Wednesday, June 25, 2014

9 What dalam menaakul (1)









Pengenalan 

Pencapaian TIMSS 2011 (2)


1. Pencapaian purata Matematik mengikut jantina berbanding negara lain

Pencapaian dalam Matematik
Negara
Tiada perbezaan pencapaian lelaki dan perempuan
Morocco , Rusia, Kazakhstan, Norway, England, Georgia, Ukraine, Amerika Syarikat, Sweden, Finland, Slovenia, Hungary, Hong Kong, Chinese Taipei, Iran, Macedonia, Jepun, Australia, Israel, Syria, Qatar, Arab Saudi
Percapaian murid lelaki lebih baik berbanding murid perempuan
Korea, Itali, Lubnan, Chile, Tunia, New Zealand, Ghana
Pencapaian murid perempuan lebih baik berbanding murid lelaki
Singapura, Turki, Lithuania, Armenia, Romania, Indonesia, UAE, Thailand, Malaysia, Palestin, Jordan, Bahrain, Oman


2. Pencapaian purata Sains mengikut jantina berbanding negara lain

Pencapaian dalam Matematik
Negara
Tiada perbezaan pencapaian lelaki dan perempuan
Chinese Taipei
Percapaian murid lelaki lebih baik berbanding murid perempuan
Singapura, Lubnan, Slovenia, Ukraine, Korea, Syria, Rusia, Jepun, Amerika Syarikat, Itali, Chile, Australia, Tunisia, Hungary, New Zealand, Ghana
Pencapaian murid perempuan lebih baik berbanding murid lelaki
Norway, Hong Kong, Romania, England, Sweden, Morocco, Kazakhtan, Finland, Iran, Israel, Indonesia, Lithuania, Georgia, Malaysia, Thailand, Turki, Macedonia, Armenia, Emiriyah Arab Bersatu, Qatar, Arab Saudi, Palestin, Jordan, Bahrain, Oman

Bagi Malaysia, pencapaian Matematik mengikut jantina menunjukkan pada pusingan TIMSS 1999 dan 2003, pencapaian murid lelaki dan murid perempuan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Walau bagaimanapun, keputusan TIMSS 2007 dan 2011 menunjukkan perbezaan yang signifikan. Pada TIMSS 2007, skor purata murid perempuan ialah 479 berbanding 468 bagi murid lelaki. Perbezaan skor adalah sebanyak 11. Pada TIMSS 2011, skor purata murid perempuan ialah 449 dan 430 bagi murid lelaki. Perbezaan skor semakin meningkat, iaitu perbezaan sebanyak 19.
 
Manakala bagi Sains berdasarkan jantina  pula pada pusingan TIMSS 1999 dan 2003, pencapaian murid lelaki adalah lebih tinggi berbanding pencapaian murid perempuan. Walau bagaimanapun keputusan TIMSS 2007 dan 2011 menunjukkan tahap pencapaian murid perempuan melebihi tahap pencapaian murid lelaki. Pada TIMSS 2007, skor purata murid perempuan 475 berbanding 466 bagi murid lelaki dengan perbezaan sebanyak sembilan. Pada TIMSS 2011, skor purata murid perempuan meningkat berbanding murid lelaki, iaitu 434 bagi murid perempuan dan 419 bagi murid lelaki. Ini menunjukkan perbezaan sebanyak 15. Perbezaan skor antara jantina menunjukkan peningkatan dan jurang pencapaian semakin melebar antara murid lelaki dengan murid perempuan.

Wallahu ’alam.

Laporan Kebangsaan TIMSS 2011
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
ms 14-17

School

Shabonee is where I go
Computers, spirals, books and more
Homework every night
On math, science, reading and social studies
Our class does lots of fun projects
Learning never stops

Unknow



Tuesday, June 24, 2014

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013

Kata alu-aluan
Pengarah Pendidikan Negeri

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pertama sekali marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan izinNya kita dapat mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pendidikan tahun 2013. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka yang telah berjaya dipilih dan diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2013.

Sesungguhnya Penganjuran Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah sebagai tanda jabatan ini sentiasa mengenang khidmat bakti  yang ditabur oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Pendidikan. Tanpa sokongan dan komitmen yang padu daripada warga Jabatan Pendidikan kita sebenarnya sukar untuk menjadi sebuah organisasi yang relevan dan dihormati oleh masyarakat. Justeru penganugerahan ini merupakan motivasi kepada semua pihak sama ada pengurusan tertinggi pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana.

Akhir sekali saya berharap penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada hari ini akan terus konsisten dalam kerjaya iaitu bekerja dengan lebih tekun, meningkatkan permuafakatan dan memperbaiki kelemahan masa lalu agar kita dapat menjanjikan kejayaan lebih cemerlang dalam perkhidmatan yang kita ceburi.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

A competent leader

According to Kirtman, a competent leader:

1. Challenges the status quo
2. Build trust through clear communications and expectations.
3. Creates a commonly owned plan for success.
4. Focuses on team over self
5. Has a sense of urgency for sustainable results
6. Commits to continuos improvement for self
7. Build external networks and partnerships.

Time to change careers? or to change gears?

Wallahu 'alam.

The Principal : Three keys to maximizing impact
Michael Fullan,2014

Menjaga pemakanan dan kesihatan

Cemerlang 18

Seorang kakitangan mestilah menjaga pemakanan dan kesihatan. Ini meningkatkan produktiviti hasil kerja. Para kakitangan dapat menumpukan perhatian dan fokus pada kerja dilakukan oleh mereka. Gaya hidup yang sihat seperti tidak merokok dan pemakanan yang seimbang boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit yang berbahaya seperti penyakit jantung dan stress.

Contohnya buah-buahan dan sayur-sayuran, merupakan makanan seimbang untuk kesihatan badan kerana badan yang cergas datangnya dari otak yang sihat.

Akal yang sihat daripada badan yang sihat.
Lidah pendeta

Wallahu ’alam

Kakitangan Cemerlang Satu Renungan
Shaharudin Mahammad

Siti Fatimah dan Siti Muthi’ah

Diriwayatkan pada suatu hari rasulullah saw memanggil Siti Fatimah memaklumkan dan memintanya menemui Siti Muthi’ah untuk meneladani budi pekertinya. Namun gagal ditemui kerana Siti Fatimah datang bersama anaknya, Hasan yang masih kecil. Perempuan itu tidak berani melangar wasiat suaminya, walaupun Hasan masih kecil tetapi ia lelaki.

Siti Fatimah mengunjungi semula secara sendirian. Ternampak olehnya sebuah rotan, sebuah kipas dan sehelai tuala dalam ruangan rumah. Menurut Siti Muthi’ah, sebaik sahaja suaminya pulang berkerja ia akan disambut dengan mesra, dibukakan baju, disapu keringat dengan tuala sehingga ia berbaring melepasi lelahnya. Dikipasi suaminya hingga hilang lelah atau ia tertidur. Ia berpakaian indah dan apabila suaminya bangun dan mandi dia telah menyediakan makanan serta minuman.

Lalu dia pun berkata, oh abang, bilamana pelayananku sebagai isteri dan masakanku tidak berkenan pada hatimu, aku bersedia menerima hukuman darimu dengan ikhlas. Silalah pukul badanku dengan rotan ini dan sebutlah kesalahanku itu agar tidak kuperbuat lagi pada masa yang akan datang. Kubuka bajuku dan rotan itu kuserahkan kepadanya.

Namun bukan rotan yang diambil si suami tetapi tubuh isterinya yang ditarik penuh mesra. Itulah bahagian dari kebahagiannya sehari-hari.

Ya Allah, rezekilah kami dengan sifat-sifat kemuliaan dari sisiMu. Kau pengenggam kesejahteraan.

Wallahu’alam

Hasan Muhd Hj Al-Khair
Teknik menjadi orang bahagia & berjaya
2005

Monday, June 23, 2014

Pencapaian TIMSS 2011 (1)

1. Pencapaian Malaysia dalam Matematik berbanding dengan negara lain

Aras Perbezaan
Negara
Negara yang memperoleh skor purata lebih tinggi daripada Malaysia dan menunjukkan perbezaan yang signifikan
Korea, Singapura, Chinese Taipei, Hong Kong, Jepun, Rusia, Israel, Finland, Amerika Syarikat, England, Hungary, Australia, Slovenia, Lithuania, Itali, New Zealand, Kazakhstan, Sweden, Ukraine, Norway, Armenia, Romania,  Emiriyah Arab Bersatu.
Tidak ada perbezaan signifikan dengan Malaysia
Turki, Lubnan, Georgia, Thailand, Macedonia
Negara yang memperoleh skor purata lebih rendah daripada Malaysia dan menunjukkan perbezaan signifikan
Tunisia, Chile, Iran, Qatar, Bahrain, Jordan, Palestin, Arab Saudi, Indonesia, Syria, Morocco, Oman, Ghana.


2. Pencapaian Malaysia dalam Sains  berbanding dengan negara lain

Aras Perbezaan
Negara
Negara yang memperoleh skor purata lebih tinggi daripada Malaysia dan menunjukkan perbezaan yang signifikan
Singapura, Chinese Taipei, Korea, Jepun, Finland, Slovenia, Rusia, Hong Kong, England, Amerika Syarikat, Hungary, Australia, Israel, Lithuania, New Zealand, Sweden, Itali, Ukraine, Norway, Kazakhstan, Turki, Iran, Romania, Emiriyah Arab Bersatu, Chile, Bahrain, Thailand, Jordan
Tidak ada perbezaan signifikan dengan Malaysia
Tunisia, Armenia, Arab Saudi, Syria, Palestin, Georgia, Oman, Qatar
Negara yang memperoleh skor purata lebih rendah daripada Malaysia dan menunjukkan perbezaan signifikan
Macedonia, Lubnan, Indonesia, Morocco, Ghana

Wallahu ’alam

Laporan Kebangsaan TIMSS 2011
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
ms 8-10

Melebihi jangkaan

Cemerlang 17

Melebihi jangkaan bermaksud membuat sesuatu di luar jangkaan. Tidak hanya fokus kepada kerja semata-mata tetapi membuat perkara lain yang bersangkut paut dengan kerja seperti membuat kajian, pembacaan, mencari maklumat yang berkaitan dengan bidang yang diceburi.

Contohnya, pengajaran daripada kisah perlumbaan antara arnab dengan kura-kura. Tiada siapa pun yang menyangka bahawa haiwan yang dilabel sebagai lembab boleh menjuarai perlumbaan tersebut. Oleh itu, kita mestilah tidak rendah diri dengan kekurangan yang dimiliki oleh kita tetapi bertindak dengan mencabar kekurangan diri kita.

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat

Wallahu ’alam

Kakitangan Cemerlang Satu Renungan
Shaharudin Mahammad

Bilik darjah masa depan

Mengajar di bilik darjah abad ke 21 bermakna satu transisi daripada mengajar berpusatkan guru dan kaedah hafalan kepada pembelajaran berpusatkan murid, berasaskan pengalaman dan pengetahuan serta pembelajaran kaedah pelbagai melalui media global dan keperluan teknologi terkini. Dengan menggunakan bilik darjah abab ke 21, anda akan dapat mengendalikan satu persekitaran pembelajaran dimana murid mejalankan tugasan projek secara kolaborasi melibatkan masyarakat dunia dan tidak melakukan syarahan sebagaimana biasa kepada murid-murid yang berada di bangku yang berbeza.

Bilik darjah abad ke 21 juga adalah anjakan ke lokasi bukan tradisi seperti pembelajaran di luar bilik darjah.

Ciri-ciri persekitaran pembelajaran
       Bilik darjah berasaskan mata pelajaran (MP) untuk MP teras atau MP kritikal (Subject based Classroom –SBC)

       Makmal dan bengkel adalah/sepatutnya  SBC
       ABM, BBM, BBM dan bahan pembelajaran lain di dalam bilik darjah
       Dilengkapi komputer yang dirangkaikan ( 2 atau 3 unit) – Instant Access/ Interactive
       Dilengkapi LCD dan/atau direct projector
       Papan putih/soft board
       Murid duduk dalam kumpulan (4 – 5 orang)
       Hasil kerja murid dipamer
       Rekod kerja murid / perkembangan murid
       Bilik guru mata pelajaran
       Peralatan ICT lain yang bersesuaian
       Sudut kopi
       Ruang boleh duduk di lantai

Wallahu 'alam.

12 kunci kebahagiaan

Menurut perspektif Islam ianya seperti berikut ::

1. Iman kepada Allah & beramal soleh
Ibnu Taimiyah rahimahtullah menyatakan bahawa apa yang diperbuat musuh-musuhku itulah syurgaku, penjara bagiku adalah tempatku menyepi dan penyeksaan terhadapku itulah syahadahku(syahidku) sedang pengusiran terhadapku itulah temasyaku.

2. Beriman kepada Qadha dan Qadar
Baik buruknya sesuatu semua datangnya dari Allah. Reda dan tabah kerana semuanya ketentuanNya.

3. Faham ilmu syariat

4. Banyakkan zikir dan membaca Al-Quran

5. Berbuat baik kepada manusia
Lihatlah orang yang lebih rendah dalam urusan dunia dan orang yang lebih tinggi martabatnya dalam urusan akhirat. Dengannya akan terlihat besarnya nikmat Allah pada kita dan menyedari kelemahan serta kekurangan.Usah melihat orang yang hancur dan sebab-sebab kehancuran tetapi lihatlah orang yang selamat dan bagaimana keselamatan itu diraih.

6. Memandang urusan dunia lebih rendah daripada urusan akhirat

7. Tidak tamak dunia dan selalu membuat persiapan untuk mati

8. Yakin kebahagiaan hakiki bagi seseorang mukmin adalah di akhirat, walaupun di dunia tidak bahagia.

9. Bersahabat dengan orang soleh

10. Yakin perbuatan jahat orang lain akan menjadi kebaikan bagi dirinya, maka maafkanlah dia.

11. Berbicara baik, hapuslah perbuatan buruk dengan berbuat kebajikan.

12. Selalu kembali kepada Allah dan berdoa kepadaNya.

Wallahu a'lam.

Hasan Muhd Hj Al-Khair
Teknik menjadi orang bahagia & berjaya
2005

Sunday, June 22, 2014

Sudah tunai 10 hak?

1. Hak pada diri
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak pada malaikat maut
Menqada kewajiban-kewajiban yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta pada Allah.

3. Hak kepada kubur
Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Mungkar dan Nakir
Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. Hak kepada Mizan (neraca)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. Hak kepada Sirat (titian yang merentang neraka pada Hari Akhirat)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaaah

7. Hak kepada Malik (penjaga neraka)
Menangis lantaran takutkan Allah swt, bderbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Ridhuan (malaikat penjaga syurga)
Berasa redha dengan Qada’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah & bertaubat dari melakukan maksiat.

9. Hak kepada nabi Muhammad saw
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (hadis), menyayangi para sahabat & bersaing dalam mencari keredhaan Allah swt.

10. Hak kepada Allah swt
Mengajak manusia kea rah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Wallahu ‘alam.

Wasilah 1, Tahun 2008
Jaheiak.

Berwawasan

Cemerlang 16

Berwawasan bermaksud mempunyai matlamat logik yang boleh dicapai. Wawasan mestilah realistik dan dibuat berdasarkan pada keupayaan sendiri. Perlulah set pada yang keutamaan.

Kita mestilah mencontohi sikap helang dan anak panah. Anak panah menuju tepat sasarannya dan helang fokus pada matlamatnya. Helang memerhati mangsanya dengan teliti sebelum menyerang mangsa bagi mengelakkan mangsa terlepas darinya.

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
Cecil B. DeMille

Wallahu ’alam

Kakitangan Cemerlang Satu Renungan
Shaharudin Mahammad

Betapa

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

45 minit terasa lama untuk berzikir tetapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.

Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Wasilah 1, Tahun 2008
Jaheiak.

Menggunakan teknologi yang terbaik

Cemerlang 15

Menggunakan teknologi yang terbaik bermaksud sentiasa melengkapkan diri dengan isu-isu semasa terutamanya yang berkaitan dengan teknologi supaya tidak ketinggalan. Ia bermakna dengan menggunakan teknologi yang terbaik sesuatu tugasan bukan sahaja dapat disiapkan dengan sempurna tanpa kekurangan bahan malah lebih cepat dan memberikan hasil yang melipat ganda.

Contohnya komputer merupakan alat canggih dapat mencepatkan segala urusan seperti perniagaan, kesenian, pendidikan dan urusan-urusan penting, dengan mengunakan komputer segala pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan penghantaran kerja dapat dihantar dengan segera melalui emel, begitu juga maklumat penting boleh didapati melalui internet.

Pengetahuan adalah teman yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.

DR HM Tuah Iskandar al-Haj

Wallahu ’alam

Kakitangan Cemerlang Satu Renungan
Shaharudin Mahammad

Lelaki acuan Al-Quran

Lelaki acuan Al-Quran ialah seorang lelaki
yang beriman
yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah swt
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga dengan pahala
yang solatnya adalah maruah dirinya
yang tidak pernah takut berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu.

Lelaki acuan Al-Quran ialah seorang lelaki
yang menjaga tuturkatanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya
yang pelindung
yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh
yang bersifat jembalang.

Lelaki acuan Al-Quran ialah seorang lelaki
yang menghormati ibu bapanya
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
yang akan mendidik anak-anak dan isteri
mendalami agama Islam
yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
kerana dunia baginya
rumah sementara menunggu akhirat.

Lelaki acuan Al-Quran sentiasa berusaha untuk agamanya
yang hidup di bawah naungan Al-Quran
dan mencontohi sifat rasulullah saw
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang sujudnya penuh kesyukuran
dengan rahmat Allah ke atasnya.

Lelaki acuan Al-Quran tidak pernah membazirkan masa
yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
yang bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
kerana sehari lagi usianya bertambah
penuh kematangan.

Lelaki acuan Al-Quran sentiasa mengingati mati
yang baginya hidup di dunia adalah lading akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu
dibajai dan dijaga meneruskan
perjuangan Islam sebelum Hari Kemudian.

Lelaki acuan Al-Quran
ialah lelaki yang tidak mudah
terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
di sinilah rumah impiannya
bersama wanita acuan Al-Quran.

Wasilah 1, Tahun 2008
Jaheiak.

Thursday, June 19, 2014

Cadangan TIMSS 2011

10.0 Pendahuluan

Malaysia telah menyertai TIMSS sebanyak 4 pusingan bermula dari TIMSS 1999, dan diikuti dengan TIMSS 2003,2007 dan 2011. Tujuan penyertaan Malaysia adalah untuk mengetahui prestasi murid Malaysia dalam matematik dan sains pada peringkat antarabangsa. Dapatan dari kajian TIMSS diharap dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid dalam matematik dan sains. Dapatan kajian juga diharap membuka ruang untuk penggubal dasar memikirkan langkah-langkah penambahbaikan kepada sistem pendidikan negara. Penyertaan awal Malaysia iaitu pada pada pusingan 1999 dan 2003 menampakkan hasil yang memberangsangkan. Walau bagaimanapun prestasi yang cemerlang ini tidak kekal. Pusingan TIMSS 2007 telah menunjukkan kemerosotan pencapaian murid dalam kedua-dua subjek, matematik dan sains. Kemerosotan ini berterusan dan semakin membimbangkan pada pusingan TIMSS 2011. Trend yang membimbangkan ini perlu diberhentikan dan dialihkan kepada peningkatan prestasi demi memastikan kedudukan Malaysia berada pada tahap yang membanggakan di peringkat antarabangsa.

Cadangan yang disenaraikan ini adalah hasil daripada dapatan kajian TIMSS 2011 dan juga trend pencapaian daripada TIMSS 1999 sehinggalah TIMSS 2011.

10.1 Menyemak semula dan mengemaskini kurikulum Matematik dan Sains peringkat menengah.
Kurikulum menengah rendah dengan topik tertentu perlu dikaji semula supaya lebih menyeluruh. Dapatan analisis item kajian TIMSS menunjukkan terdapat beberapa topik yang baru diperkenalkan di peringkat menengah rendah di sekolah KPM tetapi terdapat dalam kurikulum TIMSS gred 8 pada tahap yang lebih mendalam yang hanya akan dipelajari oleh murid di tingkatan 3 atau di peringkat menengah atas. Oleh yang demikian adalah wajar disemak semula kurikulum di sekolah KPM dengan membuat perbandingan dengan silibus yang digunapakai oleh TIMSS dan negara-negara yang cemerlang dalam TIMSS contohnya jiran terdekat Singapura, Korea, Jepun atau negara lain.

10.2 Kemudahan Peralatan dan Sumber di Semua Sekolah Mestilah Mencukupi dan Dapat Dimanfaatkan oleh Guru dan Murid.
Kemudahan dan sumber di sekolah adalah suatu yang amat perlu dan mendatangkan impak kepada pencapaian murid. Oleh yang demikian kemudahan peralatan dan sumber di semua sekolah mestilah mencukupi dan dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid. Kemudahan dan peralatan ini sepatutnya mudah diakses oleh guru dan murid dan tidak terkekang oleh peraturan dan syarat yang tidak menguntungkan. Walau bagaimananapun penggunaan kemudahan dan sumber ini perlu diselia supaya semuanya berkeadaan baik.

10.3 Pendidikan Sepanjang Hayat Perlu dihebahkan kepada Rakyat Malaysia
Latar belakang keluarga dari aspek ekonomi dan pendidikan banyak mempengaruhi sikap murid terhadap matematik dan sains. Murid yang mempunyai ibubapa yang berpendidikan tinggi lebih cenderung mempunyai keyakinan diri dan suka kepada matematik dan sains. Ibubapa banyak mempengaruhi anak dalam minat dan sikap terhadap pelajaran. Oleh yang demikian pihak sekolah perlu mengenalpasti murid dari keluarga yang tidak cenderung kepada pendidikan dan memaksimumkan peranan kaunselor di sekolah dalam mendorong murid kepada kecemerlangan dalam pendidikan. Pendidikan sepanjang hayat perlu dihebahkan kepada rakyat Malaysia supaya lebih ramai golongan ibubapa menitik beratkan pendidikan dengan itu memastikan anak mereka berjaya dalam pelajaran.

10.4 Sekolah Perlu dibekalkan dengan Prasarana yang Lengkap
Negara yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam TIMSS adalah negara yang mempunyai prasarana sekolah yang baik. Sebagai contoh, ratio murid dengan komputer adalah 1:1 di negara peserta TIMSS dengan kedudukan 5 teratas. Ini menunjukkan prasarana yang lengkap sememangnya membantu meningkatkan prestasi murid. Oleh yang demikian sekolah perlu dibekalkan dengan prasarana yang lengkap, di bandar dan luar bandar dan tumpuan sepatutnya tidak hanya kepada sekolah-sekolah terpilih sahaja. Semua murid wajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa dengan prasarana yang lengkap tanpa mengira lokasi dan latar belakang keluarga. Semua murid patut diberi peluang dan kemudahan yang sama (Equity and quality in education)

10.5 Pengambilan Guru Lelaki Patut diPertingkatkan
Pencapaian murid mengikut jantina menunjukkan prestasi murid perempuan lebih baik daripada lelaki dalam kesemua domain kandungan dan domain kognitif. Walaupun jurang perbezaan ini kecil namun ini adalah suatu indikator yang patut diberi perhatian. Kenapa pencapaian murid lelaki lebih rendah berbanding perempuan? Situasi ini berkemungkinan disebabkan corak pengajaran di sekolah lebih memihak kepada murid perempuan. Pendidik yang majoritinya guru perempuan menyebabkan pendekatan PdP lebih menarik perhatian murid perempuan berbanding murid lelaki. Satu kajian berkaitan perkara ini patut dijalankan dan pengambilan guru lelaki patut dipertingkatkan untuk menarik minat murid lelaki dengan pendekatan PdP yang lebih memihak kepada mereka.

10.6 Guru Patut Diberi Latihan Penambahbaikan kepada Pengetahuan Kandungan dan Juga Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Persediaan guru untuk mengajar member kesan kepada pencapaian murid. Guru patut diberi latihan penambahbaikan kepada pengetahuan kandungan dan juga pelaksanaan PdP. Kursus dan latihan dalam perkhidmatan patut disediakan kepada guru supaya pendekatan baharu dengan penggunaan ICT dapat membantu guru melaksanakan PdP dengan lebih berkesan dan dengan itu dapat meningkatkan prestasi murid dalam sains dan matematik.

10.7 Unjuran dan Penempatan Guru Perlu Diselaraskan
Kepakaran guru dalam sesuatu mata pelajaran amat membantu untuk memastikan kecemerlangan murid dalam mata pelajaran tersebut. Guru mengajar mengikut opsyen adalah satu perkara yang perlu dititikberatkan. Oleh yang demikian, unjuran dan penempatan guru perlu diselaraskan dan perlu disemak untuk memastikan guru mengajar mata pelajaran pengkhususan mereka.

10.8 Pelaksanaan kokurikulum di Sekolah dengan Penekanan kepada Aktiviti Kelab dan Persatuan Yang Memupuk Minat Murid dalam Matematik dan Sains
Keseronokan murid dalam mempelajariu matematik dan sains membolehkan mereka mendapat pencapaian yang tinggi dalam mata pelajaran tersebut. Minat kepada mata pelajaran ini boleh diterapkan melalui aktiviti ko-akademik dan ko-kurikulum yang menyeronokkan. BKK disyorkan merancang objektif pelaksanaan kokurikulum di sekolah dengan penekanan kepada aktiviti kelab dan persatuan yang memupuk minat murid dalam matematik dan sains dan mendidik mereka dengan pemikiran aras tinggi. Aktivuti  yang dirancang patut diterapkan kemahiran aras tinggi supaya murid Malaysia dilatih berfikir out of the box dan dapat mempratikkan cara berfikir sebegini dalam semua aspek kehidupan dan juga dalam mata pelajaran yang dipelajari di sekolah.

10.9 Menyediakan Pelan Tindakan Yang Menyeluruh bagi Memastikan Standard Kualiti  Pendidikan di Malaysia Setanding dengan Peringkat Antarabangsa
Pencapaian Malaysia dalam TIMSS menunjukkan penurunan bermula dari pusingan 2007 sehingga yang terkini iaitu 2011. Kementerian Pendidikan Malaysia wajar menyediakan pelan tindakan yang menyeluruh bagi memastikan standard kualiti pendidikan di Malaysia standing dengan peringkat antarabangsa.

PENUTUP

Pusingan TIMSS 2011 memaparkan pencapaian Malaysia menjunam ke paras yang amat membimbangkan, iaitu di kedudukan satu pertiga di bawah berbanding semua negara peserta. Dapatan kajian membuktikan tahap penguasaan murid Malaysia menjawab item-item TIMSS adalah lemah. Mereka tidak dapat menguasai topik yang sepatutnya telah mereka pelajari. Analisis item menunjukkan murid tidak dapat menjawab soalan yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi. Analisis item juga menujukkan kurikulum menengah rendah sekolah KPM tidak sejajar dengan kurikulum TIMSS yang memungkinkan murid sukar menjawab soalan yang kandungannya belum mereka pelajari.

Sebagai kesimpulan; Malaysia perlu mengambil tindakan yang sewajarnya daripada dapatan kajian TIMSS yang telah dipaparkan dalam laporan kebangsaan TIMSS 2011 untuk memastikan tahap pendidikan di negara kita sejajar dengan negara lain dan berada di tahap yang membanggakan di peringkat antarabangsa. Kesemua pihak, ibu bapa, guru, masyarakat, pentadbir dan semua yang berkepentingan perlu bekerjasama untuk memastikan kejayaan anak bangsa kita di persada antarabangsa.

Wallahu alam.

Laporan Kebangsaan TIMSS 2011
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
ms 218 – 221

Ingin menjadi lebih baik

Cemerlang 14

Ingin menjadi lebih baik bermaksud sentiasa tidak berpuas hati dengan ilmu atau kebolehan yang sedia ada. Malah ingin menambahnya dengan sentiasa mempelajari pelbagai perkara baru.

Sebagai contoh, cuba perhatikan perjalanan hidup kuda yang sentiasa cergas dalam apa juga keadaan sekalipun, kuda sentiasa ingin berlari dan berlumba untuk mendapatkan barisan yang ke hadapan, semangatnya sentiasa kuat walaupun diherdik dan dipukul oleh tuannya.

Hentikan rintihan, hentikan kesalan. Sebaliknya bangunlah untuk mencabar keunikan, kecacatan atau penderitaan anda. Cabarlah potensi diri anda.
Dato Maznah Hamid

Wallahu ’alam

Kakitangan Cemerlang Satu Renungan
Shaharudin Mahammad

Bansho

Satu perkataan yang dikemukakan oleh komuniti pendidik Jepun berkaitan dengan :
* Penggunaan berkesan papan tulis
* Penggunaan atau penyusunan papan tulis
* Terjemahan literasi menulis papan

Bagaimana guru Jepun menggunaka papan tulis:

  1. Menyimpan rekod pengajaran
-          Masalah
-          Soalan
-          Suara murid, pandangan, perkara yang dikesan
-          Penyelesaian murid
-          Perbincangan murid
-          Idea matematik yang penting

  1. Membantu murid ingat apa yang perlu mereka buat dan fikirkan
-          Masalah
-          Arahan
-          Tugasan
-          Soalan

  1. Membantu murid mengaitkan beberapa bahagian pengajaran dan perkembangannya
-          Kesinambungan pengajaran (bagaimana mencapai kesimpulan)
-          Bagaimana idea murid dibincang dan dikembang supaya mencapai kesimpulan
-          Ringkasan keseluruhan pengajaran

  1. Ruang untuk membezakan dan bincang idea murid
-          Merekod pelbagai idea
-          Membincang persamaan dan perbezaan idea
-          Membincangkan kelebihan sesuatu kaedah
-          Menemui / membentuk idea baru dan soalan

  1. Ruang untuk membantu murid menyusun pemikiran dan idea murid seperti memanipulasi (menyusun, mengkategori, menggerakkan arah dan sebagainya) objek pada papan tulis dan memikrkan mengenainya atau menemui idea matematik.

  1. Memantapkan kemahiran mengambil nota melalui model penyusunan yang baik.
 Wallahu 'alam.

Wednesday, June 18, 2014

Berkongsi dan prihatin

Cemerlang 13

Berkongsi dan prihatin bermaksud sanggup memberi dan menukar idea antara satu sama lain di kalangan kakitangan. Mengambil berat terhadap kakitangan yang baik.

Lebah patut dicontohi kerana sikapnya yang berkongsi dan prihatin. Lebah mengumpul madu dari pelbagai jenis bunga. Kemudian, menyimpan madu tersebut di dalam sarang lebah. Apabila seekor beruang memusnahkan sarang lebah dan mencuri madunya. Lebah tetap membina semula sarangnya bersama-sama dan mampu untuk menghasilkan madu yang banyak.

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.
Saidina Ali
Wallahu ’alam

Kakitangan Cemerlang Satu Renungan
Shaharudin Mahammad

VaME

Virtual Management Environment: Pengkisahan satu transformasi

v  Persekitaran pengurusan maya
v  Auditi melaporkan pengesahan
v  Pelaporan kepada pihak pengurusan
v  24 jam X 7 hari

Bahagian Audit Dalam
KPM

Renungan : 

a) Idea perubahan HANYA boleh DIREALISASIKAN melalui TRANSFORMASI.

b) Tiba masa setiap dari KITA, melaksanakan TRANSFORMASI dalam cara kita bekerja.

c) Perubahan Bukan Lagi Pilihan Ia Satu KEMESTIAN.

d) KEJAYAAN hari ini tidak akan tercapai tanpa KOMITMEN dan DEDIKASI setiap INDIVIDU

e) Kita semua perlu kerja berpasukan supaya kita dapat menzahirkan matlamat yang ditetapkan.

d) Reaching out to our people on the ground is the only way to create a sense of trust, and with this trust we can provide a public service that will make us proud.

 e) When Reality Bites :

Apabila Impian Menjadi Realiti
Dan Apabila Realitu Terserlah……
NIKMAT KEPUASANNYA
Tidak Tergambar Dengan Kata-kata.

Maulid al-Diya’ al-Lami’ Fi Sirah al-Nabiyy al-Syafi’ ( 3 )

Fasal 3

  • Ya Allah! Limpahkanlah selawat (rahmat), keselamatan dan keberkatan atas baginda dan keluarganya.

  • Beginilah, dan Tuhan telah sebarkan tentang sifat-sifatnya dalam kitab-kitab terdahulu dan Dia menjelaskannya kepada kita dengan sejelas-jelasnya.

  • Dia (Allah) telah mengambil perjanjian daripada para nabi ketika Aku datangkan kepada kamu hikmah sebagai suatu kebaikan.

  • Dan datanglah kepada kamu utusan Kami (rasulullah) agar kamu (wahai para nabi) beriman kepadanya, menolong dan kamu (wahai para nabi) menjadi pembantunya.

  • Sesungguhnya mereka (para nabi terdahulu) telah memberi khabar gembira kepada kaum mereka akan kedatangan nabi terpilih, maka muliakanlah dengan sebab itu akan martabat dan kedudukannya.

  • Maka walaupun dia (rasulullah) terakhir diutus tetapi  dia akan berada di hadapan mereka (para nabi) berjalan di bawah naungan panji (rasulullah) yang telah menyeru kita.

  • Wahai umat Islam, akulah orang yang pertama sebagai pemberi syafa'at dan yang pertama diberi syafa’at dan tidaklah aku ragu dan melambat-lambatkannya.

  • Hingga aku diseur (ketika bersujud memohon syafa’at) angkatlah kepalamu (wahai Muhammad), mintalah, engkau akan diberi dan ucaplah nescaya kata-katamu akan dikabulkan, bintang kemuliaanmu (wahai rasulullah) sungguh jelas dan terang.
 
  • Dan panji pujian kepada Allah Yang Maha Perkasa berada di tanganku (rasulullah) dan aku (rasulullah) adalah manusia pertama yang mendatangi syurgaNya.

  • Dan aku (rasulullah) telah menjadi makhluk yang paling mulia di sisi Allah, maka sesungguhnya engkau (wahai nabi) telah dipelihara oleh Allah dengan kasih sayangNya.

  • Dan Dia akan limpahkan kepadamu (rasulullah) anugerah hingga engkau puas, jarang sekali yang memberi itu memandang rendah terhadap pemberianmu.

  • Demi Allah, ulanglah sebutan sifat-sifat Muhammad, agar menjadi penawar dan pengikis kotoran hati.

  • Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah selawat dan salam sejahtera selamanya kepada kekasihMu yang telah menyeru kami kepadaMu.

  • Ya Allah! Limpahkanlah selawat (rahmat), keselamatan dan keberkatan atas baginda dan keluarganya.
al-‘Allamah al-Musnid al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafiz.
YR Publications Sdn. Bhd, 2014

Tuesday, June 17, 2014

Janji wira TIMSS 2015

PERJANJIAN
PELAKSANAAN PROGRAM INTERVENSI TIMSS 2015


Saya XXXXXXXXXXXXXXXXXXX  No.Kad Pengenalan XXXXXXXXXXXX Pengetua XXXXXXXXXXXX dengan ini sesungguhnya berjanji akan melaksanakan perkara berikut :

* Akan mempamerkan daya kepimpinan dalam meningkatkan prestasi Malaysia dalam TIMSS 2015 seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

* Akan melaksana dan memantau pelaksanaan Program Intervensi TIMSS secara berterusan kepada semua murid Tingkatan 2 mengikut perancangan.

*  Akan meletakkan tugas yang diamanahkan ini dengan segala daya usaha pengetahuan, kemahiran dan keupayaan yang saya miliki.

Insya-Allah.

Majlis Musyawarah TIMSS
Nouvelle Hotel Kuala Lumpur
5hb Jun 2015