Sunday, January 26, 2014

Gurindam pekerja

Jika anda jadi pekerja
Jangan malas hendak bekerja.

Jika bekerja sambil lewa
Nanti bos berasa kecewa.

Ada kerja terus buat
Jangan sampai nanti terlewat.

Jangan asyik leka berbual
Gelak ketawa hendaklah dikawal.

Laksanakan tugas secara bersahaja
Jangan bantah buatlah kerja.

Rajin bekerja kurangkan cakap
Berdisiplin, bertanggungjawab dan cekap.

Bekerjalah dengan jujur ikhlas
Jangan mengharap minta dibalas.

Amalkan bekerja bersungguh-sungguh
Jangan gemar bertangguh-tangguh.

Silap salah cuba kurangkan
Semangat kekitaan sila terangkan.

Jika salah buatlah semula
Meminta maaf dengan rela.

Kerja sebagai satu ibadah
Buat sedikit-sedikit akhirnya sudah.

Tugasan diberi satu amanah
Usah belot pasti musnah.

Ada masalah bincang bersama
Jangan dipendam lama-lama.

Sesama rakan hendaklah mesra
Tugasan diberi janganlah berkira.

Dengan rakan saling membantu
Jangan berperangai seperti hantu.

Tunjuk ajar rakan sekerja
Tekun gigih semangat waja.

Semasa bertugas senyum selalu
Tetamu dating layan dahulu.

Peluang berkursus tambahlah ilmu
Apabila bekerja janganlah jemu.

Bereskan kerja dengan segera
Senyum selalu tanda mesra.

Jika anda rajin bekerja
Rezeki melimpah mudah belanja.

Hidup berbakti sedia berkorban
Sabar tabah bukannya beban.

Dengki khianat hendaklah dihindari
Jangan pentingkan diri sendiri.

Mahir cekap dan berkesan
Rajin bekerja janganlah bosan.

Jika bekerja nak naik pangkat
Bertindak proaktif dan bermuafakat.

Usah fikirkan menegak melintang
Insya-Allah ada rezeki pasti dating.

Jika mendapat mendatar biasa
Sesungguhnya anda juga turut berjasa.

Buatlah kerja dengan sempurna
Apabila bertindak perlu bijaksana.

Berbudi bahasa amat berharga
Tutur kata wajib dijaga.

Rujuk Panduan Perkhidmatan Cemerlang
Jangan asyik nak curi tulang.

Etika kerja Tonggak Dua Belas
Rajin bekerja janganlah malas.

Ingatlah Berkhidmat Untuk Negara
Hidup berbakti jadilah juara.

Jika tidak mahu buat kerja
Eloklah anda berherti sahaja.

Wallahu alam.

Mohd Sidek b Mohd Dollah
Gurindam jiwa mengusik hati,2012

No comments:

Post a Comment