Friday, November 30, 2012

Pesimis


Petikan : Kenapakah saya agak pesimis dengan umat Melayu

…….sampai bilakah umat Islam akan berkrisis sebegini?. Kaedah agama mengatakan bahawa kembali kepada kebenaran, lebih baik dari berlarutan dalam kebatilan.

.........kerana keadaan inilah saya kelihatan seperti orang yang berputus asa dan pesimis sekali, pada hal kalau menurut ajaran agama, kita janganlah berputus asa dari rahmat Allah, jadi dengan ini saya ingin tegaskan bahawa saya tidak pernah berputus asa dari rahmat dan hidayah Allah, malah amat mengharap dan berdoa semoga Allah memberikan rahmatNya kepada kita semua, insya-Allah.

Wallaahu a'lam.

Dr Ismail Ibrahim
Sinar Harian 30 Nov 2012

Thursday, November 29, 2012

Kenderaan yang dapat menjadi pahala dan dosa


Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah saw berkata:  Kuda itu ada tiga macam; Kuda yang menjadi dosa bagi seseorang, kuda yang menjadi penghalang bagi seseorang (dari neraka) dan kuda yang menjadi pahala bagi seseorang.

Kuda yang merupakan dosa baginya ialah seseorang yang menunggang kerana riyak dan untuk membanggakan diri serta untuk memusuhi para pemeluk Islam. Maka ia merupakan dosa baginya. Adapun kuda yang menjadi penghalang baginya ialah seseorang yang mengikatnya di jalan Allah. Kemudian dia tidak melupakan hak Allah pada belakang dan leher kuda itu. Maka ia merupakan penghalang baginya daripada neraka.

Sementara, kuda yang menjadi pahala baginya ialah seseorang yang mengikatnya di jalan Allah bagi pemeluk Islam (untuk juhad) di tanah lapang yang banyak tanamannya mahu pun di kebun indah. Tidaklah ia makan sesuatu dari tanah lapang atau dari kebun itu, melainkan ditetapkan kebaikan sebanyak apa yang dimakan darinya dan ditetapkan pula kebaikan baginya sebanyak kotoran yang dikeluarkannya.Tali kekangnya tidak dipotong lalu dijadikan satu cambuk atau dua cambuk, melainkan Allah menetapkan kebaikan baginya sebanyak langkah kudanya atau kotoran yang dikeluarkannya.

Tidaklah pemiliknya melewati sebuah sungai bersama kudanya lalu kuda itu meminum airnya pada hal dia tidak bermaksud memberinya minum, melainkan Allah menetapkan kebaikan baginya sebanyak air yang diminumnya.

            Direkodkan oleh al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Nasai dan at-Tirmizi

Inti sari khutbah

Kenderaan itu memberikan ganjaran berbeza kepada pemiliknya:
 
a) Kenderaan yang menyebabkan pemiliknya mendapat dosa. Iaitu orang yang menaiki kenderaannya dengan riyak dan berbangga diri. Dia juga memusuhi Islam.

b) Kenderaan yang menghalang pemiliknya daripada memasuki neraka. Iaitu orang yang menggunakan kenderaan tetapi tidak melupakan hak Allah yang memberikan kenderaan itu.

c) Kuda yang memberikan pahala kepada pemiliknya, iaitu kenderaan yang digunakan untuk perjuangan dalam menegakkan agama Allah.

Wallaahu a’lam

 ( Khutbah rasulullah; Rohidzir Rais )

Wednesday, November 28, 2012

Semua Allah Punya


Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya

Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya

Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Lihatlah burung yang terbang
Subhanallah itu Allah yang punya

Lihatlah bunga yang mekar
Subhanallah itu Allah yang punya

Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya

Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya

Dari itu janganlah sombong
Janganlah riak serta irihati
Dunia hanya pinjaman sementara
Akhirnya kembali kepada Nya
 
Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya

Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya

Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya

Dari itu janganlah sombong
Janganlah riak serta irihati
Dunia hanya pinjaman sementara
Akhirnya kembali kepada Nya (2X)

Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya

Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya

 Iwan Syahman

LOTs dan HOTs


LOTs:

Resnick (1987) Lower-order thinking (LOT) is often characterized by the recall of information or the application of concepts or knowledge to familiar situations and contexts.

Schmalz (1973) LOT tasks requires a student “… to recall a fact,  perform  a  simple  operation,  or  solve  a  familiar  type  of  problem.  It  does  not  require  the student to work outside the familiar”

Senk, Beckman, & Thompson (1997) LOT is involved when students are solving tasks where the solution requires applying a well-known algorithm, often with no justification, explanation, or proof required, and where only a single correct answer is possible

Thompson 2008 generally characterized LOT as solving tasks while working in familiar situations and contexts; or, applying algorithms already familiar to the student.

HOTs :

Resnick (1987) characterized   higher-order   thinking   (HOT)   as   “non-algorithmic.” 

Stein  and  Lane  (1996) describe  HOT  as  “the  use  of  complex,  non-algorithmic thinking to solve a task in which there is not a predictable, well-rehearsed approach or pathway  explicitly suggested by the task, task instruction, or a worked  out  example.”

Senk, et al (1997) characterized HOT as solving tasks where no algorithm has been taught, where justification  or explanation are required, and  where  more than  one solution  may be possible.  

Thompson (2008) generally characterized HOT  involves  solving  tasks  where  an  algorithm  has  not  been  taught  or  using  known algorithms while working in unfamiliar contexts or situations.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi pada kebiasaannya dirujuk kepada EMPAT aras teratas dalam taksonomi Bloom; iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan merekacipta.

Taksonomi kognitif (Revised Bloom)

Aras 1 : Mengetahui

            Mengingati kembali atau mengenalpasti maklumat yang spesifik
            You tell me; I can tell it back to you

Aras 2 : Memahami
           
Menterjemahkan bahan atau idea daripada satu bentuk ke bentuk lain;
mentaksir bahan atau idea, menganggar trend masa depan
I can tell it back to you and I can explain it

Aras 3 : Mengapalikasi

            Menggunakan bahan / idea / strategi / konsep / prinsip / teori dalam situasi baru
            I can tell it back, explain, give examples, and DO something with it.

Aras 4 : Menganalisis

            Mengasingkan maklumat kepada komponen-komponennya untuk memahami dan
            membuat perhubungan antara komponen
I can tell, explain, apply, give examples and take it apart and examine different
aspects
 
Aras 5 : Menilai
           
Mewajarkan keputusan atau tindakan yang telah diambil ataupun menilai idea /bahan / maklumat / kaedah berdasarkan criteria yang spesifik.
I can tell, explain, give example, apply, take apart and examine, put together with new ways and judge its value, I can do it with several complex ideas and choose
the best one.


Aras 6 : Merekacipta
            Menggabungkan idea / komponen dengan menggunakan idea / komponen dengan
            menggunakan pemikiran yang kreatif untuk menghasilkan idea / struktur baru
            I can plan, apply, take apart, put it together with other things I know to produce,
            invent, design, construct.

(Gerak gempur HOTsSM, 2012)

Tuesday, November 27, 2012

Raja’ bin Haiwah ( 7 )


Setelah itu saya pun menutup matanya dan menyelimutkan tubuhnya dengan kain hijau. Setelah saya tutup pintu biliknya saya pun keluar.

Ketika itu, isteri Sulaiman menghantar seorang utusan kepada saya untuk bertanya khabar Sulaiman dan meminta izin untuk melihatnya. Saya pun membukakan sedikit pintu bilik Sulaiman dan saya katakan kepada utusan itu: Lihatlah, Sulaiman sedang tidur setelah lama berjaga. Biarkanlah dia berehat.
 
Utusan itupun balik dan memberitahu isteri isteri Sulaiman. Isterinya yang mendapat berita tersebut tidak tahu bahawa sebenarnya suaminya sudahpun meninggal dunia. Disangkanya Sulaiman sedang tidur.

Setelah itu, saya pun menutup pintu bilik itu dengan rapat. Saya menempatkan seorang pengawal yang saya percaya untuk menjaga pintu itu. Saya memesan supaya dia tidak bergerak daripada pintu itu sehinggalah saya kembali. Saya perintahkan dia supaya tidak membenarkan walau siapapun untuk masuk menemui khalifah.

Seterusnya saya pun pergi dan apabila orang ramai bertanyakan : Apakah khabar Amirul Mukminin? Saya akan berkata : Semenjak sakitnya, baginda tidak pernah kelihatan sebegini tenang. Mereka berkata: Segala puji untuk Allah.

Setelah memanggil ketua polis dan saya kumpulkan semua ahli keluarga Amirul Mukminin di Masjid Dabiq, saya berkata kepada mereka : Berilah sumpah setia kamu kepada orang yang dinyatakan dalam surat Amirul Mukiminin ini.

Mereka berkata kehairanan : Kami telahpun berikan sumpah setia kami. Apakah kami perlu berikan lagi?. Saya pun menjelaskan : Ini adalah perintah Amirul Mukminin. Berilah sumpah setia kamu seperti mana yang diperintahkan oleh Amirul Mukiminin kepada orang yang dinyatakan dalam surat yang telah dicop mohor ini. Lalu mereka pun memberikan sumpah setia mereka seorang demi seorang.

Apabila saya rasakan saya telah berjaya mengawal keadaan, saya pun menceritakan hal yang sebenarnya. Dengan tenang dan jelas saya berkata : Sebenarnya saudara kamu telahpun meninggal dunia. Kita adalah milik Allah dan kepadaNya kita akan kembali. Saya pun membacakan surat tersebut kepada mereka. Apabila saya membacakan nama Umar bin Abdul Aziz, Hisham bin Abdul Malik menjerit: Saya tidak akan memberikan sumpah setia saya kepadanya selama-lamanya.

Saya pun berkata dengan tegas: Jika demikian, demi Allah saya akan memenggal lehermu. Bangun dan berikan sumpah setia kamu. Dia pun bangun mengheret kakinya. Apabila berada di hadapan Umar dia berkata : Kita adalah milik Allah dan kepadaNya kita akan kembali. ( Dia bersedih kerana khalifah beralih kepada Umar bukan kepadanya atau kepada anak-anak Abdul Malik ).

Umar pun menjawab: Kita adalah milik Allah dan kepadaNya kita akan kembali. (Dia juga bersedih kerana jawatan khalifah beralih kepadanya sedangkan dia tidak menyukainya). Dengan sempurnanya sumpah setia ini, bermakna Allah telah memberikan nafas baru untuk Islam. Allah telah mengangkat semula cahaya Islam.

Bertuahlah khalifah Sulaiman bin Abdul Malik kerana baginda telah membersihkan dirinya di hadapan Allah apabila melantik seorang lelaki yang soleh. Tahniah buat penasihat khalifah yang jujur, Raja’ bin Haiwah. Beliau telah memberikan nasihatnya hanya kerana Allah, RasulNya dan untuk kepentingan umat Islam. Semoga Allah memberikan ganjaran yang besar kepada golongan yang baik-baik ini. Pandangan mereka inilah yang mampu membimbing pemerintah-pemerintah yang baik.

Wallaahu a’lam.

(  37 kisah kehidupan tabi’in; Dr Abdul Rahman Ra’fat al-Basha )

Raja’ bin Haiwah ( 6 )


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Surat ini adalah daripada hamba Allah, Sulaiman bin Abdul Malik, Amirul Mukminin kepada Umar bin Abdul Aziz bahawa saya telah melantiknya sebagai khalifah selepas saya dan selepas beliau pula saya melantik Yazid bin Abdul Malik. Hendaklah kamu mentaatinya dan takutilah Allah. Janganlah kamu berselisih hingga membuka ruang kepada orang lain untuk mengambil kesempatan.

Sulaiman pun meletakkan cop mohornya dan menyerahkannya kepada saya. Selepas itu saya memanggil Kaab bin Hamiz, ketua polis. Baginda kemudiannya memberikan  arahan: Panggil semua ahli keluarga saya supaya berkumpul dan beritahu mereka bahawa surat yang berada di tangan Raja’ bin Haiwah adalah surat saya. Perintahkan mereka supaya memberi sumpah setia mereka kepada orang yang tercatat di dalam surat itu.

Apabila mereka semua berkumpul, saya pun berkata kepada mereka: Ini adalah surat Amirul Mukminin. Di dalam surat ini, baginda telah menyatakan orang yang bakal dilantik menjadi khalifah selepasnya. Baginda telah memerintahkan saya supaya mengambil sumpah setia daripada kamu untuk orang yang dilantiknya ini, beritahu Raja’.

Kami menerima perintah Amirul Mukminin. Kami akan taat khalifah selepasnya. Mereka memohon untuk menemui Amirul Mukminin untuk mengucapkan salam kepadanya. Balas mereka. Saya pun berkata: Boleh.

Apabila mereka masuk, Sulaiman pun berkata kepada mereka : Surat yang berada di tangan Raja’ bin Haiwah adalah surat saya. Di dalam surat itu ada dinyatakan orang yang saya lantik sebagai khalifah selepas saya. Dengar dan taatlah kepadanya. Berikanlah sumpah setia kamu kepada orang yang saya nyatakan dalam surat itu.

Mereka yang ada di situ pun memberikan sumpah setia seorang demi seorang. Setelah itu, saya pun membawa keluar surat yang bercop mohor itu. Tiada seorang pun tahu siapakah yang dinyatakan dalam surat itu selain saya dan Amirul Mukminin.

Setelah semua orang bersurai, Umar bin Abdul Aziz datang menemui saya. Beliau berkata: Wahai Abu al-Miqdam, Amirul Mukminin seorang yang terlalu baik dengan saya. Dengan kemurahan hati dan kemesraannya, baginda telah mengurniakan saya segala-galanya. Saya bimbang jika baginda ada menyerahkan apa-apa yang berkaitan dengan perkara ini kepada saya. Jadi dengan nama Allah, saya berharap kepadamu dan saya memohon dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang saya kepadamu agar engkau memberitahu saya jika kandungan surat Amiril Mukminin itu ada apa-apa yang membabitkan saya supaya saya dapat memohon untuk menarik diri sebelum masa terlambat.

Saya menjawab : Demi Allah, saya tidak akan memberitahu walau satu perkataan sekalipun mengenai apa yang ingin engkau ketahui. Umar pun pergi dalam keadaan marah.

Tidak berapa lama kemudian, datang pula Hisham  bin Abdul Malik. Hisyam berkata : Wahai Abu al-Miqdam, semenjak sekian lama saya amat menghormati dan menyayangimu. Saya juga amat berterima kasih dengan mu. Apakah boleh jika engkau beritahu saya kandungan surat Amirul Mukminin. Jika perkara ini diserahkan kepada saya, saya akan diam tetapi jika perkara ini diserahkan kepada orang lain saya akan membantah. Orang seperti saya tidak sepatutnya dihalang daripada perkara ini. Saya berjanji demi Allah saya tidak akan menyebut namamu selepas ini.

Saya berkata kepadanya: Demi Allah, saya tidak akan beritahu walau satu huruf pun kerana amirul Mukminin telah meminta saya merahsiakannya. Hisham pun pergi kemarahan sambil menumbuk-numbuk tangannya.

Hisham berkata lagi: Jika saya tidak dilantik siapa pula?. Apakah kedudukan khalifah ini akan terkeluar daripada keluarga Abdul Malik? Demi Allah, saya adalah anak Adul Malik yang paling utama.

Selepas itu saya masuk menemui Sulaiman bin Abdul Malik. Saya dapati baginda sedang menenangkan jiwanya. Apabila kelihatan baginda sedang berhadapan dengan sakaratul maut, saya mengiringkan badannya ke arah kiblat. Namun baginda berkata kepada saya dalam suara yang tersekat-sekat: Belum lagi sampai masanya, wahai Raja.

Setelah itu saya mengulangi sekali lagi perbuatan saya dan pada kali ketiga baginda berkata kepada saya : Sudah sampai masanya wahai Raja’. Jika engkau mahu lakukan sesuatu, lakukan sekarang. Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah.

Saya pun mengiringkannya ke arah kiblat. Tidak lama kemudian, Sulaiman pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Wallaahu a’lam.

 (  37 kisah kehidupan tabi’in; Dr Abdul Rahman Ra’fat al-Basha )

Monday, November 26, 2012

Raja’ bin Haiwah ( 5 )


Apabila takhta khalifah diserahkan kepada Sulaiman bin Abdul Malik, Raja’ bin Haiwah mendapat tempat yang lebih hampir berbanding khalifah-khalifah sebelum ini. Sulaiman bin Abdul Malik amat menaruh keyakinan kepadanya. Baginda juga sentiasa bergantung kepadanya dan selalu meminta pandangannya dalam apa jua masalah.

Terdapat banyak lagi kisah-kisah menarik Raja’ bin Haiwah bersama Sulaiman bin Abdul
Malik. Walau bagaimanapun, peranan yang paling besar dan paling penting dilakukannya untuk kesejahteraan Islam ialah ketika perlantikan Umar bin Abdul Aziz. Raja’ berjaya mempengaruhi Sulaiman supaya melantik Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah.

Raja menceritakan, katanya : Pada hari Jumaat pertama dalam bulan Safar tahun 99 Hijrah, saya berada bersama Amirul Mukminin, Sulaiman bin Abdul Malik di Dabiq ( sebuah kampung berdekatan Halab, Syria ). Baginda telah menghantar satu angkatan tentera yang lengkap ke Konstantinopal yang diketuai oleh adiknya sendiri, Maslamah bin Abdul Malik, anaknya Daud dan beberapa orang kenamaan dalam keluarganya. Baginda bersumpah tidak meninggalkan Kota Dabiq kecuali setelah Allah memgizinkannya untuk menakluk Konstantinopal ataupun baginda yang mati.

Apabila hampir masuk waktu sembahyang Jumaat, khalifh pun mengambil wuduk. Kemudian baginda memakai pakaian dan serban berwarna hijau. Baginda melihat cermin dan terasa kehebatan dirinya dengan usianya yang masih muda. Baginda ketika itu berusia 40 tahun.

Baginda kemudiannya keluar untuk bersama-sama orang ramai menunaikan sembahyang Jumaat. Malangnya setelah pulang dari masjid, baginda jatuh sakit akibat diserang demam. Sakitnya semakin teruk dari sehari ke sehari. Ketika itu baginda meminta saya supaya sentiasa berada di sisinya. Suatu ketika saya masuk menemuinya. Saya lihat baginda sedang menulis sesuatu.Saya pun bertanya: Apakah yang engkau lakukan, wahai Amirul Mukminin?

Saya sedang menulis wasiat perlantikan khalifah untuk anak saya Ayub, jawab baginda. Saya pun memberanikan diri dan bertanya : Wahai Amirul Mukminin, suatu perkara yang akan memelihara seorang khalifah di pusaranya nanti dan akan membersihkan dirinya di hadapan Allah nanti ialah apabila dia melantik seorang lelaki yang soleh sebagai khalifah menggantikannya. Anakmu, Ayub masih kecil belum pun bermimpi lagi. Engkau sendiri pun tidak pasti apakah dia sesuai ataupun tidak.

Sulaiman pun terhenti seketika dan berkata : Saya sekadar menulis. Saya sebenarnya masih meminta petunjuk Allah dan saya belum lagi membuat keputusan. Lalu baginda mengoyakkan wasiatnya tadi. Selepas sehari atau dua, Sulaiman memanggil saya dan berkata : Apakah pandanganmu tentang anak saya Daud, wahai Abu al-Miqdam?

Saya pun menjawab: Dia sedang bersama tentera Islam di Konstantinopal. Engkau pun tidak pasti apakah dia masih hidup ataupun sudah mati.

Jadi siapakah yang layak pada pandanganmu, wahai Raja?, tanyanya lagi. Semuanya terserah pada pandangan Amirul Mukiminin, jawab saya pula. Saya sebenarnya mahu menunggu orang-orang yang Sulaiman sebutkan supaya saya dapat ketepikan mereka satu persatu hinggalah saya dapat menaikkan Umar bin Abdul Aziz.

Sulaiman bertanya lagi: Apakah pandanganmu tentang Umar bin Abdul Aziz?. Saya yang memang menunggu-nunggu soalan itu pun terus menjawab : Demi Allah, sepanjang pengetahuan saya beliau adalah seorang yang baik, sempurna, bijak dan berpegang kepada agama.
 
Sulaiman mengiyakan kata-kata saya, Benar, demi Allah itulah sifatnya. Cuma jika saya melantiknya dan saya ketepikan anak-anak Abdul Malik, sudah tentu akan membawa musibah. Mereka tidak akan sama sekali membenarkan Umar memimpin mereka.
Jika demikian, pilihlah salah seorang di antara mereka dan lantiklah dia selepas Umar bin Abdul Aziz, cadang saya. Nampaknya Sulaiman bersetuju dengan cadangan saya dan berkata : Betul pandangamu itu kerana itu akan meredakan perasaan mereka dan mereka akan bersetuju. Baginda kemudiannya mengambil sehelai ketas dan menulis sendiri.

Wallaahu a’lam.

(  37 kisah kehidupan tabi’in; Dr Abdul Rahman Ra’fat al-Basha )

Raja’ bin Haiwah ( 4 )


Pada tahun 91 Hijrah, al-Walid bin Abdul Malik menunaikan haji dengan diiringi oleh Raja’ bin Haiwah. Apabila sampai di Madinah, mereka menziarahi Masjid Nabawi al-Sharif dengan ditemani Umar bin Abdul Aziz.

Khalifah seterusnya berhasrat untuk melihat Masjid al-Nabawi dengan lebih dekat kerana baginda berazam untuk meluaskan kawasan masjid tersebut sehingga 200 hasta luasnya. Untuk tujuan itu, orang ramai diminta keluar bagi membolehkan khalifah meninjau dengan lebih teliti.

Orang ramai pun diarah keluar daripada masjid kecuali Sa’id bin al-Musayyab kerana para pengawal tidak berani mengarahkannya keluar. Lalu Umar bin Abdul Aziz yang ketika itu menjadi gabenor di Madinah menghantar wakilnya kepada Sa’id al-Musayyab.

Wakil itu dengan sopan berkata : Alangkah baik jika tuan keluar seperti mana orang lain. Said bin al-Musayyab walau bagaimanapun menjawab : Saya tidak akan keluar dari masjid ini kecuali pada waktu yang biasa saya keluar setiap hari. Seseorang kemudiannya berkata kepada Sa’id : Alangkah baik jika tuan bangun dan memberi salam kepada Amirul Mukminin. Saya datang ke sini untuk berdiri di hadapan Tuhan sekalian alam, jawab Sa’id.

Apabila Umar mengetahui apa yang berlaku antara Sa’id bin al-Musayyab dengan wakilnya, beliau membawa khalifah jauh daripada tempat Sa’id. Sementara itu, Raja’ bin Haiwah pula mengajak khalifah berbual kerana mereka berdua mengenali sifat bengis khalifah.

Siapakah orang tua itu, tanya khalifah kepada mereka. Bukankah itu Sa’id bin al-Musayyab. Ya, wahai Amirul Mukminin, jawab mereka sambil menceritakan kehebatan pegangan agama dan ilmunya serta kelebihan dan ketakwaannya.

Jika sheikh itu tahu di mana Amirul Mukminin sudah tentu dia akan bangun dan memberi salam tetapi penglihatannya sudah kabur, tambah mereka lagi, mencari helah supaya khalifah  tidak menjadi marah kepada Sa’id.
 
Al-Walid yang dari tadi mendengar celoteh mereka berdua berkata : Saya sudah pun kenal sheikh ini. Kita sebenarnya yang patut menemui dan memberi salam kepadanya.

Khalifah kemudiannya berjalan di sekitar masjid hingga sampai ke tempat Sa’id bin al-Musayyab. Baginda berdiri di hadapan Sa’id dan mengucapkan salam seraya berkata: Apa khabar, wahai sheikh?

Sa’id bin al-Musayyab yang sedang sibuk beribadah tidak berganjak dari tempat duduknya. Beliau membalas : Saya sihat dengan nikmat Allah dan segala pujian dan anugerah itu adalah milikNya. Bagaimana pula khabar Amirul Mukminin, semoga Allah memberi taufik untuk melaksanakan apa yang disukai dan diredaiNya.

Al-Walid pun berlalu pergi sambil berkata : Tidak ramai seperti orang ini. Inilah generasi salafussoleh yang masih tinggal.

Wallaahu a’lam.

(  37 kisah kehidupan tabi’in; Dr Abdul Rahman Ra’fat al-Basha )

Kongsi kejayaan di UiTM


Manfaat waktu makan tengah hari

Shah Alam : Saya gunakan waktu makan tengah hari untuk mengulangkaji pelajaran, membaca jurnal  dan mencari maklumat di internet kata Penerima Anugerah Kedoktoran Cemerlang Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Salina Muhamad,32.

Berbeza dengan mereka yang sering menghabiskan waktu makan tengah hari di cafeteria, graduan ijazah doktor falsafah bidang Kejuruteraan Elektrik yang juga pensyarah Universiti Selangor (UNISEL) itu, berkata waktu terluang akan digunakan sebaik mungkin kerana menganggapnya saat paling berharga.

Waktu belajar bagi saya ialah bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Dalam tempoh ini, masa yang terluang akan digunakan sebaik mungkin. Betul kata orang jika ingin berjaya, hargailah masa dan itulah yang menjadi pegangan saya.

Jika saya pulang ke rumah, status saya bukan lagi seorang pelajar, tetapi sebagai isteri dan ibu kepada tiga orang anak berumur enam, empat dan tiga tahun. Jadi, saya akan menyediakan makan malam dan menyediakan kelengkapan untuk anak dan suami. Hanya dengan solat taubat dan solat hajat saja yang dapat mengurangkan tekanan di hadapi demi mengejar cita-cita ini, katanya.

Berkongsi kejayaan ialah penerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor, graduan Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan , Dr Muhammad Nur Azmi Baharudin, 24, yang bercita-cita menjadi pakar bedah kardiotorasik.

Beliau berkata, walaupun ditakdirkan selepas ini akan melanjutkan pelajaran ke luar negara, impiannya tidak berubah, iaitu mahu menyumbang kepakarannya untuk manfaat masyarakat, sekali gus memajukan bidang perubatan negara.
 
Buat masa ini, saya bertugas sebagai Pegawai Perubatan Siswazah di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Perancangan saya dalam masa terdekat adalah untuk melanjutkan pengajian sama ada dalam atau luar negara.

Walau setinggi mana pun kejayaan dikecapi, saya percaya ia tidak akan bermakna jika kita tidak dapat berbakti. Sebab itu, nasihat saya, walau apapun kerja  yang kita lakukan, biarlah ia dibuat dengan ikhlas selain jangan lupa kepada Allah yang memberikan kita nikmati kejayaan ini, katanya.

( BH, 25 Nov 2012 )

Gurindam bangkit berjuang


Sabar ketika menggapai sasaran
bangkit berjuang tempuhi cabaran

Biar sehari selembar benang
kelak diri menikmati senang

Belakang parang diasah selalu
mampu memotong apabila perlu

Agi idup agi ngelaban
azimat Bumi Kenyalang meringankan beban

Selagi bernafas teruslah berjuang
pemikiran negatif haruslah dibuang

Andai lelah bertenanglah sebentar
ubah strategi usahlah gentar

Urusan dunia terlalu diberatkan
tak pernah usai makin memenatkan

Dikejar tak dapat dikendong keciciran
kelak air mata bercucuran

Jika terjatuh sepuluh kali
senyum dan bangkit 11 kali

Teruslah usaha, doa dan tawakal
semangat jitu moga-moga kekal

Hadapi hari ini tinggalkan semalam
capai cemerlang tinggalkan suram

Di hujung terowong ada cahaya
teruslah melangkah gandakan daya

Manfaatkan modal masa dan usia
anugerah illahi usah dipersia

Berjuanglah demi kehidupan akhiratmu
berserah kepadaNya usahlah jemu

Nor Afiqah Mohd Sidek
 BH 25 Nov 2012

Friday, November 23, 2012

Raja’ bin Haiwah ( 3 )


Pelbagai kisah yang menarik berlaku antara Raja’ bin Haiwah dengan para khalifah Bani Umayyah yang sehingga kini masih terukir dalam lipatan sejarah. Kisah-kisah ini telah menjadi sebutan generasi ke generasi.

Suatu hari, ketika berada dalam majlis Abdul Malik bin Marwan, khalifah diberitahu tentang seseorang yang mempunyai niat yang jahat terhadap kerajaan Bani Umayyah. Baginda diberitahu bahawa orang ini adalah pengikut dan penyokong Ibnu al-Zubair. Penasihat khalifah kemudiannya menyebut perbuatan dan kata-kata orang ini hingga membangkitkan kemarahan khalifah.

Demi Allah, dengan izin Allah jika saya berjaya menangkapnya, nescaya saya akan hukum dia. Saya akan hukum dia dan saya akan hayunkan pedang ke lehernya, kata khalifah dengan marahnya.

Tidak berapa lama kemudian, dengan izin Allah, lelaki tersebut berjaya ditangkap dan dihadapkan ke hadapan khalifah. Sebaik sahaja khalifah melihat lelaki ini, kemarahannya meluap-luap dan baginda menjadi begitu bersedia untuk melaksanakan apa yang dikatakan dahulu.

Walau bagaimanapun, tiba-tiba Raja’ bin Haiwah bangun dan berkata : Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah memberikan engkau kuasa seperti mana yang engkau inginkan sekarang. Balaslah pemberian Allah itu dengan memberikan kemaafan seperti mana yang Allah mahukan.

Khalifah pun terdiam mendengar kata-kata Raja’ dan kemarahannya pun reda. Baginda kemudiannya memaafkan lelaki tadi dan membebaskannya serta memberikannya layanan yang baik.

Wallaahu a’lam.

(  37 kisah kehidupan tabi’in; Dr Abdul Rahman Ra’fat al-Basha )

Raja’ bin Haiwah ( 2 )


Raja’ bin Haiwah pernah menjawat jawatan penasihat kepada beberapa orang khalifah Bani Umayyah. Bermula daripada Abdul Malik bin Marwan hinggalah ke zaman Umar bin Abdul Aziz. Walau bagaimanapun, hubungan rapatnya dengan Sulaiman bin Abdul Malik dan Umar bin Abdul Aziz berbeza sama sekali dengan hubungannya dengan khalifah-khalifah yang lain.

Faktor yang menyebabkan para khalifah Bani Umayyah tertarik dengan Raja’ ialah pandangannya yang bernas, nasihatnya yang tulus, niatnya yang ikhlas dan kebijaksanaannya dalam menyelesaikan semua perkara. Apa yang paling utama ialah sikapnya yang tidak mengharapkan habuan daripada para khalifah. Berbeza sama sekali dengan orang-orang lain yang sentiasa mencari kesempatan.
 
Hubungan yang wujud antara Raja’ dengan para khalifah Bani Umayyah merupakan suatu anugerah Allah kepada mereka. Malah ia adalah suatu limpah kurniaNya untuk mereka. Raja’ memainkan peranan dalam mengajak para khalifah ini melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik. Beliau membimbing mereka supya melalui jalan yang betul.

Beliau juga berperanan menyekat mereka daripada terjerumus dalam segala unsur yang tidak baik dan menunjuk mereka jalan yang benar dan memberi mereka galakan supaya mereka memanfaatkannya. Beliau juga menunjuk ajar mereka jalan yang tidak betul dan membimbing mereka supaya tidak melaluinya. Segala nasihat yang diberikan hanyalah kerana Allah dan rasulullah saw serta demi kepentingan umat Islam.

Ada suatu peristiwa yang membuka jalan untuk Raja’ bin Haiwah berhubung rapat dengan para khalifah. Malah peristiwa ini menggariskan peranan yang perlu dimainkannya bersama para khalifah. Peristiwa ini diceritakan oleh beliau sendiri :

Suatu ketika, saya berada bersama -sama Sulaiman bin Abdul Malik di tengah-tengah orang ramai. Ketika itu, saya terlihat seorang lelaki sedang berjalan menuju ke arah kami dari tengah-tengah kesesakan itu. Rupa parasnya kelihatan baik dan mulia. Orang ini berjalan di celah-celah orang ramai. Saya sangka dia mahu menemui khalifah. Namun sangkaan saya meleset apabila dia mula merapati saya. Dia berdiri di sebelah saya dan mengucapkan salam kepada saya.

Orang itu kemudiannya berkata : Wahai Raja’, engkau sebenarnya sedang diduga untuk berada bersama lelaki ini. Sambil tangannya menunjuk ke arah khalifah.

Berdampingan dengan orang ini akan membawa engkau kepada keuntungan atau bencana yang besar. Jadikanlah kesempatan untuk mendampingi mereka ini sebagai suatu keuntungan untuk kamu dan untuk seluruh manusia. Sedarlah wahai Raja’, bagi orang yang berkuasa, jika ada seseorang yang tidak berkemampuan datang kepadanya untuk meminta bantuan tetapi dia tidak membantunya, sesungguhnya pada hari dia menemui Allah kelak, dia pasti akan dipertanggungjawabkan.

Ingatlah wahai Raja’, sesiapa yang membantu saudara muslimnya sesungguhnya Allah akan membantunya. Sedarlah wahai Raja’, antara amalan yang paling disukai oleh Allah ialah apabila seseorang itu menggembirakan hati saudara muslimnya.

Ketika saya sedang mendengar dengan penuh perhatian setiap kata-kata lelaki itu dan berharap agar dia memanjangkannya, tiba-tiba khalifah memanggil saya. Di mana Raja’ bin Haiwah?.

Saya di sini wahai khalifah. Saya cepat-cepat menjawab sambil berpaling ke arah khalifah.

Khalifah bertanya suatu masalah dan sebaik sahaja saya selesai menjawabnya, saya pun menoleh ke arah lelaki tadi tetapi saya tidak menemuinya. Saya pun mencari-cari di sekeliling tempat itu, tetapi saya tidak temui.

Wallaahu a’lam.

(  37 kisah kehidupan tabi’in; Dr Abdul Rahman Ra’fat al-Basha )

Raja’ bin Haiwah ( 1 )


Raja’ bin Haiwah dilahirkan di Bisan, Palestin ketika akhir zaman pemerintahan Uthman bin Affan ra atau masa berdekatan. Beliau berbangsa Arab dan daripada keturunan Kindah. Semenjak kecil lagi, anak muda Bani Kindah ini membesar dalam suasana yang penuh dengan ketaatan kepada Allah. Oleh kerana itu, Allah menyayanginya dan Allah menjadikan seluruh manusia menyayanginya.

Raja’ telah memulakan pengajiannya semenjak kecil lagi. Oleh kerana itu, jiwanya terbuka luas untuk menerima segala ilmu dan kemudiannya menjadi mantap dan sebati dalam jiwanya. Tumpuan utama anak kecil ini ialah untuk meneroka Kitab Allah dan memetik hadis-hadis rasulullah saw.

Akhirnya seluruh hidup anak kecil ini bergemerlapan dengan cahaya al-Quran dan pimpinan Nubuwwah. Jiwanya penuh berisi dengan bimbingan dan hikmah. Manusia yang telah diberikan hikmah oleh Allah adalah manusia yang telah menerima kurniaanNya yang melimpah ruah.

Anak kecil ini berpeluang memetik nur ilmu daripada para sahabat yang terkemuka seperti Abu Sa’id al-Khudri, Abu Darda’, Abdullah bin Amru bin al-As, al-Nuwas bin Sam’an dan ramai lagi.Mereka ini ibarat pelita yang membimbingnya dan obor yang menerangi jalannya.

Anak muda yang bertuah ini telah menyematkan dirinya dengan satu motto yang menjadi pegangan sepanjang hidupnya seperti mana yang dinyatakannya sendiri :

Alangkah eloknya Islam apabila dihiasi iman
Alangkah eloknya iman apabila dihiasi dengan ketakwaan
Alangkah eloknya ketakwaan apabila dihiasi dengan ilmu
Alangkah eloknya ilmu apabila dihiasi dengan amalan
Alangkah eloknya amalan jika dihiasi dengan ketekunan.

Wallaahu a’lam.

(  37 kisah kehidupan tabi’in; Dr Abdul Rahman Ra’fat al-Basha )

Wahai Allah, sesungguhnya hari ini adalah hari yang baru. Maka bukakanlah hari ini ya Allah untuk kami dengan ketaatan terhadapMu. Dan tutuplah hari ini untuk kami ya Allah dengan keampunanMu dan keredaanMu. 

Dan anugerahkanlah kepada kami dalam hari ini segala kebaikan yang kami terima daripadaMu dan Engkau sucikan amalan-amalan kami dan Engkau gandakan untuk amalan kami. Dan apa yang kami lakukan daripada keburukan-keburukan maka ampunkanlah kami. Sesungguhnya Engkau ya Allah, Yang Maha Pengampun, Yang Maha Penyayang Yang Maha Pencinta, Yang Maha Mulia. Aameen.

Thursday, November 22, 2012

Berkumpul dengan kelompok rakan seusia


Pada kebiasaannya, pertemuan rakan sebaya dipenuhi dengan perdebatan, keinginan untuk menjadi yang paling menonjol, hasrat mempamerkan ilmu dan keahlian yang dimiliki serta keinginan untuk membantah dan menjatuhkan rakan yang lain.Ini kerana seseorang akan merasa iri hati dan tidak suka terhadap rakan sebayanya yang mampu mengungguli dan mempunyai kebolehan yang lebih berbanding dirinya. Perkara tersebut disebabkan hati telah dijangkiti oleh penyakit iri hati dan sombong.

Kamu jarang bertemu dengan seseorang yang mempunyai sikap tawaduk di hadapan rakan sebaya dan mahu belajar daripadanya. Ramai rakan sebaya kamu yang tidak suka jika kamu pandai, mampu bercakap dengan benar dan baik.

Bahkan di antara mereka ada yang merasa gembira jika kamu tersilap cakap tentang sesuatu perkara dengan mereka. Mereka akan sentiasa menyebut dan mengingat kesalahan kamu tersebut.  Mereka dengan cepat akan menyalahkan kamu dan terus mencuba untuk membenarkan kesilapan kamu tersebut. Di antara mereka juga ada yang wajahnya berubah menjadi tidak senang tatkala kamu mampu untuk menjelaskan suatu masalah dengan benar dan baik.

Oleh itu, barang siapa yang sedang berkumpul di dalam sebuah majlis bersama rakan-rakan sebaya, maka hendaklah ia memilih untuk banyak diam, tawaduk dan kerap senyum hingga pertemuan itu selesai. Tidak perlu dirinya memilih untuk banyak bercakap, kerana majlis ada tiga macam.

Pertama, majlis pertemuan bersama orang yang lebih pandai dari kamu. Pada saat kamu berada di dalam majlis ini, maka yang perlu kamu lakukan adalah belajar daripadanya. Kedua, majlis pertemuan bersama-sama orang-orang awam, di mana mereka patut belajar dan mengambil sesuatu yang bermanfaat daripada kamu.

Ketiga, majlis peremuan bersama-sama rakan-rakan sebaya. Apabila kamu berada di dalam majlis yang ketiga ini, maka kamu dituntut untuk tidak terlalu bersemangat dalam menyampaikan dan mempamerkan keilmuan yang kamu miliki kepada mereka, kerana apabila kamu berusaha untuk menyampaikan keilmuan kamu kepada mereka, maka perkara tersebut sama dengan kamu berusaha untuk membangunkan singa kedengkian dari tidurnya.

Tetapi kamu dikehendaki banyak diam dan tenang sehinggalah majlis tersebut selesai. Kamu tidak perlu untuk kerap berada dalam majlis ini, kerana majlis tersebut lazim dengan perasaan sombong, merasa lebih pandai, angkuh dan iri hati yang hinggap di dalam diri para penuntut ilmu. Hanya Allah swt Zat yang berhak untuk dipanjatkan pertolongan.

Wallaahu a’lam.

( Pengalaman adalah guru terbaik; Dr ’Aidh Abdullah Al-Qarni )

Ya Allah, sebagaimana Engkau memuliakan dahi-dahi kami dengan bersujud kepada-Mu, maka janganlah Engkau hinakan dahi-dahi kami tersebut dengan sikap tunduk kepada selain-Mu. Ya Allah, sebagaimana Engkau membahagiakan jiwa-jiwa kami dengan mencintai-Mu, maka janganlah Engkau buatkan jiwa-jiwa kami tersebut merana dengan mencintai selain-Mu.

Ya Allah, sebagaimana Engkau muliakan tangan-tangan kami dengan menadah dan meminta kepada-Mu, maka janganlah Engkau hinakan tangan-tangan kami tersebut dengan meminta kepada orang lain.

Sesungguhnya Engkau ya Allah adalah Zat Yang Maha Kuat, Maha Perkasa, Maha Mulia, Maha Kaya dan Maha Memberi. Ameen.

Tuesday, November 20, 2012

Sesudah insan dan hidayat


Ya Allah Tuhan kami. Pada mulanya Engkau memberikan ihsan, sedangkan hamba ini sebenarnya tidak layak untuk menerima pemberian itu. Maka kini hamba memohon agar dipertinggikan dengan segala kurniaanMu.
                                 
Ya Allah, setelah Engkau memberikan hidayat janganlahlah Engkau belokkan hati kami dan semoga kami mendapat rahmatMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah. Kami semua mendapat nikmat dari-Mu dan kami mengharap nikmat yang lain kerana hanya Engkaulah Yang Maha Memberi dan Maha Pemurah, sebagaimana Engkau memberikan kemuliaan pada kami awal-awal dahulu. Semoga Engkau menyempurnakan nikmat kami.

Perkenankan doa pertama yang Engkau ajarkan pada hamba MuslimMu Ya Allah, yakni Tunjuklah kami jalan yang lurus (al-Fatihah: 1:6)…Ameen.

Monday, November 19, 2012

Bekalan perjalanan Hatim al-Asam


Abu Mu’thi al-Bakhi bertanya kepada Hatim al-Asam : Saya dengar anda mengharungi padang Sahara yang sukar itu tanpa membawa sebarang bekalan. Jawab Hatim : Mungkin orang mengatakan begitu, tetapi saya membawa empat jenis bekalan:

a. Keyakinan bahawa dunia berserta isinya dan akhirat di bawah kekuasaan Allah.
b. Keyakinan bahawa seluruh makhluk adalah hamba Allah
c. Percaya bahawa segala urusan rezeki dan persoalannya di bawah kekuasaan Allah.
d. Percaya bahawa segala yang dikehendaki Allah pasti akan terjadi kerana Allah adalah penguasa dan pemilik alam ini.

 Wallahu a’alam.

( Minhajul Abidin Wasiat Imam Al-Ghazali; Ir Zakaria Adham )

Wahai Tuhanku, inilah hambaMu yang mengembara kembali menghadap rahmatMu, segala maksiat kembali kepada kebenaran, hamba-Mu berdosa menghadap dengan memohon keampunan. Ampunilah aku dengan kemurahanMu, terimalah aku dengan kurniaMu dan pandanglah aku dengan rahmatMu. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan peliharalah sisa-sisa hidupku. Sungguh, segala kebaikan itu seluruhnya berada padaMu dan Engkau adalah yang paling penyayang dan Maha Mengasihi kami.

Ya Allah yang menampakkan berbagai permasalahan yang besar, yang akhirnya dituju oleh kaum yang bingung. Ya Allah, yang sangat berkuasa, jika mengkehendaki sesuatu maka sudah cukup dengan berFirman: Yakni kamu, bererti ia ada. Kami telah bergelumang dengan dosa-dosa dan kepadaMulah kami pohon keampunan baginya. Ya Allah, yang tidak diragui segala urusan yang banyak dan dengan pendengaran yang sempurna.

Wahai Allah yang tidak pernah salah dengan permintaan yang banyak. Ya Allah yang tidak pernah merasa bosan menerima permintaan yang terus-menerus, curahkanlah kepada kami perasaan tenang kerana ampunanMu nikmatnya rahmatMu. Ya Allah yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. Engkau adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu. 

Ameen.

Sunday, November 18, 2012

Tragedi adalah hikmah dalam perkahwinan


Saya percaya musibah yang berlaku ada hikmahnya untuk pasangan suami isteri terutama mereka yang masih muda.Kecekalan dan ketabahan menghadapi situasi berat ini sedikit sebanyak mematangkan mereka untuk lebih menghargai erti perkahwinan.Begitulah yang berlaku dalam rumah tangga anak dan menantu saya baru-baru ini - diuji dengan pemergian mengejut bayi mereka Dalila Hayfa Mohd Dafrizal Shah yang baru berusia 3 bulan disyaki tersedak susu di sebuah taska yang menjadi tempat persinggahan sementaranya.

Semuanya adalah takdir Allah untuk hambaNya yang Dia tahu mampu menggalas ujian tersebut dengan reda dan sabar.Ketika catatan ini tersiar, genap 15 hari cucu saya Dalila Hayfa kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah!Sejak peristiwa tragis itu, rumah anak menantu saya menjadi sepi... tidak ada yang bersuara kecuali perlu. Mood untuk berbual langsung tidak ada.Anak sulung mereka, Delisha dan arwah Dalila adalah penyeri hidup kami sekeluarga juga besan saya.

Sampai saat ini, kami sekeluarga sedang sedih. Tidak tahu sampai bila, berkumpul beramai-ramai tidak semeriah seperti sebelum ini, dan tidak ada ayat yang terkeluar untuk memulakan bicara.Sekejap yang itu menangis, sekejap di situ teresak-esak, pendek kata suasana masih suram dan sayu sebab di mana-mana, wajah Dalila Hayfa yang comel sentiasa ada.

"Kita kemas apa yang patut pa, katil, barang adik dan pakaiannya. Ma tak sanggup nak tengok semua itu,'' terdengar suara sebak menantu saya berbisik kepada suaminya.Air mata saya menitis mendengar kata-kata itu, memang betul, jika dilihat semua barang milik si comel itu, bukan sedih saja yang terasa, malah sepertinya dia masih ada bersama kami.Jika saya boleh sedih yang teramat sangat, apatah lagi ibu yang mengandung dan melahirkannya.Mana ada ibu bapa yang sanggup melihat anak menantu dalam keadaan sedih begitu. Bayangkan anak yang dipinjamkan 92 hari oleh Allah dijemput kembali ke pangkuanNya dalam keadaan menyayat hati.

Anak saya Mohd Dafrizal Shah seorang yang kuat semangat, agresif dan tidak pernah tunduk pada cabaran.Sejak zaman sekolah rendah, kemudian menengah hingga ke IPTA dan setelah bekerja dia jarang meminta bantuan saya dalam apa juga perkara kecuali pandangan dan nasihat. Semua dilakukan sendiri. Dia seorang yang berdikari.Namun, perancangan Allah untuk anak saya itu tidak pernah terduga. Dia kalah dengan tragedi 3 November 2012 yang memisahkan dia dan isteri dengan bayi kedua mereka buat selama-lamanya.

Anak saya separuh pengsan di bilik rawatan kecemasan setelah dimaklumkan bayinya Dalila sudah tidak bernyawa lagi.Lalu teringat saya dalam panggilan telefonnya kepada saya beberapa jam sebelum itu dia berkata, 'baliklah mak...Dalila koma ni, tak tau depa buat apa kat taska.''

Ketika saya tiba di perkarangan Hospital Tawakal dari Kuala Terengganu dia meluru ke arah saya dengan terhoyong-hayang sambil mendepakan tangan dan merangkul tubuh saya dengan kata-kata, 'Dalila dah tak dak mak! Dalila dah tak dak! Tak tau depa buat apa kat dia!.''
 
Berulang kali dia mengulangi kata-kata itu dengan esakan tanpa henti. Hingga saat ini raungan itu masih terngiang-ngiang di telinga saya.Saya seperti tidak berpijak di bumi nyata. Seluruh tubuh menggigil. Tapi saya tahu, saya perlu kuat untuk menangani keadaan ini supaya anak dan menantu saya juga kuat.Lama saya memeluknya, mencium pipinya dan berkata,"adik jangan menangis, adik perlu reda dengan ketentuan Allah. Mak ada untuk adik. Sabar banyak-banyak.''

Air matanya saat itu bagaikan empangan pecah... mengalir laju membasahi kedua-dua pipinya.Dia memegang tangan saya dan membawa saya ke bilik kecemasan di mana jenazah Dalila diletakkan.Di atas katil terbujur kaku tubuh cucu comel saya, Dalila Hayfa. Saya beristigfar beberapa kali untuk mengumpul kekuatan sebelum mengucup wajah comel itu. Air mata yang mengalir deras saya sapu. Kemudian memeluk menantu saya Haidah yang sudah bengkak matanya kerana menangis.Haidah juga juga seorang yang kuat. Di sebalik sifatnya yang pendiam, dia seorang wanita, isteri dan ibu yang baik dan sempurna di mata saya sebagai mentua.

Alhamdulillah, saya tiba tepat pada masanya doktor membenarkan arwah dibawa pulang. Bersaksikan kakak saya Hayati dan ibu saudara yang saya panggil Mak Lang, saya mengendong Dalila ke kereta yang dipandu adik saya Zahir lalu bergerak meninggalkan hospital.Sepanjang perjalanan saya mendakap erat tubuh arwah yang saya lihat seperti sedang tidur lena...Ya Allah, jika inilah ujian untuk kami, kami reda Ya Allah...kami reda melepaskan arwah kepadaMu.

Dalam sekelip mata kebahagiaan dan kegembiraan anak menantu saya diragut. Bayangkanlah, pagi Dalila dihantar dalam keadaan sihat, segar bugar dan masih tersenyum kala diagah, petangnya apabila diambil, tubuhnya sudah kebiru-biruan.
Kata doktor, Dalila sudah tidak bernyawa dua jam sebelum dia dijemput oleh ibunya untuk dibawa pulang pada pukul 5.20 petang. Apa yang sebenarnya terjadi? Hanya Allah yang tahu!

Kakak arwah, Delisha Hafiya, setahun 9 bulan juga tidak sempat bermesra dengan adiknya. Cucu pertama saya itu apabila balik ke rumah, tercari-cari adiknya di semua tempat yang pernah dia dan adiknya bersenda.Selalunya Delisha yang paling sibuk mencium adiknya yang terbaring di atas tilam atau car seat setiap kali papa dan mamanya menghantar mereka ke taska. Kini semua itu sudah tiada lagi. Delisha sudah kehilangan Dalila.

Saat dimandikan, Haidah dan anak saya tidak dapat mengawal perasaan mereka. Tapi saya bangga mereka punya kekuatan untuk memandikan sekujur tubuh kecil itu di ribaan Haidah dalam suasana yang saya tidak mampu ungkapkan dengan kata-kata.Hanya Allah yang tahu saat itu. "ini kali akhir mama mandikan adik....lepas ini dah tak ada dah... ma reda adik.. baliklah! Tunggu ma datang ke sana!''

Ya Allah, sesak nafas saya mendengar kata-kata itu - Saya tidak mampu lagi melihat muka menantu dan anak saya dalam keadaan yang cukup sedih itu sebab saya juga sudah hampir hilang kekuatan kerana terlampau sebak.Apa yang berlaku di depan mata tidak boleh dilupakan dalam sesaat dua.. ia bakal mengambil masa yang lama. Sesiapa yang pernah melalui kesedihan seperti ini pasti faham.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memudahkan segala urusan. Jenazah Dalila Hayfa sempurna dimandi, dikafankan di Surau Al-Hidayah, AU3, Ampang Hulu Kelang dan disemadikan di Tanah Perkuburan AU5, Lembah Keramat.Saya tahu anak dan menantu saya sedih. Malah saudara mara yang datang dari jauh dan dekat juga amat sedih.Tapi saya yakin mereka akan bangkit dan menerima semua ini sebagai ujian yang amat berharga daripada Allah SWT.

Seperti yang saya katakan di awal catatan ini, saya berdoa dan berharap agar tragedi menyayat hati ini akan mengeratkan hubungan dan kasih sayang anak dan menantu saya.
Malah ia akan menjadikan mereka lebih menghargai erti perkahwinan yang masih muda usianya.Setiap orang diuji Allah, pemisahnya kecil atau besar, ringan atau berat, juga pahit atau manis. Buat Dafrizal dan Haidah, mak tahu kalian berdua cukup kuat untuk menerima ujian Allah ini.

Jangan sia-siakan hidup yang masih panjang. Ingatlah, Delisha perlukan kalian berdua. Setiap pemberian yang Allah ambil balik, Dia akan gantikan dengan yang lebih baik. Mak doakan semoga Allah menghadiahkan zuriat yang terbaik untuk kalian berdua pada masa mendatang.Jangan lupa berdoa untuk arwah - jangan pernah lupa yang dia pernah mengisi kebahagiaan kalian berdua walaupun seketika cuma.

Mak, abah, abang, adik-adik dan saudara mara juga terasa kehilangan. Lepaskan Dalila dengan tenang dan penuh keimanan. Jangan berdendam. Walau kita tidak tahu sebab dan puncanya, Allah melihat apa yang berlaku. Satu hari kebenaran tentang kecuaian manusia ini akan dapat diatasi.

Anak-anakku, pesanan mak lagi, sematkan di hati dengan keimanan dan takwa bahawa arwah sudah menjadi penghuni syurga dan di sana dia menanti kalian berdua!
Al-Fatihah. Salam

utusan.com.my 
17 Nov 2012

Saturday, November 17, 2012

Petikan sajak Maal Hijrah


…….khalifah akan umatnya pada  sejarah
bicara Ali pada Umar
hijrah dipilih terpancar sirah
pemisah kebatilan dan kebenaran
lantang menyerlah
terbentang jambatan masa
titik tolak Mekah Madinah.

Hijrah rasulullah tidak sama hijrah anbia’ terdahulu
bukan kerana fitnah, seksa, tekanan musuh melulu
bukan sekadar cari bumi subur benih dakwah
terkibar wawasan  bagi muslimin berdiri megah
bukan kerana lari tetapi menyahut panggilan iman
di medan bayangan harapan fajar kemenangan.

Demi jihad cita-cita murni dan pengorbanan
nanti akan tertegak sebuah pemerintahan terbina, terjulang umat
dalam kejayaan

Hijrah rasul para sahabat itu merelakan
keluarga, sanak saudara tersayang, kampung halaman
kasih kota kelahiran ditinggalkan
kerana akidah dan tuhan.

Kini fajar hijrah tiba
dalam endah tak endah manusia
kita adalah umatnya
mohon rahmat, hidup sejahtera
bisakah kita berbangga mulia kedatangannya?
memperingati sirah melihat peribadi agung
mengingati  segala  nikmat Allah yang tidak terhitung.

Kita pun berhijrah hadapi cabaran, rintangan
sabar, tabah, teguh hati tempuh kesulitan
bagaikan dalam Firman:
Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah
serta berjihad pada jalan Allah
dengan harta benda dan jiwa mereka
adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah.

Kita renungi sirah dan makna
cari  kebahagiaan dari suratan peristiwa
dengannya kita lakukan perubahan sekarang
bisakah dengan semangat hijrah itu
kita kukuhkan padu kesatuan yang jitu
di landasan ukhuwwah islamiah bersatupadu
maka seluruh umat  tidak boleh tidak akan bernaung
kukuh, sujud, taat kepada Allah yang Maha Pengampun.

Kita kutip setiap sesuatu tauladan yang bijaksana
lihatlah bagaimana didirikan Quba’
masjid pertama
itulah rumah ibadah
bukan kediaman indah sempurna.
begitu rasul mempersaudarakan Muhajirin dan Anshar
Yahudi dan Nashrani
sepakat kata lahir damai suasana

Bisakah kita menimba hikmah dan iktibar
di saujana gurun terbangun kehidupan ummah
saling membantu berkerjasama kukuh ketakwaan.

Hijrah bukan untuk istirehat tetapi menegakkan dakwah
menyatukan kumpulan yang saling bertelagah, bermusuhan,
berperang dan berbunuh-bunuhan
bagaikan Aus dan Khazraj menjalinkan kasih sayang
kita kini sedang berpecah tidak ketentuan
tersilap langkah bisa ke gaung kehancuran.

Sudahlah, lihatlah
umat kita daif harta kekayaan
mundur ilmu pengetahuan
mundur akal fikiran

Tanya diri
bagaimana dan di mana jalan buat kita
kembalikan kegemilangan zaman
teguh, utuh umat dalam satu kesatuan iman?
bisakah kita muhasabah jati diri
musafir kitakan hampir ke akhir?
akal yang waras akan fahami dua alam
antara maju kehidupan dan berjaya sesudah kematian
ke mana hasil usaha untuk di bawa sebagai bekalan.

.......dan akan kembaralah kita ke masyar
masuk ke pintu surga atau neraka
adalah debar.

Hijrah kita adalah demi kemajuan dan perubahan
daripada tidak baik kepada yang baik
daripada baik kepada yang lebih baik
sehingga semuanya memang yang terbaik
lalu kita bermohon
cetusan iman berpadu jihad
antara amal makruf nahi mungkar terpaku kejap
dalam jiwa dan rasa
dalam fikir dan ilmu berguna
bukan permusuhan dan nafsu serakah
akan mengubah jasmaniah dan rohaniah
mengenali makna dunia dan akhirat.

 A. Aziz Deraman