Friday, June 8, 2012

Mesej Ibu Bapa

Sewaktu kanak-kanak kita mungkin diingatkan dengan :
  • Jangan marah
  • Jadilah seorang yang sempurna
  • Kanak-kanak adalah untuk dilihat dan bukan untuk didengar
  • Apakah yang akan difikirkan oleh orang lain
  • Jangan membuat kesusahan
  • Jika anda tidak boleh mengatakan sesuatu yang baik, jangan berkata apa-apa
  • Jangan ganggu
  • Ketapkan gigi dan tahan sahaja
  • Selesaikan apa yang telah anda mulakan
  • Jangan melawan
  • Orang yang lebih tua lebih mengetahui
  • Berhati-hati, jika tidak, anda akan tercedera

Mesej ’apakah yang akan difikirkan oleh orang lain’ misalnya ia terjadi di kalangan mereka yang membesar di bandar kecil atau ibu bapanya berkedudukan tinggi ( menteri, doktor, pengetua dan lain-lain).

Kesan pita ibubapa ini yang mungkin ialah :

a)      Keperluan kita sebagai seorang dewasa untuk mendapat penerimaan orang lain terhadap perlakuan kita, maka apa sahaja kritikan terhadap perlakuan kita diterima secara peribadi.
b)      Sikap kurang mengambil risiko kerana bimbang orang lain tidak akan bersetuju dengan tindakan kita. Jika kita tidak membuat keputusan dalam kehidupan, kita tidak akan membuat kesilapan, oleh itu boleh melindungi diri kita daripada kritikan.
c)      Seorang dewasa yang mempunyai mesej kanak-kanak seperti ini mungkin akan mengambil kedudukan reaktif dalam kehidupannya, sentiasa menunggu orang lain bertindak dahulu.

Berhati-hatilah dengan ’perangkap kelulusan’. Semakin bersungguh-sungguh kita cuba menyenangkan hati orang lain, kita menjadi semakin tidak gembira apabila mendapati bahawa orang lain masih tidak berpuas hati. Kita tidak akan dapat menyenangkan hati semua orang. Mulalah berjalan mengikut irama gendang sendiri. Kelemahan yang ada pada diri kita mungkin berpunca daripada kesilapan ibu bapa tetapi jika kita tidak berubah itu adalah tanggungjawab kita sendiri.

Satu lagi mesej zaman kanak-kanak yang biasa ialah ’ jika anda tidak boleh mengatakan sesuatu yang baik, jangan berkata apa-apa’, kesannya mungkin:

a)      Tidak memberi kritikan sebab apa yang anda perlu katakan mungkin tidak dianggap sebagai ’baik’ oleh penerima.
b)      Kepercayaan bahawa orang lain tidak berhak mengkritik anda tetapi hanya boleh memberi maklum balas yang baik atau positif.
c)      Kepercayaan bahawa kritik yang tidak baik atau positif adalah tidak elok dan tidak ada kebaikan yang mungkin boleh dihasilkan daripada maklumbalas negatif.
d)      Kepercayaan bahawa adalah lebih baik mengelakkan luahan perasaan negatif daripada berkongsi perasaan tersebut. Oleh itu anda enggan mengkritik orang lain.

Sedarlah, kritikan mempunyai dia interaksi – pemberi dan penerima. Kritikan bukan sesuatu yang mesti kita ’ambil’ tetapi sesuatu yang kita boleh beri tindak balas dan berinteraksi dengannya.

Wallahu’alam.

(Memberi dan menerima kritikan; Patti Hathaway)

No comments:

Post a Comment