Sunday, January 26, 2014

Ibadah dan ketaatan 4

a) Jika tidak mampu menangis kerana dosa, jangan pula sampai ketawa dengannya!.

b) Selagi mendirikan solat terasa beban, selagi itulah hidup akan terasa satu bebanan. Hijrahkanlah solat kita, insya-Allah akan hijrahlah seluruh hidup kita. Hayatilah makna dalam setiap bacaan, gerak laku dan rasa hati di dalamnya. Jagalah solat, Allah akan jaga kita!

c) Puasa itu menahan nafsu dalam usaha mendidik dan melatihnya. Nafsu tidak boleh dihapus tetapi hanya boleh diurus. Sekat kekuatannya dengan shiam pada siangnya – dengan tidak makan, minum serta menahan pancaindera daripada maksiat dan dosa. Bebankan ia dengan qiam pada malamnya – dengan solat, tadarus dan ibadah sunat.

d) Melakukan ketaatan kerana cinta lebih indah daripada melakukannya dengan terpaksa. Petanda ketaatan dilakukan kerana cinta terasa kemanisan semasa melalukannya. Petanda ketaatan dilakukan kerana terpaksa, terasa kelegaan selepas melakukannya. Namun sebulum sampai ke tahap kemanisan, laluilah dahulu jalan ketaatan dengan keterpaksaan.

e) Anggaplah ketaatan itu kecil di hatimu agar ia menjadi besar di sisi Allah. Dan anggaplah kejahatan itu besar di hatimu agar ia menjadi kecil di sisi Allah.

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

No comments:

Post a Comment