Saturday, June 15, 2013

Dari luar jendela bangsa



Dari luar jendela bangsa
kulihat pelbagai warna rasa
ceria bersatu mengejar pelangi maju
tiba-tiba ombak gelora
melanda bahtera bangsa
percikan bunga perkauman
percikan api kebencian
percikan api kecurigaan
memanah jendela bangsa
terasa retak jendela bangsa

Dari luar jendela bangsa
kupanjatkan doa
agar terpadam
percikan bunga perkauman
percikan api kebencian
percikan api kecurigaan
agar retak terasa hanya mainan rasa
kerana ingin kulihat
pelbagai warna rasa
teradun dalam satu acuan
mengejar pelangi maju.

Yusof Mustanir
Petra Jaya, Kuching

No comments:

Post a Comment