Monday, January 6, 2014

Iman 1

a) Tanpa iman, manusia tidak akan ada pendirian.Tanpa pendirian, manusia akan menjadi hamba pada keadaan.

b) Tanda hati itu beriman adalah gembira dengan taat, sedih dengan maksiat. Walaupun sekadar gembira itu soal rasa bukan boleh dipaksa akan kehadirannya. Ia muncul tanpa dipanggil dan difikir.

c) Iman itu merubah keadaan, bukan sebaliknya. Sesungguhnya apa yang berlaku dalam diri kita lebih penting daripada apa yang berlaku di luar diri kita!. Sekiranya hati kita mudah berubah-ubah mengikut keadaan yang sedang kita hadapi, bererti iman masih goyah; yang di luar masih kuat mempengaruhi yang di dalam.

d) Iman itu diuji. Iman itu bahagia. Iman itu bahagia apabila diuji. Bersedialah untuk diuji, dengan sentiasa menambah iman. Dengan iman kita diuji dengan ujian kita menambah iman. Orang yang bahagia tidak sempat bertanya, adakah aku bahagia, kerana sibuk menghadapi ujian. Mereka hanya sempat bertanya, adakah aku sudah beriman, adakah aku beriman?. Jawabnya, kembalilah pada ayat pertama…..

Ya Allah, didiklah hati kami agar sentiasa serasi dengan perintah dan takdirMu

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

No comments:

Post a Comment