Sunday, January 12, 2014

Syukur 3

a) Ucapan alhamdulillah setiap kali kita mendapat nikmat, sebenarnya lebih bernilai daripada nikmat itu sendiri. Apabila kita memuji Allah atas nikmat yang sedikit, Allah menjanjikan datanya nikmat yang lebih banyak. Lalu….alhamdulillah, kita akan mencambahkan lebih banyak alhamdulillah.

b) Apabila Allah uji dengan apa yang kita selalu katakan kepada orang lain, bersyukurlah kerana itu petanda Allah mengingatkan agar kita tidak lupakan diri sendiri ketika sering mengingatkan orang lain.

c) Keikhlasan teruji ketika di pertengahan dan di hujung satu amalan. Ketika dipuji atau pun dikeji, bagaimana rasa hati kita? Apakah apabila dipuji, timbul dorongan untuk menambah amal, atau pun apabila dikeji, muncul rasa hati ingin menghentikannya? Itulah asas muhasabah untuk menilai keikhlasan diri. Apakah ada syukur selepas amalan itu dilaksanakan dengan baik dengan mengembalikan semuanya kepada Allah? Apakah ada sabar sekiranya amalan yang dibuat ada kekurangannya?

d) Semakin banyak kelebihan kita, hakikatnya semakin banyak hutang kita kepada Allah. Bukankah semua itu kurniaan Allah?

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

No comments:

Post a Comment