Khutbah
Arafah 1433 H

Kelahiran dan kedatangan mereka
ke bumi Arafah bagi menyempurnakan : Dan
serulah manusia kepada menunaikan ibadah haji.
Kita hari ini, bukan sekadar
rakyat Malaysia ,
bahkan daripada pelbagai bangsa dan negara yang hadir di bumi Arafah, tidak
lain dan tidak bukan melainkan untuk menyambut seruan, apa yang telah
diperintahkan oleh Allah SWT yang menjadi sebahagian daripada kewajiban Rukun
Islam iaitu ialah menunaikan ibadat haji.
Mudah-mudahan bumi Arafah
menyaksikan kelahiran dan kewujudan kita sebagai umat Islam yang melaksanakan
titah dan perintah Allah SWT.

Sesungghnya Arafah adalah bumi
yang terlalu amat bersejarah, sehinggakan pertemuan Adam as bersama-sama dengan
Hawa yang berpisah begitu lama dan panjang juga dipertemukan oleh Allah SWT di
bumi Arafah. Hanya Allah yang mengetahui kemuliaan dan kebesaran, kenapa Arafah
menjadi pilihan ketentuan pertemuan bapa kepada segala manusia yang meneruskan
zuriat kelahiran manusia hari ini.
Sidang hadirin hadirat yang
dirahmati Allah , bermula dari gelincir matahari, bermula dari masuknya waktu
Zohor sebentar tadi, bermula di saat khatib berdiri di sini untuk membaca
khutbah, ianya adalah merupakan sesuatu yang amat bermakna kepada kita. Dalam
perjalanan haji alhajur Arafah, haji adalah perhimpunan di bumi Arafah.
Mudah-mudahan apabila matahari yang sedang memancar terik di atas kepala,
mudah-mudahan apabila turunnya mentari nanti, kita mampu menyempurnakan
berwukuf di padang
Arafah, sesudah kemudian kita bergerak ke Mudzalifah, bermabik mengutip
anak-anak batu melontar di Mina. Dan begitulah seterusnya, sesungguhnya
pengajaran Mina yang terlingkung dalam syiar ibadat haji yang kita lalui. Di Mina
kita melontar di ketiga-tiga jumrah. Bermula dengan Jumratul Qubra dan begitulah
seterusnya diulang sebanyak 3 hari sama ada nafal awal atau nafal yang kedua,
nafal thalni. Sesungguhnya lontaran itu memberikan pengajaran yang terlalu besar
kepada kita.
Bagaimana nabi Allah Ibrahim as,
ketika umur yang terlalu tua, tiba-tiba dikurniakan dengan seorang anak, yang
ditunggui sekian lama, namun dalam penantian anak yang begitu lama, Allah
memerintahkan anak tersebut disembelih. Sesudah diperintahkan berpindah berada
di bumi Mekah, pada wadi yang kering kontang.
Ketika mana nabi Allah Ismail
pandai bermain-main, berkata-kata, mengikuti ayahnya Ibrahim. Allah perintahkan
anak yang dinanti sekian lama, untuk disembelih. Lalu nabi Ibrahim bertanya
kepada anaknya : Apakah pandangan kamu
terhadap perintah ini.

Bayangkan bagaimana pengorbanan
yang begitu hebat, seorang kanak-kanak yang memahami perintah Allah, yang
sebagaimana kita juga yang memahami perintah Allah berhimpun dan berkumpul di
bumi Arafah. Semuga-muga pertautan ibadah ini akan mengganjarkan dengan janji syurga Allah SWT.
Begitu juga, sewaktu kita nanti
bertawaf menyempurnakan haji di bumi Mekah. Mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali
keliling, melihat kepada Hajarul Aswad yang dikurniakan oleh Allah, batu syurga
yang diberikan sebagai kemuliaan kepada umat Muhammad saw dan umat nabi Ibrahim
as.

Sedangkan Siti Hajar suatu ketika
dan saat dahulu di kepanasan seperti inilah, di kepanasan bukit-bukit yang
kering kontang itulah Safa dan Marwah yang menjadi perlambangan syiar ibadah
yang kita lakukan pada hari ini, sehingga akhirnya pengorbanan seorang isteri dan
juga ibu yang begitu gigih memelihara anaknya yang sepatutnya menjadi suatu
dorongan kepada kita sebagai umat Islam. Bagaimana bersungguhnya untuk kita
membawa agama Allah, mempertahankan agama Allah SWT.

Sidang hadirin hadirat para
tetamu Allah yang dihormati sekalian.
Marilah dalam kesempatan yang
terbatas ini, di mentari yang penoh cahaya kurniaan Allah, di saat Allah
membuka semua pintu-pintu hijab, di saat tidak ada perlindungan dan tutupan
dari doa yang akan kita sampaikan. Marilah para tetamu Allah, marilah para
jemaah haji untuk sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT dengan hati yang penoh
tulus ikhlas. Kalaulah ini merupakan ziarah yang terakhir, haji yang terakhir,
Arafah yang yang terakhir untuk kita, jadikan Arafah yang terbaik, yang
menjanjikan tiada balasan yang lain melainkan syurga Allah.

Apabila nabi ditanya para sahabat
: Apakah
doa yang terbaik, apakah doa yang paling afdal. Nabi saw menjawab : Doa pada hari Arafah. Marilah kita
berdoa untuk keselamatan diri kita, keluarga, isteri, anak dan suami, seluruh
rakan muslimin dan muslimat termasuk khusus bagi negara kita Malaysia yang tercinta supaya Allah
mengurniakan negara yang mendapat keampunan Allah SWT.


Wallahu a’lam
Datuk Seri Jamil Khir b Hj
Baharom
Arafah, 25 Okt 2012
No comments:
Post a Comment