Friday, January 24, 2014

Ibadah dan ketaatan 3

a) Petanda ibadah diterima timbul kekuatan untuk terus beramal. Petanda taubat diterima hilang keinginan untuk melakukan dosa. Petanda doa dimakbulkan terpahat keyakinan yang kuat doa itu dimakbulkan.

b) Ibadah jangan sampai mencabut rasa berdosa, maksiat jangan sampai menyebabkan rasa putus asa.

c) Alangkah indahnya hari ini dimulakan dengan qiamullail, solat Subuh berjemaah, kemudian hadir dalam majlis ilmu, zikir atau apa jua amal soleh….atau setidak-tidaknya dengan memberi salam, senyum dan menyapa mesra kepada sesiapa sahaja yang paling awal kita temui. Hari itu akan berjalan lancar kerana…bagaimana muqaddimahnya begitulah nanti natijahnya.

d) Beribadahlah sehingga diri menjadi penat untuk melakukan maksiat! Perangilah nafsu, musuh yang paling disukai dan dicintai oleh diri.

e) Orang beriman cuba menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya sepertimana orang munafik cuba menyembunyikan kejahatannya.

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

No comments:

Post a Comment