Sunday, May 11, 2014

Buang semak samun

Tip Eksekutif Cemerlang 17

Semak samun adalah rumpunan rumput di halaman rumah. Ia boleh mengundang bahaya jika dibiarkan. Konsep buang semak samun merujuk kepada membersihkan minda daripada masalah dan keraguan yang dapat membantutkan prestasi kerja. Masalah kecil yang sengaja diadakan dianggap penghalang kepada kelicinan pelaksanaan tugas yang diamanahkan. Bersihkanlah diri dari segala masalah agar bisa berkerja dengan hebat tanpa gangguan perasaan sendiri.

Masalah berpunca dari diri sendiri, keluarga atau orang disekeliling kita. Sekiranya berpunca dari diri sendiri, kenal pasti kekurangan. Senaraikan dan buat pemeriksan. Jadilah insan yang berani, tabah, yakin pada diri sendiri dan berciri positif yang dapat mengatasi kelemahan daripada dilihat oleh orang lain.

Sekiranya berpunca daripada keluarga, semasa di tempat kerja tumpulah perhatian kepada pelaksanaan tugas. Jangan melayan fikiran dengan masalah yang timbul. Belum tentu masalah itu dapat diselesaikan. Masa hanya dibazirkan. Tangguhkan dahulu massalah. Masa di rumah gunakan sepenuh untuk menyelesaikannya.

Sebaliknya bila berpunca daripada kawan-kawan, masalahnya menjurus pergaduhan beralahlah. Mengalah tidak bermakna anda pengecut. Ia penyelesaian yang matang dan terbaik.

Jika pengurusan sebagai punca, kajilah adakah ianya benar.Tiada sistem pengurusan yang menjurus kepada pencabulan hak asasi pekerja. Hormati bos secara asasnya. Elakkan perselisihan faham kerana padahnya pada kerjaya dan masa depan dalam organisasi. Kecacatan dalam pengurusan, selesaikan melalui saluran-saluran rasmi yang disediakan.

Sesungguhnya punca masalah yang dihadapi disebabkan kegagalan kita mengelakkan daripada awal. Jiwa akan tenang dan prestasi baik bila tumpuan kerja diberikan akibat tidak banyak masalah yang dihadapi.

Wallahu alam.

Daripada baik kepada hebat
Samsudin Wahab, 2006

No comments:

Post a Comment