Wednesday, January 29, 2014

Matrik bimbingan guru ( 4 )

j) Penilaian secara bertulis :

Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Guru menetapkan kerja kelas atau kerja rumah secara bertulis untuk menguji pencapaian objektif pembelajaran dan berjaya mengenal pasti jawapan yang betul dan salah oleh kebanyakkan murid.
Pengajaran guru mencapai Tahap 1 dan guru berupaya memberi penyelesaian kepada jawapan salah; dan memberi pengukuhan positif kepada jawapan betul dalam kebanyakan tugasan murid.
Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dan mengkhususkan tugasan dengan keupayaan murid yang pelbagai.

k) Kesimpulan pelajaran :

Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Guru mengakhiri pengajaran tetapi tidak mencapai Tahap 2
Pengajaran guru mencapai Tahap 1 dan berupaya memberikan kesimpulan termasuk hasil pembelajaran dan menjelaskan 3-5 isi utama yang telah dipelajari.
Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dan guru menerangkan sebab pelajaran yang berkenaan penting serta hubung kaitnya dengan pelajaran yang lain.
 
l)  Refleksi pelajaran :

Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Guru dapat membuat pemerhatian secara umum mengenai pengajaran tetapi tidak mencapai Tahap 2
Guru mengenal pasti sekurang-kurangnya satu kekuatan dan satu keperluan penambahbaikan
Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dan guru berupaya untuk mencadangkan tindakan penambahbaikan.

Wallahu alam.

Ibadah dan ketaatan 7

a) Ingat kepada mati akan memadam godaan untuk melakukan dosa.

b) Menunaikan janji kita kepada Allah adalah bukti kemampuan kita menunaikan janji kepada manusia. Sekiranya janji kepada Allah Yang Maha Pemberi pun diabaikan, apatah lagi janji kepada manusia yang sama-sama lemah dan hina. Janji kita kepada Allah – untuk menjadi hambaNya dahulu, kini dan selamanya.

c) Menjadi hamba Allah sebenar itulah kemerdekaan sejati. Merdeka daripada Allah ertinya dijajah oleh hawa nafsu. Itulah penjajahan yang hakiki. Apakah kita telah merdeka atau pun masih terjajah?

d) Jadilah tangan yang di atas dengan mencari, memiliki dan memberi harta. Milikilah hati yang celik dengan mencintai syurga tanpa meminggirkan dunia!

e) Melakukan kebaikan lebih mudah daripada meninggalkan kejahatan, kerana kebaikan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi meninggalkan kejahatan hanya mampu dilakukan oleh hamba Allah yang baik!

Ya Allah, sekiranya kami tidak mampu menangis kerana dosa-dosa kami, janganlah kiranya hati kami biasa-biasa sahaja dengan dosa itu!.

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

Pesanan Ayah

Dayunglah anak
sungai masih panjang
liku masih banyak
airnya dalam berombak
kalaupun cetek jeramnya berlambak
tebing penuh duri dan onak.

Renungkanlah anak
pada lumrahnya sungai
persis likunya kehidupan
perjalanannya yang panjang
laluan yang tak pernah senang
penuh pula dengan cabaran
dugaan yang tak jemu bertandang

Walaupun ada kalanya tenang
nyenyak hati dibiar jangan
bahaya masih bisa mendatang
sang munafik menjadi petualang
kawan menikam belakang
gunting dalam lipatan.

Anak
hadapilah sungai kehidupan
berbekal hati nan tenang
belajarlah pada pengalaman
guru pada setiap pelajaran
pada Tuhan pohonlah pedoman.

Dr Raja Azman Raja Awang
Universiti of Glasgow
Jendela Timur
Bil 40,Disember 2013

Tuesday, January 28, 2014

Matrik bimbingan guru ( 3 )


g) Bahan bantu mengajar :

Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Guru menggunakan papan putih dan /atau projector untuk menjelaskan jonsep atau idea yang relevan dan perkataan /lukisan yang digunakan adalah jelas.
Pengajaran guru mencapai Tahap 1 dan menggunakan bahan bantu mengajar tambahan yang relevan, jelas serta menarik perhatian.
Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dan sekurang-kurangnya satu BBM melibatkan interaksi murid (cth: menulis di atas kertas, membuat eksperimen)

h) Pengetahuan kandungan:

Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Guru menepati topic secara umumnya, tetapi membuat kesilapan isi kandungan atau memperlihatkan keraguan yang jelas dalam isi kandungan
Guru menepati topic pengajaran; tidak membuat kesilapan kandungan; dan mempunyai semua pengetahuan kandungan yang diperlukan oleh sukatan pelajaran untuk mengajar dengan berkesan
Pengajaran guru mencapaai Tahap 2 dan menggunakan pengetahuan kandungannya melangkaui sukatan pelajaran yang membantu murid mencapai objektif pengajaran.

i)  Penilaian secara lisan :
Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Guru menyoal murid dengan soalan yang relevan selari dengan keperluan objektif pembelajaran serta berupaya mengenal pasti jawapan yang betul dan salah
Pengajaran guru mencapai Tahap 1 dan guru mengunakan soalan terbuka; berupaya memberi penjelasan kepada jawapan salah; dan memberi pengukuhan positif untuk jawapan yang betul
Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dan guru menyeimbangkan soalan dengan tahap keupayaan murid yang pelbagai.

Wallahu alam.

Ibadah dan ketaatan 6


a) Cukuplah seseorang dianggap berdosa apabila dia tidak berasa berdosa. Rasulullah saw yang tidak berdosa itu pun sentiasa rasa berdosa….lalu taubat sentiasa menjadi basahan hidupnya.

b) Tidak perlu kata apa-apa, tidak perlu buat apa-apa, raihlah pahala dan hindarilah dosa, hanya dengan diam!

c) Didiklah hati untuk berasa bahagia membuat kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain, boleh berdiam diri ketika menghadapi kritikan yang tidak adil dan memberi maaf ketika mampu  untuk membalas.

d) Tidak mengapa jika lidahmu mengucapkan zikir tetapi hati masih lalai, kerana sekurang-kurangnya lidah itu telah selamat daripada mengucapkan sesuatu yang berdosa. Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, cukuplah jangan menjadi lalat yang membusukkannya.

Ya Allah, istighfar kami memerlukan lebih banyak istighfar!

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

Anak disayang jangan dimanja.

Anak ibarat kain putih
Diasuh diajar dididik dilatih.

Kalau anak tidak dilatih
Jika besar ibu bapa letih.
 
Hati orang tua perlu dijaga
Emak ayah berasa bangga.

Jika anak berbudi bahasa
Itu tandanya membalas jasa.

Kepada ibu bapa wajib berbakti
Selagi hidup sebelum mati.

Kalau anak tidak diajar
Jika besar jadi kurang ajar.

Kalau anak hdup derhaka
Di akhirat nanti masuk neraka.

Jika anak membalas jasa
Ibu bapa berasa selesa.

Jadilah anak yang soleh
Ke syurga sesungguhnya boleh.

Mendidik anak dari kecil
Biar akalnya seperti kancil.

Anak yang baik mendengar kata
Jiran tetangga tidak mengata.

Anak yang baik dengar nasihat
Apabila besar tidaklah jahat.

Ibu bapa wajib dihormati
Semoga hidup akan dirahmati

Anak ibarat air jernih
Harapan tinggi daripada benih.

Jatuh ke lautan menjadi pulau
Dari jauh Nampak berkilau.

Jatuh ke daratan menjadi bukit
Walaupun rebah segera bangkit.

Ilmu keibubapaan amat penting
Jangan sampai anak dibanting.

Marah ibu tanda saying
Marah bapa tangan terbayang.

Hendak mendidik bukan mudah
Terlebih rotan membawa padah
Jangan sampai dikata mendera
Batin terseksa azab sengsara

Jangan abaikan pendidikan agama
Dunia akhirat difikirkan bersama.

Hendaklah selalu tunaikan solat
Tidak diamal terasa ralat.
 
Jika ibu bapa tidak mesra
Anak sendiri takut bersuara.

7 tahun pertama kasih sayang
Tak dengar cakap rotan melayang.

7 tahun kedua adalah pembentukan
Remaja dibimbing demi pendidikan.

7 tahun ketiga jadi sahabat
Jangan menyesal sebelum terlambat.

7 tahun keempat membina keluarga
Barulah tahu anak sukar dijaga.

Anak disayang jangan dimanja
Supaya berani sedia teruja.

Wallahu alam.

Mohd Sidek b Mohd Dollah
Gurindam jiwa mengusik hati,2012

Monday, January 27, 2014

Matrik bimbingan guru ( 2 )

d) Komunikasi :

Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Guru bercakap dengan jelas dan dapat didengari serta menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid
Pengajaran guru mencapai Tahap 1 dan tidak hanya membaca secara terus dari buku teks
Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dan menggunakan pelbagai variasi tekanan, nada dan ketinggian suara yang berkesan untuk menarik tumpuan murid

e) Tumpuan & perhatian murid :

Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Murid kebanyakkannya memberikan perhatian walaupun pasif
Semua murid memberi perhatian dan maklum balas kepada soalan apabila ditanya
Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dan murid secara proaktif bertanyakan soalan serta berbincang lanjut dengan guru dan sesame mereka.
 
f)  Pengurusan bilik darjah

Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Guru menangani murid yang berkelakuan buruk tetapi pada masa yang sama terpaksa menganggu pelajaran
Kebanyakkan murid berkelakuan baik dan guru berupaya menangani murid yang berkelakuan buruk dengan hanya sedikit gangguan (cth: menyuruh murid keluar kelas)
Kebanyakkan murid berkelakuan baik dan guru menangani murid yang berkelakuan buruk tanpa gangguan (cth: dengan mengangkat tangan untuk senyap)

Wallahu alam.

Ibadah dan ketaaatan 5

a) Keletihan melakukan kebaikan akan hilang tetapi pahalanya kekal.Keseronokkan melakukan dosa akan hilang tetapi dosanya kekal.Hanya mujahadah akan membuat keletihan melakukan kebaikan hilang.Hanya taubat akan membuat dosa melakukan kejahatan hilang.

b) Gembira kerana dapat melaksanakan kebaikan, jangan sampai menimbulkan rasa takbur. Kesedihan kerana melakukan dosa, jangan sampai menimbulkan rasa putus asa.

c) Tangisan si fasik oleh kebesaran dosanya lebih disukai Allah, daripada takbur si abid yang tertipu oleh kebesaran amalnya.

d) Bertaubatlah atas satu taubat yang mungkir…..Menangislah kerana kita tidak mampu menangis.

Ya Allah, ajari kami untuk mencintaiMu
Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

Lapangkan masa anda

Lapangkan masa untuk senyuman
Jalinan kasih insan budiman.

Lapangkan masa bertanya khabar
Keaiban orang jangan disebar.

Lapangkan masa untuk berbual
Tingkah laku wajar dikawal.

Lapangkan masa untuk ketawa
Wajah ceria, cantik dan lawa.

Lapangkan masa untuk menyanyi
Apa hilang sepi dan sunyi.

Lapangkan masa bergurau senda
Jangan berlebih biar berpada-pada.

Lapangkan masa untuk bersenam
Sihat sejahtera boleh menyunam

Lapangkan masa untuk bersukan
Daripada melaksanakan yang bukan-bukan.

Lapangkan masa untuk beriadah
Badan sihat sungguh berfaedah.

Lapangkan masa untuk bermain
Fizikal cergas, minda cergas dan lain-lain.

Lapangkan masa untuk berehat
Jiwa tenang badan pun sihat.

Lapangkan masa untuk tidur
Stress dan tensyen akan kendur.

Lapangkan masa untuk membaca
Ilmu diperoleh otak berkaca-kaca.

Lapangkan masa untuk bersiar-siar
Perangai dijaga jangan liar.

Lapangkan masa untuk berfikir
Jangan lupa untuk berzikir.

Lapangkan masa untuk kasih saying
Segala kebencian akan melayang.

Lapangkan masa berangan-angan
Apabila termakbul jadi kenangan.

Luangkan masa untuk keluarga
Segala kebajikan wajib dijaga.

Lapangkan masa untuk ibu bapa
Jasa bakti mereka jangan dilupa.

Lapangkan masa untuk saudara
Ketika berjumpa terasa mesra.

Lapangkan masa untuk tetamu
Bukannya mudah hendak bertemu.

Lapangkan masa membantu kawan
Jangan sampai menjadi lawan.

Lapangkan masa menolong manusia
Amalan mulia tidak sia-sia.

Lapangkan masa buat kebajikan
Berbakti berjasa demi kebaikan.

Lapangkan masa untuk berkorban
Ikhlas bertangungjawab bukan beban.
 
Lapangkan masa untuk sembahyang
Ingatlah Tuhan Yang Maha Penyayang.

Lapangkan masa untuk berzikir
Berderma bersedekah janganlah kikir.

Lapangkan masa bersyukur apa yang ada
Insya-Allah bahagia rezeki berganda.



Lapangkan masa mengingati wawasan
Gigih berusaha tanpa wawasan.

Lapangkan masa untuk kejayaan
Yakin boleh ke arah kedayaan.

Wallahu alam.

Mohd Sidek b Mohd Dollah
Gurindam jiwa mengusik hati,2012

Sunday, January 26, 2014

Matrik bimbingan guru ( 1 )


a) Objektif Pembelajaran :

Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Guru menyatakan satu topik umum bagi pengajaran atau menulis satu topik umum di atas papan hitam tanpa membincangkannya (cth: klasifikasi binatang)
Guru mengenal pasti dan membincangkan objektif pengajaran dengan jelas dan spesifik (cth: hari ini kita akan belajar tentang perbezaan antara mamalia dengan reptilia)
Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dan objektif pengajaran dibincangkan bersama-sama murid serta dirujuki di sepanjang pengajaran dilaksanakan.

b) Rancangan Pengajaran :

Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Pelajaran diasaskan sebahagiannya pada Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang dikaitkan dengan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
Pengajaran guru mencapai Tahap 1 dengan mematuhi struktur dan isi penting RPH secara keseluruhannya.
Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dengan mematuhi semua isi penting RPH secara tekal.

c)  Pengajaran berasaskan aktiviti

Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Pelajaran mengandungi aktiviti bersifat arahan yang dilakukan oleh murid serta dikaitkan dengan pembelajaran murid
Pengajaran guru mencapai Tahap 1 dengan aktiviti yang melibatkan kreativiti, perbincangan dua hala, aplikasi praktikal atau penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang lain.
Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dengan sekurang-kurang-kurangnya 2 aktiviti yang berbeza dan melibatkan kreativiti, perbincangan dua hala, aplikasi praktikal, atau penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang lain.

Wallahu alam.

Ibadah dan ketaatan 4

a) Jika tidak mampu menangis kerana dosa, jangan pula sampai ketawa dengannya!.

b) Selagi mendirikan solat terasa beban, selagi itulah hidup akan terasa satu bebanan. Hijrahkanlah solat kita, insya-Allah akan hijrahlah seluruh hidup kita. Hayatilah makna dalam setiap bacaan, gerak laku dan rasa hati di dalamnya. Jagalah solat, Allah akan jaga kita!

c) Puasa itu menahan nafsu dalam usaha mendidik dan melatihnya. Nafsu tidak boleh dihapus tetapi hanya boleh diurus. Sekat kekuatannya dengan shiam pada siangnya – dengan tidak makan, minum serta menahan pancaindera daripada maksiat dan dosa. Bebankan ia dengan qiam pada malamnya – dengan solat, tadarus dan ibadah sunat.

d) Melakukan ketaatan kerana cinta lebih indah daripada melakukannya dengan terpaksa. Petanda ketaatan dilakukan kerana cinta terasa kemanisan semasa melalukannya. Petanda ketaatan dilakukan kerana terpaksa, terasa kelegaan selepas melakukannya. Namun sebulum sampai ke tahap kemanisan, laluilah dahulu jalan ketaatan dengan keterpaksaan.

e) Anggaplah ketaatan itu kecil di hatimu agar ia menjadi besar di sisi Allah. Dan anggaplah kejahatan itu besar di hatimu agar ia menjadi kecil di sisi Allah.

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

Gurindam pekerja

Jika anda jadi pekerja
Jangan malas hendak bekerja.

Jika bekerja sambil lewa
Nanti bos berasa kecewa.

Ada kerja terus buat
Jangan sampai nanti terlewat.

Jangan asyik leka berbual
Gelak ketawa hendaklah dikawal.

Laksanakan tugas secara bersahaja
Jangan bantah buatlah kerja.

Rajin bekerja kurangkan cakap
Berdisiplin, bertanggungjawab dan cekap.

Bekerjalah dengan jujur ikhlas
Jangan mengharap minta dibalas.

Amalkan bekerja bersungguh-sungguh
Jangan gemar bertangguh-tangguh.

Silap salah cuba kurangkan
Semangat kekitaan sila terangkan.

Jika salah buatlah semula
Meminta maaf dengan rela.

Kerja sebagai satu ibadah
Buat sedikit-sedikit akhirnya sudah.

Tugasan diberi satu amanah
Usah belot pasti musnah.

Ada masalah bincang bersama
Jangan dipendam lama-lama.

Sesama rakan hendaklah mesra
Tugasan diberi janganlah berkira.

Dengan rakan saling membantu
Jangan berperangai seperti hantu.

Tunjuk ajar rakan sekerja
Tekun gigih semangat waja.

Semasa bertugas senyum selalu
Tetamu dating layan dahulu.

Peluang berkursus tambahlah ilmu
Apabila bekerja janganlah jemu.

Bereskan kerja dengan segera
Senyum selalu tanda mesra.

Jika anda rajin bekerja
Rezeki melimpah mudah belanja.

Hidup berbakti sedia berkorban
Sabar tabah bukannya beban.

Dengki khianat hendaklah dihindari
Jangan pentingkan diri sendiri.

Mahir cekap dan berkesan
Rajin bekerja janganlah bosan.

Jika bekerja nak naik pangkat
Bertindak proaktif dan bermuafakat.

Usah fikirkan menegak melintang
Insya-Allah ada rezeki pasti dating.

Jika mendapat mendatar biasa
Sesungguhnya anda juga turut berjasa.

Buatlah kerja dengan sempurna
Apabila bertindak perlu bijaksana.

Berbudi bahasa amat berharga
Tutur kata wajib dijaga.

Rujuk Panduan Perkhidmatan Cemerlang
Jangan asyik nak curi tulang.

Etika kerja Tonggak Dua Belas
Rajin bekerja janganlah malas.

Ingatlah Berkhidmat Untuk Negara
Hidup berbakti jadilah juara.

Jika tidak mahu buat kerja
Eloklah anda berherti sahaja.

Wallahu alam.

Mohd Sidek b Mohd Dollah
Gurindam jiwa mengusik hati,2012

Friday, January 24, 2014

Khutbah Nikah

Segala puji hanya bagi Allah, kami memujiNya, memohon pertolongan dan ampunan kepadaNya. Kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Sesiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Sesiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahawa tidak ada yang lain berhak disembah dengan benar kecuali Allah. Tidak ada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad saw ialah rasulNya. Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam.

Sebentar lagi anakanda berdua akan menempuh akad nikah, perjanjian yang membawa status baru, iaitu sebagai pasangan suami isteri secara sah menurut ketentuan agama. Ada beberapa hal yang perlu selalu ingat mengenai status baru ini.

Pertama, pernikahan ialah ibadah. Pernikahan tidak sekadar sebuah upacara untuk mengumumkan kepada orang ramai tentang baru ini. Oleh itu, menjadi sangat penting bahawa sejak dari niatnya anakanda berdua harus selalu meletakkan peristiwa ini sebagai wujud pelaksanaan ketaatan andanda berdua kepada Allah SWT dan rasulNya. Jadi dalam pernikahan ini, ada sebuah amanah daripada Allah dan rasulNya. Tekadkanlah dalam hati anakanda berdua, sejak dari awalnya untuk menjaga amanah ini hingga ajal tiba.

Kedua, al-Quran mengajar kita semua bahawa melalui pernikahan, seharusnya wujud rasa dan suasana kasih sayang, sebuah kebahagian, sebuah surgawi di dunia. Keluarga ialah sebuah komitmen, sebuah wahana untuk mewujudkan kebahagiaan bukan kekecewaan, kesedihan, kegelisahan, kelesuan dan seumpamanya.

Ada tiga indikator dalam konteks waktu tentang hadirnya kebahagiaan dalam hidup seseorang. Pertama, terhadap masa lalunya. Dia tidak pernah menyesali atau kecewa berpanjangan. Masa lalu diterima dengan istighfar dan rasa syukur. Permohonan ampun didasari kelemahan manusiawi, diiring dengan keyakinan bahawa Allah Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang. Rasa syukur yang dilandasi kesederhanaan bahawa sekalipun berat cubaan dan kesulitan, nikmat Allah selalu lebih banyak dibanding semua itu.

Kedua, selalu bersikap tabah dan jangan mudah menyerah kalah. Selalu yakin bahawa setiap satu kesulitan selalu tersedia sekurang-kurangnya dua buah kebaikan. Tingkatkan kesabaran dan ketekunan dalam usaha yang disertai dengan doa daripada kerendahan hati seseorang hamba sebagai bekal. Jadikan sabar dan solat sebagai pembantumu.

Ketiga, kita tidak tahu takdir yang disurati Allah untuk kita. Namun anakanda haruslah bersikap optimis. Jadikanlah kebahagiaan sebagai visi abadi anakanda berdua dalam membangun kehidupan berkeluarga.

Ingatlah bahawa Iblis tidak suka manusia hidup bahagia. Sebagai musuh abadi manusia, iblis sang pewaris neraka akan terus merosakkan kebahagiaan yang menjadi milik manusia, anak keturunan Adam, para calon pewaris syurga. Dalam hal kehidupan berkeluarga, salah satu benteng terkuat untuk menjaga kebahagiaan ialah kemaafan. Kemaafan ialah salah satu senjata ampuh dalam membangun rumah tangga bahagia dan benteng untuk menyekat usaha iblis untuk menghancurkan kebahagiaan anak-anak Adam. Teratas daripada itu, kemaafan ialah jalan menuju taqwa.

Berdasarkan fitrah manusia, agama mengatur tanggungjawab, peranan dan fungsi anakanda berdua dalam kehidupan berkeluarga. Menurut ketentuan agama, suami memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Jadi tanggungjawab terbesar dan terberat adalah menjaga agar bahtera keluarga selalu berjalan menuju visi abadi iaitu kebahagiaan dunia akhirat dan terhindar daripada seksa api neraka. Sempurnakanlah dan tunaikanlah hal tersebut dalam perjalanan anakanda berdua membangun rumah tangga. Semoga terus dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Fungsi pakaian selain untuk keindahan adalah juga untuk menutupi aurat. Maka suami isteri harus saling menutupi kelemahan pasangannya. Seandainya anakanda melihat kelemahan pada pasangan anakanda, maka berdoalah agar di sebalik kelemahan itu, terdapat kebaikan yang tidak terduga.

Tingkatkanlah bakti anakanda berdua kepada ayah dan ibu yang telah dengan penuh kasih sayang dan kesabaran menghantar anakanda berdua hingga ke jenjang untuk memulai hidup baru. Anakanda perlu ingat bahawa cinta dan kasih sayang mereka tidak akan pernah pudar, walaupun anakanda berdua kini telah mendirikan rumah tangga sendiri.

Wallahu alam.

Anis Ayuni
Cinta yang kurasa

Ibadah dan ketaatan 3

a) Petanda ibadah diterima timbul kekuatan untuk terus beramal. Petanda taubat diterima hilang keinginan untuk melakukan dosa. Petanda doa dimakbulkan terpahat keyakinan yang kuat doa itu dimakbulkan.

b) Ibadah jangan sampai mencabut rasa berdosa, maksiat jangan sampai menyebabkan rasa putus asa.

c) Alangkah indahnya hari ini dimulakan dengan qiamullail, solat Subuh berjemaah, kemudian hadir dalam majlis ilmu, zikir atau apa jua amal soleh….atau setidak-tidaknya dengan memberi salam, senyum dan menyapa mesra kepada sesiapa sahaja yang paling awal kita temui. Hari itu akan berjalan lancar kerana…bagaimana muqaddimahnya begitulah nanti natijahnya.

d) Beribadahlah sehingga diri menjadi penat untuk melakukan maksiat! Perangilah nafsu, musuh yang paling disukai dan dicintai oleh diri.

e) Orang beriman cuba menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya sepertimana orang munafik cuba menyembunyikan kejahatannya.

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

Persinggahan

Dalam persinggahan seketika
sering kali kita berlaga
dengan kesempatan yang ada
menaruh hidup untuk harta
menabur harta untuk nama
yang tidak kekal

Berjalan pada likuan usia
memikul sarat hati dunia
ingin menuju denai sempurna
tapi haluan entah ke mana.

Alangkah ruginya kita
sekadar memerhati
tanpa menikmati
membiarkan saja mentari pagi
berlari pantas berlalu pergi
pulang ke beranda senja
tanpa apa-apa makna
menanti malam berganti siang
menutup rapat tirai sengsara

Lihatlah unggas, burung di udara
tiap pagi berlagu gembira
saban senja mendendang irama
mengalun kicauan zikir
melakari syukur di langit damai
dengan sayap dikurnia.

Alangkah ruginya kita
salah menilai kaca dan permata
mencagar akhirat dengan dunia.

Sani La Bise
Labuan
Berita Harian
19 Januari 2014

Thursday, January 23, 2014

Anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan 1435H / 2014 ( 4 )

Anugerah Perdana

Diam diam ubi, diam diam berisi. Retak hidup yang dipilih tidak ubah seperti dasar padi. Semakin tunduk semakin berisi. Itulah peribadi diri yang dimiliki oleh Dr Mohd Daud Bakar, anak kelahiran negeri Melaka yang telah mengharumkan nama Malaysia di persada kewangan antarabangsa.

Di Malaysia kita mengorak langkah yang cukup aktif  untuk menjadikan Perbankkan Kewangan Islam sebagai suatu aliran yang  paling-paling dominan di negara kita.  Dalam konteks saya sebagai seorang pengamal syariah yang terlibat dengan mereka di seluruh dunia, kita melihat bahawa penerimaan masyarakat samada ia Islam atau bukan Islam dalam sistem ekonomi ini. Tentunya ada generasi baru di Malaysia yang boleh kita eksportkan ke luar untuk membina satu sistem kewangan yang mantap, baik, mampan tetapi juga bersesuaian dengan konsep syariah itu sendiri.

Daft matlamat yang jelas ini telah membawa Dr Mohd Daud telah dilantik menjadi Pengerusi Penasihat Syariah  Bank Negara Malaysia, Ahli Penasihat dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan. Malah beliau juga ialah bekas Timbalan Reaktor Universiti Islam Antarangsa Malaysia dan terlibat juga dengan institusi pengajian tempatan di luar negara.

Melalui pengalaman yang telah dilalui, telah diiktiraf oleh dunia dalam kelompok industri kewangan Islam dunia. Satu-satunya anak Malaysia yang tidak pernah kenal erti jemu dalam mengangkat martabat kewangan Islam kepada standard yang boleh diterima pakai di seluruh dunia.

 Berbekalkan kejayaan yang disokong dengan personaliti yang dimiliki hari ini negara menganugerahkan gelaran Tokoh Perdana Maulidur Rasul 1435H kepada Dr. Mohd Daud Bakar.

Wallahu alam.

Masjid Putra,
Putrajaya
14 Jan 2014

Domain kognitif

Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom (1964) lazimnya digunakan sebagai penerangan konstruk yang mengukur kebolehan kognitif. Bloom bersama-sama dengan rakan-rakannya membahagikan kebolehan kognitif kepada enam peringkat:

1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian

Walau bagaimanapun pada tahun 1990an, Lorin Anderson (bekas murid Bloom) telah menyemak semula dan membuat beberapa penambahbaik penting terhadap taksonomi asal. Lorin telah menukar penggunaan kata nama kepada kata kerja tahap tertinggi dalam pemikiran kognitif adalah mencipta. Dengan Taksonomi Bloom yang disemak semula berupa :

MENGINGAT :
Mengingat semula maklumat.
Mentakrif, mengenal pasti, menyenaraikan, menama, melabel

MEMAHAMI :
Menerangkan idea atau konsep
Menginterprestasi, meringkaskan, merumus, mengkelaskan, menerangkan

MENGAPLIKASI :
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baharu
Menunjuk cara, menjalankan, menggunakan

MENGANALISIS:
Mencerakinkan maklumat kepada komponen-komponen untuk memahami struktur organisasinya dan perhubungan antara komponen.
Membanding beza, mengurus, menyelesaikan masalah, menghuraikan

MENILAI :
Membuat pertimbangan berdasarkan kriteria yang spesifik
Mengkritik, membuat hipotesis, memberi hujah / pendapat, membuat keputusan

MENCIPTA :
Menyatukan elemen untuk membentuk idea atau struktur yang baharu
Mencipta, menggabungkan, merangka, membina

Di mana menganalisis, menilai dan mencipta merupakan pemikiran aras tingi.

Selain taksonomi Bloom, terdapat juga Taksonomi SOLO yang dibina oleh Biggs dan Collis (1982) dalam bukunya Evaluating the Quality of Learning:  The SOLO Taxonomy. Taksonomi SOLO menjelaskan tentang tahap peningkatan kerencaman dalam proses seseorang murid memahamkan sesuatu perkara. Beliau telah membahagikan domain kognitif kepada lima tahap iaitu: Prestutural, Unistruktural, Multistruktural, Relational atau Perkaitan dan Abstrak Lanjutan.

Wallahu alam.

Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
LPM, KPM 2013

Ibadah dan ketaatan 2

a) Menangislah selalu kerana dosa-dosa, tetapi jika mampu, menangislah kerana diri sudah tidak mampu lagi menangis.

b) Beribadahlah sehingga kita terasa letih untuk melalukan dosa dan terasa tenang setiap kali bersamaNya.

c) Hayatilah kata-kata sayidina Umar ra: Aku memandang solat sebagai syarat utama untuk memilih kepimpinan, kerana jika seseorang telah menjaga solatnya kemungkinan besar dia juga akan menjaga amanah dan amalan-amalannya yang lain!

d) Manusia memerlukan zikir seperti ikan memerlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati.

e) Berbangga dengan zikirnya yang lebih baik dan jelas bersanad, tetapi tidak berzikir umpama orang sakit yang berbangga dengan kemujaraban ubat yang tidak dimakannya.

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

Sebelum aku bertemu denganmu ya Rasulullah

Selalu dipatrikan
di dalam dadaku
sinar lembaranmu ya walilullah
melalui bait-bait
mereka yang bertuah.

Halus budimu ya muamin
suci jiwamu ya muzamir
sopan tingkahmu ya al-ameen
murni sunnahmu ya kalimullah.

Selalu aku cuba
semaikan benih-benihnya
umpama pohon yang rendang
selalunya buahku ambil awal
punya muda, mentah
betapa enaknya
jika ranum
demikian juga
ku dambakan
daripada amalanku.

Layakkah aku
bertemu denganmu ya habibullah
jika sekadar biji sawi
mahu dibezakan
dengan berjutaan buah-buahan syurga
di sana nanti.

Selawat dan salam
ke atas mu ya rasulullah
semuga tidak malu diterima
meskipun diriku
iras sehelai daun kering.

Mohd Farid Abdullah
Yong Peng, Johor

Wednesday, January 22, 2014

Pentaksiran

Ianya haruslah dilihat sebagai:

a) Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
b) Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
c) Aktiviti yang dijalankan secara berterusan.
d) Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang baik.

Wallahu alam.

Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
LPM, KPM 2013 ms 2

Anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan 1435H / 2014 ( 3 )

Datuk Faiza Thamby Chik
Mantan Hakim Mahkamah Tinggi

Tegas beliau, konsep kebebasan beragama tidak terpakai bagi umat Islam. Biarpun ringkas bunyinya tetapi tersirat makna yang amat penting dalam menyelusuri masyarakat Islam di Malaysia. Apa yang dimaksudkan oleh bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Faiza Thamby Chik adalah perjuangan agama, bangsa dan negara. Satu cerminan daripada sifat Saidina Umar Al-Khattab yang berani dan tidak gentar dalam menegakkan syiar Islam.

Menyedari jauh berjalan banyak pancaroba apa tah lagi hidup ini sangat berbeza. Ini kerana dalam meniti usia, Datuk Faiza tidak jemu-jemu mencari ilmu walaupun telah memiliki Ijazah dalam perundangan pada 1972. Beliau masih terus menimba pengetahuan dalam bidang perundangan Islam sehingga peringkat sarjana di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.


Tan Sri Datuk Abdul Kader Talib
Mantan Imam Masjid Putra

Mewarisi darah keturunan Bugis Makassar, anak lelaki dididik menjadi nelayan dan dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Nilai kehidupan itulah yang mendorong Tan Sri Datuk Abdul Kader Talib untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Tekad membulat membawa anak jati Johor ini merantau jauh ke Universiti al Azhar, Mesir untuk menuntut ilmu hingga ke luar negeri.

Daripada Jabatan Agama Islam Johor beliau beralih kerjaya  sebagai Pensyarah Universiti Kebangsaan selepas itu dilantik sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Agama. Kemudiannya Julai 1971, dilantik menjadi Mufti Wilayah Persekutuan, Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Penasihat Syariah Jabatan Perdana Menteri, Penasihat Kajian Halal Haram bagi Penerbangan Malaysia, Penasihat Syariah bagi Tabung Haji dan pelbagai agensi swasta.


Datuk Dr Zakaria Stapa
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Kekurangan dan kesusahan hidup bagi anak kelahiran Tanah Merah, Kelantan ini untuk meniti satu perjalanan yang panjang bagi mengikis kemiskinan keluarga. Itulah keistimewaan yang ada pada nama Datuk Zakaria Stapa yang kini sentiasa ditagih buah fikirannya. Dalam mencari jawapan kepada persoalan tentang Islam dan permasaalahan sosial yang melanda masyarakat.

Beliau telah diberi tanggungjawab sebagai Penasihat Akidah dan Ahli Fatwa Kebangsaan.

Wallahu alam.

Masjid Putra,
Putrajaya
14 Jan 2014

Ibadah dan ketaatan 1


a) Apabila ibadah tidak terasa manisnya di jiwa. Itu petanda jiwa telah dibebani dosa mata! Siapa yang menjaga pandangannya akan diberi kemantapan jiwa..

b) Jika tidak mampu meraih kemuliaan dengan keringat ibadah, cukuplah dengan merayu pengampunan Allah dengan air mata taubat.

c) Jika taat itu pedih…maksiat itu lebih pedih!

d) Yang berupaya dan kuat, gunakan kekuatan untuk melakukan taat. Yang lemah tidak berdaya, tahanlah diri agar tidak melakukan dosa. Jika tidak mampu tahajud pada malam hari, cukuplah dengan meninggalkan dosa pada siang hari.

e) Meninggalkan maksiat pada siang hari akan memudahkan ibadah pada malam hari. Justeru, pemburuan malam al-Qadar bermula daripada terbit mentari bukan sewaktu terbenamnya.

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013