Sunday, June 22, 2014

Lelaki acuan Al-Quran

Lelaki acuan Al-Quran ialah seorang lelaki
yang beriman
yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah swt
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga dengan pahala
yang solatnya adalah maruah dirinya
yang tidak pernah takut berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu.

Lelaki acuan Al-Quran ialah seorang lelaki
yang menjaga tuturkatanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya
yang pelindung
yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh
yang bersifat jembalang.

Lelaki acuan Al-Quran ialah seorang lelaki
yang menghormati ibu bapanya
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
yang akan mendidik anak-anak dan isteri
mendalami agama Islam
yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
kerana dunia baginya
rumah sementara menunggu akhirat.

Lelaki acuan Al-Quran sentiasa berusaha untuk agamanya
yang hidup di bawah naungan Al-Quran
dan mencontohi sifat rasulullah saw
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang sujudnya penuh kesyukuran
dengan rahmat Allah ke atasnya.

Lelaki acuan Al-Quran tidak pernah membazirkan masa
yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
yang bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
kerana sehari lagi usianya bertambah
penuh kematangan.

Lelaki acuan Al-Quran sentiasa mengingati mati
yang baginya hidup di dunia adalah lading akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu
dibajai dan dijaga meneruskan
perjuangan Islam sebelum Hari Kemudian.

Lelaki acuan Al-Quran
ialah lelaki yang tidak mudah
terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
di sinilah rumah impiannya
bersama wanita acuan Al-Quran.

Wasilah 1, Tahun 2008
Jaheiak.

No comments:

Post a Comment