Monday, January 6, 2014

Bermusafir dapat menghilangkan kesedihan

Kehidupan yang penuh aktiviti rutin kadang-kadang menerbitkan rasa jenuh dan bosan pada diri seseorang. Oleh itu, sekali-sekala seseorang perlu untuk berpergian (merantau) di bumi Allah SWT yang luas ini agar dapat menyenangkan pandangan mata dengan pelbagai pemandangan alam yang jauh dari tempat-tempat maksiat. Dengan demikian, fikirannya menjadi segar semula dan hatinya berbunga sehingga dapat kembali bekerja dan beribadah dengan penuh semangat.

Al-Hafiz al-Ramahurmuzi dalam al-Muhaddis al-Fadil berkata: Sekiranya orang yang mencela itu mengetahui kenikmatan yang diperolehi oleh para pencari ilmu dengan bermusafir keluar dari tanah airnya dan bagaimana seluruh anggota tubuh merasakan kelazatan ketika mereka melihat pelbagai perkampungan dan kota-kota yang penuh dengan kemewahan berhiaskan kebun-kebun, taman-taman, dan wajah-wajah riang penduduknya, menyaksikan pelbagai keajaiban dan keistimewaan setiap negeri, perbezaan warna kulit dan bahasa, beristirehat di bawah bayangan dinding ataupun di ladang, makan di masjid atau minum di lembah-lembah, tidur ketika malam sudah tiba serta bersahabat dengan orang yang dicintainya tanpa adanya kemarahan dan kepura-puraan.

Pengalaman ini akan menjadikan seseorang itu dapat memberitahu bahawa seluruh kelazatan duniawi berhimpun di dalam keindahan pemandangan tersebut. Justeru itu, pencapaian ilmu-ilmu yang dicari oleh penuntutnya merupakan sesuatu yang membahagiakan, jauh lebih baik daripada musim semi, dan lebih membahagiakan daripada harta karun emas tulen.

Wallahu alam.

Syeikh Mahmud Al-Misri
The Power of Smile

No comments:

Post a Comment