Wednesday, November 20, 2013

Orang yang takut gagal akan tenggelam dalam kegagalan

Hikmat 53

Gagal ditakuti, akhirnya akan terus tenggelam dalam kegagalan. Gagal tidak perlu ditakuti, sebaliknya mesti dihadapi dengan penuh keberanian. Bahkan tak perlu keberanian, asalkan anda sanggup menghadapi kegagalan, anda tidak akan tenggelam di dalam kegagalan.

Sebenarnya tidak ada istilah berani gagal. Istilah sebenarnya ialah sanggup gagal. Anda sanggup menghadapi kegagalan barulah anda beroleh kejayaan kerana kegagalan jika di tidak atasi akan membawa kepada kegagalan.

Sanggup atau tidak, berani atau tidak, bila anda melangkah, pasti akan menemui  apa yang ditakuti itu. Jadi, apa faedahnya takut, sedangkan takut itu memang ada di hadapan kita. Percayalah, takut akan beralih ke tepi jika anda sanggup meredahnya. Mana satu pilihan anda? Tenggelam dalam kegagalan atau bertindak mengalih kegagalan tersebut. Sekali anda tenggelam, anda akan terus ditenggelamkan, bahkan ada kalanya sampai ke akhir hayat. Sepanjang hayat tenggelam dalam kegagalan hanya kerana tak mahu, tak sanggup menghadapi kegagalan.

Lakukan sahaja – takut akan beralih ke tepi. Takut pada kegagalan, selamanya akan tenggelam dalam kegalan.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

No comments:

Post a Comment