Saturday, June 14, 2014

Positif

Cemerlang 10

Positif bermaksud mempercayai segala yang berlaku hanya untuk kebaikan sahaja. Ia bermakna mempunyai pemikiran yang baik dan membina. Apa yang kita fikir itulah yang kita jadi. Berupaya mengawal emosi dan stress serta ketidak puas hatian dengan baik. Mampu memberikan hasil yang baik. Elakkan pengaruh negatif walaupun daripada keluarga ataupun kawan rapat sendiri. Jangan bertolak ansur dengan sikap negatif atau buruk orang lain. Gantikan tanggapan negatif dengan tanggapan yang positif. Isikan masa dengan aktiviti positif. Simpan kata-kata motivasi atau hikmat di tempat-tempat yang kerap boleh dilihat. Contohnya didompet atau cermin.

Contoh haiwan yang bersikap positif ialah unta. Unta mampu untuk berjalan di padang pasir yang panas terik tanpa minum untuk jangka masa yang lama berbanding dengan haiwan-haiwan yang lain.

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
James Allen

Wallahu ’alam

Kakitangan Cemerlang Satu Renungan
Shaharudin Mahammad

No comments:

Post a Comment