Wednesday, October 31, 2012

Bukakan hijab doamu


Ya Rabb,
berikan aku sebiji tamar
dari syurga-Mu
bukan sebiji khuldi
yang menyingkirkan Adam
daripada kasih sayang-Mu.

Aku selalu bertanya
cukupkah bekalan ini
untuk aku bawa
ke negeri abadi?

Ya Rabb, dengan seluruh keampunan-Mu
jangan dijawab pertanyaanku
kerana
aku ingin belajar menjadi insan
yang sentiasa takut dan bersedia
bukan peramal dan pemuja.

Hanya satu pintaku
bukakan hijab doa-Mu
untuk namaku.

Shamsudin Othman
Kuala Lumpur

Kerja


Kerja bukan seperti yang difikirkan orang.
bukan sekadar sesuatu yang
jika sedang berlangsung,
kau dapat melihatnya dari luar.

Seberapa lama kita,
di Bumi-dunia,
seperti anak-anak
memenuhi lintasan kita dengan debu dan batu dan serpihan-serpihan?

Mari kita tinggalkan dunia
dan terbang ke surga,

Mari kita tinggalkan keanak-anakan
dan menuju ke kelompok Manusia.

Jalaluddin Rumi

Tuesday, October 30, 2012

Diri dalam tetapi…….


Diri ada keberanian
tetapi tiada kejujuran
diri ada kesungguhan
tetapi tiada keikhlasan
antara berani jujur sungguh ikhlas
tetapi tiada satu tindak berbalas.

engkau kuat pantas berlari
tetapi tiada kaukejari pahala diri
engkau hebat melayari samudera
tetapi tiada jasa mengasuh manusia

engkau harapkan malam jadi siang
tetapi tiada peduli anugerah Tuhan
engkau lihat mentari dan nyaman bulan
tetapi tiada tekuni fitrah alam

engkau inginkan sejahtera kehidupan
tetapi tiada hayati makna kebajikan
engkau kuasai segenap penjuru kuasa
tetapi tiada pernah kembali kepada-Nya

diri dalam tetapi
tetapi dalam diri
engkau dalam tetapi
tetapi kekal tetapi.

A Aziz Deraman
28 Mac 2007

Monday, October 29, 2012

Gurindam akukah pendosa?


Apakah aku insan pendosa?
Tak mengingati-Mu setiap masa

Apakah aku insan pelupa
Membuat mungkar, lalai alpa

Dosa mata melihat yang haram
Padanlah jiwa terasa suram

Dosa telinga mendengar yang sia-sia
Berlalu masa terbazir usia

Dosa mulut melafazkan umpatan
Berkata-kata tiada sekatan

Dosa tangan melakukan kerosakan
Ditundukkan bisikan menuruti desakan

Dosa kaki ke tempat tak diredai
Tak ke situ lagi sudah memadai

Dosa akal memikirkan maksiat
Menyebut istighfar dahulunya liat

Dosa hati berniat buruk
Cerminan akhlak yang rapuh teruk

Hina diri ampun diminta
Bukakanlah hati, bukakanlah mata

Sungguh kumalu sebagai hamba
Sentiasa ingkar tamak haloba

Ya Allah tuhanku yang satu
Perubahan ini mohon direstu

Kini kusedar mulai insaf
Moga terampun dek rapatnya saf

Kekhilafan tak ingin kuulangi lagi
Andai berulang diriku rugi

Sungguh Tuhanku penerima taubat
Allah Pengampun Yang Maha Hebat

Benarlah aku insan pendosa
Ampuni aku, wahai Yang Maha Esa.

Nor Afiqah Mohd Sidek
Cheras, Kuala Lumpur
BH; 28 Okt 2012

Ya Allah, keampunanMu jauh lebih luas dari dosa-dosaku dan kasih sayangMu jauh lebih kuharapkan dari balasan amalku. Ameen.

Takwa dan Mutaqqin


Takwa : Orang yang bertakwa adalah orang yang mempunyai keutamaan. Perkataan mereka selalu jujur, pakaian mereka sederhana dan gaya berjalan mereka tawadhu’. Mereka memejamkan mata dari hal-hal yang diharamkan Allah. Telinga mereka sentiasa mendengarkan ilmu yang bermanfaat. Dalam keadaan susah mahupun senang mereka tetap sama : hati mereka selalu dekat pada Allah dan sentiasa menjalankan perintahNya.

Seandainya tidak ada kematian yang telah dipastikan Allah, nescaya roh mereka sesaat pun tidak akan diam dalam jasadnya, kerana .terlalu rindu dengan pahala Allah swt dan takut dengan seksaNya.

Dalam hati mereka, yang sangat diingati hanyalah Allah, Maha Pencipta dan sesuatu selain Allah adalah kecil belaka. Mereka dan syurga seperti orang yang telah melihatnya mereka merasakan nikmat syurga. Mereka dan neraka seperti orang yang telah melihatnya mereka boleh merasakan seksaannya. Maksudnya keyakinan mereka terhadap syurga dan neraka telah sampai kepada darjat ‘ainul yakin. Hati mereka selalu bersedih. Kejahatan diri mereka dapat dihindarkan. Tubuh mereka menjadi kurus kerana rajin melakukan solat malam, berpuasa dan amalan-amalan lainnya. Keperluan mereka sangatlah sederhana dan diri mereka terpelihara dari hal-hal yang terlarang.

Mereka sabar menanti hari-hari yang singkat untuk mendapatkan pahala di hari yang kekal abadi iaitu Hari Kiamat. Usaha mereka beruntung kerana telah dimudahkan oleh Allah swt. Dunia mencintai mereka tetapi mereka tidak cintakan dunia. Dunia mencuba untuk menawan mereka namun mereka mampu untuk menebus dirinya.

Bila malam menjelang tiba, mereka berbaris sambil mengalunkan ayat-ayat al-Quran dengan tartil. Mereka menyesali diri dan mengubati penyakitnya. Mereka menangis kerana tangisan itu dapat mencuci kotoran hati dan mencari ilmu yang dapat menghilangkan kebodohan. Ketika mereka mengalunkan ayat-ayat berisi kerinduan terhadap syurga, hati dan jiwa mereka sangat mengharapkan dan merasakan seolah-olah syurga berada dalam pandangan matanya. Sebaliknya ketika mereka mengalunkan ayat-ayat berisi ancaman, hati mereka terpegun penuh penghayatan serta merasakan seolah-olah api neraka berada di telinganya. Mereka rukuk dalam solat, beralaskan dahi, telapak tangan, lutut dan telapak kaki (dalam keadaan sujud). Mereka memohon kepada Allah swt agar membebaskan diri mereka dari api neraka.

 Di waktu siang mereka adalah para ulama’ dan dermawan disegani orang ramai dan bertakwa. Mereka tidak merasa puas dengan amalannya yang sedikit dan tidak pernah menganggap amalnya banyak. Diri mereka sentiasa resah dan selalu ingin beramal. Ketika dipuji, mereka khuatir dengan isi pujian itu sambil berkata : Aku lebih tahu tentang diriku daripada orang lain. Sedangkan Tuhanku lebih tahu tentang diriku daripada diriku sendiri. Ya Allah, janganlah Engkau seksa aku atas apa yang mereka katakan. Jadikan aku lebih baik dari anggapan mereka dan hapuskanlah dosaku yang tidak mereka ketahui.

Muttaqin : Di antara tanda-tanda muttaqin adalah : teguh dalam beragama, perkasa namun tetap lembut, ada keimanan dalam keyakinannya, dahagakan ilmu pengetahuan, pemurah lagi bijaksana, bersederhana dalam keadaan berada, khusyuk beribadah, tetap menjaga harga diri walau dalam keadaan miskin, sabar dalam keadaan susah, sentiasa mencari yang halal, bersemangat meraih petunjuk, jauh dari sifat tamak, beramal soleh dan penuh rasa malu.
 
Di petang hari ia bersyukur dan di pagi hari ia berzikir. Di malam hari ia dalam kekhuatiran dan pagi harinya dalam kebahagiaan. Khuatir kerana takut lupa terhadap Allah swt dan bahagia kerana mendapatkan anugerah dan keutamaan dari Allah. Bila dirinya terasa berat meninggalkan apa yang ia benci, maka ia tidak minta sesuatu yang disenangi. Penyejuk hatinya adalah sesuatu yang tidak pudar (akhirat dan syurga). Kebenciannya adalah sesuatu yang tidak kekal (dunia). Dia memadukan sifat dermawan dengan bijaksana dan ucapan dengan perbuatan. Angan-angannya pendek, sedikit berbuat salah, hatinya khusyuk dan tawakkal, makannya sedikit, memudahkan segala urusannya, menjaga dengan kuat agamanya dan mampu menahan marahnya.

Dia sangat mengharapkan kebaikan dan menghindarkan diri dari keburukan. Apabila dia bersama orang-orang yang lalai kepada Allah, maka dia adalah orang yang ingatkan Allah. Apabila dia bersama orang-orang yang ingatkan Allah, maka dia tidak tergolong dari kalangan orang yang lalai. Apabila dia bersama orang-orang yang lalai, maka dia tetap mengingati Allah. Jika dia bersama orang-orang yang mengingati Allah, maka dia tidak hanya mengingati Allah dengan lisannya namun juga dengan hatinya.

Mereka memaafkan orang yang menzaliminya, memberi kepada orang yang bakhil kepadanya, menyambung tali silaturrahim terhadap orang yang memutusnya, jauh dari sifat buruk, ucapannya lembut, jauh dari perbuatan mungkar, mudah berbuat baik dan memerhatikan kebaikan serta berpaling dari kejahatan.

Dia tetap tenang  dalam keadaan sukar, sabar dalam keadaan miskin, syukur dalam keadan kaya, tidak menzalimi orang yang benci kepadanya, dan tidak menyakiti orang yang mencintainya. Sentiasa mengakui kebenaran sebelum disuruh, tidak mensia-siakan amanat yang diberikan kepadanya, tidak melupakan sesuatu yang harus diingati, tidak memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak disukai, tidak membahayakan jirannya, berdukacita dengan orang yang terkena musibah serta tidak termasuk dalam urusan kebatilan dan tidak terkeluar dari kebenaran.

Apabila diam, dia tidak merasa sedih kerana tidak ikut berbicara. Apabila tertawa dia tidak meninggikan suara, apabila dizalimi, dia sabar hingga Allahlah yang membalaskannya. Jiwanya sentiasa berat kerana menanggung ketaatan dan menjauhi nafsu syahwat. Setiap orang merasa aman bila bersamanya. Mengorbankan segalanya untuk keperluan akhirat dan melepaskan diri dari sikap bergantung kepada manusia. Dia menjauhi orang yang jauh dari zuhud dan kebersihan hati. Dia mendekati orang yang dekat dengan kelembutan dan kasih sayang. Dia tidak menjauhi seseorang dengan bongkak dan sombong, tidak pula mendekati seseorang dengan helah dan tipudaya.

Saidina Ali bin Abi Talib

Wallahu a’alam.

( Kaifa nasluk Thariq al-Jannah; Nabil Hamud Al-Ma’az )

Sunday, October 28, 2012

Gurindam bisikan kepada diri


Bisikkan selalu kepada diri
Usah menangis tertusuk duri
 
Harus cermat sentuhan jemari
Harus waspada menjaga diri

Bisikkan selalu kepada diri
Siaga berfikir berkata selari

Tingkah laku cerminan diri
Dinilai sentiasa Yang Maha Memerhati

Bisikkan selalu kepada diri
Rendahkan hati jadilah penyeri

Angkuh bongkah usah amalkan
Sikap buruk kelak disesalkan

Bisikkan selalu kepada hati
Usahakan kebaikan jangan berhenti
 
Kuatkan semangat murnikan niat
Biar pekerjaan diiringi berkat

Bisikkan selalu kepada hati
Kenikmatan usaha tiada ganti

Mujahadah terus jangan mengalah
Berjuang terus walaupun lelah

Bisikkan selalu kepada hati
Usah berkali-kali mati sebelum mati

Selagi nafas menyambung hari
Manfaatkan modal teruskan berlari

Bisikkan selalu kepada hati
Kisah lalu jadikan bukti

Kenangan pahit usah ditangisi
Tanggungjawab kini segeralah dilunasi
 
Pesanan selalu kepada diri
Jadilah sebaik-baik suri

Menghulur tangan menyalur budi
Menyebar sedekah di setiap sendi

Pesanan kepada hati
Andai tersilap usah ratapi

Bangun segera usah terduduk
Sedarkan jiwa bak terketuk beduk

Pesanan selalu kepada hati
Hidup tak selalu seperti yang dihajati

Ingatlah kita akan kembali
Moga kepulangan diredai Ilahi.

Nor Afiqah Mohd Sidek
Cheras, Kuala Lumpur
Mingguan Malaysia; 28 Okt 2012


Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang ketika mereka berbuat baik, mereka memberi khabar gembira dan ketika mereka berbuat buruk, mereka beristighfar.Ameen

Petikan Khutbah Arafah


Khutbah Arafah 1433 H

Para tetamu Allah SWT, di saat dan ketika seperti ini, di mentari yang seperti ini, di tanah Arafah yang seperti ini, di bumi ini, di pasir-pasir dan debu-debu ini, 1400 tahun terdahulu, junjungan besar nabi Muhammad saw bersama-sama dengan para sahabat, bersama dengan seluruh daripada mereka yang terdiri daripada hulmahaltul mukminin , yang terdiri daripada kalangan sahabat-sahabat besar, terdiri daripada mereka yang dijamin surga Allah swt. Berhimpun dan berkumpul di padang ini mengucapkan talbiah, tahmid dan takbir, memuji dan memuja kebesaran Allah SWT. Lidah mereka basah dengan  Labbaikallahumma labbaik, labbaika lasyarika laka labbaik, innal hamda wanni’mata laka walmuka lasyarika lak.

Kelahiran dan kedatangan mereka ke bumi Arafah bagi menyempurnakan : Dan serulah manusia kepada menunaikan ibadah haji.

Kita hari ini, bukan sekadar rakyat Malaysia, bahkan daripada pelbagai bangsa dan negara yang hadir di bumi Arafah, tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk menyambut seruan, apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT yang menjadi sebahagian daripada kewajiban Rukun Islam iaitu ialah menunaikan ibadat haji.

Mudah-mudahan bumi Arafah menyaksikan kelahiran dan kewujudan kita sebagai umat Islam yang melaksanakan titah dan perintah Allah SWT.

Ya Allah, persaksikan mereka yang hadir di bumi Arafah, khususnya rakyat Malaysia yang ada pada khemah ini, bahkan di merata khemah yang berdekatan termasuk seluruh daripada kalangan umat Islam yang hadir di bumi Arafah melebihi daripada 3 juta umat, yang kita harapkan tiada ganjaran lain yang diberikan Allah dalam suasana kepanasan dan bahang Arafah , dalam suasana debu-debu Arafah, dalam suasana udara dan angin Arafah, mudah-mudahan telapak-telapak kaki kita bertemu dengan telapak-telapak kaki para sahabat junjungan besar nabi Muhammad saw.

Para tetamu Allah sekalian:

Sesungghnya Arafah adalah bumi yang terlalu amat bersejarah, sehinggakan pertemuan Adam as bersama-sama dengan Hawa yang berpisah begitu lama dan panjang juga dipertemukan oleh Allah SWT di bumi Arafah. Hanya Allah yang mengetahui kemuliaan dan kebesaran, kenapa Arafah menjadi pilihan ketentuan pertemuan bapa kepada segala manusia yang meneruskan zuriat kelahiran manusia hari ini.

Sidang hadirin hadirat yang dirahmati Allah , bermula dari gelincir matahari, bermula dari masuknya waktu Zohor sebentar tadi, bermula di saat khatib berdiri di sini untuk membaca khutbah, ianya adalah merupakan sesuatu yang amat bermakna kepada kita. Dalam perjalanan haji alhajur Arafah, haji adalah perhimpunan di bumi Arafah. Mudah-mudahan apabila matahari yang sedang memancar terik di atas kepala, mudah-mudahan apabila turunnya mentari nanti, kita mampu menyempurnakan berwukuf di padang Arafah, sesudah kemudian kita bergerak ke Mudzalifah, bermabik mengutip anak-anak batu melontar di Mina. Dan begitulah seterusnya, sesungguhnya pengajaran Mina yang terlingkung dalam syiar ibadat haji yang kita lalui. Di Mina kita melontar di ketiga-tiga jumrah. Bermula dengan Jumratul Qubra dan begitulah seterusnya diulang sebanyak 3 hari sama ada nafal awal atau nafal yang kedua, nafal thalni. Sesungguhnya lontaran itu memberikan pengajaran yang terlalu besar kepada kita.

Bagaimana nabi Allah Ibrahim as, ketika umur yang terlalu tua, tiba-tiba dikurniakan dengan seorang anak, yang ditunggui sekian lama, namun dalam penantian anak yang begitu lama, Allah memerintahkan anak tersebut disembelih. Sesudah diperintahkan berpindah berada di bumi Mekah, pada wadi yang kering kontang.

Ketika mana nabi Allah Ismail pandai bermain-main, berkata-kata, mengikuti ayahnya Ibrahim. Allah perintahkan anak yang dinanti sekian lama, untuk disembelih. Lalu nabi Ibrahim bertanya kepada anaknya : Apakah pandangan kamu terhadap perintah ini.

Anak yang masih lagi kecil tetapi mempunyai roh dan semangat yang begitu besar, menjelaskan : Wahai bapakku, laksanakan perintah Tuhanmu ke atasku, nescaya kamu akan dapati aku akan bersabar di atas perintah ini.

Bayangkan bagaimana pengorbanan yang begitu hebat, seorang kanak-kanak yang memahami perintah Allah, yang sebagaimana kita juga yang memahami perintah Allah berhimpun dan berkumpul di bumi Arafah. Semuga-muga pertautan ibadah ini akan mengganjarkan dengan  janji syurga Allah SWT.

Begitu juga, sewaktu kita nanti bertawaf menyempurnakan haji di bumi Mekah. Mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali keliling, melihat kepada Hajarul Aswad yang dikurniakan oleh Allah, batu syurga yang diberikan sebagai kemuliaan kepada umat Muhammad saw dan umat nabi Ibrahim as.

Dan kita bersaie di antara Safa dan Marwah. Kita berlari di antara Safa dan Marwah dengan 7 pusingan sebagai gambaran bagaimana berlarinya Siti Hajar dalam pencarian dan pendakian untuk mendapatkan setitis minuman kepada anaknya Ismail. Dalam suasana yang demikian, bayangkan. Dalam kelapangan yang ada sekarang ini di bumi Safa dan Marwah, di antara dua bukit yang pada hari ini telah diratakan dengan perjalanan yang lebih mudah, bahkan pada tingkat yang tertentu mempunyai udara yang dingin dan nyaman, yang dikurniakan.

Sedangkan Siti Hajar suatu ketika dan saat dahulu di kepanasan seperti inilah, di kepanasan bukit-bukit yang kering kontang itulah Safa dan Marwah yang menjadi perlambangan syiar ibadah yang kita lakukan pada hari ini, sehingga akhirnya pengorbanan seorang isteri dan juga ibu yang begitu gigih memelihara anaknya yang sepatutnya menjadi suatu dorongan kepada kita sebagai umat Islam. Bagaimana bersungguhnya untuk kita membawa agama Allah, mempertahankan agama Allah SWT.


Akhirnya, Allah mengurniakan telaga Zam-zam yang munculnya mata-mata air di bawah telapak kaki nabi Allah Ismail as. Bagaimana kemuliaan yang Allah berikan yang sampai ke saat ini dan ketika ini Zam-zam yang tidak pernah kering, walaupun jutaan umat Islam sama ada di musim Ramadhan, di musim haji, sama ada di musim umrah, mereka membawa pulang air-air tersebut, meminum dan juga menyimpan air tersebut. Tapi sedikit pun ianya tidak pernah mengeringkan telaga yang kecil, yang tumbuh sebagai mukjizat di telapak kaki seorang nabi yang dikurniakan oleh Allah yang menjadi air yang terbaik di atas muka bumi ini.

Sidang hadirin hadirat para tetamu Allah yang dihormati sekalian.

Marilah dalam kesempatan yang terbatas ini, di mentari yang penoh cahaya kurniaan Allah, di saat Allah membuka semua pintu-pintu hijab, di saat tidak ada perlindungan dan tutupan dari doa yang akan kita sampaikan. Marilah para tetamu Allah, marilah para jemaah haji untuk sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT dengan hati yang penoh tulus ikhlas. Kalaulah ini merupakan ziarah yang terakhir, haji yang terakhir, Arafah yang yang terakhir untuk kita, jadikan Arafah yang terbaik, yang menjanjikan tiada balasan yang lain melainkan syurga Allah.

Para tetamu Allah sekalian.

Mungkin kita tidak dapat menziarahi lagi Arafah, mungkin kerana keterbatasan waktu dan juga jumlah jemah haji. Tetapi kita mengharapkan inilah yang terbaik yang Allah kurniakan kepada kita. Gunakan saat Arafah yang begitu mulia ini.

Apabila nabi ditanya para sahabat :  Apakah doa yang terbaik, apakah doa yang paling afdal. Nabi saw menjawab : Doa pada hari Arafah. Marilah kita berdoa untuk keselamatan diri kita, keluarga, isteri, anak dan suami, seluruh rakan muslimin dan muslimat termasuk khusus bagi negara kita Malaysia yang tercinta supaya Allah mengurniakan negara yang mendapat keampunan Allah SWT.

Para hadirin hadirat :

Marilah pada saat dan ketika penoh bermakna ini, di suasana Arafah yang penoh dengan kemuliaan ini, di suasana kita berhimpun di padang yang penoh kemuliaan ini. Marilah untuk kita tidak lupa untuk mengucapkan salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw yang telah membawa Islam kerana perintah Allah dalam Al-Quran : Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi, maka berselawatlah kamu dan mengucap salam ke atasnya dengan sesungguh-sungguhnya.

Dan sabda rasulullah saw :  Barang siapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya dengan 10 selawat.

Wallahu a’lam

Datuk Seri Jamil Khir b Hj Baharom
Arafah, 25 Okt 2012

Saturday, October 27, 2012

Umur


Hasan al Basri berkata : Aku hairan dengan orang-orang yang diperintah untuk menyiapkan bekalan, dipanggil untuk pergi jauh dan orang-orang yang mendahului mereka telah lebih dahulu wafat tetapi mereka masih duduk santai.

Ibnul Qayyim pula telah berwasiat kepada orang yang berumur panjang namun terpedaya olehnya, agar merenungkan makna yang tersirat pada umur. Umur adalah perjalanan menuju  Allah dan kehidupan akhirat. Dalam perjalanan ini ianya terbahagi dalam beberapa fasa.

Orang cerdas adalah mereka yang memanfaatkan setiap fasa yang ada di hadapannya. Dia berusaha keras menjalani setiap fasa sebaik mungkin. Jika telah menyelesaikan satu fasa akan beralih pada fasa yang lain. Dia tidak menganggap waktu itu panjang, sehingga lantas membuat hatinya keras, banyak angan-angan, menunda-nunda pekerjaan dan bermalas-malasan. Sebaliknya, dia memperhitungkan umurnya hanya sampai pada satu fasa. Sehingga dia berusaha keras mengisinya dengan segala kebaikan. Lantaran ia menyakini fasa itu singkat dan lekas berlalu, dia akan merasa ringan untuk beramal dan hatinya tergerak untuk beribadah.

Bila datang fasa yang lain, dia akan menjalaninya sebaik mungkin, seperti fasa-fasa sebelumnya. Kebiasaan ini terus dia lakukan hingga habis seluruh fasa. Dia puas dengan usahanya dan bersukacita dengan apa yang telah dia siapkan untuk akhiratnya.

Ketika cahaya matahari menerpa dan kegelapan malam menyingsing, dia puas dengan perjalanan malamnya ( maksudnya, ketika mencapai maksud dan tujuan, ia bahagia, senang dan mendapat balasan dari usahanya ) dan tidurnya telah berlalu. Betapa indah perjalanan hari itu. Pagi harinya bercahaya dan tampak kebahagiaan memancar dari wajahnya.

Wallahu’alam.

( Kaifa nasluk thariq al-Jannah; Nabil Hamid Al-Ma’az )

 Ya Allah, tunjukkanlah aku dan mudahkanlah aku ( dalam memperoleh ) petunjuk. Ameen. 

Friday, October 26, 2012

Keutamaan jenazah




Suatu ketika Ibnu ‘Umar mendengar hadis riwayat Abu Hurairah tentang keutamaan orang yang mengiringi jenazah dan turut menyembahyangkannya. Bahawa bagi mereka pahala dua qirath (ukuran berat), satu qirath menyamai dengan bukit Uhud. Ibnu ‘Umar menjadi sangat sedih dan berkata : Jadi selama ini kita telah melewatkan qirath banyak sekali.
(HR Muslim )

Thursday, October 25, 2012

Doa Hari Arafah


Ya Allah, wahai Yang Maha Mendengar, inilah kami hamba-hamba-Mu ya Karim, Hamba-Mu yang berlumur dosa, bergelimang maksiat, kini memohon kepada-Mu, wahai Yang Maha Rahman, betapapun kami tidak bisa melihat-Mu, tapi bukankah Engkau sedang menatap kami. Engkau sudah tahu persis apa yang kami lakukan. Mata berlumur maksiat, telinga berlumur dosa. Engkau sudah mendengar setiap kata yang terucap lisan ini. Engkau tahu persis setiap kebohongan kami. Engkau telah mengetahui janji yang tidak kami tepati. Ya Rabb, Engkau pun tahu apa yang dilakukan oleh tubuh ini. Semua maksiat yang pernah dilakukan telah Engkau saksikan semuanya. Malu rasanya di hadapan-Mu ya Allah, tubuh di depan-Mu ini kami kotori dengan maksiat, kami lumuri dengan aib.
Ya Allah, Engkau tahu kebusukan hati kami, sering menyombongkan apa yang kau titipkan, mempamerkan, riak, hati penuh kedengkian.
Ya Allah, kami ingin merubah semuanya. Kau tahu betapa penatnya hidup seperti ini, betapa menderita hidup jauh dari-Mu, betapa sengsara hidup bergelimang dosa dan maksiat.
Ya Rabb, jadikan saat ini benar-benar menjadi saat Engkau mengubah diri-diri kami, dari si busuk berlumur dosa menjadi orang yang terpelihara dengan Karunia-Mu,dari hamba-Mu yang nista berlumur aib, menjadi orang yang mulia disisi-Mu, dari si malas, lalai, menjadi orang yang terpelihara dengan karunia-Mu, dari si dungu yang tiada berilmu menjadi orang yang benar-benar kau selimuti dengan ilmu-Mu, ya Allah.
Ya Allah, karuniakan kepada kami ampunan-Mu…Ya Allah, berikan keteguhan bagi kami ya Rabb. Jangan biarkan kami tergelincir ya Allah dalam kemaksiatan, jangan biarkan kami jatuh oleh godaan ya Allah, jangan biarkan kami terperosok dalam nafsu yang menjerumuskan, berikan kekuatan kepada kami untuk menjaga diri ya Allah. Kami ingin selamat ya Allah…
Ya Rabb, jangan biarkan nafsu menggelincir kami dari jalan-Mu, jangan biarkan cinta kami kepada makhluk-Mu membuat kami mengkhianati-Mu, jangan biarkan dunia ini menipu, menyilaukan dan memperdaya kami.
Ya Rabb, karuniakan kepada kami indahnya hidup bersama-Mu…
Ya Rabb,  jadikan sisa umur ini menjadi orang yang benar-benar terpesona kepada-Mu, menjadi orang yang selalu merindukan-Mu, menjadi orang yang tak bisa melupakan-Mu. Jadikan hari-hari yang kami jalani hari-hari yang sibuk berbekal pulang kepada-Mu.
Selamatkan orang tua kami ya Allah, tidak berhenti kami mendoakan keduanya, darah dagingnya melekat di tubuh kami. Solehkan yang belum soleh, muliakan yang terhinakan Islamkan yang belum Islam, pertemukan bagi yang belum bertemu dengan orang tuanya di tempat yang berkah.
Ya Allah, ampuni yang orang tuanya berlumuran dosa. Jadikan sisa umurnya menjadi orang mulia di sisi-Mu. Jadikan akhir hayatnya husnul khatimah, lindungi dari siksa kubur ya Allah, jangan….jangan biarkan teraniaya di kubur ya Allah, jadikan ahli surga-Mu ya Allah. Golongkan kami menjadi anak yang tahu balas budi, cegahlah kami dari perbuatan durhaka sekecil apapun.
Ya Allah, selamatkan hamba-hamba-Mu yang berbuat kebaikan kepada kami, juga selamatkan kaum muslimin yang pernah kami sakiti selama ini, berilah hatinya reda dan mahu memaafkan kami. Selamatkan kaum muslimin yang pernah menyakiti kami. Golongkan kami menjadi pemaaf yang tulus.
Ya Allah, lindungi kami dari sifat kikir, lindungi kami dari sifat amarah, lindungi kami dari kemunafikan ya Allah. Lindungi kami dari perilaku zalim kepada siapapun.
Ya Allah, jadikan saat ini saat kau ijabah doa-doa. Kepada siapa lagi ya Allah kami meminta? Sedangkan Engkau penggenggam jagat ini, sedangkan Engkau pemilik segala kejadian. Pada siapa lagi kami berharap selain kepada-Mu. Perkenankan siapapun yang bermunajah di manapun dengan Kau ijabah doanya ya Allah.
Ya Allah, kami ingin bisa pulang selamat, kami ingin bisa pulang selamat, kami ingin bisa pulang kepada-Mu ya Allah. Ya Allah lapangkan yang dilanda kesulitan, cukupi yang kekurangan rezeki ya Allah, mudahkan yang sedang dililit kesulitan, bayarkan yang dihimpit hutang piutang, bahagiakan yang sedang dirundung kesusahan, angkat derajat yang selalu dihina direndahkan. Lindungi yang teraniaya, khususnya saudara-saudara kami di Palestin, Syria dan Myanmar . Teguhkan iman saudara-saudara kami ya Allah. Karuniakan kesabaran, kemenangan bagi hambamu ya Allah. Kembalikan Masjidil ‘Aqsha kepada umat-Mu ya Allah. Ya Rabb, Engkaulah penggenggam musuh-musuh-Mu ya  Allah. Rabb, karuniakan kepada kami berbuat sesuatu untuk kemuliaan agama-Mu, untuk hambamu ya Allah.
Ya Allah berikan kemudahan untuk ibadah kepada kami. Karuniakan solat yang khusyu’, hati yang ikhlas, orang yang cerdas, sehatkan lahir batin kami. Ya Allah, sembuhkan yang sedang ditimpa sakit.
Ya Allah, bagi yang masih berfikiran jahat balikkan hatinya ya Allah, bagi yang masih durhaka bukakan kalbunya ya Allah, bagi yang berlumuran maksiat  tuntun ke jalan-Mu, bagi yang masih kufur beri hidayah ya Allah, mereka juga hamba-hamba-Mu ya Allah.
Ya Allah, berikan kesanggupan kepada kami untuk mengajak hamba-hamba-Mu ke jalan-Mu.
Ya Allah, jadikan saat ini menjadi salah satu saat yang Engkau sukai, saat Kau beri hidayah yang masih tersesat, Kau ampuni yang berlumuran salah dosa. Kau cahaya qalbu yang gulita.
Karuniakan pendamping yang merindukannya, pernikahan yang berkah, rumah tangga yang sakinah, keturunan yang soleh solehah, jangan terlahir dari diri kami keturunan yang durhaka.
Ya Allah, jangan biarkan rumah tangga kami menjadi rumah tangga yang penuh bencana. Ya Allah titipkan kepada kami keturunan yang lebih baik dari pada kami di hadapan-Mu. Jangan biarkan ada anak-anak yang mencoreng aib di wajah kami. Ampuni jika kami salah mendidik mereka, ya Rabb. Ya Allah, jangan biarkan anak-anak kami menghujat kami kelak di akhirat-Mu muliakan dengan Kau masukkan kami semua bersama mereka ke dalam Surga-Mu.
Ya Allah, andaikata bala bencana yang menimpa diri kami, negeri kami, karena perbuatan maksiat yang kami perbuat, jadikanlah saat ini saat ampunan, ya Allah. Ampuni sebusuk apa pun diri kami, ampuni sebanyak apa pun dosa yang kami perbuat. Ampuni segala apapun masa lalu kami, ampuni segala apapun aib-aib yang kami sembunyikan selama ini.
Ya Allah, ampuni jika selama ini kami mendustakan-Mu meremehkan keagungan-Mu, melupakan kasih sayang-Mu. Ampuni jika nikmat yang Kau berikan, kami gunakan untuk berkhianat kepada-Mu. Ampuni jikalau kami begitu sombong kepada-Mu, ampuni amal-amal kami yang amat jarang ini: solat kami yang hampir tiada khushuk, ampuni sedekah kami yang amat kikir, ya Allah. Ampuni kezaliman kami kepada orang tua kami. Engkau Yang Maha Mengetahui luka dihatinya. Ampuni jikalau orang tua kami menyesal melahirkan kami. Ampuni ya Allah, jikalau kami sering melukai dan melalaikannya. Ampuni jika ada orang yang terhina dan tersesat karena lisan kami, ampuni andaikata ada harta haram, makanan haram yang melekat pada tubuh kami ya Allah. Hapuskan semuanya ya Allah.
Rabb, selamatkan bangsa kami ini ya Allah, karuniakan pemimpin yang adil, pemimpin yang mencintai-Mu, mencintai umat-Mu.
Ya Allah, muliakan agama-Mu ini. Jadikan Islam menjadi jalan keluar bagi krisis yang melanda bangsa kami. Jangan biarkan musuh-musuh-Mu menodai dan memfitnah Dien-Mu. Kami yakin Ya Allah, betapapun mereka berusaha keras ingin memadamkan Cahaya-Mu dari bumi ini, Engkau justru akan menyempurnakan Cahaya-Mu, sehingga memancarkan menerangi seluruh lorong persada alam–Mu ini, betapapun orang-orang kafir tidak menyukainya.
Ya Allah, hanya engkau pembalas segala kebaikan, lipat ganda rezeki terhadap siapapun yang membantu dan menjadi jalan bagi sampainya kami di tanah haram ini. Angkat derajat mereka, muliakan hidup  mereka  di  dunia ini, dan  masukkan  mereka   ke   dalam  Surga-Mu……
Ya Allah, kami meminta kepada-Mu haji yang mabrur, sa’i yang masykur, dosa yang terampuni, perniagaan yang tiada pernah merugi. Jangan biarkan haji kami menjadi fitnah. Jadikan haji kami ini membawa keberkahan bagi keluarga, keturunan dan lingkungan kami. Jangan biarkan kami mencemari kehormatan agama-Mu dengan haji ini.
Ya Allah, undang kami kembali berhaji ke tanah suci ini bersama isteri kami, keluarga kami, orang tua kami, sanak saudara kami, anak-anak dan keturunan kami, juga tetangga dan sahabat-sahabat kami,  wahai Yang Maha Mendengar, Engkaulah yang menggenggam segala kejadian.
Ya Allah, hajat kami kepada-Mu begitu sangat banyak, hanya Engkaulah Yang Mengetahui seluruh hajat dan kebutuhan kami. Kami memohon kepada-Mu ya Karim, sepanjang hajat dan kebutuhan kami ini baik menurutmu, dan memberi kemaslahatan dunia dan akhirat bagi kami, maka penuhilah hajat dan kebutuhan kami ini, juga hajat dan kebutuhan isteri,keluarga, orang tua, dan saudara serta sahabat kami.
Ya Allah, akhirnya berilah pada kesempatan ini nikmat, karunia dan keselamatan untuk bisa berhimpun di bawah panji nabi-Mu Muhammad SAW. Beriringan dengan kafilah para nabi-Mu dan rasul-Mu, beriringan dengan semua auliya’, syuhada’ dan shalihin, menuju surga-Mu, tempat tidak seorang tertipu, tempat tidak seorang pun bisa bersedih, tempat semua harapan berjawab, semua derita kan berakhir.
Ya Allah, tiada tempat berharap bagi kami selain kepada-Mu, tiada tempat bergantung bagi kami, selain Engkaulah tempat kembali kami. Penuhilah seluruh harapan kami ini ya Allah dengan Kau ijabah seluruh pinta dan harapan kami ini. Sungguh Engkau tidak pernah mengingkari janji-janji-Mu …Ameen.

( yayasannururrahman.wordpress.com )

Munajat memohon rahmat Ilahi


Illahi, di keheningan malam ini, di saat manusia menikmati tidurnya. Di saat manusia terbuai indah mimpi, aku datang mengetuk pintu-Mu dari seorang hamba yang faqir dan hina. Yang sangat berhajat akan kurnia-Mu. Malam ini aku datang mengetuk pintu rahmat dan ampunan-Mu wahai Zat Yang Maha Pemurah dan Maha Pemberi. Engkaulah yang selalu mengabulkan doa dan tidak pernah membuat perantara dan hijab antara aku dan Engkau.

Dengan berselimutkan malam yang indah ini, aku menuju pintu-Mu untuk memohon kurnia-Mu. Kepada-Mu aku berdoa dengan penuh keyakinan akan semua doa yang kupanjatkan. Dan kerana kemurahan-Mu, Engkau tidak menolaknya. Aku amat menginginkan kemurahan-Mu itu, aku memohon jua kepada-Mu agar engkau mengilhamkan ketepatan doa yang ku panjatkan.

Ya Allah, kulakukan ibadah kepada-Mu, sedangkan Engkau tidak menghajatkan ibadahku. Betapa sangat tergantung aku kepada kekuasaan-Mu ya Rabbi, aku mohon pertolongan-Mu, tunjukilah aku jalan lurus menuju kepada-Mu dan kembalikan aku kepada-Mu dengan cara yang baik.

Allahuma, ya Allah, anugerahilah aku ketaatan kepada-Mu selama hayatku dan tunjukilah aku kepada sesuatu yang menjadikan Engkau reda terhadapku. Jauhkan dan lindungilah diriku dari segala yang menyebabkan terbit murka-Mu.

Allahumma, ya Allah, kurniakanlah ketaatan kepada jiwaku dan sucikanlah ia. Aku mengadu kepada-Mu ya Rabbi kerana Engkau adalah sebaik-baik Zat yang mensucikan jiwa. Pelindung dan Penguasanya. Ameen.

( Doa Munajat, Abdullah Abdus Salam )

Harga Remaja


Berapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pokok
di pinggir perjalanan ini?

Dengan apakah akan kaupenuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah?

Remaja amat mahal
sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
pendirian
keberanian dan ilmu.

Penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju.

Rahman Shaari
Antologi Harga Remaja; DBP

Wednesday, October 24, 2012

Di Perpustakaan


Melangkah ke ruanganmu
satu pertukaran yang kontras
dari kehangatan merata
ke kedinginan yang menerpa
terlalu hening di sini
gua pendeta bersemi
di puncak sepi
di sana sini
kepala-kepala runduk meneliti
mata dan fikir bersebati.

Maju ke ruang buku
terlalu kerdil aku di sini
terapung di laut ilmu
tercurah berzaman
dalam tak terselam
betapapun kulayari
bahtera ilmu di sini
tak terteroka.

Yang akan ku catat
hanya setitik  dari tinta
yang akan kupetik
hanya sebiji dari mutiara
engkau adalah pusaka moyang
gedung peradaban insan
terhimpun berzaman.

Bersemadi di sini
aku adalah pelayar yang dahaga
di dada samudera
tak berpantai
betapapun kuteguk darinya
dahaga tak pernah langsai.

Shafei Abu Bakar
Alam yang hijau, 2007
Pekan Ilmu Publication Sdn. Bhd.

Trilogi Ibnu al-Qayyim


Penyakit dan ubatnya : Sesungguhnya dalam hati  ada robekan yang tidak dapat dijahit kecuali menghadap sepenuhnya kepada Allah. Dalamnya juga ada keterasingan yang tidak mampu diubati kecuali menyendiri bersama Allah. Ada juga kesedihan yang tidak mampu diseka oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi dengan-Nya. Ada kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali berhimpun kerana Allah dan meninggalkan kegelisahan itu menuju-Nya. Dalam hati juga ada gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredaan akan perintah, larangan dan keputusan Allah yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran hingga tiba saat perjumpaan dengan-Nya.

Pancaran hati : Bergantunglah kepada Allah ketika orang lain bergantung kepada dunia. Bergembiralah kerana Allah ketika orang lain bergembira kerana dunia. Berbahagialah dengan Allah ketika orang lain berbahagia bersama-sama kekasih-kekasih mereka. Akhir sekali, cintailah Allah dengan sebenar-benar cinta ketika orang lain menghadapi para raja dan pembesar untuk mengais harta dan cinta mereka.

Perindu Surga : Jangan sesekali putus asa untuk teguh menunggu gerbang meski  engkau terusir. Jangan sesekali berhenti memohon ampun meskipun ditolak. Apabila gerbang terbuka, segeralah masuk seperti tamu yang tidak diundang. Kemudian tadahkan tanganmu dan katakanlah :  Tolonglah, saya adalah orang miskin. Bersedekahlah untuk saya….!

 ( Menjemput roh ibadah; Shahriman Wahap 2011 )

Tuesday, October 23, 2012

Epilog sebuah syair dari Naser Khosrow


Dengan membawa kemuliaan jamaah haji telah kembali
mereka bersyukur kepada Allah Yang Pengasih
di dalam perjalanan dari Arafat menuju Mekkah
dengan takzim mereka mengulangi ucapan Labbaika
ketika menghadapi kekerasan Padang Pasir Hijaz
mereka bersukaria kerana telah selamat dari siksa dan api
mereka telah menunaikan haji dan telah menyelesaikan umrah.

Kini, dalam keadaan selamat mereka kembali ke tanah air
aku menyempatkan diri untuk menyambut kepulangan mereka
walau biasanya orang-orang yang seperti aku ini tidak berbuat demikian
tetapi salah seorang di antara para jamaah itu
adalah sahabatku yang sejati.

Kepadanya aku bertanya bagaimanakah ia telah menempuh
perjalanan yang sangat sulit dan menakutkan itu
kepadanya kukhabarkan, sejak kepergiannya meninggalkan aku sendiri
yang kurasakan adalah sesal dan dukacita semata-mata.

Tetapi kini aku gembira kerana anda telah menunaikan ibadah haji
dan kerana andalah satu-satunya haji di negeri kita ini.
ceritakanlah kepadaku : bagaimanakah anda telah menunaikan haji?
bagaimanakah anda telah memuliakan Tanah Suci?

Setelah melepas pakaian dan hendak mengenakan ihram
di saat-saat hati menggelora itu apakah niatmu?
telah anda tinggalkankah setiap sesuatu yang harus anda tinggalkan?
telah anda tinggalkankah setiap sesuatu yang lebih hina daripada Allah Yang Maha Besar?
tetapi jawabnya : Tidak!

Kepadanya aku bertanya:
apakah ia telah menyerukan Labbaika
dengan pengetahuan yang sempurna dan dengan penuh takzim?
apakah ia telah mendengar seruan Allah?
atau, apakah ia telah patuh dengan kepatuhan Ibrahim?
tetapi jawabnya: Tidak!
 
Kepadanya aku bertanya:
ketika berada di Arafah,
ketika sedemikian hampir kepada Allah Yang Maha Besar
sempatkah ia berkenalaan dengan Dia?
tidakkah ia berhasrat untuk mempelajari sedikit pengetahuan?
tetapi jawabnya : Tidak!

Kepadanya aku bertanya:
ketika masuk ke dalam  Kaabah
seperti yang telah dilakukan oleh keluarga Kahf dan Raquim
tidakkah dibuangnya sikap mementingkan diri sendiri ?
tidakkah ia takut kepada hukuman akhirat nanti?
tetapi jawabnya : Tidak!

Kepadanya aku bertanya :
ketika menembak berhala-berhala
tidakkah ia memandang berhala-berhala itu sebagai syaitan?
dan setelah itu tidakkah ia menghindari kejahatan?
tetapi jawabnya : Tidak!

Kepadanya aku bertanya:
ketika berkorban,
untuk makanan orang-orang yang lapar dan anak-anak yatim
bukan Allahkah yang pertama sekali difikirkannya?
dan, setelah itu tidakkah ia membunuh ketamakan di dalam dirinya?
tetapi jawabnya: Tidak!
 
Kepadanya aku bertanya:
ketika berdiri di Maqam Ibrahim
apakah ia bersandar kepada Allah semata-mata
dengan hati yang tulus dan keyakinan yang teguh?
tetapi jawabnya : Tidak!

Kepadanya aku bertanya:
ketika melakukan tawaf
mengelilingi Kaabah
tidak ingatkah ia bahawa semua malaikat
sentiasa tawaf mengelilingi bumi?
tetapi jawabnya : Tidak!

Kepadanya aku bertanya :
ketika melakukan Saie
ketika berlari-lari di antara Safa dan Marwa
tidakkah ia menjadi suci dan bersih?
tetapi jawabnya : Tidak!

Kepadanya aku bertanya:
kini, setelah kembali dari Mekkah
dan rindu kepada Kaabah
tidakkah akunya terkubur di sana?
tidakkah ia berhasrat untuk pergi lagi?
tetapi jawabnya : Tidak!
semua yang anda pertanyakan ini
tidak satu pun yang kumengerti!

Maka kepadanya aku berkata :
Wahai sahabat! Sesungguhnya anda belum menunaikan ibadah haji?
Sesungguhnya anda belum taat kepada Allah!
Memang anda telah pergi ke Mekkah untuk mengunjungi Kaabah!
Memang anda telah menghamburkan wang untuk membeli kekerasan padang pasir!

Jika anda berniat hendak melakukan ibadah haji sekali lagi
Berbuatlah seperti yang telah kuajarkan ini!

( Haji suatu perjalanan ibadah; Dr Ali Shariati 2009 )

Bangkitlah


Anak-anak yang sedang lena
bangkitlah
matahari sudah tinggi
di puncak gunung.

Lihatlah jernihnya pagi ini
burung-burung berterbangan di udara
dan pepohon hijau merendang daunnya
apa kau masih belum bangkit?

Bangkitlah
jangan sesal nanti
madu bumi yang kekeringan
isi laut kekosongan
dan perut belantara menjadi ladang.

Anak-anak
esok apa yang akan kaumakan?
tanah atau batu atau debu?

Kau mahu terus nangis
tanpa air mata?

Kalau tidak
bangkitlah
matahari belum lagi rembang
dan burung-burung belum lagi menjamah awan!

Rejab F.I
Langit di Tangan, 1995
DBP

Sunday, October 21, 2012

Points to ponder


How to be a good doctor?
Be a good person

How to be a good person?
Develop good relationship with :
* God
* Other Human beings
* Other creation of God
   * Living
   * Non-living

A good relationship with God :
* Will lead to good relationship with others
* Accountability and responsibility
* Sincerity
  - Expect reward from God
* Striving for excellence
  - For the present world
   - Life Hereafter

Good relationship with God
* Doctors should be amoungst those who believe in God
   - Those who do not believe in God will discover God in their journey
    - Those who have lost God will rediscover God – fulfill His rights
* are aware of His greatness
* obedient to His orders
* refraining from His prohibitions
* observing Him in secret and in public
 
Saying of Islamic Scholars and Confucius
5 steps of learning:
- Read
- Hear
- Discuss
- Do
- Teach

Passing examinations
- Does not depend on studying only
- Depends very much on God’s will
- Hence, need to remember God
- Then God will help you when in need
- If you help God’s creation, God will help you

Questions :
- Who determine one to understand?
- Who determine one to remember?
- Who determine one to answer correctly in the exam?
 
Answer :
- of course God, the Creator of our brain.

Final message :
- Everything done in the name of God
- Be sincere
- Do things to the best of your ability.

 (How to become a good & successful medical student; Muhaya Hj Mohamad)

Saturday, October 20, 2012

Cukuplah dua mata dan satu lidah


Saya membaca kisah di bawah ini berkali-kali. Setelah memahaminya, saya akur sebab itulah ALLAH SWT memberi kita dua mata dan hanya satu sahaja lidah. Tujuannya supaya kita lebih banyak melihat daripada berkata-kata!

Malangnya selalu terjadi sebaliknya. Lidah yang satu itu rupanya telah menjadi pisau yang merobek kepercayaan, rasa hormat, rasa prihatin dan segalanya. Mohon baca kata-kata di bawah dan memahaminya:

Daripada Abu Hurairah r.a  meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi SAW sedang duduk di hadapannya.
Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi SAW terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi SAW tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya.
Mendengarkan akan jawapan itu, Nabi SAW begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya. Abu Bakar r.a menyusul Nabi SAW di belakangnya dan berkata:

Ya Rasulullah SAW, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?
Nabi SAW menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu.
“Bagaimanapun apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu dan syaitan telah datang di antara kamu dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan. Oleh kerana itu aku meninggalkan kamu…”

Dalam berhubungan atas urusan kerja kita berdepan dengan banyak pihak dan pelbagai peringkat usia serta status. Ada kala kita betul, mungkin juga kita was-was manakala orang itu yakin dia betul. Dengan ini akan berlaku perbezaan pendapat.

Pertentangan pendapat yang gagal ditangani akan menimbulkan banyak masalah. Apabila ada syaitan di antara dua manusia, mesti ada seorang yang akan tewas. Mungkin juga kedua-duanya akan tewas!
Semangat adalah paling utama dalam kehidupan manusia yang menjamin kepada perkara-perkara lain seterusnya. Semangat hormat menghormati yang dipupuk dengan baik akan meneutralkan pertentangan. Sekiranya semangat itu tidak kita dokong kuat, bila-bila masa sahaja api sengketa akan marak.
Untuk menjadi kita yang lebih kuat, kita mesti tahu kelemahan dan kekuatan dalam diri. Jika sudah kita temui kelemahan, perbaikilah segera. Malah jika sudah kita kenal pasti kekuatan kita, harus bersyukur dan terus perbaiki kekuatan itu supaya kita lebih sukses.
Setiap kita mesti fokus pada kekuatan dan potensi diri kurniaan Tuhan. Jangan terus percaya kepada manusia yang memuji semua orang semudahnya apalagi jika kita baru sahaja mengenali orang itu. Kerana kita bukan Nabi Muhamad SAW, hati kita tidak kuat, mungkin pujian itu akan melekakan kita.
Meski manusia secara amnya lebih rela diberitahu mengenai berita-berita kejayaan, namun berita kegagalan tetap juga mesti dimaklumkan supaya kita lebih mengetahui kelemahan diri. Janganlah sampai apabila sudah terhantuk, baru hendak tengadah. Silap-silap ditimpa berak cicak pula.

Insan yang terjerumus dalam dosa ialah manusia. Malaikat akan bersedih. Dan yang melonjak gembira ialah syaitan! Kerana telah berjaya menundukkan akal dan iman manusia menjadi lemah.
Mujurlah Tuhan mengakhiri hidup manusia dengan mati. Ini adalah satu peluang bagi yang telah bosan dengan hidupnya dan yang telah mati semangatnya!

Kita hormati manusia yang saban hari menadah tangan memohon doa supaya usianya dilanjutkan. Dia belum mahu mati kerana masih banyak lagi hutangnya kepada ALLAH SWT yang belum dibayar. Katanya setiap hari dia berhutang. Masih banyak dosa kecil dan dosa besarnya yang belum diampunkan.
Kita memerlukan semua jenis manusia untuk membentuk sebuah dunia yang lengkap dan sempurna. Dalam masa sama kita tidak mahu meminta lebih banyak lidah, cukuplah hanya satu sahaja lidah! Juga tidak mahu banyak mata. Cukuplah dua sahaja!
 ( Sri Diah; Sinar Harian 18 Okt 2012)

Chapter 10 : Assets of a good Medical Student ( 7 )


Assets of successful medical schools graduates :

1. Innovative
2. Pioneering
3.Open-minded
4. Critical
5. Professionalism
6. Self-audit
7. Sense of pride in work

(How to become a good & successful medical student; Muhaya Hj Mohamad)

Tuesday, October 16, 2012

Bersaing


Hasan al Basri berkata : Orang  yang menyaingimu dalam urusan ugama, maka bersainglah dengannya. Orang yang menyaingimu dalam urusan dunia, maka lemparkanlah dia dalam kesibukannya.

Dalam cerita yang lain berkata Sufyan bin ‘Uyainah : Janganlah menjadi seperti hamba sahaya yang malas; ia tidak datang sehingga dipanggil.

Lantaran itu, ingatlah wahai diri, bersiap sedialah menunaikan solat sebelum azan memanggil.

Wallahu ‘ alam.

( Kaifa Nasluk Thariq al-Jannah: Nabil Hamid Al-Ma’az )

Ya Allah, anugerahkanlah kecerdasan kepadaku supaya aku mampu membaca dan memahami kelembutan-Mu dan supaya aku selalu bersyukur, walau apa pun yang terjadi kepadaku. 

Ya Allah, Engkau memerintahku, tapi aku  mengabaikan, Engkau melarangku, tapi aku melakukannya. Tidaklah aku berjalan melainkan mencari keampunan-Mu. Ameen.

Chapter 10 : Assets of a good Medical Student ( 6 )


Other important skills for medical students are :

a) Clinical skills

1. Clerking
Clerking of cases requires a good approach – refer to clerking scheme.

2. Presentation
This is an art that will be learned over the year. This is when ability to avoid presenting and this is not a clever move as they get no practice and in the end in the final year examinations they will face problems to express themselves leading to poor marks.

3. Documentation
Appears not important but crucial in many medical records which later becomes medicolegal documents.

4. Clinical skills and procedures
This is again obtained by practice and getting adequate supervision during the procedures. Hence a good relationship with the senior medical students and junior doctors will increase the chance getting opportunities to try new procedures.

5. Bedside manners
This is an often forgotten aspect by students but much assessed during clinical examinations. Having the attitude that one will only practice good bedside manners during the examination only is futile as it is very obvious if one is doing it as ‘showmanship’ in the exam.

6. Beside tests
These are simple tests such as urine test that will be required to be done during examination. It is important that it is practiced well.
 
7. Clinical reasoning – Problem Based Learning
This is an approach to stimulate critical thinking among medical students and is increasingly used by many medical schools.

b) Life skills

- ICT skills
- Social skills
- Stress management skills
- Personal management
- Time management
- Public Education Skills
- Ability to express medical facts in layman’s term
- Ability to do public health education
- Communication skill

c) Academic skills

- Listening skills
-Effective note-taking skill
- Summarising skill, compare and contrast
- Schema drawing (eg. i. Two minute approach to unilateral visual loss and ii. Approach to optic disc swelling).
- Examination skills
- Critical appraisal skills.

 (How to become a good & successful medical student; Muhaya Hj Mohamad)