Saturday, November 30, 2013

Innovation principles



Zaini's
A   B   C  D   E   F   G










Area of concerns









Benefits








Champions











Do it! Do it!








Empowerment







Feedback
 










Green







Zaini Ujang
Seri Kembangan.
25 Nov 2013

Munajat Ya Ghaffar


Yang Maha Pengampun

Ya Tuhanku
apabila Engkau menerima taubatku
dan Engkau ampuni dosaku
maka berilah aku kemuliaan dengan kemudahan
memahami dan menghafal
sehingga aku dapat menghafal
semua yang aku dengar daripada ilmu pengetahuan dan Quran

Ya Tuhanku
berilah aku kemuliaan dengan suara yang bagus
dan lenggok suara yang baik
sehingga sesiapa yang mendengar bacaanku
hatinya merasa kasih sayang dan lemah lembut
sekali pun dia seorang yang keras hati

Ya Tuhanku
berilah aku kemuliaan dengan rezeki yang halal
dan yang tidak terkira.
Aameen.

Kecerdasan berasaskan Asmaulhusna
Sulaiman Alkumayi;2011

Friday, November 29, 2013

Selagi bernyawa, selagi itu ada harapan

Hikmat 100

Hidup manusia adalah pada nyawa dan masa. Sampai masa, tamat tempoh, nyawa melayang, kita kembali menghadap Allah swt dengan membawa amalan (baik dan jahat). Tapi, sebelum tamat tempoh, selagi masih bernyawa, selagi itulah masih ada harapan. Bahkan sesaat sebelum tamat tempoh, masih ada lagi harapan.

Maknanya, jangan sekali-kali mengatakan harapan sudah tamat, selagi jantung masih berdenyut. Jangan putus asa selagi masih bernafas. Sentiasa ada jalan, sentiasa ada cara selagi masih bernyawa dan selagi ia dicari.

Tapi malang sekali, kebanyakkan manusia di sekeliling kita mati sebelum kematian sebenar. Akal, pemikiran, fizikal sudah mati ketika jantung masih berdenyut seperti biasa; ketika nyawa masih ada dan ketika fizikal dan mental masih sihat walafiat. Bila ditanya hanya menggeleng – mana ada harapan lagi,katanya. Kata-kata yang membunuh diri sendiri dan orang lain yang mendengarnya. Memanglah tidak akan ada harapan sebab itu yang diprogram dan disetkan ke dalam minda. Ada harapankah jika yang dimasukkan ke dalam minda ialah tiada harapan? Tentulah sepanjang masa hanya memikirkan dan mencari-cari mustahil dan tidak boleh.

Zaman dulu, orang berkata; masa itu emas. Kini sudah tidak sesuai lagi. Masa adalah nyawa dan kehidupan. Maknanya, kehidupan ini ada tempohnya – sampai masa tamatlah nyawa, bersama dengan tamatlah harapan, impian, cita-cita. Hidup dan kehidupan kita hanyalah pada masa yang ditetapkan. Kerana itu, selagi masih bernyawa, selagi itulah ada harapan.

Bagaimanapun, sebagaimana manusia-manusia berjaya sebelum kita – mereka tidak hanya mengharap dan berharap. Harapan yang masih ada tidak disia-siakan untuk mengusahakan apa yang sepatutnya diusahakan. Hanya sekadar mengharap dan berdoa sahaja, tanpa usaha mati-matian adalah sama saja dengan mati sebelum kematian.
Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

Jangan tunggu esok kalau boleh dibuat hari ini

Hikmat 99

Mengapa tunggu esok, sedangkan boleh dilakukan hari ini? Apa yang menyebabkan bertanguh dan menunggu hari esok untuk melaksanakannya sedangkan boleh dilaksanakan hari ini?

Warisan hikmat dari saidina Ali ini amat berkesan sepanjang zaman. Bila terasa hendak bertangguh, ulangi kata-kata hebat dari sahabat dan menantu rasulullah saw ini. Dengan serta merta anda tersedar dan terus melakukan apa yang semestinya dilakukan hari ini tanpa menunggu hari esok. Kalau keperluan asas seperti makan, minum, tidur mengapa tidak ditangguhkan sampai esok? Mengapa kalau usaha yang boleh meningkatkan kualiti hidup perlu ditangguhkan dan menunggu esok baru dilakukan? Adakah ia tak sepenting makan, minum, tidur dan seumpamanya? Inilah kesilapannya – semua perkara yang boleh membawa kepada kejayaan hidup di dunia dan akhirat adalah penting, sama penting dengan keperluan asas.

Tahukah apa yang akan terjadi pada hari esok? Tahukah nyawa kita ini masih ada lagi pada hari esok? Jadi, mengapa tidak memanfaatkan masa yang masih ada pada hari ini untuk melakukan apa yang semestinya dilakukan hari ini. Jika ditangguhkan menjadi esok, bagaimana dengan tugas esok pula? Ditangguhkan juga kepada lusa? Kerja lusa? Kerja minggu depan, bulan depan, tahun depan? Akhirnya sepanjang hayat bertangguh.

Tentu ada sebab mengapa perlu bertanguh. Sama ada ia sebab atau alasan ia mesti diatasi agar tidak melakukan esok apa yang boleh dilakukan hari ini. Tapi pada kebanyakkan masa dan manusia, ia adalah alasan semata-mata. Satu alasan akan menarik alasan lain. Sekali bertangguh akan seronok terus bertanguh.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006

Satu pintu tertutup, sepuluh pintu terbuka


Hikmat 98

Masalahnya, kebanyakan orang hanya menumpukan kepada pintu yang masih tertutup hingga menyebabkan terlupa kepada puluhan pintu lain yang terbuka luas. Inilah selalunya yang terjadi pada kita. Kita lebih menumpukan kepada yang tiada berbanding yang ada. Itulah lumrahnya.

Satu pintu tertutup, tak semestinya semua tertutup. Hanya bergantung pada satu pintu yang tertutup itu adalah kesilapan besar, sedangkan ada berpuluh pintu dan tingkap lain terbuka. Disinilah pentingnya persepsi yang luas atau pemikiran terbuka. Jika persepsi sempit dan pemikiran tertutup, memanglah tidak Nampak pintu-pintu lain yang terbuka, hanya tertumpu pada pintu yang tertutup.

Fokus juga memainkan peranan sangat penting. Apa yang difokus, itulah yang diperolehi. Jika memfokus pada pintu yang tertutup, memang sepanjang masa hanya tertumpu dan memperoleh pintu yang tertutup itu. Memang agak pelik, jika ada banyak pintu lain, menumpukan kepada pintu yang terttutup dengan harapan ia akan terbuka. Mengapa tak masuk melalui pintu yang terbuka? Kerana tak Nampak? Mengapa tak Nampak? Kerana focus, tumpuan hanya tertumpu pada pintu yang tertutup. Ini ditambah lagi dengan sikap bodoh sombong enggan percaya ada berpuluh-puluh pintu lain yang terbuka luas. Seolah-olah hanya ada satu jalan khusus sahaja di dunia ini. Inilah akibatnya bodoh sombong – sudahlah bodoh, sombong tak nak belajar, tak nak diajar oleh orang yang jujur dan lebih tahu.

Menumpukan hanya kepada pintu yang tertutup akan menyebabkan tak nampak kepada puluhan pintu lain yang terbuka luas.

Warisan hikmat ini juga membawa maksud supaya jangan sekali-kali mengatakan jalan dan cara sudah habis, sudah tak ada lagi. Kata-kata itu memprogramkan diri sendiri dan orang-orang lain yang di sekitar supaya berputus asa  - sikap  yang paling keji tetapi menjadi amalan utama manusia zaman sekarang. Bila melihat satu pintu telah tertutup, dengan serta merta percaya semua pintu lain tertutup. Kepercayaan dan anggapan sendiri yang dibuat secara tergesa-gesa sebelum meninjau dengan teliti terlebih dahulu.

Putus asa bukan pegangan orang yang sedang berusaha membina kejayaan. Ia adalah pegangan rasmi orang yang menyukai kegagalan sepanjang hayat.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006

Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat

Hikmat 97

Di sisi Allah swt kita diukur dari segi keimanan dan amal ibadat. Di sisi manusia lain, kedudukan kita diukur dari segi harta kekayaan. Kedua-duanya amat penting, namun keimanan dan amal ibadat kepada Allah swt lebih utama dari pandangan manusia. Bagaimanapun hendaklah kita ingat bahawa kita hidup di kalangan manusia dan dalam masa yang sama kita mempunyai hak untuk meningkatkan kehidupan diri. Bahkan peluang untuk meningkatkan hidup memang terlalu banyak. Hanya selalunya, malas, tidak yakin, cepat putus asa menjadikan lebih rela tenggelam di dalam kemiskinan.
 
Bukan ia kehendak kita kerana kita memandang manusia sama saja, ada kelebihan dan juga ada kekurangan. Setiap manusia sama penting. Akan tetapi, ini adalah pandangan manusia di sekeliling kita. Mereka telah mencipta hokum sendiri, hokum manusia yang dirasakan tidak adil tetapi telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu – orang yang miskin, melarat sentiasa dipandang hina. Kita semua tidak setuju tetapi ia telah diterima pakai dengan meluasnya. Mahu atau tidak mahu terpaksalah kita mengikut hokum yang ,menyakitkan hati. Kita mesti berusaha mati-matian supaya kita tidak melarat. Peluang untuk mengelakkan diri dari menjadi melarat memang sentiasa ada. Cuma malangnya selalunya, peluang tersebut tidak pun dipandang sebelah mata? Mengapa? Kerana ditutupi oleh rasa malas.

Hina besi kerana karat. Bila berkarat ia akan kelihatan buruk. Sesuatu yang buruk memang tidak disukai. Manusia yang miskin, melarat juga kelihatan buruk. Sudah tercatat hokum ciptaan manusia – yang buruk akan dipandang hina. Melainkan segala karat yang buruk itu dikikis, barilah Nampak berkilat, cantik. Biasanya mengikut keadaan masa lalu, yang cantik itu akan didsukai dan disanjung. Yang lebih menguntungkan anda peluang untuk berkilat itu sentiasa tersedia. Peluang untuk hidup senang, kaya, sebanyak mana, sebesar mana sekalipun memang sentiasa tersedia. Kalau peluang sudah tersedia untuk meningkatkan kehidupan, setinggi mana sekali pun, siapa yang bersalah kalau hidup melarat, terhina sepanjang masa? Mengapa tidak digunakan peluang itu untuk mengilatkan hidup.

Tindakan mesti segera. Jangan hendaknya sampai tenggelam di dalam kemiskinan dan kehinaan. Bila telah terlalu lams dalam kemiskinan dan kehinaan, tenggelam akhirnya tidak terasa apa lagi. Ia telah menjadi imun atau kebal hingga tidak lagi mampu membezakan antara melarat, senang, berkarat, berkilat. Masa sentiasa ada, apa kata mulai saat ini gunakan masa yang tertinggal itu untuk membina kehidupan yang lebih baik.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

Kucing bergaduh pulang tempang

Hikmat 96

Bila dua ekor atau beberapa ekor kucing bergaduh, tak ada yang menang. Masing-masing akan pulang dengan luka dan tempang. Jadi, apa faedahnya bergaduh? Tak ada faedah melainkan hanya mendapatkan keburukan sahaja. Tak ada yang menang, semuanya kalah dan hanya mendapat keburukan. Kalau kucing menerima akibat begitu, manusia pun sama saja kalau bergaduh. – tidak ada yang menang. Yang ada hanya kekalahan sahaja.

Jadi, jangan mulakan pergaduhan, pertengkaran dan yang seumpamanya. Jangan memulakan. Bagaimana jika ada yang memulakan? Lebih baik berdiam diri, jangan melawan kerana dengan melawan akan tercetuslah pergaduhan atau pertengkaran. Ia akan menambah satu lagi musuh. Siapa yang mengkehendaki musuh? Kita mahukan seramai mungkin sahabat. Satu musuh yang memusuhi kita cukup untuk menyusahkan hidup kita. Jadi, sebaik-bsaiknya elakkan pertengkaran, pergaduhan atau seumpamanya.
 
Kadang-kadang hanya satu perkataan dari mulut yabng sedang marah boleh menyebabkan pergaduhan, pertengkaran dan permusuhan. Menahan marah dapat menahan mulut dari mengeluarkan perkataan yang boleh mencetuskan pergaduhan, permusuhan. Hanya satu perkataan sahaja kadang-kadang boleh membina permusuhan yang berpanjangan seumur hidup. Memang amat merugikan.

Menang jadi arang, kalah jadi abu – sesuai menggambarkan dengan tepat kesan dari pergaduhan, pertengkaran, permusuhan. Menang atau kalah tetap akan mengalami kerugian. Tak ada yang menang dan kalau menang pun tak akan ada keuntungan. Rugi sepanjang masa.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006

Munajat Ya Musawwir

Yang Maha Pembentuk

Tuhanku
bagaimana aku mesti kecewa
sedangkan Engkaulah harapanku
atau bagaimana aku mesti hina
sedangkan hanya kepadaMu
aku bersandar menyerahkan diri

Oleh itu
dalam setiap langkah
aku menjalani hidup
bagi meraih masa depan
Engkaulah sandaranku yang paling kukuh
ku yakin sepenuhnya
Engkau menuntun dan memandu
arahku.
Aameen.

Kecerdasan berasaskan Asmaulhusna
Sulaiman Alkumayi;2011

Thursday, November 28, 2013

Siapa datang lambat hanya dapat tulang

Hikmat 95

Memang tersedia bahagian untuk yang menunggu tetapi ganjaran itu dalam bentuk saki baki dan tulang. Daging telah dibaham oleh yang rajin mencari bukan rajin menunggu. Tak ubah seperti singa dengan dubuk.

Singa rajin mencari buruan, menggerakkan minda dan fizikal untuk mencari buruan. Tetapi dubuk tidak rajin. Kumpulan dubuk hanya menunggu sahaja saki baki atau sisa dari singa. Memang dapat makanan tetapi hanya saki baki dan sisa sahaja.

Alah biarlah…biar apa nak terkejar-kejar. Cukuplah apa yang ada. Ulat dalam batu pun boleh hidup. Biasa mendengar kata-kata begitu? Selalunya kata-kata tersebut disuarakan oleh orang yang pemalas dan kecewa. Kata-kata sebegitu selain merosakka diri sendiri, ia juga merosakkan mereka yang mendengar. Biasanya yang mendengar ialah sahabat-sahabat. Jadi benar atau tidak, di sebalik sahabat selalunyan ada musuh. Bukan memusuhi anda dengan perbuatan tetapi memusuhi dengan kata-kata yang boleh merosakkan anda.

Kalau benatr tidak payah bersusah payah mencari apa yang sepatutnya dicari, untuk apakah segala rupa kelengkapan yang Allah swt berikan kepada kita ini? Adakah hanya sekadar untuk menjadi seperti ayam? Menunggu masa untuk disembelih. Rasanya ayam lebih mulia dari matahari terbit hingga matahari terbenam sentiasa berusaha mencari rezeki. Kadang kadang kita perlu terasa malu dengan ayam.

Begitulah memang hanya sisa dan saki baki untuk mereka yang suka dating lambat. Mengapa tidak mahu datang cepat. Datang cepat bukan bermakna terkejar-kejar tetapi adalah menghargai masa. Bandingkan restoran yang buka lebih awal berbanding dengan restoran yang dibuka lebih lewat. Memang aka nada pelanggan yang dating ke restoran yang buka lambat tetapi adalah saki baki pelangan sesudah makanan di restoran yang buka awal habis.

Mengapa mesti datang lewat? Mengapa mesti hanya menunggu? Itulah soalan-soala yang perlu diajukan pada diri sendiri. Yang mana akhirnya nanti, jawapannya adalah alasan semata-mata. Alasan untuk menutupi rasa malas. Sejak purbakala, malas memang perosak kehidupan. Jadi mengapa diamalkan.  

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006

Lidah lebih tajam dari pedang

Hikmat 94

Lebih ramai yang terbunuh kerana kata-kata dan tulisan berbanding terbunuh oleh pedang. Itulah sebahagian maksud lidah lebih tajam dari mata pedang. Ketajaman lidah boleh membunuh berkali-kali berbanding pedang yang boleh menyebabkan kematian sekali saja. Sekali cantas mati serta merta. Sekali menggunakan lidah untuk membunuh yang kena bunuh akan mati berkali-kali, bukan hanya sekali.

Bukan itu saja. Bahkan yang membunuh menggunakan lidah dan tulisan akan turut mati berkali-kali seiring dengan kena bunuh. Jadi, setiap kali hendak menggunakan lidah untuk membunuh – ingatlah bukan seorang sahaja yang akan terbunuh bahkan ramai yang akan turut mati termasuklah diri yang mengeluarkan kata-kata tersebut. Pelik? Tidak pelik jika anda tahu sebabnya. Bila mengeluarkan kata-kata yang membunuh, ia ibarat membunuh diri sendiri, sama ada lambat atau cepat.

Selalunya begitulah, yang difitnah, dihina (menggunakan kata-kata yang membunuh) makin makmur tetapi yang memfitnah akan mati terlebih dahulu. Mati kerana sentiasa resah gelisah memikirkan kesan dari tindakannya; mati kerana dikejar rasa bersalah. Lidah lebih tajam dari mata pedang, sebab itu jika tidak berhati-hari, ia boleh menikam diri sendiri. Terlalu banyak bukti bagaimana senjata milik sendiri akhirnya menikam diri sendiri. Mahukah anda membunuh diri dengan menggunakan senjata milik sendiri? Tentu tidak mahu. Kalau tidak mahu, jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata dan tulisan berbentuk fitnah.

Kesannya bukan saja dirasai di muka bumi ini semasa masih hidup. Bahkan sesudah mayat diusung ke kubur, fitnah akan terus subur berjalan dari mulut ke mulut. Ia tak ubah seperti benih kecil yang dicampak secara tak sengaja bertahun-tahun dulu, akhirnya tanpa disedari akhirnya ia menjadi pokok besar yang berbuah keji. Alangkah beruntungnya jika buah itu adalah buah kebaikan, masih kekal dinikmati walau telah berada di dalam kubur.

Fitnah lebih berbahaya dari membunuh. Bahayanya bukan yang difitnah tetapi pada yang menfitnah. Saksikan sendiri di sekeliling anda.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

Satu tangan dihulur, seribu tangan kembali menghulur

Hikmat 93

Sekali anda berbuat baik, seribu kebaikan anda mendatangi anda sama ada lambat atau cepat, sama ada di sedari atau sebaliknya. Begitulah hebatnya dan keuntungan besar yang akan diperolehi jika berbuat baik, dengan syarat ia adalah ikhlas.

Ramai yang keliru dengan ikhlas. Ikhlas bukan sekadar tidak mengharapkan apa-apa balasan. Atau bukan untuk menunjuk-nunjuk. Ia lebih dari itu.Ikhlas tidak terasa apa-apa di hati – sama sekali lupa dengan apa yang telah silakukan atau diberikan. Bahakan, jika orang menyakiti hati setelah memberikan sesuatu, misalnya mengkritik pemberian itu atau tidak mengucapkan terima kasih tetap tidak terasa apa-apa kerana ia pemberian ikhlas yang telah dilupakan, jadi untuk apa diungkit-ungkit? Untuk menguji tahap keikhlasan anda, ingati kembali kebaikan dan pemberian anda kepada orang lain sebelum ini. Bolehkah anda mengingatinya? Jika boleh bermakna belum cukup lengkap keikhlasan sebab syarat utama ialah lupa sama sekali dengan pemberian atau kebaikan yang pernah dilakukan.

Bolehkah anda menerapkan konsep keikhlasan begitu ke dalam diri? Memang boleh kerana jutaan manusia sebelum ini yang telah menerapkan konsep keikhlasan seumpamanya. Jika boleh maka bersedialah untuk menerima huluran beribu-ribu tangan yang membantu anda kembali. Walau hanya sekali sahaja beebuat kebaikan, akan menerima beribu-ribu balasan. Bagaimana jika menghulurkan 1000 tangan yang ikhlas tanpa mengharap sebarang balasan?

Sesekali anda berasa hairan, bila anda berada di dalam kesusahan, ramailah yang menolong dan membantu anda. Dari mana datangnya pertolongan itu, mengapa ada pertolongan berterusan begitu kadangkadang menghairankan anda. Sebenarnya tak perlu hairan kerana suatu masa dulu, anda telah lupa, anda pernah membantu orang lain. Mungkin sekali dua disertai dengan keikhlasan. Pertolongan anda itu mungkin juga kecil sahaja dan tak pernah dianggap pertolongan. Ia diumpamakan menghulur satu tangan (kecil) tetapi kini anda menerima huluran ribuan tangan.

Peluang untuk berbuat baik dan membantu orang lain sentiasa tersedia. Cuma kita kadang-kadang tidak menyedari kerana ia dianggap kecil.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006

Kayu bengkok tidak menghasilkan bayang-bayang lurus

Hikmat 92

Warisan hikmat ini sama dengan peribahasa Melayu, ibarat ketam hendak mengajar  anaknya berjalan lurus. Dan peribahasa Turki, ikan membusuk bermula dari kepala. Kalau pemimpinnya bengkok, bolehkah pengikutnya lurus? Mudah saja. Kalau kepala kereta api melencong, adakah gerabak akan lurus?

Pemimpin memang selalunya di depan, sebab itu imam sembahyang bersda di depan, bukan belakang. Pemimpin menjadi pemimpin kerana dia lebih tahu. Betul begitu? Tidak seratus peratus betul. Ada juga pemimpin yang melantik dirinya sendiri menjadi pemimpin – memimpin secara bengkok tetapi mengharapkan pengikutnya menjadi lurus.

Mengapa lebih ramai yang menjadi pengikut berbanding pemimpin? Kerana pemimpin mempunyai tanggungjawab yang sangat berat. Risikonya tinggi walaupun ganjarannya belum tentu tinggi. Walau apa pun alasan, kita semua adalah pemimpin. Kita dilahirkan sebagai pemimpin kepada adik-adik, rumah tangga, keluarga, masyarakat, perniagaan, sahabat-sahabat dan lain-lain lagi. Bolehkah pengikut menjadi lurus dan tetap jika pemimpinnya bengkang bengkok, tak tentu arah dan melompat-lompat? Bolehkah pengikutnya menjadi baik jika pemimpinnya sentiasa menyemaikan benih-benih keji. Apa yang akan tumbuh di kalangan pengikut jika pemimpinnya sentiasa menaburkan benih kejahatan? Bolehkah benih kejahatan menghasilkan pokok kebaikan?

Makna lain pula – jika usaha anda tidak tepat, bolehkah mendapat hasil yang tepat sebagaimana yang dikehendaki? Kita hendakkan 100 tetapi usaha kita bengkang-bengkok tidak tetap ke arah 100 itu, bolehkah kita mendapat 100 itu. Perolehan adalah berdasarkan usaha. Usahanya bengkang bengkok bolehkah menghasilkan perolehan yang lurus?

Kadang kadang kita tidak menyedari perkara ini. Kita berbuat sesuka hati. Ia semua hanya disedari bila terlihat hasilmya. Bila melihat hasilnya tidak seperti yang diharapkan barulah kita menyedari bahawa kayu yang bengkok tidak boleh menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Jadi bagaimana? Mudah sahaja- perhatikan, perhatikan usaha anda, sentiasa mengingatkan kepada diri, seandainya usaha saya ini hebat, bolehkah menghasilkan perolehan yang hebat?

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

Jatuh bangun perkara biasa jatuh tak bangun-bangun itulah luar biasa

Hikmat 91

Bila anda mengimbas semula orang-orang yang gigih dan berjaya anda akan melihat bagaimana mereka telah mengalami jatuh bangun yang kerap, bahkan ada kalanya begitu kerap. Proses jatuh bangun itu dianggap biasa kerana melaluinya manusia terutamanya mendapat pendidikan yang amat penting dan boleh digunakan untuk menjayakan langkah-langkah seterusnya. Manusia yang bijak adalah manusia yang belajar dari kesilapan dan kejayaan sendiri juga kesilapan dan kejayaan orang lain.

Oleh sebab kerap, maka ia sudah menjadi biasa, sudah tidak terasa. Jatuh bangun adalah perkara biasa dan terlalu kerap terjadi. Ia menjadi luar biasa bila jatuh kemudian tak bangun-bangun. Ia benar-bear bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia. Lihatlah kepada bayi, mereka akan berusaha sedaya-upaya untuk bangun.Tidak malukah orang dewasa kepada bayi? Kenapa jatuh tak bangun-bangun?

Ia dikategorikan sebagai luar biasa kerana menentang arus dan menentang fitrah. Ramai di kalangan kita yang berkali-kali jatuh, kemudian bangun semula, hinggakan tercipta peribahasa Jepun; 7 kali jatuh, 8 kali bangun. Negara Jepun pada suatu masa dulu mukan sekadar jatuh tetapi musnah, namun beberapa tahun kemudian bangun semula akhirnya menjadi penakluk ekonomi dunia. Apa yang utama di sini? Kemahuan yang kuat untuk bangun semula. Juga kesedaran penting, apa yang akan diperolehi dari menyerah kalah dan tersungkur ini? Benar, apa agaknya yang diperolehi dari terjatuh tak bangun-bangun itu hingga menyebabkan terlibat dalam keadaan luar biasa – jatuh tak bangun-bangun.

Memang tidak ramai yang kekal jatuh tanpa bangun semula. Kerana itu dikatakan sebagai luar biasa. Ada banyak sebab mengapa tidak bangun semula. Antaranya yang paling penting ialah dikuasai oleh takut, hilang kepercayaan kepada diri sendiri. Percaya akan mengalami kegagalan yang sama jika bangun memulakan semula. Itulah punca utama. Jika seandainya faham bahawa jatuh bangun adalah proses yang sangat penting dalam pendidikan dan keperluan dalam mencapai kejayaan pasti tidak memperdulikan takut, tiada keyakinan dan sebagainya. Pasti akan terus bangun semula dan memulakan semula.

Jatuh kemudian bangun, lakukan semula. Mungkin anda tidak perlu berkali-kali jatuh bangun, cukup sekali dua. Alangkah sia-sianya hidup jika jatuh kemudia tak bangun-bangun.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

Munajat Ya Bari


Yang Maha Mengadakan Daripada Tiada
 
Ilahi, anugerahilah daku kepasrahan sepenuhnya kepadaMu
dan sinarilah mata-mata hatiku
dengan pancaran penglihatan kepadaMu
sehingga mata-mata hati itu
membuka hijab-hijab (yang menutupi)
cahaya itu
dan mencapai sumber keagunganMu
dan jadikan roh-roh kami
 terpasak dalam ambang kesucianMu

Ilahi, jadikan aku termasuk yang menyahut tatkala
Kau memanggil mereka
dan yang ketika Kau menatap mereka
mereka pengsan (akibat terpana) oleh kedahsyatanMu.
Aameen.

Kecerdasan berasaskan Asmaulhusna
Sulaiman Alkumayi;2011

Perhatikan sahabat dengan dekat, musuh lebih dekat lagi


Hikmat 90

Warisan hikmat ini disuarakan oleh Sun-Tzu pakar strategi peperangan kira-kira 5000 tahun dahulu. Perhatikan sahabat dengan dekat – jaga hati sahabat, pelihara sahabat sebagaimana memelihara diri sendiri kerana sahabat yang baik tidak ternilai. Apa guna mempunyai saudara yang jauh berbanding sahabat yang dekat. Hidup dikelilingi sahabat yang setia adalah nikmat kehidupan sebenar. Hidup tanpa sahabat yang setia ibarat pokok tunggal di tengah padang.

Nilai sahabat memang tak terhingga. Ia adalah harta yang tak ternilai. Jagalah sahabat. Sebab jika tidak dijaga, sama seperti juga harta yang lain, ia boleh hilang begitu saja. Dan sama seperti harta yang lain, hargailah semasa ada kerana nanti, kita tak mampu lagi menyesal bila menghargainya setelah ia tiada.

Jangan pula memandang rendah pada musuh anda. Memang bukan prinsip anda memusuhi orang lain tetapi bagaimana jika ada yang memusuhi anda sama ada dari dalam atau dari luar? Ikutilah nasihat Sun-Tzu – perhatikan sahabat dengan dekat dalam masa yang sama diperhatikan musuh lebih dekat lagi. Jika tidak diperhatikan degan lebih dekat lagi, tentu sukar untuk mengenal musuh yang berselindung di sebalik nama kawan. Orang yang memusuhi memang ada di mana-mana – di dalam dan di luar. Bukan maknanya anda tidak mempercayai sahabat-sahabat anda, memerhati mereka, kalau-kalau mereka adalah musuh dalam selimut. Anda kekal mempercayai mereka tetapi dalammasa yang sama anda memperhatikan mereka. Jangan pula nanti, bila sudah terjadi baru menyesal.

Jangan lupa pula untuk memerhatikan musuh dari luar dengan lebih dekat lagi. Tindakan dari mereka sememangnya tidak terduga. Jika anda lalai, tidak memerhatikan mereka dengan lebih dekat, atau sekadar memerhatikan secara sambil lewa, tindakan jahat dari mereka walau hanya sekali mampu untuk memusnahkan anda. Sebelum itu terjadi, bukankah lebih baik anda memerhatikan orang yang memusuhi anda dua kali lebih dekat dari memerhatikan sahabat anda?

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006

 

Jika tidak maju ke depan, kita berundur ke belakang


Hikmat 89

Jangan fikir jika tegak sahaja akan kekal di tempat asal.Anggapan yang salah. Jangan fikir diri sudah stabil dan berhenti dari bergerak maju ke depan. Menganggap diri sudah stabil adalah kesilapan besar. Bila berdiri tegak sama ada kerana menganggap diri sudah stabil atau kerana malas hendak maju ke depan, apa akan terjadi seterusnya? Ditinggalkan oleh suasana dan keadaan sekeliling menjadikan ketinggalan di belakang.

Jadi, tidak ada pilihan lain selain memilih untuk ke depan atau berundur ke belakang. Tidak ada tegak di tengah kerana dengan berdiri tegak di tengah akhirya membawa juga ke belakang. Tidak ke depan, pasti akan ke belakang – itu saja opsyen yang ada.

Dunia ini bergerak ke depan. Walau pun bukan kehendak anda, bila anda berhenti tegak, anda akan berundur ke belakang kerana ditinggalkan keadaan. Bukan anda yang berundur ke belakang tetapi anda ketinggalan di belakang ditinggalkan oleh dunia yang sedang bergerak ke depan.

Ramai yang menyatakan diri sudah stabil, sedangkan kata-kata itu mengandungi bahaya. Sememangnya anda tidak boleh berada di dua tempat serentak. Jadi, pilih untuk maju ke hadapan kerana sekiranya tidak memilih untuk ke depan, bersedialah untuk terbawa ke belakang.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006

Seekor ikan di tangan lebih berharga dari dua ekor ikan di kolam


Hikmat 88

Hargai apa yang ada di tangan, yang berdekatan berbanding dengan yang belum pasti atau masih terlalu jauh.  Biasanya apa yang berlaku sebaliknya – dipandang apa yang di tangan itu sikit sahaja, yang jauh, belm pasti lagi sebagai banyak, sehingga mengabaikan apa yang di tangan. Akhirnya, hilanglah semuanya. Yang di tangan terabai, yang di luar kekal sebagai bayang-bayang.

Hargailah apa yang di tangan walaupun ia kecil. Tidak ada siapa yang melarang anda mengejar di luar sana tetapi jangan sekali-kali mengabaikan apa yang di depan mata, apa yang telah dimiliki. Sambil mencari apa yang di luar sana, sambil menjaga apa yang di tangan. Jangan sekali-kali tamak, semua hendak di bolot. Kalau merasakan apa yang di tangan sudah mencukupi, tak perlulah mengejar apa yang menjadi milik orang lain di luar sana.

Jangan sampai terpedaya. Memang selalu terdengar sesuatu yang menghairankan di luar sana. Kerana terpedaya mula memandang apa yang di depan mata, yang telah digenggam, yang diusahakan selama ini sebagai kecil sahaja. Kemahuan untuk mengusahakan semakin luntur sebab mula membanding-bandingkan apa yang di tangan dengan fantasi di luar sana.  Biasa melihat suasana seumpamanya? Sangat biasa dan sentiasa terjadi di depan mata. Apa yang terjadi selepas itu? Selepas itu yang sedang diusahakan ditinggalkan, mengejar yang banyak di atas langit sana. Dua-duanya melepas. Kerana itulah selalunya anda melihat bagaimana orang yang telah hampir sangat berjaya terus menjunam menuju kegagalan. Mengapa? Kerana terpedaya dan menjadi ghairah. Kerana tidak sentiasa waspada dan berhati-hati bahawa di luar sana sentiasa ada pengoda.

Jangan berasa iri hati bila mendengar kawan-kawan anda mendapat lebih dari anda. Biarlah, itu rezeki mereka. Usahakan sahaja apa yang sedang diusahakan, kerana jika diturutkan rasa iri hati itu, boleh menyebabkan anda meninggalkan apa yang sedanh diusahakan.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

Burung yang akan mati hanya berjalan, tidak lagi terbang


Hikmat 87

Apa tanggapan anda bila masuk ke sebuah kedai, produk tidak lagi tersusun dengan cantik, banyak rak-rak yang kosong dan berdebu. Keadaan dalam kedai berselerak, ditambah dengan taukenya yang endah tak endah, berwajah muram dan lebih suka jika anda keluar segera dari kedai tersebut. Apa mesej yang terselindung. Mesejnya, kedai tersebut akan tutup tak lama kemudian. Burung yang akan mati tidak lagi mampu terbang sebaliknya hanya berjalan.

Contoh lain, sebuah syarikat perniagaan sejak akhir-akhir ini jualannya semakin merosot, pekerjanya makin malas nak bekerja. Taukenya juga makin lambat datang ke pejabat atau makin kerap tidak datang. Apa yang boleh dijangkakan? Tak lama kemudian perniagaan tersebut akan ditutup. Contohnya berlanjutan lagi misalnya, murid sekolah yang sudah semakin jauh dari buku, usahawan yang semakin kerap lepak-lepak di kedai kopi dan sebagainya.

Warisan hikmat ini untuk menilai prestasi pertubuhan, perniagaan dan individu. Anda boleh membuktikan sendiri, bagaimana jika mulanya rancak kemudia menjadi perlahan dan merangkak, akhirnya akan berakhir dengan lesap. Buktikan sendiri.

Warisan hikmat ini juga untuk menilai prestasi diri sendiri. Jika sebelum ini, pencapaian mencecah 100, kemudian merosot dan akhirnya merosot dengan mendadak, misalnya hanya tinggal 1 atau 2, maka bersedialah untuk mati melainkan bertindak sebaliknya, menaikkan semula apa yang jatuh, meningkatkan semula menjadi 50,80 hingga menjadi 100 semula.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

Setiap tindakan menghasilkan tindak balas


Hikmat 86

Mutiara hikmat ini sebenarnya adalah hukum sains yang khabarnya ditemui oleh Isaac Newton. Tapi sebenarnya, sebelum beliau menemui hukum sains ini, sudah sekian lama kata-kata tersebut wujud, menjadi kenyataan, menjadi pegangan.

Setiap kali anda bertindak pasti akan menghasilkan tindak balas, sama ada lambat atau cepat. Hari ini anda bertindak menanam pokok, suatu hari nanti akan ada tindak balasnya – anda dapat memetik buahnya. Hari ini anda menganiaya orang, tindakan anda itu akan menghasilkan tindakbalas. Apa saja tindakan akan menghasilkan tindak balas. Tidak ada sebarang pengecualian.

Dan tindak balas itu selalunya seimbang. Tindakannya berbentuk kebaikan, tindak balasnya pun kebaikan. Kejahatan akan menerima tindak balas kejahatan. Adil dan seimbang.
 
Jadi, jangan sekali-kali fikir tindakan anda tidak akan terbalas, terutamanya jika tindakan itu berbentuk kejahatan. Pasti akan ada tindak balas. Yang lebih menakutkan jika tindak balas itu berganda-ganda dan berpanjangan banyaknya. Sekali bertindak, tindak balasnya berganda-ganda, berterusan dan berpanjangan. Alangkah rugi dan malangnya jika tindakan itu berbentuk keburukan. Alangkah beruntungnya anda jika tindakan anda berbentuk kebaikan.

Jadi, sentiasa beringat dengan tindakan anda. Fikir dulu sama ada tindakan itu berbentuk kebaikan atau kejahatan. Kalau kebaikan, bersedialah untuk menerima tindak balas kebaikan yang berterusan dan berganda-ganda. Jika kejahatan, terimalah balasannya, hasil tindakan tersebut.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

Munajat Ya Khaliq


Yang Maha Pencipta

Ya Allah, pemilik kesempurnaan cinta sejati
Maha Pengasih, Maha Damai dan Maha Indah
penguasa tunggal langit dan bumi
bukakanlah hati kami
sehingga dapat
mendengar suaraMu
yang berasal dari dalam diri yang terdalam

Sehingga kami dapat menjadikan namaMu
Al-Khaliq sebagai panduan
menjadi hamba-hambaMu yang kreatif,
inovatif dan produktif
bagi menolong hamba-hambaMu yang lemah,
yang diperalatkan

Jangan biarkan kami menjadi manusia-manusia perosak
dengan apa yang kami ciptakan
kami tidak sanggup bertanggungjawab
ke atasnya di Hadapanmu kelak

Tuhan yang kukasihi
kucintai
Allah Yang Maha Kuasa
biarlah sinar matahari,
tiupan angin
serta keberadaanMu yang meliputi segala
sesuatu di alam semesta
membersihkan diriku yang kotor
menyegarkan jiwaku yang penat
dan mengubati hatiku yang sakit.
Aameen.

Kecerdasan berasaskan Asmaulhusna
Sulaiman Alkumayi;2011

Wednesday, November 27, 2013

Air yang mengapungkan kapal, air juga yang menenggelamkan kapal


Hikmat 85

Kemampuan sahabat, kawan, kenalan yang utama ada dua – sama ada menaikkan atau menenggelamkan, Sama ada menarik anda ke atas atau menolak anda ke bawah. Banyak sudah terjadi di sekeliling kita ini, sahabat yang disanjung, dihormati akhirnya menolak sahabatnya ke bawah menyebabkan tenggelam. Dan jangan lupa, banyak sudah sahabat yang disahkan mampu menarik sahabat lain ke atas.

Sekali lagi, jangan tersalah pilih sahabat sebagaimana kisah remaja yang mencuri di kedai. Seorang kawan yang seumur hidup tak pernah mencuri telah mengikut berjalan-jalan di kompleks. Sampai di kompleks, kawan yang kaki mencuri telah mencuri dan melarikan diri bila perbuatan kejinya disedari oleh tuan punya kedai. Kawan yang tak pernah mencuri terpinga-pinga dan tergamam melihat kawannya melarikan diri. Dia tak perlu melarikan diri kerana tak berbuat salah. Tuan punya kedai menangkap kawan yang tak mencuri kerana dia dilihat bersama dengan yang mencuri. Yang tak bersalah disyaki bersalah kerana bersama dengan orang yang bersalah. Sahabat, kawan, kenalan ibarat air yang mapu mengapungkan atau menenggelamkan kapal.

Orang yang menjadi jahat adalah kerana kawan, orang yang menjadi baik pun kerana sahabat. Penghuni penjara juga kerana sahabat, penghuni banglo pun atas bantuan sahabat.

Sekali lagi, jangan tersalah pilih kawan kerana ia boleh menyebabkan anda terpesona dan meluncur ke bawah. Pilih hanya sahabat yang boleh mengapungkan anda. Anda berhak memilihnya.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

Orang yang menyimpan ular di dalam pokenya pasti akan dipagut suatu hari nanti


Hikmat 84

Orang yang bergelumang, bergaul dengan kejahatan pasti akan terkena juga suatu hari nanti. Terkena maksudnya, bergantung pada pergaulan. Bergaul dengan penipu, pasti akan kena tipu suatu hari nanti. Rapat dengan penfitnah, pasti akan terkena fitnah juga suatu hari nanti.

Jadi, sekali lagi, jangan cari fasal – jangan menyimpan ular di dalam poket walaupun ular itu jinak. Jangan bergaul dengan keburukan yang merbahaya walaupun tidak kelihatan bahaya tersebut. Banyak kejadian tragis masa lalu yang perlu dijadikan iktibar. Misalnya, pemain ular pernah mati dipagut ular. Pemain buaya pernah putus tangan dibaham buaya. Kesemuanya terjadi semasa dalam keadaan tidak terduga. Ular yang disahkan jinak, tanpa diduga memagut dan membunuh tuannya. Lalai, tidak sentiasa waspada akhirnya terkena.

Begitulah juga dengan tidak terduga, di luar jangkaan anda, suatu hari pasti akan terkena jika diteruskan bergelumang. Jadi sebelum terkena, ketika masih sedar, hentikan segera. Jika tidak dihentikan sekarang, pasti akan hanyut dan kena pagut dalam keadaan tidak terduga sama sekali.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

Bahkan orang yang mempunyai penawar tidak berani meminum racun


Hikmat 83

Kalaulah anda mempunyai penawar racun yang dikhabarkan sangat mujarab. Berani atau tidak anda meminum racun untuk menguji keberkesanan penawar tersebut? Hanya orang yang tak waras sahaja akan meminum racun untuk menguji keberkesanan penawar.

Suatu hari seorang yang mendakwa kebal mahu menjual tangkal penipunya. Katanya, kamu ikat pada ayam dan tembak ayam tersebut. Seorang budak yang bijak di situ berkata, kenapa tak ikat pada badan pakcik sendiri, lepas itu pakcik tembak diri sendiri!

Jangan cari fasal, itulah yang paling tepat. Jangan riyak, sombong, cakap besar sekalipun mempunyai kelebihan. Walaupun mempunyai kelebihan lebih dari orang lain, janganlah cari fasal menunjuk-nunjuk, berlagak dan merendah-rendahkan orang lain, merosakkan hidup orang lain. Apa yang diperolehi? Kebanggaan? Kepuasan? Ia sementara tetapi nampaknya berpanjangan. Kemungkinan akan mendapat impak seumur hidup. Dengan menunjuk-nunjuk begitu akan mencipta musuh. Sudah tentu musuh-musuh ini tidak akan berdiam diri selagi belum berjaya menjatuhkan orang yang berlagak, perasan, cakap besar.

Kita lihat sebaliknya pula – kita gunakan kelebihan kita itu untuk membantu orang lain. Apa yang diperolehi? Walaupun anda tidak mengharapkan apa-apa balasan tetapi doa-doa mereka termasuk doa dalam senyap mereka yang dibantu akan menggembirakan dan menaikkan tahap kehidupan anda, berpanjangan.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

Tak rugi senyum tak untung bermuram



Hikmat 82

Apa sebenarnya yang merugikan bila senyum? Tak ada. Sebaliknya adalah keuntungan. Apa yang untungnya dengan bermuram? Tak ada sebarang keuntungan melainkan kerugian yang berterusan.

Seseorang berkata, bila tersenyum, mulut melengkung ke atas, memudakan menadah rezeki yang jatuh dari atas; bila muram, mulut melengkung ke bawah menjadikan rezeki bolos ke bawah. Banyak kebenarannya.

Kebenarannya, bila anda senyum, anda disukai kerana senyum itu melambangkan kemesraan, persahabatan. Dengan senyuman itu terbina suasana harmoni. Dari situ tercipta suasana persahabatan dan silaturahim yang mana anda tahu, semakin ramai kenalan anda, semakin erat silaturahim, semakin bertambah rezeki kerana sejak purbakala telah diketahui bahawa rezeki sentiasa berjalan dari tangan ke tangan – dari kawan kepada kawan.

Bila bermuram, terciptalah seperti suasana permusuhan dan ketegangan. Menguntungkan? Ia amat merugikan! Tidak ada manusia yang boleh hidup bersendirian. Jadi, anda memerlukan orang ramai di sekeliling anda untuk bekerjasama. Bermuram adalah seperti menghalau orang ramai; senyuman pula seperti menjemput orang ramai.

Susahkah senyum? Amat mudah. Susahkah bermuram? Agak susah untuk bermuram. Kalau ada yang mudah dan menguntungkan mengapa diamalkan yang susah dan merugikan? Bijakkah kita jika memerlukan kejayaan, kekayaan tetapi dalam masa yang sama menghalau orang ramai dari kita.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006

Tujuan hidup adalah hidup bertujuan


Hikmat 81

Bila orang bertanya apa tujuan hidup di dunia ini, maka jawapannya berbagai-bagai. Ada yang kononnya hendak berbakti, ada yang kononnya hendak mengumpulkan kekayaan dan sebagainya. Sebenarnya, tujuan hidup di muka bumi ini ialah hidup yang bertujuan. Itulah satu-satunya tujuan hidup. Hidup bertujuan menjadi tujuan hidup. Hidup tidak bertujuan hendaklah dihindari sama sekali.

Bila semua hanya mempunyai satu  nyawa sahaja sepanjang hayat kita. Jadi, mampukah kita mensia-siakannya? Tentu sekali tidak jika anda sayangkan nyawa dan kehidupan anda. Senang saja hendak mensia-siakan kehidupan anda – iaitu hidup tanpa tujuan – tidak ada apa-apa tujuan hidup. Hidup, makan, minum, terima seadanya dan mati. Itu saja. Tak jauh beza dengan haiwan.

Tujuan hidup ditetapkan sejak muda lagi. Bagaimanapun sentiasa belum terlambat untuk menetapkan tujuan hidup sekarang. Sebaik-baiknya semasa muda tetapi bagaimana jika telah terlepas? Manfaatkan masa yang ada. Sudah tentu tujuan hidup adalah tujuan yang membawa kebaikan kepada anda, keluarga dan masyarakat sekeliling.

Hidup bertujuan adalah umpama peta yang dalam kehidupan. Tanpa peta sudah tentu boleh menyebabkan kita sesat dalam satu kawasan yang asing. Dengan adanya peta, walaupun tersesat, terbabas, boleh kembali semula kepada landasan asal.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

Munajat Al-Mutakabbir



Yang Memiliki Kebesaran

Ya Allah, aku mohon kepadaMu
dengan namaMu yang suci
keagungan dan kebesaranMu
yang apabila dipohon
kebajikan dengannya diperoleh kebajikan itu
apabila ditolak
keburukan dengan menyebutnya
dijauhkan keburukan itu.

Ya Allah, hindarkanlah
aku dari segala keburukan
campakkanlah ke dalam jiwaku
keindahanmu serta sifat-sifatMu yang terpuji
agar tunduk dengannya
semua hati
dan luluh semua jiwa
sejuk kerananya semua mata
dan tenang semua fikiran
lagi tunduk merendah semua yang
angkuh dan pembangkang

Lindungi diriku oh Tuhan
dari godaan untuk berkuasa
bagi memperoleh nama dan harta
yang hanya menjauhkan
manusia dari kemuliaannya.
Aameen.

Kecerdasan berasaskan Asmaulhusna
Sulaiman Alkumayi;2011

Tuesday, November 26, 2013

Sentiasa ada bahaya bagi mereka yang takutkan bahaya


Hikmat 80

Sama ada anda takutkan bahaya atau sama sekali tidak takutkan bahaya, sememangya bahaya itu wujud di depan mata. Sentiasa ada saja bahaya di mana-mana, sama ada kecil atau besar. Jadi, bagaimana? Takutkan bahaya atau tidak takutkan bahaya, sentiasa ada bahaya di depan mata. Orang yang bijak akan memilih tidak takut bahaya, kerana tak guna takutkan bahaya sebab ia tetap ada di depan mata.

Tidak takut bahaya bukan bermakna melanggar apa saja bahaya dengan melulu. Itu cara keberanian yang hanya membahayakan diri sendiri. Katakan api sedang marak, anda menyerbu api tersebut. Itu memang benar tidak takut bahaya tetapi membahayakan diri sendiri akhirnya. Jadi, selagi berfikir terlebih dahulu sebelum menghadapi apa-apa bahaya. Jika perlu dielakkan, maka elakkanlah. Jangan menggadaikan nyawa.

Untuk lebih tepat lagi – anda tak perlu takutkan bahaya kerana bahaya sentiasa ada, sama ada takutkan atau tidak takut bahaya. Tidak perlu takut sebaliknya bersedia menghadapi apa saja bahaya setelah disahkan ia boleh dihadapi. Pastikan juga bahaya yang dihadapi (setelah disahkan boleh dihadapi) membawa peningkatan kepada kehidupan. Tak guna membazirkan masa, menggadaikan nyawa jika tidak membawa faedah besar kepada kehidupan.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006