Saturday, May 10, 2014

Empat penjuru dan empat tembok batu

Tip Eksekutif Cemerlang 16

Dalam lagu Ito, konsep penjara ialah tempat orang yang melakukan kesalahan ditempatkan. Di sana mereka terkurung, tidak bebas akibat hukuman itu. Konsep ini mengingatkan kita dalam melaksanakan tugas harian perlulah mengelakkan melakukan kesalahan kecil atau besar. Proses siasatan mengambil masa yang lama. Kesan psikologi akan dihadapi individu terlibat, akibat cemuhan dan tak ramai menyebelahi kita walaupun dakwaan belum dibuktikan.

Antara kesalahannya :
v  Mencuri harta atau aset syarikat
v  Melakukan jenayah termasuk mencuri harta benda orang lain selain syarikat
v  Melantik pembekal daripada kalangan keluarga sendiri
v  Insider trading ( perniagaan saham secara rahsia )
v  Mereka cipta gosip ataupun fitnah yang keterlaluan
v  Menipu cek syarikat
v  Menjadi spy kepada syarikat pesaing
v  Menjadi pecetus kepada rusuhan di tempat kerja
v  Melibatkan diri dalam perbuatan ganguan seksual

Wallahu alam.

Daripada baik kepada hebat
Samsudin Wahab, 2006

No comments:

Post a Comment