Wednesday, January 29, 2014

Ibadah dan ketaatan 7

a) Ingat kepada mati akan memadam godaan untuk melakukan dosa.

b) Menunaikan janji kita kepada Allah adalah bukti kemampuan kita menunaikan janji kepada manusia. Sekiranya janji kepada Allah Yang Maha Pemberi pun diabaikan, apatah lagi janji kepada manusia yang sama-sama lemah dan hina. Janji kita kepada Allah – untuk menjadi hambaNya dahulu, kini dan selamanya.

c) Menjadi hamba Allah sebenar itulah kemerdekaan sejati. Merdeka daripada Allah ertinya dijajah oleh hawa nafsu. Itulah penjajahan yang hakiki. Apakah kita telah merdeka atau pun masih terjajah?

d) Jadilah tangan yang di atas dengan mencari, memiliki dan memberi harta. Milikilah hati yang celik dengan mencintai syurga tanpa meminggirkan dunia!

e) Melakukan kebaikan lebih mudah daripada meninggalkan kejahatan, kerana kebaikan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi meninggalkan kejahatan hanya mampu dilakukan oleh hamba Allah yang baik!

Ya Allah, sekiranya kami tidak mampu menangis kerana dosa-dosa kami, janganlah kiranya hati kami biasa-biasa sahaja dengan dosa itu!.

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

No comments:

Post a Comment