Saturday, May 31, 2014

Konsep wa caya lu

Tip Eksekutif Cemerlang 30

Ia berkaitan dengan kepercayaan terhadap orang lain. Oleh itu bagi menunjukan kita percaya pada bos, kita perlu :

v  Percaya dan mengakui kesilapan
v  Menurut segala tunjuk ajar diberikan
v  Melaksanakan semua tugas dengan baik dan sistematik
v  Elakkan daripada bercakap belakang bos. Takut ada yang menyampaikan padanya
v  Elakkan daripada bercerita mengenai bos kepada orang lain

Cara mudah bagi mendapat kepercayaan pelanggan adalah:

v  Dengar rungutan mereka
v  Tepati jani yang sudah diberikan
v  Pastikan barangan dan keluaran kita berkualiti
v  Jangan beri banyak alasan dan melakukan kesilapan
v  Hubungi pelanggan buat semakan sama ada barangan dihantar secara pos sudah diterima ataupun belum
v  Berikan jawapan tepat bagi setiap persoalan diajukan pelanggan
v  Sambut kehadiran pelanggan ke pejabat ataupun premis perniagaan kita dengan baik dan ramah mesra.

Wallahu alam.

Daripada baik kepada hebat
Samsudin Wahab, 2006

Al-Habib Ali bin Husein Al-Attas


Kehidupannya sangatlah sederhana, tawaduk, teguh memegang prinsip, menolak pengkultusan manusia, berani membela kebenaran, luas dalam pemikiran, mendalam di bidang ilmu pengetantuan, tidak membeza-bezakan antara kaya dan miskin, mendorong terbentuknya negara Indonesia yang bersatu, utuh serta berdaulat, tidak segan-segan menegur para pegawai negara yang mendatanginya dan selalu menyampaikan agar jurang pemisah antara pemimpin dan rakyat dihilangkan, rakyat mesti dicintai.

Wallahu a’lam.

Mutiara Habaib Nusantara
Abdul Qadir Umar Mauladdawilah

Al-iksir al-a’zam ( 12 )

Allahumma salli ‘alaa sayyidinaa wa nabiyyinaa Muhammadin salaatan tamnahunaa bihal khaira kullah.

Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan dan nabi kami, nabi Muhammad, dengan rahmat yang menyebabkan Engkau memberikan kebaikan kepada kami.

Nasihat dan wirid sheikh Abdul Qadir Al-Jailani

Al-Hidayah House of publishers sdn bhd

Friday, May 30, 2014

Setia pada janji

Tip Eksekutif Cemerlang 29

Konsep ini menuntut agar kita memenuhi segala apa yang kita akui semasa menandatangani sebarang aku janji. Beberapa kaedah asas adalah :

v  Menepati waktu kerja yang dijanjikan
v  Bersetuju memahami semua tanggungjawab dan jenis-jenis kerja bakal dilakukan
v  Menepati peraturan kerja yang sudah ditetapkan
v  Bersetuju dengan gaji yang ditawarkan
v  Bersetuju dengan jawatan yang ditawarkan
v  Bersetuju dengan lokasi tempat kerja
v  Sentiasa mentaati bos dan patuh kepada arahan

Ingat, tidak melaksanakan arahan tersembunyi atau nyata bererti berlakunya perlanggaran kontrak. Ia boleh membawa kepada pemecatan daripada jawatan yang disandang. Maka dengan tajuk saya yang menurut perintah kita dapat mengelakkan diri terkeluar daripada landasan kecemerlangan dalam organisasi.

Wallahu alam.

Daripada baik kepada hebat
Samsudin Wahab, 2006

Al-Habib Ja’far bin Syeikhan Assegaf

Melayani tetamu

Rumahnya tidak pernah sepi daripada kunjungan tetamu. Beliau sendiri melayaninya. Pernah suatu hari salah seorang tetamu ingin menggantikannya. Spontan beliau berkata: Apakah di hari kiamat kelak ketika rasulullah saw memberikan manusia minum dari telaga kautsar dengan tangan banginda rasul sendiri, engkau akan mengatakan kepada baginda saw, jangan engkau sendiri melakukannya wahai rasulullah saw. Lalu tetamu tadi sedar dan berkata: Allah...Allah...mudah-mudahan kita dapat meneguk minuman telaga kautsar dari tangan rasulullah saw yang mulia.

Kemudian al-Habib Ja’far menasihatkan mereka: Sungguh memuliakan tetamu itu sebahagian dari keimanan dan berhati-hatilah tatkala melayani para tetamu kita, jangan sampai kita menjadikan tetamu tersebut sebagai pelayan kita.

Wallahu a’lam.

Mutiara Habaib Nusantara
Abdul Qadir Umar Mauladdawilah

Living with the flow

Semua orang ada alasan. Hilangkan alasan menerusi prinsip-prinsip berikut:

1. Memperbetulkan dunia dalaman dan tindakan kita, insya-Allah dunia luaran dan tindak balas daripada orang lain akan bertambah baik.

2. Menghormati semua makhluk dan seluruh kehidupan di dunia ini tidak kira kehidupan manusia atau haiwan. Ini bermaksud kita menghormati orang lain tanpa mengira pangkat, rupa atau kedudukan.

3. Jujur dan ikhlas. Berbuat baik dengan orang atau buat sesuatu bukan kerana ingin mendapat balasan. Apa yang penting, kita mesti mendapat balasan daripada Allah swt.

4. Sentiasa lemah lembut. Kelembutan datang daripada nilai roh kita.

5. Sentiasa niatkan pada setiap hari: Bagaimana cara terbaik untuk saya memberi khidmat kepada orang lain dan bagaimana ia bermanfaat kepada diri saya dan orang lain juga.

Kejar kejayaan, kelar alasan

Langkah utama ialah kenal pasti kelebihan dan kekurangan diri, kemudian buat perancangan dan jelas dengan matlamat utama.

Sentiasalah meningkatkan motivasi diri dengan keyakinan bahawa kejayaan sudah terjamin selagi usaha tidak berhenti. Semua ini akan mendorong anda untuk mengelak daripada sebarang alasan seterusnya mengekalkan anda bersama azam dan keinginan.

Tetapi ingat, apa jua yang kita inginkan mestilah didorong oleh keinginan untuk mendapat reda dan keberkatan daripada Allah swt. Dalam erti kata lain perkara yang hendak dilakukan itu mestilah baik dan besar manfaatnya untuk diri kita dan orang lain.

Seterusnya tetapkan tujuan hidup. Namun pastikan  kita memahami tentang kenapa kita hendak perkara itu dan akhir sekali letakkan goal (matlamat) dalam kehidupan kita.

Apabila ingin melakukan sesuatu tetapi masih mengatakan tidak boleh atau susahnya, itu semua alasan. Ini tandanya kita mempunyai banyak ego. Oleh itu, kita perlu hidup daripada dalaman diri iaitu melalui tahu apa yang kita mahukan dan melakukannya untuk mendapat reda Allah, bukannya penghargaan manusia. Begitu juga paradigma yang perlu lakukan iaitu berhenti daripada memberi alasan dan ingat prinsip living with flow iaitu menghormati semua orang, ikhlas, lemah lembut dan sentiasa memberi perkhidmatan. Dengannya kita hidup tanpa alasan lagi.

Wallahu ’alam.

Prof Dr. Muhaya Hj Mohamad
Al-Ustaz
Volume 1/ Isu no 3 , 2012

Lautan kasih berpantai sayang

Wajah ceria senyuman mesra
Semoga bahagia sihat sehahtera.

Sopan santun berbudi bahasa
Aman tenteram hidup selesa.

Bisikan hati cetusan suara
Senang bergaul mudah bicara.

Hajat diluah niat dicurah
Sama pasrah kita berserah.

Seribu harapan sejuta impian
Lenyap kerinduan hilang kesepian.

Indah dipandang cantik dilihat
Fizikal cergas badan sihat.

Ucapan salam terima kasih
Semurni hati suci bersih.

Cinta bersemi kasih bertaut
Sebelum ajal berpantang maut.

Kekal di hati teguh di sanubari
Jadi kenangan sepanjang hari.

Di sini menunggu di sana menanti
Tabah sabar seikhlas hati.

Seuntai kasih sejambak budi
Cantik menawan elok peribadi.

Selayang sayang semulia peribadi
Buat tatapan kenangan abadi.

Lautan kasih berpantai saying
Malam termimpi siang terbayang.

Tangan dihulur jari digenggam
Sungguh mesra bagai digam.

Mencuit hati tersenyum ketawa
Tidak hampa pantang kecewa.

Bertentang mata berpandang muka
Jelingan manja seronok suka.

Dijunjung langit dipijak bumi
Sayang tersemai kasih bersemi.

Budi diingat jasa dikenang
Air mata kasih jatuh berlinang.

Bersyukur selalu dan tawakal
Tekun berusaha gigih cekal.

Muda berlalu tua mendekat
Ke alam barzakh semakin dekat.

Usah berhasad jangan berdengki
Sesama kita mencari rezeki.
 
Lidah menyebut mulut berkata
Mohon ampun maaf dipinta.

Manusia kedil insan biasa
Tidak terelak noda dan dosa.

Tolong menolong bantu membantu
Berganding bahu hidup bersatu.

Sanggup berkongsi rela berkorban
Amalan mulia bukannya beban.

Sedia menyumbang sudi menderma
Hidup bermuafakat bekerjasama.

Amanah jujur tulus ikhlas
Menaruh simpati berasa belas.

Elakkan kontroversi tingkatkan prestasi
Sentiasa bermotivasi dan visi.

Hadapi cabaran tempuhi dugaan
Segala pujian sebagai penghargaan.

Bertawakal beramal sepanjang hayat
Mendapat berkat beroleh hidayat.

Wallahu alam.

Mohd Sidek bin Mohd Dollah
Lautan kasih berpantai sayang, 2010

Al-iksir al-a’zam ( 11 )


Allahumma salli ‘alaa sayyidinaa wa nabiyyinaa Muhammadin salaatan tujannibu bihaa ‘annasy syarra kullah.

Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan dan nabi kami, nabi Muhammad, dengan rahmat yang menyebabkan Engkau menjauhkan kami daripada segala kejahatan.

Nasihat dan wirid sheikh Abdul Qadir Al-Jailani
Al-Hidayah House of publishers sdn bhd


Wednesday, May 28, 2014

Paling belakang


Tip Eksekutif Cemerlang 28
Semua orang perlu menoleh ke belakang sekali sekala. Secara simboliknya, ia bermaksud menyingkap kembali sejarah silam. Segala kepayahan dapat dilihat semula.

Ada beberapa kelebihan apabila menoleh ke belakang:
v  Kita sedar kita sebenarnya susah
v  Kita ingat pelbagai kesedihan yang tidak dapat dilupa sampai bila-bila
v  Kita nampak rakan-rakan sekolah kita dahulu
v  Kita nampak wajah ibu bapa kita yang mungkin sudah tiada sekarang
v  Kita nampak wajah adik beradik kita yang mungkin sudah dewasa sekarang ini
v  Kita ingat pesan datuk atau nenek kita yang sudah pergi
v  Kita nampak bagaimana ibu bapa kita menyikat rambut kita sebelum ke sekolah

Sejarah yang membina itu menerbitkan rasa syukur terhadap apa yang kita miliki sekarang.

Wallahu alam.

Daripada baik kepada hebat
Samsudin Wahab, 2006

Munajat daripada ibu

Wahai Yang Maha Sempurna
Wahai Allah Yang Maha Bijaksana dan
penuh Rahmah dalam Mengatur kehidupan makhlukMu
masa yang Engkau ciptakan…..
belum pernah berhenti
masa terus berjalan….
menjadikan kami semakin tua dan lemah
masa tidak pernah menunggu kami
sama ada kami ingat atau kami lalai
kini kami telah hampir separuh abad
bernafas di atas pentas dunia ini
semakin hari wajah kami makin kelam….
kusut…kerana dosa yang terkumpul
kadangkala terbit  di hati kami ketakutan
yang amat sangat terhadap mati
kerana terlalu banyak hak
manusia dan hakMu yang tidak
kami selesaikan.

Bagaimana agaknya kematian itu
mahu  kami hadapi sedang kami
belum menunaikan amanah kepada
yang berhak….
sedang hati kami masih belum
bertaraf qalbun salim (hati sejahtera)

Ya Allah…Tuhan Yang Maha Belas kasih kepada kami
berilah kami kekuatan untuk
menjunjung titah perintahMu
berilah kami kelazatan dalam menunaikan
ubudiyyah kepadaMu
kurniakan kami jiwa yang cekal
dan tabah menghadapi onak duri
yang terus mencucuk-cucuk kami
ikatlah jiwa kami dan keturunan kami
dengan Al-Quran kalam agung
jangan pisahkan kami dengan mukjizat itu

Wahai Yang Maha Sempurna
terangilah hati kami dengan cahayaMu
jangan Engkau tolak kedatangan kami
tiada kami miliki sesiapa pun kecualiMu
jangan Engkau biarkan kami
kami tiada daya kecuali denganMu
jangan murkai kami ya Allah
andai Engkau murka
ke mana pelarian kami?

Didik dan pimpinlah jiwa kami ya Allah
agar hati ini hidup dalam mencintaiMu
agar hati ini tenang sentiasa
mensyukuriMu
kami telah penat ya Allah
mengikut nafsu yang tiada kesudahannya
kami terus ditipu berulang kali
hingga menjauhkan wibawa kami
hingga menghilangkan kemuliaan kami.

Sedetik pun ya Allah….
jangan kami  dilepaskan
Wahai Allah,
Tuhan yang telah menganugerahkan Ramadan kepada kami
Engkau tidak pernah berhenti
memberi kurnia nikmat kepada kami…..
sedang kami selalu malas dan rehat
daripada mensyukuri nikmatMu.

Kami mohon kurniaMu
agar kami  menjadi hambaMu
yang terbaik dalam menghayati Ramadan

Kami mohon segala rahmat
dan barakah pada nikmat Ramadhanini
untuk menerangi hati kami
menyembuhkan penyakit hati kami
melapangkan dada kami yang sempit
meluaskan kehidupan kami sekeluaga, makhlukMu

Aameen Ya Rabb

Lubuk hati ibu
Norhafizah bt Musa
& Wan Nor Ainon bt Wan Abdullah
2011

Al-iksir al-a’zam ( 10 )

Allahumma salli ‘alaa sayyidinaa wa nabiyyinaa Muhammadin salaatan taksibu bihaa maa yunjiinaa.

Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan dan nabi kami, nabi Muhammad, dengan rahmat yang menyebabkan Engkau menyelamatkan kami.

Nasihat dan wirid sheikh Abdul Qadir Al-Jailani
Al-Hidayah House of publishers sdn bhd


Monday, May 26, 2014

Pas baton kepada orang lain

Tip Eksekutif Cemerlang 27

Konsep ini menekankan kepada kita supaya memberikan sesuatu tugasan penting pada rakan apabila kita tidak mampu melaksanakannya. Tidak ramai memiliki ciri ini. Malah ada yang sanggup merahsiakan ilmu yang berguna daripada pengetahuan orang lain. Konsep pas baton dapat digunakan dalam situasi berikut:
v  Pas baton kepada orang bawahan
v  Pas baton kepada rakan sejawat
v  Pas baton kepada penyelia / pengurus

Penting bagi anda berfikir secara kreatif. Sekiranya anda dapat berfikir di luar kotak adalah lebih bagus.  Dan ingatlah, sampai bila rakan anda mampu menyembunyikan pencetus idea sebenar.

Wallahu alam.

Daripada baik kepada hebat
Samsudin Wahab, 2006

Al-Habib Husein bin Muhammad bin Thohir Al-Haddad

Jombang, Indonesia

Nasihat & wasiat :

Al-Habib Husein selalu memberikan nasihat kepada mereka yang datang sehingga para tetamu tersebut sangat gembira dengan penghormatan dan nasehat yang bermanfaat itu. Dia selalu menasihatkan kepada para pemilik harta (orang kaya) agar selalu membantu kaum fakir miskin. Dia juga mengingatkan akan ancaman Allah SWT kepada orang yang bakhil dan kikir.

Al-Habib Husein selalu mewasiatkan agar selalu berbakti kepada kedua orang tua. Kepada para pemuda, dia selalu menceritakan akan kedudukan dan kebesaran yang tinggi di mata Allah SWT tentang berbakti kepada orang tua. Sebagaimana sabda rasulullah saw : Redha Allah SWT itu tergantung dari redha orang tua dan murka Allah SWT juga tergantung murka kedua orang tua.

Al-Habib Husein juga menegaskan bahawa rasulullah saw telah memberi ancaman kepada anak-anak yang derhaka terhadap kedua orang tuanya, sebagaimana sabda rusulullah saw: Tiga macam dosa yang syurga diharamkan oleh Allah SWT untuk dimasukinya, iaitu orang yang selalu minum minuman keras, orang yang derhaka kepada kedua orang tua dan dayyus ( suami yang membiarkan isterinya berkumpul dengan orang-orang yang bukan mahramnya / seorang suami yang tidak memiliki rasa cemburu terhadap isterinya.

Wallahu a’lam.

Mutiara Habaib Nusantara
Abdul Qadir Umar Mauladdawilah

Revolusi pendidikan nan suci

Inikah dia revolusi suci
Mendidik jiwa, aqal dan budi
Yang mekar, subur di sanubari
Berakar umbi di qalbu hati
Disinari wahyu kebenaran hakiki
Bertunjang rending naungan Ilahi.

Inikah dia erti revolusi
Cekal berjuang mengisi misi
Menimba ilmu bijak bestari
Meneroka alam yang penuh misteri
Biarpun jauh di kaki pelangi
Tabahkan azam ke lubuk nurani.

Akanku lahirkan satu revolusi
Memupuk modal intelek insani
Sepaduan ilmu padat berisi
Sebagaimana perlakuan Al-Kindi
Al-Khawarizmi, Ar-Razi, Ar-Rumi
Peradaban sarjana terus diwarisi.

Revolusi hadahari diatur stategi
Membina tamadun langkah berani
Pembangunan seimbang bernilai lestari
Mengukuh kepelbagaian kekuatan jati
Menzahirkan sejahtera masyarakat harmoni
Meniti kegemilangan cita-cita tinggi.

Revolusi mental tonggak transformasi
Lincah berfikir penampilan kualiti
Bak obor penyuluh inspirasi
Mencipta ide cetusan kreativiti
Membuka minda melayani inovasi
Cabaran ditangkis sederas tsunami.

Ayuh, perjuangkan revolusi ini!
Jangan waktu dibazir lagi
Ledakan maklumat takkan berhenti
Percambahan ilmu tangkas ditangani
Berlengah mengundang padah yang ngeri
Tergadai nyawa maruah pertiwi.

Andai revolusi terbengkalai nanti
Kami memimpim akanku hayati
Menyakini hidayah ilmu nan murni
Menunaikan keramat seribu janji
Sebagai pemegang amanah di bumi
Agar hidupku empunya erti.
Nah bingkaskan sahaja revolusi ini!
Perkasakan perisai ilmu terkini
Benteng teknologi tangkas dirempuhi
Sempada dunia mesti ditembusi
Demi memugar sebuah university
Demi kedaultan nusa kucintai.

Semoga revolusi kekal abadi
Dapatku terus menabur bakti
Iman di dada menjadi saksi
Melutut sujud ke hadrat Dhu-l-Jalali
Dunia akhirat mohon diredhai
Berkat revolusi pendidikan nan suci.

Dzulkifli Abdul Razak
Revolusi pendidikan merekayasa sebuah university
2005

Al-iksir al-a’zam ( 9 )

Allahumma salli ‘alaa sayyidinaa wa nabiyyinaa Muhammadin salaatan tuflihu bihaa ‘ammaa yurdiinaa.

Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan dan nabi kami, nabi Muhammad, dengan rahmat yang menyebabkan Engkau memenangkan kami daripada perkara yang akan menghina kami.

Nasihat dan wirid sheikh Abdul Qadir Al-Jailani
Al-Hidayah House of publishers sdn bhd

Sunday, May 25, 2014

Kata ibu menusuk kalbu

Satu peristiwa yang masih kekal dalam ingatan walaupun sudah 55 tahun berlalu iaitu semasa saya menyerahkan wang gaji pertama kepada arwah ibu sebanyak RM144.00 iaitu gaji 3 bulan (RM48.00 sebulan). Apabila melihat wang yang diserahkan itu, beliau terus memandang saya dan berkata: Awang, jimatlah belanja, bukan senang dapat duit. Kerja baik-baik kerana kerajaan yang bayar gaji.

Beliau mengambil sedikit daripada wang itu dan yang selebihnya diserah semula kepada saya. Kata-kata itu terasa baru diucap oleh beliau dan masih melekat di sanubari saya hingga ke hari ini. Saya selalu menceritakan kepada anak-anak mengenai peristiwa itu. Awang, satu gelaran manja daripada ibu kepada anak-anak lelakinya, disebut penuh mulut oleh beliau hingga akhir hayatnya.

Wallahu ’alam.

Selagi lilin masih bernyala
Salleh Mohd Akib, 2012

Terima kasih buat buku yang dititipkan di akhir tugasan PUSTAKA 2014........dilindungiNya dunia dan akhirat buat tuan yang bersara paksa tanggal 14 Mei 2014. Selamat bersara tuan....

Lembah sireh
23 Mei 2014.

Jangan tolak batu

Tip Eksekutif Cemerlang 26

Di tepi jalan terdapat batu-batu besar yang tidak dialihkan .Begitulah dalam pekerjaan, tidak semua kerja berat dapat dilaksanakan. Ada orang berhenti kerja untuk beralih ke pekerjaan yang lebih diminati. Ia mengelakkan pendaman rasa yang boleh mengecewakan diri sendiri.
 
Menolak batu juga dapat dikaitkan dengan bebanan diterima akibat perbuatan sendiri. Berhati-hati agar tidak silap. Elakkan menyinggong perasaan bos atau orang yang rapat dengannya. Sekiranya berlaku, samalah dengan anda menyinggung kedua-duanya. Dalam politik pejabat perkara kotor sebegini dapat berlaku bila-bila masa. Ingat selaku pekerja , situasi menolak batu berpunca daripada kelemahan semulajadi kita. Namun ada juga sebaliknya seperti perbuatan, keputusan ataupun sikap yang ditunjukkan. Elakkan kedua-dua keadaan ini.

Wallahu alam.

Daripada baik kepada hebat
Samsudin Wahab, 2006

Sumber pengaruh


Istilah sumber pengaruh merujuk kepada orang yang cuba mempengaruhi fikiran-fikiran kita. Kajian psikologi menunjukkan pemikiran kita mudah dipengaruhi oleh :

a) Kepakaran & kemahiran
b) Kejujuran & ketulusan
c) Mudah disukai
d) Keserupaan

Wallahu ’alam.

Kuasai dunia dengan berfikir
Ainon Mohd & Abdullah Hassan.
2012

Senyum dan senyumlah

Jika menerima senyuman tawar
Cubalah cari ubat penawar.

Jika menerima senyuman sinis
Terasa tawar tidak manis.

Jika menerima senyuman geram
Jangan sampai iman karam.

Jika menerima senyuman kucing
Niat dihati hendak memancing.

Jika menerima senyuman berbunga
Jangan sampai mulut menganga.

Jika menerima senyuman kambing
Sindiran halus untuk membimbing.

Jika menerima senyuman harimau
Kata orang hari-hari mahu.

Jika menerima senyuman hampa
Rasa kecewa sukar dilupa.

Jika menerima senyuman kuda
Tersipu-sipu jangan mengada-ada.

Jika menerima senyuman singa
Jangan sampai terpinga-pinga.

Jika menerima senyuman serigala
Serangan datang pada bila-bila.

Jika menerima senyuman buaya
Itu tandanya mengundang bahaya.

Jika menerima senyuman sebelah
Ada rahsia tersirat helah.

Jika menerima senyuman mesra
Bertanya khabar seronok gembira.

Jika menerima senyuman kasih
Baik hati suci bersih.

Jika menerima senyuman sayang
Kasih bersemi dating melayang.

Jika menerima senyuman manja
Nama disebut sering dipuji dipuja.

Jika menerima senyuman simpati
Hulurkan bantuan seikhlas hati.

Jika menerima senyuman ikhlas
Budi disemai tak mengharap balas.

Senyuman simpul tanda gembira
Amalan mulia sihat sejahtera.

Senyuman manis indah mesra
Bisikan hati cetusan suara.

Senyuman itu sumber rezeki
Jutaan ringgit boleh dimiiki.

Senyuman separuh daripada iman
Hidup bahagia rukun aman.

Senyuman itu pemikat hati
Berbudi bahasa amat bererti.

Senyuman manis salam diberi
Haruman kasih wajah berseri.

Senyuman saying penyeri muka
Setulus hati seronok suka.

Senyuman diukir semanis madu
Apabila berpisah terasa rindu.

Cantiknya kain kerana sulaman
Manisnya wajah kerana senyuman.

Wajah ceria senyuman mesra
Semoga bahagia sihat sejahtera.

Wallahu alam.

Mohd Sidek bin Mohd Dollah
Lautan kasih berpantai sayang, 2010

Al-iksir al-a’zam ( 8 )


Allahumma salli ‘alaa sayyidinaa wa nabiyyinaa Muhammadin salaatan tuwaffiqunaa bihaa li ‘amalis salihaat

Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan dan nabi kami, nabi Muhammad, dengan rahmat yang menyebabkan Engkau memberi taufik kepada kami untuk melakukan amal soleh.

Nasihat dan wirid sheikh Abdul Qadir Al-Jailani
Al-Hidayah House of publishers sdn bhd

Saturday, May 24, 2014

Satu tambah satu sama dengan tiga

Tip Eksekutif Cemerlang 25

Konsep ini dapat disamakan dengan maksud percambahan idea baru apabila digabungkan dua idea berasingan. Ia mungkin datang daripada dua orang berlainan. Gabungan idea akan mencernakan satu idea mantap apabila tiba masanya. Konsep ini boleh digunakan semasa minum pagi, kenduri pisang, minum petang, makan malam hatta semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Dalam kehidupan kita perlu berkawan. Berkawan dengan genius membolehkan idea mentah digilap secara tidak formal melalui idea dan pembinaan minda tanpa kita sedari.

Wallahu alam.

Daripada baik kepada hebat
Samsudin Wahab, 2006


Al-Habib Alwi bin Muhammad bin Thohir Al-Haddad (2)

Nasihat & mutiara kata :

a) Seindah-indah tempat di dunia adalah tempat yang di situ terdapat orang-orang yang soleh kerana mereka bagaikan bintang-bintang yang bersinar pada tempatnya di petala langit.

b) Orang yang berjaya adalah orang yang istiqamah di dalam menjalankan amal kebaikan.

c) Menjadi seorang mursyid ada tiga syarat yang perlu dipenuhi :
v  Suaranya perlu merdu dan enak didengar
v  Mengerti Bahasa Arab dan menguasai kaedah nahunya
v  Memahami suasana dalam majlis tersebut.

Wallahu a’lam.

Mutiara Habaib Nusantara
Abdul Qadir Umar Mauladdawilah

Kalau kita hendak


Kalau kita hendak maju
Ada matlamat arah dituju.

Kalau kita hendak berjaya
Mesti berusaha sedaya upaya.

Kalau kita hendak pandai
Jangan jadi macam keldai.

Kalau kita hendak cerdik
Tekun belajar rajin sedikit.

Kalau kita hendak sihat
Perlu bersenam kurang rehat.

Kalau kita hendak mencuba
Jangan kisah rugi dan laba.

Kalau kita hendak senang
Hati baik fikiran tenang.

Kalau kita hendak ceria
Senyum selalu jaga deria.

Kalau kita hendak kaya
Bekerja keras usah berfoya-foya.

Kalau kita hendak marah
Kawal diri jangan naik darah.

Kalau kita hendak berkawan
Jujur setia jangan jadi lawan.

Kalau kita hendak cantik
Bersolek berdandan alis lentik.

Kalau kita hendak tampan
Pakaian kemas lagak sopan.

Kalau kita hendak selamat
Waspada beringat jimat cermat.

Kalau kita hendak membantu
Tangan dihulur pohonlah restu.

Kalau kita hendak bekerja
Mesti rajin sebagai pekerja.

Kalau kita hendak ponteng
Bos tegur jangan melenting.

Kalau kita hendak cuti
Jika terlebih potong gaji nanti.

Kalau kita hendak cuti sakit
Betul sakit bukan sakit sedikit.

Kalau kita hendak mengumpat
Pahala tiada dosa yang dapat.

Kalau kita hendak mengata
Memang mudah mereka cerita.

Kalau kita hendak makan
Jangan sampai kenyang sakan.

Kalau kita hendak susah
Sendiri tanggung orang tak kisah.

Kalau kita hendak bercakap
Biar betul bukti lengkap.

Kalau kita hendak menderma
Tulus ikhlas rela bekerjasama.

Kalau kita hendak beriman
Bersihkan hati bahagia aman.

Kalau kita hendak sesuatu
Bijak bertindak betulkan nawaitu.

Kalau kita hendak solat
Segera tunaikan jangan terkulat-kulat.

Kalau kita hendak taubat
Amat elok sebelum terlambat.

Kalau kita hendak cemerlang
Jangan suka curi tulang.

Kalau kita hendak mahir
Rajin berlatih bakat dizahir.

Wallahu alam.

Mohd Sidek bin Mohd Dollah
Lautan kasih berpantai sayang, 2010

Al-iksir al-a’zam ( 7 )

Allahumma salli ‘alaa sayyidinaa wa nabiyyinaa Muhammadin salaatan tahfazunaa bihaa minaktisaabis sayyi-aat.

Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan dan nabi kami, nabi Muhammad, dengan rahmat yang menyebabkan Engkau memelihara kami daripada melakukan perbuatan salah.

Nasihat dan wirid sheikh Abdul Qadir Al-Jailani
Al-Hidayah House of publishers sdn bhd

Friday, May 23, 2014

Al-Habib Alwi bin Muhammad bin Thohir Al-Haddad (1)

Jangan panggil ke istana

Pernah suatu saat, utusan presiden mendatangi rumah al-Habib Alwi di Empang, Bogor. Utusan tersebut menyampaikan bahawa al-Habib Alwi diundang secara rasminya oleh Prwsiden Soekarno untuk datang ke Istana Presiden di Bogor, kerana presiden ingin bertemu langsung dengannya. Awalnya dia menolak, namun utysan tersebut datang berulang kali akhirnya al-Habib Alwi pun menyanggupinya.

Pada waktu yang telah ditentuka, al-Habib Alwi dijemput dengan kenderaan rasmi presiden ke istana dan disambut dengan sambutan luar biasa oleh presiden. Setelah dipersila duduk, permasalahan berat disampaikan presiden dan al-Habib diminta mendoakan secara khusus agar ianya segera dapat diselesaikan.

Selang beberapa hari, permasalahan presiden terlerai di luar dugaan dan kemampuan presiden. Pegawainya diutus menjemput secara rasmi sekaligus memberikan hadiah. Al-Habib datang meskipun keberatan. Sesampai di istana, Soekarno menyambutnya dengan sangat gembira seraya mengatakan: Apa sahaja permintaan habib akan saya kabulkan.

Al-habib menjawab: Benarkah setiap permintaaan saya akan presiden penuhi. Ya jawab Bung Karno dengan mantap. Dengan nada rendah, al-Habib Alwi mengatakan: Tolong, jangan panggil saya lagi ke istana. Tidak lebih dari itu. Bila-bila pun apabila prsesiden memerlukan sesuatu, saya sedia membantu. Utus sahaja pekerja bapa untuk datang ke rumah saya, jadi tidak menganggu ibadah saya dan waktu kerja Presiden.

Terharu. Lantas presiden hanya mampu menjawab: Hanya itu permintaan habib? Habib perlu tahu, lebih dari seratus juta rakyat Indonesia ingin bertemu saya dan berusaha masuk ke istana, namun tidak semudah itu, tapi habib malah menolak untuk masuk istana?

Wallahu a’lam.

Mutiara Habaib Nusantara
Abdul Qadir Umar Mauladdawilah

Konsep kita serupa

Tip Eksekutif Cemerlang 24

Konsep ini berupa kerja berpasukan. Setiap ahli perlu ada rasa persamaan terutama dalam tanggungjawab biar apa taraf jawatan yang dipegang. Iklhas membawa berkat. Fikiran serupa membantu anda dalam perkara-perkara berikut:

v  Perasaan saling memerlukan dan kerjasama
v  Perasaan hormat kepada rakan sekerja
v  Perasaan bagi terus bekerja kuat bagi pihak yang tidak mampu
v  Perasaan tolong menolong
v  Perasaan bagi membuat apa sahaja yang disuruh
v  Perasaan bagi memberikan idea baru kepada syarikat
v  Perasaan berjuang demi syarikat
v  Perasaan bagi melindungi syarikat daripada ancaman pesaing

Ingatlah, masyarakat bertamadun akan melindungi daripada ancaman pesaing. Perjuangan ini tidak ada hujungnya melainkan perlu diteruskan dan diberi perhatian.

Wallahu alam.

Daripada baik kepada hebat
Samsudin Wahab, 2006

Di suatu masa

Di suatu masa andakan ditanya
Di muka siding mahkamah Tuhan
Ke mana umur harta yang banyak
Ke mana ilmu tuan gunakan

Jangan diharap membela diri
Dengan alasan dicari-cari
Mata telinga, tangan dan kaki
Semua akan menjadi saksi

Hidup ini hanya sejenak
Amal jua dibawa serta
Janganlah lalai kehendak alam
Janganlah lupa disebabkan harta

Dari itu wahai sahabat
Berbanyak amal bertambah bahgia
Kerjakan suruh sebelum terlambat
Jauhi larangan sebelum pergi

Orkes el suraya