Sunday, June 9, 2013

Jarum



Sebatang jarum
dihargai kerana budi
sedia menerima benang
sebagai sahabat
mencantum yang koyak
menyambung yang putus
sehingga kekurangan
tak lagi nampak
dan kelemahan pun terhapus

Sebatang jarum
dibenci kerana tinggi diri
membuang benang sebagai sahabat
kerana menurut telunjuk
tajamnya menyucuk kulit
angkuhnya melukakan daging
ke seluruh jasad membenam sakit
tawanya pula bertambah nyaring

Sebatang jarum
budinya kini semakin hilang
selama-lamanya tak akan dikenang
kerana di matanya khianat
menanah dan membusuk jasad
bangsa di lebar jurang.

Nazim Mohd Subari
Kampung Teriang Kecil, Endau
Berita Harian
9 Jun 2013

No comments:

Post a Comment