Tuesday, January 14, 2014

Kebahagiaan 1

a) Jika kita terpaksa memberitahu orang lain yang kita bahagia, kita sebenarnya belum bahagia!

b) Jangan cuba membeli kejayaan dan kebahagiaan, kerana itu adalah kekayaan hati yang tidak mungkin boleh dibeli oleh wang! Tetapi burulah kebahagiaan, dengan mencari kebenaran (iman) dan raihlah kejayaan dengan melakukan kebaikan (amalan).

c) Jika kita terpaksa memberitahu orang lain yang kita kaya, kita sebenarnya belum lagi kaya. Jika kita menagih perhatian orang lain untuk membuktikan kita bahagia, kita sebenarnya belum bahagia. Apa yang dirasakan dalam hati sendiri lebih penting daripada mengharapkan penghargaan orang lain. Di samping Allah tahu siapa kita yang sebenar, kita sendiri juga tahu siapa diri kita yang sebenar.

d) Tanda kita bahagia, kita mampu membahagiakan orang lain. Bahagia itu daripada ketenangan, ketenangan itu hasil mengingati Allah. Justeru, orang yang akrab dengan Allah sahaja mampu membahagiakan manusia.

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

No comments:

Post a Comment