atas (seberangi sungai dan hancurkan jambatan)
Dengan umpan dan tipu muslihat, musuh anda dapat dihalau ke kawasan yang berbahaya. Kemudian putuskan saluran komunikasi dan jalan untuk melarikan diri. Untuk menyelamatkan dirinya, musuh harus bertarung dengan kekuatan anda sekaligus dengan elemen alam.

  1. Hiasi pokok dengan bunga palsu
Meletakkan bunga sutera di atas pokok memberikan sebuah ilusi bahawa pokok tersebut sihat. Muslihat dan penyamaran akan membuat sesuatu yang tidak bererti kelihatan berharga. Tidak mengancam, tetapi kelihatan berbahaya. Bukan apa-apa, tetapi nampak berguna.

  1. Buat tuan rumah dan tamu bertukar tempat
Kalahkan musuh dari dalam dengan menyusup masuk ke dapam benteng lawan di bawah muslihat kerjasama, penyerahan diri atau perjanjian damai. Dengan cara ini anda akan menemui kelemahan dan kemudian ketika pasukan musuh sedang beristirehat, serang jantung pertahanannya secara langsung.

( Seni Perang Sun Tzu, Tjio Tjiang Feng )

Strategi Chaos ( membuat bising )


  1. Jauhkan kayu api dari tungku (tanggalkan pemegang dari kapak)
Ketika menemui musuh yang sangat kuat, untuk menghadapinya secara langsung anda harus melemahkannya dengan meruntuhkan keperluan asasnya, kemudian menyerang sumber tenaganya.

  1. Menangguk di air keruh
Sebelum menghadapi pasukan musuh, buatlah kekacauan untuk melemahkan semangat dan pertimbangan mereka. Buatlah sesuatu yang luar biasa, aneh dan tidak terfikir oleh musuh sehingga menimbulkan rasa curiga dan menganggu fikiran musuh. Musuh yang bingung lebih mudah untuk diserang.

  1. Tanggalkan kulit serangga (perlihatkan kesilapan untuk menipu musuh)
Ketika anda dalam keadaan jauh, hanya memiliki kesempatan untuk melarikan diri dan harus mengambil berat keadaan kelompok, buatlah sebuah ilusi. Sementara itu, perhatian musuh akan terfokus atas muslihat yang anda lakukan, pindahkan pasukan anda secara rahsia di belakang muka anda yang kelihatan.

  1. Tutup pintu untuk menangkap pencuri
Jika anda memiliki kesempatan menawan seluruh musuh, lakukan sehingga pertempuran berakhir dengan segera. Membiarkan musuh terlepas sama dengan menanam bibir konflik baru. Namun jika mereka berjaya melarikan diri, berhati-hatilah ketika mengejarnya.
  1. Berkawan dengan Negara jauh dan serang Negara jiran
Sudah menjadi rahsia umum bahawa negara yang berjiran satu sama lain sering menjadi musuh, sedangkan Negara yang terpisah jauh merupakan sekutu yang baik. Ketika anda adalah terkuat di sebuah wilayah, ancaman terbesar adalah dari kuasa kedua yang terkuat di wilayah tersebut, bukan dari yang terkuat di wilayah lain.

  1. Cari laluan selamat untuk menjajah kerajaan Guo
Pinjam sumber tenaga sekutu untuk menyerang musuh bersama-sama. Setelah musuh dikalahkan, gunakan sumber tenaga tersebut untuk menempatkan sekutu anda pada kedudukan pertama yang akan serang kemudian.

( Seni Perang Sun Tzu, Tjio Tjiang Feng )

Strategi penyerangan


  1. Kejutkan ular dengan memukul rumput di sekitarnya

Ketika anda tidak mengetahui dengan jelas rancangan lawan, serang dan pelajari reaksinya. Perilakunya akan membongkarkan strategi yang dimiliki.

  1. Hidupkan kembali orang yang mati
Ambil sebuah lembaga, teknologi atau kaedah yang telah dilupakan bahkan tidak digunakan lagi, kemudian gunakan untuk kepentingan diri sendiri. Hidupkan kembali sesuatu dari masa lalu dengan memberinya tujuan baru atau terjemahkan kembali. Bawa idea-idea, kebiasaan dan tradisi lama dan terapkan dalam kehidupan harian.

  1. Menghalau harimau supaya meninggalkan sarangnya

Jangan sesekali menyerang secara langsung terhadap musuh yang memiliki keunggulan dan keupayaan kerana kedudukannya yang baik. Menghalau musuh agar meninggalkan sarangnya sehingga jauh dari sumber kekuatannya.

  1. Ketika menangkap, lengkapkan satu orang

Mangsa yang dari sudut biasanya akan menyerang secara membabi buta. Untuk mencegah hal ini, biarkan musuh percaya bahawa masih ada kesempatan untuk bebas. Hasrat mereka untuk menyerang akan bercampur dengan keinginan untuk melarikan diri. Ketika pada akhirnya kebebasan yang mereka inginkan tersebut tidak terbukti, moral musuh akan jatuh dan mereka akan menyerah tanpa melawan.

  1. Melemparkan batu bata untuk memperolehi batu jed

Sediakan sebuah perangkap dan perdaya musuh anda dengan umpan. Dalam perang, umpan adalah ilusi atas sebuah kesempatan untuk memperoleh hasil. Dalam kehidupan harian, umpan adalah ilusi atas kekayaan, kekuasaan dan seks.

  1. Kalahkan musuh dengan menangkap pemimpinnya

Jika tentera musuh kuat, tetapi dipimpin oleh komandan yang tamakkan wang dan ancaman, tangkap komandannya. Jika komandan mati atau tertangkap, pasukannya akan terpecah belah atau lari ke pihak anda. Namun, jika pasukan terikat atas sebuah kesetiaan terhadap pimpinannya, berhati-hatilah, mereka boleh melawan dengan motivasi balas dendam.

( Seni Perang Sun Tzu, Tjio Tjiang Feng )

Strategi berhadapan dengan musuh


  1. Buatlah sesuatu untuk hal kosong

Anda menggunakan tipu daya yang sama sebanyak dua kali. Setelah berjaya terhadap tipuan pertama (dan biasanya yang kedua) , musuh akan ragu-ragu untuk bertindak balas pada tipuan yang ketiga. Oleh itu, tipu daya ketiga adalah serangan sebenar untuk memerangkap musuh ketika pertahananya lemah.

  1. Secara rahsia gunakan lintasan Chen Chang (perbaiki jalan utama untuk mengambil jalan lain)

Serang musuh dengan dua kekuatan. Pertama, serangan secara langsung, sesuatu yang sangat jelas dan membuat musuh mempersiapkan pertahanannya. Kedua, secara tidak langsung, sebuh serangan yang bertujuan untuk menakutkan musuh tidak mengira dan membahagikan kekuatannya sehingga pada saat-saat terakhir mengalami kebingungan dan kemalangan.

  1. Pantau api yang terbakar di sepanjang sungai

Tunda memasuki wilayah pertempuran sehingga seluruh pihak yang bertikai mengalami keletihan akibat pertempuran antara mereka. Lalu, serang dengan kekuatan yang penuh dan habis-habisan.

  1. Belati tersarung dalam senyuman

Puji dan ampu musuh anda. Ketika anda mendapat kepercayaan darinya, anda hanya perlu bergerak melawannya secara rahsia.

  1. Pohon Prem berkorkorban untuk Pohon Persik (mengorbankan perak untuk mempertahankan emas)

Ada masanya ketika anda harus mengorbankan tujuan jangka pendek untuk mendapatkan tujuan jangka panjang. Ini adalah strategi kambing hitam, yakni seseorang akan dikorbankan untuk menyelamatkan yang lain.

  1. Curi kambing di sepanjang perjalanan

Sambil tetap berpegang teguh pada rancangan, anda harus fleksibel dalam mengambil keuntungan sekecil apapun dari setiap kesempatan yang ada.

( Seni Perang Sun Tzu, Tjio Tjiang Feng )

Strategi untuk menang


  1. Perdaya langit untuk melalui samudera

Bergerak dalam gelap dan bayang-bayang, memanfaatkan tempat-tempat tersembunyi atau bersembunyi  di belakang layer boleh menimbulkan perasaan curiga. Bagi melemahkan pertahanan musuh, anda harus bertindak di tempat terbuka, tidak memperlihatkan maksud yang tersembunyi dan tetap menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

  1. Kepung Wei untuk menyelamatkan Zhao

Ketika musuh-musuh kuat untuk diserang, seranglah sesuatu yang sangat  berharga yang dimilikinya. Ketahuilah bahawa musuh tidak selalunya kuat dalam semua hal. Entah letaknya di mana, suatu saat pasti ada ruang di antara senjatanya dan kelemahan itu  pasti dapat diserang. Dengan kata lain, anda boleh menyerang sesuatu yang berhubungan atau dianggap berharga oleh musuh untuk melemahkannya secara psikologi.

  1. Pinjam tangan untuk membunuh

Jika kekuatan  anda terhad dan lemah, serang menggunakan kekuatan pihak lain ( tidak menggunakan kekuatan sendiri). ). Perdaya sekutu untuk menyerang musuh, sogok musuh untuk menjadi pengkhianat atau gunakan kekuatan musuh untuk melawan dirinya sendiri.

  1. Buat musuh keletihan sambil mengumpul tenaga

Adalah suatu keuntungan, merancang waktu dan tempat pertempuran. Dengan cara ini, anda akan tahu bila dan di mana pertempuran akan berlangsung sedangkan musuh anda  tidak mengetahuinya. Dorong musuh anda untuk menggunakan tenaga secara sia-sia sambil mengumpul atau menjimatkan tenaga anda. Ketika musuh keletihan dan kebingungan, anda boleh menyerangnya.

  1. Rompak rumah terbakar

Ketika musuh mengalami konflik internal (dalaman), ketika dijangkiti penyakit dan kelaparan, ketika rasuah dan kejahatan bermaharajalela, musuh tidak boleh menghadapi ancaman dari luar. Bererti, inilah masanya untuk menyerang.

  1. Pura-pura menyerang dari Timur, padahal serangan sebenarnya dari Barat

Pada setiap pertempuran, elemen dari sebuah kejutan boleh menghasilkan keuntungan yang berganda. Bahkan ketika berhadapan secara langsung dengan musuh, kejutan masih dapat digunakan dengan melakukan penyerangan saat mereka lengah. Untuk melakukannya, anda harus membuat perhitungan tentang apa yang ada di benak musuh melalui sebuah tipu daya.

( Seni Perang Sun Tzu, Tjio Tjiang Feng )