Thursday, May 1, 2014

Al-Habib Husein b AbuBakar Al-Aydrus Luar Batang, Jakarta

Pintalan benang:

Suatu ketika, ibunya sakit dan beliau diminta menggantikan pekerjaan memintal benang di gudang. Si ibu menyediakan makan malam dan sebuah lampu minyak sebagai alat penerang. Setelah itu, ibunya kembali ke rumah. Menjelang pagi, alangkah terkejutnya apabila pintu gudang dibuka. Hasil pintalan yang melimpah sedang si anak tidur nyenyak di sudut gudang dan makanan yang disediakan masih baik.

Tatkala hal ini dicerita kepada guru tariqah, guru itu berkata: Sesungguhnya Allah swt telah menganugerahkan kelebihan kepada anakmu, dan Allah telah berkehendak kepadanya untuk diberi darjat serta kedudukan yang besar disisiNya. Hendaklah engkau berbesar hati dan jangan bertindak keras kepadanya. Rahsiakanlah segala sesuatu yang terjadi pada diri anakmu ini.

Kepingan wang Gabenor Jeneral Belanda

Pernah suatu saat beliau mendapatkan hadiah sekarung kepingan wang dari Gabenor Jeneral Batavia. Wang tersebut diterima dan langsung dibuangnya ke laut Sunda.Kelapa, tentu sahaja si Gabenor Jeneral sangat terkejut. Si habib dengan mudah berkata: Tenang tuan, wang tersebut tidak hilang. Wang tersebut saya kirimkan kepada ibu saya di Yaman. Kerana ingin kepastian, si gabenor memerintahkan beberapa penyelam untuk mencari wang yang dibuang kelaut.

Setelah penyelam-penyelam itu mencari di setiap sudut terumbu karang namun ianya gagal.Maka si gabenor mengutus seorang nelayan untuk ke Yaman, bertemu dan bertanyakan hal tersebut kepada ibu si habib. Sekembalinya dari Yaman, nelayan itu melaporkan bahawa si ibu telah menerima sejumlah wang yang dibuang kelaut tersebut pada hari dan tanggal yang sama.

Wallahu a’lam.

Mutiara Habaib Nusantara
Abdul Qadir Umar Mauladdawilah

No comments:

Post a Comment