Saturday, December 31, 2011

Sucikan hati


Ramai orang lakukan sesuatu untuk mendapatkan nama baik. Ada yang dibuat secara nyata tak kurang dalam samar. Kemenangan  sebenar di hati bukannya di mulut!.


Ya Allah, ku pohon ketakwaan, kecukupan dan keafiatan hanya dariMu .....ameen Ya Rabb.

Friday, December 30, 2011

Refleksi

…apabila selesai sahaja  mesyuarat tahunan, sebelum dikemaskan kesemua risalah yang tidak digunapakai dan menyelesaikan bayaran kepada penyedia makanan, duduklah sebentar dan buat dua senarai :

a)      semua perkara yang telah anda lakukan dengan betul dan
b)      semua perkara yang telah silap anda lakukan

Kemudian masukkan kedalam fail dan tutup untuk mesyuarat berikutnya..........namun awas tentang tafsiran oleh Ben Franklin : ” Time is the stuff of which life is made ”....sama-sama membenarkan KalamNya............" Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan saling berpesan untuk mentaati suatu kebenaran dan saling berpesan untuk menetapi  kesabaran ”

..............bermulalah dari saat ini......tidak sekarang...bila lagi.....Nyahkan titik pegun dalam diri.....wallahu'alam.

Thursday, December 29, 2011

Doa Al-Ahzab

Ya Allah, aku mohon perlindungan dengan nur kesucian Engkau.

Dan dengan berkat kebesaran dan keagungan sifat Jalal Engkau.

Dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik

Ya Tuhanku, Engkaulah penolongku maka pada Engkau ku mohon pertolongan.

Ya  Allah, Engkaulah tempatku menyelamatkan diri maka kepada Engkau ku mohon selamat.

Wahai Tuhan yang bagiNya lemah dan hina segala tengkuk pembesar dunia.

Dan tunduk kepadaNya segala urusan dan kebesaran raja-raja Fir’aun.

Selamatkanlah daku dari penghinaan dan hukuman siksa Engkau.

Ketika malam atau siang, ketika ku tidur atau berada di suatu tempat.

Tiada Tuhan bagiku melainkan  hanya Engkau.

Demi kebesaran wajah Engkau dan kemuliaan kebesaran Engkau.

Jauhilah dariku segala kejahatan hamba-hamba Engkau.

Letakkanlah daku di dalam jagaan Engkau.

Dan di dalam khemah-khemah jagaan Engkau.

Berilah kemurahan kepadaku dengan limpah kurnia dari Engkau.

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha pemberi rahmat.


Ibnu Hibban meriwayatkan bahawa Imam Syafi’i ra membenting ( mengkubu diri) dengan doa ini. (Dari Al-Mawahibu As-Saniyyah)

Sunday, December 25, 2011

Nafkah

Dikisahkan ketika Nabi Isa as dihina, ia tetap senyum, tenang, dan mantap, tidak sedikitpun ia menjawab atau membalas dengan kata-kata kotor mengiris tajam seperti yang diucapkan si penghinanya. Ketika ditanya oleh sahabat-sahabatnya, "Ya Rabi (Guru), kenapa engkau tidak menjawab dengan kata-kata yang sama ketika engkau dihina, malah Baginda menjawab dengan kebaikan ?" Nabi Isa as, menjawab : "Karena setiap orang akan menafkahkan apa yang dimilikinya. Kalau kita memiliki keburukan, maka yang kita nafkahkan adalah keburukan, kalau yang kita miliki kemuliaan, maka yang kita nafkahkan juga kata-kata yang mulia."

Monday, December 19, 2011

Kesederhanaan



".....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. 2:216)

……siapalah aku

Siapalah aku sebelum kelahiran
tiada bernama juga gelaran
wujudku nanti bukan hiburan
mengenal Tuhan segala kebesaran

Siapalah aku setelah kelahiran
datangku bersama tangisan kedengaran
lahirku kini mula pelayaran
mengharungi kehidupan penuh cabaran

Siapalah aku di bumi raya
kerdil lemah mudah terpedaya
menjadi khalifah kedudukan mulia
memikul amanah sedaya upaya

Siapalah aku tiada bertuhan
kukuhkah berpaut dahan kerapuhan
sampaikah tujuan tanpa arahan
atau keletihan dalam kebodohan

Siapalah aku dalam kehidupan
sekadar waktu buat persiapan
usah jadikan dunia harapan
semoga kalimah Tuhan akhir ucapan

Siapalah aku tidak lagi bernyawa
berpisah keluarga harta teman ketawa
cuma membawa amal bersama
bila di mana kembali bersua

Siapalah aku sesudah mati
soalan kubur sedia menanti
tiada terlepas semuanya pasti
beruntungnya aku hidup berbakti

Siapalah aku tatkala kiamat
permulaan hari tiada penamat
mendapat balasan ataupun nikmat
semoga beroleh dariMu rahmat

Siapalah aku di hari kebangkitan
dihimpun semua saksi perbuatan
satu persatu terperinci catatan
apa tersembunyi jelas kelihatan

Siapalah aku di hari pembalasan
berdebar menanti bicara keputusan
layakkah aku beroleh pembebasan
atau penyesalan penuh tangisan

Siapalah aku terhumban ke neraka
sabarkah aku menanggung celaka
di dunia meraung sedikit terluka
bijakkah pilihan hidup yang leka

Siapalah aku mengharap syurga
amalku kurang tidak berharga
SyurgaMu mahal tidak terhingga
ke dalam di larang, biarku di tangga

Siapalah aku di sisiMu Allah
ampuni daku selalu bersalah
beriku cinta tiada berbelah
biar hidup matiku fisabilillah

( Abu Ridhwan Ibn Omar, 2005 )

Sunday, December 18, 2011

Maqam kemuliaan

Maqam Mahmud
Tempat dan darjat yang terpuji

Maqam Karim
Tempat dan darjat yang mulia

Maqam Amin
Tempat dan darjat yang aman sejahtera

Maqam Al-Muqarrabun
Tempat dan darjat yang hampir dengan Allah SWT

Maqam Mukramun
Tempat dan darjat yang diberikan penghormatan oleh Allah SWT

Maqam Mardhiah
Tempat dan darjat yang diredhai

Maqam Aulia Allah
Tempat dan darjat wali-wali Allah SWT

Ya Rabb, pandulah diri ini dalam naungan rahmatMu di kala lebatnya nikmat dan cubaanMu......ameen.


Tahap Takwa

Al-Ubbad
Berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan cara melaksanakan ibadah menurut ajaran agama

Al-Zuhhaad
Bertawakal dan menyerah diri kepada Allah SWT dengan mengharapkan keselamatan di dunia dan di akhirat

Al-Arifin
Melihat segala kejadian yang berlaku adalah kehendak dan ketentuan daripada Allah SWT

Al-Muhibbin
Mendapat ketenteraman hati dengan mengerjakan suruhan agama dan meninggalkan tegahan agama.

Tahap Iman

Muslim
Memenuhi tuntutan Rukun Islam, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji.

Mukmin
Memenuhi tuntutan Rukun Iman, iaitu beriman kepada Allah SWT, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Akhirat, Qadak dan Qadar

Mukhlis
Orang yang beriman benar-benar ikhlas kerana Allah SWT

Muhsin
Memiliki sifat ihsan dengan beribadat seolah-olah Allah SWT melihatnya dan yakin bahawa segala perbuatannya diperhatikan oleh Allah SWT.

Tingkat nafsu........

Ammarah
...mengajak manusia ke arah kejahatan, melakukan maksiat dan berseronok dengannya.

Lawwamah
...selalu mengkritik diri sendiri atau mencerca diri atas setiap kesalahan yang dilakukan

Mulhamah
....yang diilhamkan oleh Allah SWT dengan kebaikan

Mutmainnah
....yang suci dan tenang

Radhiah
...yang mempunyai sifat mahmudah dan kuat hubungan hati dengan Allah SWT

Mardhiah
.....yang tenang dan tenteram

Kamilah
....pada peringkat kesucian yang tertinggi dan sentiasa patuh kepada keredhaan Allah SWT.


Ya Tuhanku, aku bukanlah Rabiatul Adawiyah yang tidak  memiliki sebilah pisau lantaran kekuatirannya memancung pergantungan semata- mata hanya padaMu Ya Rabb!...sejauh manapun berlari ....kini semuanya bersimpuh padaMu........Kaulah Yang Maha Pengasih dari mereka yang berhati kasih...Penguasa semesta alam .....


Perubahan

“ Sesiapa yang berkorban janganlah menyimpan daging sehingga tiga hari masih lagi bersisa di rumahnya.” Pada tahun berikutnya mereka bertanya : “Wahai Rasulullah SAW, haruskah kami melakukan seperti tahun sebelumnya?”. Nabi SAW menjawab : “Makanlah. Masaklah dan simpanlah kerana tahun sebelumnya musim sulit. Aku ingin kalian saling membantu.”
( Hadis Riwayar Al-Bukhari)


Hadis ini menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah melarang umat Islam di Kota Madinah menyimpan daging korban melebihi tempoh tiga hari. Hal ini kerana pada tahun tersebut ramai tetamu dari luar datang ke Kota Madinah. Nabi SAW mahu mereka disediakan jamuan daripada daging korban sebagai tanda penghormatan dan mengeratkan perhubungan. Pada tahun berikutnya, Nabi SAW membenarkan umat Islam di Kota Madinah menyimpan daging korban kerana keadaan sudah berubah. Hal ini menunjukkan bahawa boleh berlaku perubahan hukum disebabkan berlakunya perubahan keadaan. Wallahu’alam.

( Melayu Boleh Berubah, Dolphin Press Sdn. Bhd; ms 20 – 21)

Sunday, November 20, 2011

Mata hati



Ya Tuhanku sesungguhnya Engkaulah  Yang Maha Mengetahui, Penetap Hukum, Maha Mendengar, Maha Mengenal, Maha Melihat, Menjadi Saksi, Maha Mengawas, Mengetahui yang Batin jua Penguasa Segala Sesuatu……

Saturday, November 19, 2011

Di sini ia bermula


Memperbaiki masyarakat bukan dimulai dari pemerintah melainkan harus dimulai dari keluarga. Jika ingin memperbaiki perilaku dan kebiasaan umum masyarakat maka harus dimulai dengan memperbaiki perilaku dan kebiasaan keluarga, dan ini mutlak merupakan kewajiban ayah dan ibu   ( Rosseau )

Dua perkara

Rasulullah saw bersabda : Dua perkara di mana seorang hamba yang muslim tidak menjaganya, kecuali ( ia ) masuk surga. Padahal kedua ( perkara ) nya mudah, sedangkan yang melakukannya sedikit iaitu bertasbih setelah solat 10 kali, bertahmid 10 kali dan bertakbir 10 kali. Itu semua berjumlah  150 kali di lisan tetapi 1500 di timbangan. Selanjutnya betakbir di tempat berbaring 34 kali, bertahmid 33 kali dan bertasbih 33 kali. Itu semua berjumlah 100 kali di lisan tetapi 1 000 di timbangan. ( Imam Bukhari dan Imam Muslim )

Ayah


Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah SWT. Wallahu a’lam.

Friday, November 18, 2011

Melody of life

Ya Rasulullah, siapakah yang paling keras mendapatkan ujian? Baginda menjawab: "Para Nabi dan pengikut-pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan.” ( Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi  )

Thursday, November 17, 2011

Layak


Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah SWT. Wallahu a’lam.


Semoga yang baik dan sesuai itu selalu ku dapati……Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang ada di langit  dan di bumi…….ameen.

Wednesday, November 16, 2011

Rehat




Dari Imam Ahmad bin Hanbal :
Seseorang bertanya kepada Imam Ahmad : "Bilakah waktu rehat?"
Imam Ahmad berkata : "
Apabila kamu berpijak di syurga, maka rehatlah."
Wallahu a’lam.

Monday, November 14, 2011

Penuh gaya





Melangkah untuk kehidupan...... hamparkanlah khazanah ilmu bermanfaat buatku  Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Perkara Ghaib dan Nyata.........ameen.

Sunday, November 13, 2011

NikmatNya

Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abud-Darda’ ra berkata : Nabi saw bersabda : Tiada terbit matahari melainkan di sampingnya ada dua Malaikat yang berseru supaya didengar penduduk bumi kecuali jin dan manusia. Hai manusia segeralah kamu menuju kepada Tuhanmu, maka yang sedikit mencukupi lebih baik daripada banyak tetapi melupakan. Dan dua Malaikat yang berseru : Ya Allah berikan kepada orang yang membelanjakan hartanya ganti dan segerakan bagi orang yang kikir ( bakhil ) terhadap hartanya itu binasa.

Ya Allah! Muliakanlah daku dengan cahaya ilmu dan kefahaman yang cepat. Keluarkanlah daku dari kegelapan syak wasangka, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu dan ajarkanlah daku rahsia-rahsia hikmatMu, wahai Tuhan Tuhan sekalian alam. Ameen.

Saturday, November 12, 2011

Ummi

Pena seluruh dunia menjadi tak berdaya di tangan anak-anak jika mereka hendak mengungkapkan jasa seorang wanita yang dulunya ummu kini bergelar ummi. Dia ada adalah sumber cinta, simbol kasih sayang dan inspirasi lahirnya rasa cinta yang tak terkira. Insan ini juga anugerah yang tak terbatas. Tak terungkapkan sedikit pun jasanya meskipun dianugerahi Allah kecerdasan, kecemerlangan akal fikiran dan ketinggian  bahasa. Wallahu’alam.

Ya Allah! Ilhamkanlah kepadaku ilmu yang dapat kuketahui dengannya perintah dan laranganMu. Rezekikanlah kepadaku keindahan kefahaman para anbia’Mu, kefasihan hafalan para rasulMu dan kecepatan ilham malaikatMu yang muqarrabin.  Wahai Tuhan Pemberi Cahaya. Ameen.

Friday, November 11, 2011

Ilmu

Setiap perkara yang baik mempunyai kelebihan sebagaimana perkara yang tak baik mempunyai kekurangan.Punca segala kebaikan ialah menuntut ilmu kerana Allah dan mengamalkannya kerana Allah.

Ya Allah! Keluarkanlah kami dari kegelapan syak wasangka dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman. Bukakanlah bagi kami dengan makrifat ilmu dan elokkanlah akhlak kami dengan sifat lemah lembut dan penyabar. Permudahkanlah bagi kami pintu-pintu kelebihanMu dan limpahkanlah ke atas kami dari perbendaharaan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ameen.

Thursday, November 10, 2011

Sahabat selamanya

Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia

Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan


Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat

Untuk selamanya…
Selama-lamanya… setia…

( Padi )

Tuesday, November 8, 2011

Setia Kawan

Satu tumbang ke kiri
Satu tumbang ke kanan

Tegak sama tegak
Tumbang sama tumbang

Condong sama condong
Baring sama baring

Ibarat telur sesangkar
Pecah sebiji pecah semua

Seperinduk sepermainan
Seperguruan segelanggang

Kalau lautan sama direnangi
Kalau lurah sama dituruni

Kalau sampan sama berdayung
Kalau lesung sama menumbuk

Kalau huma sama ditugal
Kalau masak sama dituai

Kalau berangan sama dikutip
Kalau padi sama dituai

Kalau jala sama menebar
Kalau pukat sama menarik

Kalau rakit sama bergalah
Kalau ruyung sama dipecahkan

Kalau parit digali
Kalau tebing dipanjat

Cubit paha kiri
Paha kanan sakit juga

Susah sama susah
Senang sama senang.

Kalah dan menang

Adat orang berniaga
Ada masanya untung
Ada masanya rugi

Adat bertikam
Ada yang hidup
Ada yang mati

Adat bermain
Ada yang kalah
Ada yang menang

Adat berladang
Kadang-kadang tumbuh
Kadang-kadang tidak menjadi

Adat berkayuh
Ada masa mudik
Ada masa hanyut

Adat memanjat
Ada masa lepas
Ada masa jatuh

Adat bertanding
Ada yang menang
Ada yang tewas

Adat meneka
Kadang-kadang betul
Kadang-kadang salah

Adat melabur
Ada masa untung
Ada masa rugi

Adat menjerat
Ada masa mengena
Ada masa tidak

Adat meminang
Kadang-kadang diterima
Kadang-kadang ditolak
.......jangan kecewa!
Cuba lagi!

Memanfaatkan sifat

Yang buta menghembus lesung
Yang tepok menghalau ayam

Yang pekak membakar meriam
Yang tempang penjaga tongkat

Yang katik memetik lada
Yang tinggi memetik betik

Yang kurus menunggu lauk
Yang gemuk mengimbang perahu

Yang bisu dijadikan drebar
Dijamin rahsia terjaga
Selamat rumah tangga!

Konvokesyen

Dulu pendek sekarang sudah panjang
Dulu rendah, sekarang sudah tinggi

Dulu bodoh sekarang sudah pandai
Dulu keliru sekarang sudah jelas

Dulu kosong sekarang sudah penuh
Dulu lembut sekarang sudah keras

Dulu tahu sedikit sekarang tahu banyak
Dulu bertanya sekarang boleh menjawab

Dulu jahil sekarang sudah arif
Dulu di tepi sekarang sudah di tengah

Dulu di bawah sekarang sudah di atas
Dulu di belakang sekarang sudah di hadapan

Dulu diajar sekarang boleh mengajar
Dulu hilang sekarang sudah terbilang.

Monday, November 7, 2011

Sekadar……

Telefon adalah sekadar alat untuk berbual-bual.....( tak adalah MMS dan aplikasi internat )

 Perut sekadar perlu diisi tidak kisahlah di mana pun kita makan........ ( bisa  makan capati di kedai mamak  )

Makmun  ibarat sekadar semut.......( jadi saya lebih besar daripada semut sendiri. Kalau kita cemas, bagaimana kita hendak melakukan tugas dengan baik. Jangan sekali-kali takut untuk berada di barisan hadapan apabila melakukan sesuatu perkara. Sampai bila kita harus berada di belakang. Kita perlu yakin dengan diri kita sendiri. )

Wallahua’alam.

( Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad;   6 Nov 2011 )

Sunday, November 6, 2011

Kemuncak yang berlalu........




Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah kepada mereka yang telah, sedang dan bakal mengerjakannya,  haji dan umrah yang mabrurah dengan rahmatMu yang Maha Agung......ameen.

Di rumahNya……


Ya Allah, ya Tuhan kami! Perkenankanlah doa kami, afiatkanlah kami, maafkanlah kesalahan kami, matikanlah kami di dalam Islam, hidupkanlah kami di dalam Islam, himpunkanlah kami dengan orang-orang yang soleh.

Ya Allah ya Tuhan! Aku abadikan tempat yang suci ini ( masjid ) daripada hari ini sehingga hari qiamat dengan ikhlas dan jujur.....ameen.

Saturday, November 5, 2011

Hidup beragama :



Sifir dalam Islam sungguh indah dan damai malah membawa ketenangan yang dicari dalam hidup.

Ya Allah bimbinglah kami untuk hidup beragama, usah tinggalkan kami walau sekelip mata pun jua.....ameen.

Friday, November 4, 2011

Nikmat




Ya Allah ini adalah nikmat yang datang dari Mu dan dengannya  ku memohon untuk dapat mendampingiMu........

Istajib duaa ana Ya Allah.......ameen.

Thursday, November 3, 2011

Menggapai redhaNya…..

Dari Abu Said al Khudri Radhia Allah anhu berkata : Rasulullah saw bersabda  : ( Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun (muttafaq alaih) )
Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah anhu bahawa Rasulullah saw  bersabda : ( Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.)
Kita juga disunatkan berpuasa pada hari Arafah kerana Rasulullah saw bersabda:“Puasa pada hari Asyura akan mengkafarahkan dosa setahun (sebelumnya). Manakala puasa hari Arafah, akan mengkafarahkan dosa dua tahun; setahun sebelumnya dan setahun selepasnya yang akan datang”.
( BH Online )
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal dan tiada bersekutu,  semua milik/kerajaan dan pujian adalah HaqNya dan Dia Hidup tidak mati.

Wednesday, November 2, 2011

Rancang untuk jaya….




Tuntutannya keseimbangan......dikala Islam kian dagang, berikan kami iman yang sempurna, keyakinan yang mantap dan ketakwaan....hanya Engkau Ya Tuhan kami yang Maha Perkasa....ameen.

Tuesday, November 1, 2011

Mengamati….





Indahnya bila bersabar.......

Immarakkan Zulhijjah




Ringankan kami untuk mentaatiMu dengan segala  amalan kebaikan......Jadikan harta kami untuk mendekatiMu ...bukannya matlamat yang membawa mudarat.....ameen.

Monday, October 31, 2011

Tujoh Billion





Kelahiran bukan menceritakan mengenai nombor, namun ia tentang kehidupan.

( UM, 31 Okt 2011 )


Ya Tuhan kami, permudahkan agar kami bertepatan menjawab persoalanMu nanti…ameen.

Sunday, October 30, 2011

Sodiq

Jadilah wahai diri sebagai orang yang sodiq (benar) ; tatkala

melihat ; mengambil iktibar
 berdiam ; berfikir
bercakap ;  berzikir
terhalang ; bersabar
diberi ; bersyukur
diuji ; mengucap tarji'
إن لله و إنا إليه راجعون
dilakukan tindakan bodoh ke atasnya ;  berlemah lembut
ada ilmu ; merendah diri
penyayang ; mengajarkan ilmu
ditanya ; berusaha untuk menjawab

Saturday, October 29, 2011

Friday, October 28, 2011

Dialah idola




Tetapkanlah  dialog doa ini buatku saban waktu........di kala menyakini nabi Muhammad saw itu benar….hujamkan  kecintaan maha kudus buatnya , idola umat akhir zaman…..Ya Allah muga diri ini seorang daripadanya….tanpa iri hati buat mereka yang terlebih dahulu beriman denganMu ya Allah….hiasi kami dengan semulia-mulia akhlaknya…....ameen.

Wednesday, October 26, 2011

Top 5 New Hire Skills

4.69
Communication skills

4.59
Honesty / integrity

4.54
Teamworks skills

4.5
Interpersonal skills

4.46
Strong work ethic

( 5  - point scale : 1 = not important ; 5 = very important )

( Job Outlook 2002, National Association of Colleges and Employers ( NACE ) )

Bersedekah



Ya Allah Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami kerana sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui....ameen.

Masa lalu

Masa lalu bukanlah untuk bermegah-megah tanpa kita melakukan sesuatu untuk mengekalkan dan mencari hikmah dari sesuatu yang telah berlaku. Sesungguhnya mereka yang terdahulu meninggalkan banyak tinggalan yang menjadi keagungan atau identiti yang tersendiri seperti kesenian, sejarah, keilmuan dan sebagainya.

Kewajiban pada kita ialah menyesuaikan segala tinggalan yang ada menjadi sesuatu yang realiti dengan generasi sekarang. Tidak seharusnya kita meninggalkan yang lama hanya kerana ianya lama. Kerana tiada yang lama tiadalah yang baru.

Terdapat perkara-perkara lama yang tidak perlu diperbaharui iaitu Al-Quran. Kalam Allah selama mana masa berlalu ia tetap tidak diistilahkan sebagai ‘lama’. Begitu juga dengan Ka’abah yang dikenali sebagai ‘Batul Atiq’. Ia tidak perlu diperbaharui.

Hargailah sesuatu yang lama kerana ia besar faedahnya.

Sesungguhnya sesuatu yang lama atau yang baru adalah perkara yang tidak dapat dipastikan dan difikirkan. Ini kerana mungkin lama di sini tetapi baru di sana dan sebaliknya. Sesuatu yang baru tidak akan kekal barunya kerana esok lusa ia akan menjadi sesuatu barang yang lama.

Setiap muslim seharusnya menghitung waktu yang berlalu dengan bertanyakan soalan kepada dirinya tentang apakah yang aku lakukan hari ini, apa yang aku tinggalkan dan kenapa aku tinggalkan?. Ini dilakukan untuk memastikan perjalanan hidup yang telah kita lalui diisi dengan sesuatu perkara yang berfaedah dan tidak bertentangan dengan kehendak agama.

Wallahu’alam.

(  Sapora Sipon & Khairunnezam Mohd Noor USIM, 2008 )

Tuesday, October 25, 2011

Pandai?


Kita tentang makan, kita pandai. Untuk menyedapkan sesuatu makanan berbagai ramuan digunakan, tetapi kenapa untuk mendapat kemanisan di dalam ibadah kita kurang pandai?


Ya Allah berikan pada kami manisnya kelazatan beribadat kepadaMu.....Ameen

Friday, October 21, 2011

Cemerlang dengan 7 M

Pertama
Muhasabah ( nilai diri )

Kedua
Muraqabah ( ihsan )

Ketiga
Musyaratah (  syarat mencapai matlamat )

Keempat
Mu’aqabah ( didik jiwa supaya murni )

Kelima
Mujahadah ( bersungguh-sungguh )

Keenam
Mu’atabah ( Kritik diri )

Ketujoh
Mawaddah ( kasih sayang )


Ya Allah,  biarlah ya Tuhan kami, segala kesenangan dunia ini terletak di bawah tapak kaki orang-orang bodoh. Dan kepada kami, berikanlah hati yang tidak pernah goncang
( ketenangan jiwa ) ……ameen.