Thursday, January 23, 2014

Domain kognitif

Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom (1964) lazimnya digunakan sebagai penerangan konstruk yang mengukur kebolehan kognitif. Bloom bersama-sama dengan rakan-rakannya membahagikan kebolehan kognitif kepada enam peringkat:

1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian

Walau bagaimanapun pada tahun 1990an, Lorin Anderson (bekas murid Bloom) telah menyemak semula dan membuat beberapa penambahbaik penting terhadap taksonomi asal. Lorin telah menukar penggunaan kata nama kepada kata kerja tahap tertinggi dalam pemikiran kognitif adalah mencipta. Dengan Taksonomi Bloom yang disemak semula berupa :

MENGINGAT :
Mengingat semula maklumat.
Mentakrif, mengenal pasti, menyenaraikan, menama, melabel

MEMAHAMI :
Menerangkan idea atau konsep
Menginterprestasi, meringkaskan, merumus, mengkelaskan, menerangkan

MENGAPLIKASI :
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baharu
Menunjuk cara, menjalankan, menggunakan

MENGANALISIS:
Mencerakinkan maklumat kepada komponen-komponen untuk memahami struktur organisasinya dan perhubungan antara komponen.
Membanding beza, mengurus, menyelesaikan masalah, menghuraikan

MENILAI :
Membuat pertimbangan berdasarkan kriteria yang spesifik
Mengkritik, membuat hipotesis, memberi hujah / pendapat, membuat keputusan

MENCIPTA :
Menyatukan elemen untuk membentuk idea atau struktur yang baharu
Mencipta, menggabungkan, merangka, membina

Di mana menganalisis, menilai dan mencipta merupakan pemikiran aras tingi.

Selain taksonomi Bloom, terdapat juga Taksonomi SOLO yang dibina oleh Biggs dan Collis (1982) dalam bukunya Evaluating the Quality of Learning:  The SOLO Taxonomy. Taksonomi SOLO menjelaskan tentang tahap peningkatan kerencaman dalam proses seseorang murid memahamkan sesuatu perkara. Beliau telah membahagikan domain kognitif kepada lima tahap iaitu: Prestutural, Unistruktural, Multistruktural, Relational atau Perkaitan dan Abstrak Lanjutan.

Wallahu alam.

Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
LPM, KPM 2013

No comments:

Post a Comment