Monday, May 26, 2014

Revolusi pendidikan nan suci

Inikah dia revolusi suci
Mendidik jiwa, aqal dan budi
Yang mekar, subur di sanubari
Berakar umbi di qalbu hati
Disinari wahyu kebenaran hakiki
Bertunjang rending naungan Ilahi.

Inikah dia erti revolusi
Cekal berjuang mengisi misi
Menimba ilmu bijak bestari
Meneroka alam yang penuh misteri
Biarpun jauh di kaki pelangi
Tabahkan azam ke lubuk nurani.

Akanku lahirkan satu revolusi
Memupuk modal intelek insani
Sepaduan ilmu padat berisi
Sebagaimana perlakuan Al-Kindi
Al-Khawarizmi, Ar-Razi, Ar-Rumi
Peradaban sarjana terus diwarisi.

Revolusi hadahari diatur stategi
Membina tamadun langkah berani
Pembangunan seimbang bernilai lestari
Mengukuh kepelbagaian kekuatan jati
Menzahirkan sejahtera masyarakat harmoni
Meniti kegemilangan cita-cita tinggi.

Revolusi mental tonggak transformasi
Lincah berfikir penampilan kualiti
Bak obor penyuluh inspirasi
Mencipta ide cetusan kreativiti
Membuka minda melayani inovasi
Cabaran ditangkis sederas tsunami.

Ayuh, perjuangkan revolusi ini!
Jangan waktu dibazir lagi
Ledakan maklumat takkan berhenti
Percambahan ilmu tangkas ditangani
Berlengah mengundang padah yang ngeri
Tergadai nyawa maruah pertiwi.

Andai revolusi terbengkalai nanti
Kami memimpim akanku hayati
Menyakini hidayah ilmu nan murni
Menunaikan keramat seribu janji
Sebagai pemegang amanah di bumi
Agar hidupku empunya erti.
Nah bingkaskan sahaja revolusi ini!
Perkasakan perisai ilmu terkini
Benteng teknologi tangkas dirempuhi
Sempada dunia mesti ditembusi
Demi memugar sebuah university
Demi kedaultan nusa kucintai.

Semoga revolusi kekal abadi
Dapatku terus menabur bakti
Iman di dada menjadi saksi
Melutut sujud ke hadrat Dhu-l-Jalali
Dunia akhirat mohon diredhai
Berkat revolusi pendidikan nan suci.

Dzulkifli Abdul Razak
Revolusi pendidikan merekayasa sebuah university
2005

No comments:

Post a Comment