Sunday, May 25, 2014

Kata ibu menusuk kalbu

Satu peristiwa yang masih kekal dalam ingatan walaupun sudah 55 tahun berlalu iaitu semasa saya menyerahkan wang gaji pertama kepada arwah ibu sebanyak RM144.00 iaitu gaji 3 bulan (RM48.00 sebulan). Apabila melihat wang yang diserahkan itu, beliau terus memandang saya dan berkata: Awang, jimatlah belanja, bukan senang dapat duit. Kerja baik-baik kerana kerajaan yang bayar gaji.

Beliau mengambil sedikit daripada wang itu dan yang selebihnya diserah semula kepada saya. Kata-kata itu terasa baru diucap oleh beliau dan masih melekat di sanubari saya hingga ke hari ini. Saya selalu menceritakan kepada anak-anak mengenai peristiwa itu. Awang, satu gelaran manja daripada ibu kepada anak-anak lelakinya, disebut penuh mulut oleh beliau hingga akhir hayatnya.

Wallahu ’alam.

Selagi lilin masih bernyala
Salleh Mohd Akib, 2012

Terima kasih buat buku yang dititipkan di akhir tugasan PUSTAKA 2014........dilindungiNya dunia dan akhirat buat tuan yang bersara paksa tanggal 14 Mei 2014. Selamat bersara tuan....

Lembah sireh
23 Mei 2014.

No comments:

Post a Comment