Sunday, June 30, 2013

Kebaikan yang hakiki



Permata 95

Daripada Abi Said al-Khudri ra berkata, rasulullah saw bersabda: Bukanlah kebaikan semata-mata dengan pakaian yang indah tetapi kebaikan yang sebenar adalah ketenangan dan sifat waqar. (Riwayat al-Manawi)

Mutiara Hikmah :

a) Aku tidak melihat himpunan harta yaang banyak merupakan puncak kebahagiaan tetapi kebahagiaan yang hakiki apabila seseorang itu bertaqwa.

b) Jadikanlah kegembiraan itu sebagai ungkapan syukur, kesedihan sebagai wujud kesabaran, diam sebagai bentuk tafakur, penyelesaian terhadap permasalahan sebagai belajar, ucapan sebagai zikir, hidup sebagai ketaatan dan kematian sebagai cita-cita.

Pernah suatu hari seorang sahabat nabi saw masuk bertemu baginda yang bernama Asyaj  Ibn Qais, lantas baginda melihat wataknya yang cukup tenang. Maka baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya pada dirimu ada dua sifat yang Allah amat suka iaitu ketenangan dan sifat lemah lembut.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Jiran yang tidak baik



Permata 94

Daripada Ibn Abbas ra berkata, rasulullah saw bersabda: Bukanlah sifat orang yang beriman sejati siapa yang kenyang sedangkan jirannya dalam keadaan lapar. (Riwayat al-Bukhari, al-Tabarani, al-Hakim dan al-Khatib)

Mutiara Hikmah :

a) Imam al-Ghazali : Menghormati jiran adalah merupakan tugas dan kewajipan seyiap muslim. Kita dituntut untuk bersikap memuliakan jiran kita kerana jiranlah orang yang paling terdekat dengan kita.

b) Ibn Abbas ra : Tiga jenis akhlak pada zaman jahiliah yang baik, yang digalakkan kepada kaum muslimin untuk meneruskannya:

- Jika tetamu datang berkunjung, nescaya dia bersungguh-sungguh menghormati dan menjamunya.

- Jika isteri sudah tua, nescaya dia tidak menceraikannya

- Jika jiran tetangganya mendapat kesukaran, nescaya dia menolongnya termasuk membayarkan hutangnya.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Amalan seorang muslim (9)



29. Berinfaq dan sedekah

Rasulullah saw bersabda: Jika seseorang meninggal dunia maka terputuslah amalnya kecuali tiga macam : 1) Sedekah jariyah 2) Ilmu yang dimanfaatkan 3 ) Anak soleh yang selalu mendoakannya.

Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah akan menumbuhkembangkan sebutir kurma atau sesuap makanan (yang disedekahkan) oleh salah seorang dari kalian sebagaimana kalian menumbuhkembangkan anak kudanya atau anak untanya – menjadi sebesar gunung Uhud.
 
30. Memenuhi kebutuhan-kebutuhan  orang lain

Rasulullah saw bersabda: Sungguh, bahawa aku berjalan bersama seorang muslim untuk memenuhi kebutuhannya, itu lebih aku sukai daripada iktikaf di masjid selama sebulan.

Rasulullah saw bersabda: Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat di antara mereka (untuk sesamanya)

Wallahu a’lam

Abu Muhammad Ibnu Shalih bin Hasbullah
Pustaka Ibnu Umar

Pemikiran Tuk Kenali ( 2 )



2. Walikah Tuk Kenali sebab Zuhd

Pada suatu malam gelap pekat, Tuk Kenali berjalan kaki seorang diri di lorong Wakaf Baru. Salakan  sekumpulan anjing kedengaran padanya. Sebelum itu beliau telah diberitahu tentang adanya anjing-anjing garang di kawasan itu. Beliau sebaliknya bertanya dengan tegas:  Manusia yang akan lari daripada anjing atau anjing yang akan lari daripada manusia?. Bukankah kita makhluk yang lebih?  Demikianlah. Apa yang berlaku, hanya salakan anjing yang kedengaran tanpa mampu berbuat apa-apa!

Kehidupan Tuk Kenali amat sederhana. Makan sekadar yang perlu juga pakaian, cukup dengan sehelai kain sarung sahaja. Memakai baju hanya bila perlu iaitu tatkala ke kota mengadap Sultan.

Hatinya jujur, bersih dan bertimbang rasa kepada sesama insan juga makhluk lain seperti ulat yang hidup dalam sarang kudis di kaki beliau. Dalam masa menanggung kesakitan yang membawa matinya, beliau bersabar, tidak pernah mengeluarkan kata-kata membenci atau tidak senang terhadap qadak dan qadar Allah.

Lidahnya sentiasa basah berzikir terutama dengan surah Al-Ikhlas dan berselawat. Beliau tidak mengasingkan diri dengan anak-anak juga anak-anak murid atau kerap memarahi atas kelemahan yang berpunca daripada sifat bawaan semulajadi anak-anak itu sendiri. Beliau menyakini hakikat, mereka itu tidak sama dalam segi keupayaan berfikir ( mempunyai akal yang bertingkat-tingkat – apa guna mereka dimarahi dari segi ini )

Diberitakan, pernah kawasan pondok dinaiki air sewaktu hujan lebat di musim tengkujuh tetapi segera surut. Manakala di hari kematian beliau, hujan turun dengan lebat ( membawa rahmat) tetapi air dalam liang kubur beliau segera pula kering sewaktu mayat beliau hendak dikebumikan.

Wallahu a’lam.

20 sikap dan pandangan Tuk Kenali
Abdullah Al-Qari, 1988

Lapar



Aku lapar ya Allah
selama ini yang kukunyah
bukan nasi akhirat
tapi nasi kelekaan
aku kenyang tapi lapar

Aku makan dari talam-talam tamak
aku minum dari gelas-gelas culas
berikan aku kurma kurniaMu
biar sebiji rahmat
biar seteguk nikmat
aku lapar ya Allah

Rupanya lapar itu latihan
mengenal diri dan tuhan 
lapar bukan derita
bukan lupa
bukan kehinaan
lapar itu ibadat
lapar itu kaya
dengan nikmat Allah

Biar kita lapar di dunia
jangan terus lapar di akhirat

Shapiai Muhammad Ramly
Batu Pahat
BH 30 Jun 2013

Selawat 110



Allaahumma shalli ‘alaa sayyidinaa Muhammadin shalaatan tunjiinaa bihaa min jamii’il-ahwaali wa-aafaat. Wataqdhii lanaa bihaa jamii’al haajaat. Wa tuthaahirunaa bihaa min jamii’is-sayyi-aat. Wa tarfa’unaa bihaa ‘indaka a’lad-darajaat. Wa tuballighunaa bihaa aqshal-ghaayaat. Min jamii’il-khairaati filhayaati wa ba’dal-mamaat.

Ya Allah, limpahkanlah selawat atas junjungan kami Muhammad, selawat yang dengannya kami selamat dari semua ketakutan dan malapetaka, dan Engkau tunaikan dengannya semua hajat kami. Engkau sucikan kami dari semua kejahatan; Engkau angkat kami ke darjat yang tinggi di sisiMu dan Engkau sampaikan semua cita-cita kami berupa kebaikan-kebaikan dunia dan akhirat.

Saturday, June 29, 2013

Wajib membayar hutang



Permata 93

Daripada Suhaib al-Khair ra berkata bahawa rasulullah saw bersabda: Siapa sahaja yang berhutang lalu berniat untuk tidak mahu melunaskannya, maka dia akan bertemu Alah (pada hari Kiamat) dalam status sebagai pencuri ( Riwayat Ibn Majah )

Mutiara Hikmah :’

a) Uqbah b Amir : Ketika menghadapi sakaratul maut pernah mewasiatkan kepada anak cucunya dengan berkata : Janganlah kamu berhutang sekalipun terpaksa memakai baju bulu yang amat murah nilainya.

b) Hal yang terbaik yang dapat dilaksanakan pada suatu hutang adalah membayarnya.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Akhlak yang mulia



Permata 92

Daripada Abi Darda ra, rasulullah saw bersabda: Tiada sesuatu pun yang lebih berat timbangan pada hari akhirat kelak melainkan akhlak yang baik ( Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

Mutiara Hikmah :

a) Akhlak yang baik adalah emas di hati orang-orang beriman. Ia penyeri kehidupan dan hiasan para nabi dan rasul. Oleh itu peliharalah akhlak yang baik sebagai bekal menghadap Allah

b) Jika jiwa sudah bagus, maka fajar akan nampak seperti kolam. Malam tampak seperti pesta besar, semua orang tampak seperti kekasih dan gubuk tampak seperti istana yang terjaga rapi.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Pemikiran Tuk Kenali (1)



1. Suka Berdikari

Alas kakinya, berupa terompah kayu yang talinya daripada tayar motokar dibuatnya sendiri. Beliau ke pasar memberi keperluan dapur keluarga, sebagaimana amalan sewaktu menuntut di tanah suci Mekah hatta mengajar di Masjid Besar Muhammadi, Kota Bhatu Kelantan. Pakaian dibasuhnya sendiri. Dengan itu beliau lebih mengetahui pada bahagian mana sesehelai baju itu kotor dan perlu dibasuh.

Lantaran mengetahui ketiadaan akhbar sama ada harian atau mingguan di kebanyakkan negeri, beliau menulis dalam keluaran sulung Pengasuh (11 Julai 1918) : Tatkala saya ketahui bahawasanya tiada orang yang boleh jadi utusan yang usaha pada menghimpunkan (menyatukan) anak Melayu kita ini, maka cintalah saya dengan harapan bahawa diadakan tiap-tiap buah negeri di dalam Semenanjung Tanah Melayu kita ini sekurang-kurang-kurang satu suratkhabar yang dipunyai oleh anak-anak negeri sendiri supaya menempati ia (menjadi) utusan yang bijaksana menyeru kepada bersekutu dan bersatu pada tiap-tiap pekerjaan yang mendatangkan muslihat bagi watan, bangsa dan agama.

Wallahu a’lam.

20 sikap dan pandangan Tuk Kenali
Abdullah Al-Qari, 1988

Amalan seorang muslim (8)



27. Berselawat kepada nabi saw dan memperbanyakkannya semampu

Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali maka Allah berselaat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali, menghapukan darinya sepuluh kesalahan dan mengangkat derajatnya sepuluh tingkatan.

Nabi saw bersabda: Perbanyaklah membaca selawat kepadaku kerana Allah SWT menugaskan seorang malaikat di kuburku. Jika salah seorang dari umatku berselawat kepadaku maka malaikat tersebut berkata, Hai Muhammad, sesungguhnya fulan bin fulan berselawat kepadamu saat ini.

28. Zikir dan doa ketika mendengar azan

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr bin al-Ash ra bahawa seorang laki-laki berkata : Wahai rasulullah, sesungguhnya mereka yang mengumandangkan azan melebihiku keutamaannya. Maka rasulullah saw bersabda: Ucapkanlah seperti mereka ucapkan. Jika engkau telah selesai maka berdoalah nescaya akan dikabulkan.

Seseorang yang mebdengarkan azan, hendaklah mengucapkan sebagaimana yang diiucapkan oleh muezzin kecuali dalam kalimat: Hayya’alash shalaah dan hayya ‘alaf falaah maka mengucapkan: Lauhaulawalla quawataila billah. Tida ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Ucapkanlah setelah muazzin membaca syahadat : Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan benar selain Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusanNya. Aku rela Allah sebagai Rabb, Muhammad sebagai rasul dan Islam sebagai agama (yang benar).

Bacalah selawat kepada nabi saw setelah selesai (menjawab) azan. Dan bacalah doa ini :

Ya Allah, Rabb (Pemilik) panggilan yang sempurna (azan) ini dan solat yang (akan) didirikan. Berilah al-wasiilah (derajat di surga, yang tidak akan diberikan selain kepada nabi saw) dan al fadhilah (kedudukan yang lebih tinggi di atas semua makhluk Allah) kepada Muhammad. Dan bangkitkanlah baginda di maqam (kedudukan) yang terpuji yang telah Engkau janjikan.

Berdoa untuk diri sendiri antara azan dan iqamah sebab doa pada saat itu dikabulkan.

Wallahu a’lam

Abu Muhammad Ibnu Shalih bin Hasbullah
Pustaka Ibnu Umar

Selawat 109



Allaahumma shalli ‘alaa sayyidinaa Muhammadin ‘abdika wa nabiyyika wa rasuulikan-nabbiyyil-ummiyyi, wa ‘alaa aalihi wa azwaajihi wa dzurriyyatihi wa midaada kalimaatik.

Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam atas sayyiddina Muhammad, hambaMu, nabiMu dan rasulMu, nabi yang ummiy, juga atas keluargannya, isteri-isterinya dan keturunannya, sebanyak jumlah makhlukMu, keredhaan diriMu, hiasan ArasyMu dan tinta kalimatMu.


Friday, June 28, 2013

Doa yang diterima



Permata 91

Daripada Abi Hurairah ra, rasulullah saw bersabda: Dimustajabkan doa seseorang kamu selama mana tidak menyebut aku telah berdoa tapi belum dimakbulkan bagiku. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mutiara Hikmah :

a) Imam al-Ghazali : Doa memiliki  kekuatan dan kehebatan yang dahsyat sehinggakan doa dianggap sebagai senjata ukmin dan pembuka pintu rezeki.

b) Hendaklah sentiasa berdoa kerana doa itu menimbulkan ketenteraman jiwa sedang ketenteraman jiwa itu merupakan ubat yang paling mujarab.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Kelebihan Hauqalah



Permata 90

Daripada Abi Hurairah ra berkata, rasulullah saw bersabda: Ucapkanlah Lau haulaa wala quawata ila billaah yang memberi maksud Tiada daya dan tiada kekuata kecuali dengan izin Allah merupakan penawar daripada 99 penyakit dan yang paling ringan ialah dukacita. ( Riwayat al-Tabrani dan al-Hakim)

Mutiara Hikmah :
 
a) Imam al-Bukari : Zikir adalah tugasan harian setiap muslim kerana ia mendatangkan kekuatan dan ketenangan. Berzikirlah setiap saat agar Allah SWT sentiasa ingatkan kita setiap saat.

b. Ibn al-Qayyim ra : Petunjuk rasulullah saw dalam berzikir, bahawa baginda selalu berzikir kepada Alllah. Setiap ucapan, tindakan, nafas dan keadaannya adalah berzikir kepada Tuhannya.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Amalan seorang muslim (7)



22. Menyebarkan salam, berjabatan tangan, dan berkata-kata dengan perkataan yang baik.

Rasulullah saw bersabda:  Tidak ada dua orang muslim yang bertemu, lalu salah seorang dari keduanya mengucapkan salam kepada sahabatnya dan memegang tangannya dan ia tidak melakukannya kecuali kerana Allah maka mereka berdua tidak berpisah hingga keduanya diampuni.

Dan rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya yang mewajibkan (memastikan) mendapat ampunan adalah menyebarluaskan salam dan perkataan yang baik.

Rasulullah saw bersabda: Perkataan yang baik itu sedekah.

Dan rasulullah saw bersabda: Jagalah diri kalian dari api neraka sekalipun dengan (bersedekah) sepotong kurma. Jika kalian tidak mendapatkannya maka (sedekah) dengan perkataan yang baik.

23. Solat Dhuha

Rasululullah saw bersabda: Atas setiap persendian anak Adam (manusia) setiap hari (harus ditunaikan) sedekahnya. Dan dua rakaat solat Dhuha memadai dari semua itu.

24. Melayani kedua orang tua

Dalam kisah yang terkenal mengenai tiga orang, umat terdahulu yang terperangkap di suatu gua, disebutkan bahawa salah seorang dari mereka berdoa: Ya Allah, aku mempunyai kedua orang tua yang sudah berusia lanjut. Aku tidak minum (susu) di sore hari sebelum keduanya minum. Aku pun tidak ingin memberi minum keluargaku dan hartaku (hamba sahaya) sebelum keduanya. Suatu hari aku pergi jauh mencari sesuatu, sehingga aku tidak pulang kepada kedua orang tuaku kecuali keduanya telah tidur. Aku pun memerah susu untuk minum keduanya, namun keduanya telah tidur dan aku tidak mahu minum sebelum keduanya. Aku pun tidak ingin memberi minum keluargaku dan hartaku (hamba sahaya) sebelum keduanya. Aku pun terdiam sambil memegang wadah minuman, menunggu kedua orangtuaku bangun. Barulah ketika fajar menyingsing keduanya bangun dan meminum minuman tersebut.
 
Dan akhirnya mereka selamat dapat keluar dari gua itu.

25. Mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak

Rasulullah saw bersabda: Dan tidaklah engkau memberi nafkah dengan mengharapkan wajah Allah kecuali engkau akan dberi pahala, hingga sesuap makanan yang engkau letakkan di mulut isterimu.

26. Berbuat baik kepada tetangga

Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berbuat baik kepada tetangganya.

Wallahu a’lam

Abu Muhammad Ibnu Shalih bin Hasbullah
Pustaka Ibnu Umar

Cemerlang dari Mangalore



Pelajar Tajaan JPA Rangkul Graduan Terbaik Universiti Manipal

NEW DELHI: Pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari Kolej Sains Pergigian Manipal di Mangalore, Benjie Law, 24, merangkul Pingat Emas Dr Tonse Madhav Ananth Pai sebagai graduan terbaik Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (BDS) IV.

Law, yang berasal dari Pulau Pinang, turut memenangi beberapa anugerah lain seperti Pingat Emas bagi Ortodontik dan Ortopedik Dentofasial, Pingat Emas dalam Pembedahan Mulut dan Maksilofasial serta Anugerah Jubli Perak Universiti Manipal 2013. "Anugerah ini adalah satu penghormatan yang luar biasa. Saya amat berterima kasih kerana mendapat sokongan serta bimbingan berterusan daripada guru, keluarga dan rakan. Saya juga berterima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Awam serta rakyat Malaysia untuk biasiswa dan peluang belajar di sini," katanya kepada Bernama melalui e-mel.

Majlis penyampaian anugerah itu berlangsung di kolej berkenaan dan Konsul Jeneral Malaysia di Chennai, Chitra Devi Ramiah hadir sebagai tetamu kehormat. Turut hadir Konsul Pelajaran dan Latihan di Chennai Annie Sabrina Lasumin.

Law berkata beliau percaya adalah penting untuk kekal fokus dengan matlamat kerana mudah bagi seseorang itu untuk berputus asa ketika berada di negara asing dan jauh daripada zon selesa di tanah air sendiri. Beliau mengakui lima tahun lepas amat mencabar baginya untuk menyesuaikan serta memajukan diri di tempat yang begitu asing. Bagaimanapun, hari ini, selepas berjaya mengatasi cabaran itu, Law yakin beliau sudah sedia berkhidmat kepada orang awam di Malaysia berbekalkan ilmu serta kemahiran yang diperoleh.

Law merupakan antara 18 pelajar Malaysia kolej itu yang berjaya menamatkan pengajian tahun ini.

Pelajar Malaysia lain yang merangkul anugerah kecemerlangan akademik ialah Serene Chia Ying dan Kalpana Selvaraju.

Chia menerima anugerah bagi skor tertinggi Fisiologi/Biokimia, Anatomi Pergigian, Embriologi dan Histologi Mulut serta skor tertinggi dalam Peperiksaan BDS I.

Beliau turut merangkul Anugerah Peringatan Mendiang Maninder Singh sebagai Pelajar Cemerlang BDS I.

Kalpana Selvaraju pula menerima Pingat Emas untuk Perubatan Am manakala Alex Lee mendapat tempat pertama bagi skor tertinggi dalam Pedodontik. -BERNAMA

22 Mac 2013
Mstar online

Selawat 108



Allaahumma shalli ‘alaa Muhammadin wa ‘alaa aali Muhammadin fil-awwaliina wa-aakhiriina wa fil-mala-il a’laa ilaa yaumiddin.

Ya Allah, limpahkanlah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad, di kalangan orang-orang dahulu dan orang-orang kemudian serta di alam arwah, sampai Hari Kiamat.

Wednesday, June 26, 2013

Abu Bakar Al-Saidlani



Beliau mengajarkan :

1. Jangan tuntut ilmu yang membawa kamu jauh dari Allah

2. Allah telah sediakan jalan-jalan menujuNya sebanyak mana bilangan makhluk dalam dunia ini. Tiap-tiap orang boleh memilih mana jalan hendak diturut dan mengikutnya menurut keupayaan dan kecenderungan masing-masing dan dengan itu mencapai keempurnaan.

3. Ada jalan-jalan daripada Allah kepada insan, tetapi tidak ada daripada insan kepada  Allah.

4. Lebih banyak bersama Allah daripada bersama makhluk.

5. Hati yang kosong dan rela dan sikap fakir itu adalah jalan selamat menuju Allah.

Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar

Amalan seorang muslim (6)



21. Berakhlak baik

Nabi saw bersabda: Orang mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah yang paling baik akhlaknya. Dan yang terbaik di antara kalian adalah yang paling baik kepada isteri-isterinya.

Dan rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya.

Dan rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya seorang mukmin benar-benar mendapatkan derajat orang  orang yang solat (di malam hari) dan puasa (di siang hari) dengan kebaikan akhlaknya.

Wallahu a’lam

Abu Muhammad Ibnu Shalih bin Hasbullah
Pustaka Ibnu Umar

Selawat 107



 
Allaahumma shalli ‘alaa ruuhi Muhammad fil-arwaah. Wa ‘alaa jasadihi fil-ajsaad. Wa’alaa qabrihi fil-qubuur

Ya Allah, limpahkanlah selawat kepada roh Muhammad di alam ruh dan kepada jasadnya di alam jasad dan kepada kuburnya di alam kubur.

Sunday, June 23, 2013

Rahmat kepada yang baik



Permata 89

Daripada Abu Hurairah ra berkata, rasulullah saw bersabda: Tidak dicabutkan rahmat kecuali daripada orang yang celaka. (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Hibban dan al-Hakim)

Mutiara Hikmah

a) Imam Muslim : Allah SWT menjanjikan kehidupan yang kekal di akhirat dan menjadikan kehidupan dunia sebagai jambatan menuju akhirat. Oleh itu, penuhilah janji hamba kepadaNya supaya Allah menunaikan janjiNya kepada kita.

b) Sesungguhnya tak mungkin orang memiliki pengertian sepenuhnya sesama manusia tanpa memilik rasa kasih sayang

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Adab makan



Permata 88

Daripada Abi Juhaifah al-Sawaie ra berkata bahawa rasulullah saw bersabda : Aku tidak makan dalam keadaan bersandar. (Riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Ahmad)

Mutiara Hikmah

a) Rezeki anda lebih mengetahui di mana anda berada daripada diri anda terhadap tempat rezeki itu sendiri. Rezeki anda akan selalu mengiringi anda, tak ubahnya seperti bayang-bayang. Anda tak akan mati sehingga seluruh rezeki anda diberikan.

b) Imam al-Syafie ra : Pilihlah makanan yng halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan menjadi gerun.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Amalan seorang muslim (5)



16. Berzikir dengan zikir pagi dan petang

17. Memperbanyak solat naafilah (sunnah) di rumah

Rasulullah saw bersabda :  Solat sunnah seseorang di tempat yang tidak terlihat oleh manusia sebanding dengan solatnya di hadapan orang-orang dua puluh lima kali solat.

Rasulullah saw bersabda: Keutamaan solat (sunnah) seseorang laki-laki di rumahnya dibandingkan dengan solatnya di tempat yang terlihat orang lain adalah seperti keutamaan solat fardu di atas solat sunnah.

18. Solat subuh berjemaah lalu berzikir (sendiri-sendiri) hingga matahari terbit, lalu solat dua rakaat (solat sunnah Israq).

Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa solat subuh berjemaah, kemudian ia duduk berzikir kepada Allah hingga terbit matahari, kemudian solat dua rakaat, maka baginya pahala seperti pahala haji dan umrah yang sempurna,sempurna,sempurna.

19. Basmalah ketika hendak makan atau masuk dan keluar rumah

Rasulullah saw bersabda: Apabila seseorang di antara kamu memakan makanan hendaklah membaca Bismillah ( Dengan Nama Allah). Apabila lupa pada permulaannya, hendaklah membaca : Dengan Nama Allah di awal dan di akhirnya.

Ketika masuk rumah, nabi saw membaca : Dengan Nama Allah, kami masuk (ke rumah), dengan Nama Allah, kami keluar (darinya) dan kepada Rabb kami, kami bertawakkal. Kemudian mengucapkan salam kepada keluarganya.

Dan ketika hendak keluar rumah, nabi saw membaca : Dengan Nama Allah (aku keluar rumah). Aku bertawakkal kepadaNYa dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan  Allah.

20. Memuji Allah setelah makan, minum dan melihat hal-hal yang disukai, bahkan ketika melihat hal-hal yang tidak disukai.

Rasulullah saw bersabda:  Barangsiapa setelah makan mengucapkan : alhamdulillaahil ladzii ath’ amanii haadzath tha’aam..walaa quruwatin (Segala puji bagi Allah  yang telah memberikanku makanan ini dan memberikan aku rezeki makanan ini tanpa usaha dan kekuatan dariku) maka diampuni dosanya yang telah lalu.

Apabila nabi saw melihat sesuatu (kenikmatan( yang disukai maka baginda mengucapkan : Segala puji bagi Allah yang dengan kenikmatan dariNya berbagai kebaikan menjadi sempurna.

Dan apabila beliau melihat sesuatu yang tidak disukai baginda mengucapkan: Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan.

Wallahu a’lam

Abu Muhammad Ibnu Shalih bin Hasbullah
Pustaka Ibnu Umar

Tali itu



Tali itu
pembimbing setiap insan
untaian cinta pemilik kebenaran
menyuluh cahaya sepanjang laluan
menyelamat umat dari kegelapan

Berpeganglah
jangan dilepas
berpautlah
jangan kamu lemas
bisikan godaan akan
terus kedengaran
memang telah dijanjikan
akan benarnya rasukan syaitan

Di atas dorongan deklarasi mimpi
insan tergelincir, buta mata sanubari
gagal melihat ketulusan tali itu
si politikus melacur harapan rakyat
mencipta wawasan bersultan impian
lalu kebenaran jadi pertikaian
agamawan merperdagangankan ilmu
lantas umat bersuara keliru
saudagar berjual beli
menghalal korupsi
demi mengisi kocek
yang sudah terlebih isi

Insan berpecah-belah
seperti zaman jahiliah
akidah makin goyah
kewarasan jatuh rebah
cerita kehidupan separa edan
menghias kanvas catan

Tali itu cuma satu
berpegang dan berpautlah di situ
pasti jalan tiada berliku.

Khairul Annuar Omar
Bandar Laguna Merbok
Sungai Petani.
BH
23 Jun 2013


Selawat 106



 
Allaahumma shalli ‘alaa Muhammadin wa anzilhul-munzalal-muqarraba minka yaumal-qiayaamah.

Ya Allah, limpahkanlah selawat atas Muhammad dan tempatkanlah ia di tempat yang dekat denganMu di Hari Kiamat.

Saturday, June 22, 2013

Super Character



.......saya ingin mengajak semua Guru Malaysia meningkatkan professional will masing-masing untuk berdepan dengan cabaran baharu dalam pendidikan. Saya berpandangan, sistem pendidikan negara memerlukan lebih ramai lagi SUPER CHARACTER dalam kalangan warga guru di negara ini.

Tan  Sri Abdul Ghafar Bin Mahmud
Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Sumber : Petikan kata-kata aluan Buku Program Perayaan Hari Guru Negeri Kelantan ke-42 pada 17 Jun 2013

Panduan memilih sahabat



Permata 87

Daripada Abi Zar al-Ghafari ra berkata bahawa rasulullah saw bersabda: Keseorangan lebih baik daripada rakan yang jahat. Rakan yang soleh lebih baik daripada keseorangan. Memenuhi kebaikan lebih baik daripada diam dan diam lebih baik daripada memenuhi kejahatan. (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Mutiara Hikmah

a) Sebahagian ulama tasawuf menasihati murid mereka dengan syair :

Kepada hatimu yang akan menjadi keras dan semakin jauh dariKu:
Anakku jauhilah setiap pelaku bid’ah
Jangan bersahabat dengan siapa yang mempunyai sifat itu
Nescaya sifat kamu akan menjadi seperti mencuri sifatnya
Sedangkan dengan demikian tanpa kamu sedari

b) Imam al-Ghazali menaqalkan syair gurunya:

Redalah engkau dengan Allah sebagai sahabat
Dan tinggallah manusia di sekelilingmu
Zahirkan kebenaran dalam mencintai Allah
Sama ada kamu bersama mereka atau berjauhan
Telitilah manusia berulang kali jika mahu
Nescaya kamu dapati mereka seperti kala jengking
Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri