Saturday, June 29, 2013

Pemikiran Tuk Kenali (1)



1. Suka Berdikari

Alas kakinya, berupa terompah kayu yang talinya daripada tayar motokar dibuatnya sendiri. Beliau ke pasar memberi keperluan dapur keluarga, sebagaimana amalan sewaktu menuntut di tanah suci Mekah hatta mengajar di Masjid Besar Muhammadi, Kota Bhatu Kelantan. Pakaian dibasuhnya sendiri. Dengan itu beliau lebih mengetahui pada bahagian mana sesehelai baju itu kotor dan perlu dibasuh.

Lantaran mengetahui ketiadaan akhbar sama ada harian atau mingguan di kebanyakkan negeri, beliau menulis dalam keluaran sulung Pengasuh (11 Julai 1918) : Tatkala saya ketahui bahawasanya tiada orang yang boleh jadi utusan yang usaha pada menghimpunkan (menyatukan) anak Melayu kita ini, maka cintalah saya dengan harapan bahawa diadakan tiap-tiap buah negeri di dalam Semenanjung Tanah Melayu kita ini sekurang-kurang-kurang satu suratkhabar yang dipunyai oleh anak-anak negeri sendiri supaya menempati ia (menjadi) utusan yang bijaksana menyeru kepada bersekutu dan bersatu pada tiap-tiap pekerjaan yang mendatangkan muslihat bagi watan, bangsa dan agama.

Wallahu a’lam.

20 sikap dan pandangan Tuk Kenali
Abdullah Al-Qari, 1988

No comments:

Post a Comment