Sunday, January 19, 2014

Cinta 2

a) Sesiapa yang mengaku sayang,  meluah cinta harus bermuhasabah, sejauh mana dia telah memberi; memberi perhatian, kemaafan, doa, pertolongan, masa dan pengorbanan.

b) Cinta kita kepada kebenaran mesti mengatasi cinta musuh kepada kebatilan. Dan jangan sampai kebencian kita terhadap kemungkaran menyebabkan hilang rasa kasihan belas kita kepada pelakunya. Dengan tusuk rasa kasihan, bukan kerana rasuk amuk kebencian! Bukan dengan kekuatan diri kita, tetapi dengan bantuan Allah.

c) Sesiapa yang mencintai Allah, dia akan mendapat kelebihan untuk mencintai orang lain. Dan sesiapa yang mencintai orang lain, maka orang lain akan mencintainya. Ingat itu, cinta Allah ialah modal kita untuk mencintai manusia. Justeru, iman dan kasih sayang sangat sinonim hubungannya.

d) Cinta tidak semestinya bertemu, kerana cinta itu membebaskan bukan membelenggu.

e) Dipercayai lebih utama daripada dicintai. Berapa banyak perhubungan yang putus akibat hilangnya kepercayaan. Dan berapa banyak cinta yang teguh utuh bermula daripada satu kepercayaan. Islam meletakkan kepercayaan sebagai asas segala kecintaan. Tanpa iman (kepercayaan), tidak akan ada kecintaan yang berkekalan.

Ya Allah, kami malu meminta syurgaMu dengan tangan yang berdosa dan mengaku cinta dengan hati yang alpa….namun kami tetap mencintaiMu, walaupun cinta itu sering terganggu. Aameen.

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

No comments:

Post a Comment