Saturday, June 14, 2014

Harta Abadi

Ku punya harta yang lebih berharga daripada emas
lebih berharga daripada apa yang ada di dunia ini  
ia tidak boleh dicari walau di lautan dalam
atau di gunung yang melangit tinggi
kerana ia tersembunyi di dalam diri
 
Ia tidak boleh dijual beli
rahsianya ada di dalam diri sendiri
iaitu kasih sayang untuk semua di dunia ini
itulah pencetus semangat kehidupan
hidup ini ada matlamat
satu anugerah Tuhan yang penuh bermakna
itulah harta yang boleh diberi
dan harta paling berharga
yang boleh diperolehi!

Salahuddin Fakhri

Ibu Kool Bapa Hebat
Jamilah Samian, 2007

No comments:

Post a Comment