Thursday, November 21, 2013

Untuk melancarkan kapal besar, anda perlukan pelabuhan yang besar.

Hikmat 59

Warisan hikmat ini disuarakan oleh orang pernah mengalaminya iaitu Conrad Hilton, pengasas rangkaian Hotel Hilton di seluruh dunia. Bermula dengan 1 hotel di Dallas, kini Hilton mempunyai 500 hotel di seluruh dunia.

Mampukah anda memulakan sesuatu terus secara besar-besaran? Kemampuan ini bukan saja diukur dari segi kewangan tetapi kemampuan lain seperti tenaga kerja, kepandaian, pengalaman, ilmu dan berbagai-bagai lagi keperluan yang mesti dipenuhi. Itu asasnya. Sesuatu usaha yang besar memerlukan asas yang juga besar. Jadi, jika asas, tapak atau permulaan anda tidak besar, janganlah anda memulakan terus besar bimbang nanti akan hanya kecundang. Lebih selamat jika anda memulakan secara kecil atau sederhana.

Namun, jika kemampuan anda mencukupi, lengkap, bolehlah anda memulakan terus besar. Fikirkan kelengkapan dan asasnya terlebih dahulu.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

No comments:

Post a Comment