Friday, May 16, 2014

Ya Allah, sinarilah hati kami dengan cahaya petunjuk hidayahMu


Ya Allah
aku memohon kepadaMu segala kebaikan yang ada
pada hari ini iaitu kejayaan, kemenangannya,
seri cahayanya, keberkatannya dan hidayahnya
dan aku berlindung denganMu
daripada segala keburukan yang ada padanya
dan keburukan hari sebelumnya
dan keburukan hari selepasnya.

Ya Allah
sesungguhnya hari ini adadalah kejadian yang baru
maka bukakanlah kepadaku
pintu ketaatan kepadaMu
sudahkanlah pula ia dengan keampunan
dan keredaan daripadaMu buatku
kurniakanlah daku segala amalan baik
yang Engkau terima daripadaku
sucikanlah ia
gandakanlah ia untukku
dan seandainya aku melakukan kesilapan
padanya maka ampunilah daku
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa
Maha Mengasihani Maha Penyayang juga Maha Mulia.

Ya Allah
sinarilah hati kami dengan sinaran (cahaya) petunjuk
hidayahMu sebagaimana Engkau sinari bumi ini
dengan sinaran (cahaya) matahariMu selama-lamanya
dengan rahmat kasih sayangMu
wahai tuhan yang Maha Luas limpahan rahmatNya.

Ya Allah
tunjukkanlah kami jalan yang benar
keluarkanlah kami daripada pelbagai kegelapan
kepada petunjuk (cahaya iman)
dan jauhkanlah kami daripada segala keburukan
sama ada yang zahir ataupun
yang tersembunyi.

Ya Allah
cukupkalah kami dengan rezeki yang halal
sehingga kami yidak tamak kepada
(perkara-perkara) yang haram
Juga sempurnakanlah kami
dengan segala kelebihan (pemberian)Mu
sehingga kami tidak mengharapkan (kepada)
selain daripadaMu.

Ya Allah
kami memohon rahmat dari sisiMu
yang boleh membimbing hati kami
menyatukan urusan-urusan kami
merungkaikan segala kekusutan kami
memperbaiki orang yang tidak ada
bersama kami
mengangkat darjat mereka
yang ada bersama kami
membersihkan amalan kami
menambahkan kematangan kami
mengembalikan kemesraan
dan melindungi kami
daripada segala keburukan dan peliharalah
keamanan negara ini.

Ya Allah hanya kepadaMu
kami bersujud dan berserah.

Aameen Ya Rabbal Alameen.

Datuk Dr Maznah Hamid
Himpunan doa harian, 2013

No comments:

Post a Comment