Tuesday, June 24, 2014

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013

Kata alu-aluan
Pengarah Pendidikan Negeri

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pertama sekali marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan izinNya kita dapat mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pendidikan tahun 2013. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka yang telah berjaya dipilih dan diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2013.

Sesungguhnya Penganjuran Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah sebagai tanda jabatan ini sentiasa mengenang khidmat bakti  yang ditabur oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Pendidikan. Tanpa sokongan dan komitmen yang padu daripada warga Jabatan Pendidikan kita sebenarnya sukar untuk menjadi sebuah organisasi yang relevan dan dihormati oleh masyarakat. Justeru penganugerahan ini merupakan motivasi kepada semua pihak sama ada pengurusan tertinggi pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana.

Akhir sekali saya berharap penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada hari ini akan terus konsisten dalam kerjaya iaitu bekerja dengan lebih tekun, meningkatkan permuafakatan dan memperbaiki kelemahan masa lalu agar kita dapat menjanjikan kejayaan lebih cemerlang dalam perkhidmatan yang kita ceburi.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment