Sunday, November 24, 2013

Sama ada boleh atau tidak boleh, kedua-duanya betul

Hikmat 71

Ia bergantung pada anda. Sesuatu yang logik, jika sekiranya boleh ia adalah betul; sekiranya tak boleh, ia juga betul. Yang logik sahaja. Yang tak logik contohnya; lelaki mengandung, yang sememangnya tak boleh.

Anda yang menentukan sama anda boleh melakukan atau sebaliknya. Ia bergantung pada sudut pemikiran dan pandangan anda, bukan orang lain. Katalah orang lain mengatakan tak boleh, tetapi pada pandangan anda ia boleh, orang lain itu betul, anda pun betul – kedua-duanya betul. Betul kerana berdasarkan sudut pandangan atau perspektif sendiri.

Begitulah pentingnya perspektif atau sudut pandangan sendiri. Anda hidup bukan atas sudut pandangan orang lain tetapi atas sudut pandangan sendiri. Boleh atau tak boleh adalah sudut pandangan sendiri dan ia sentiasa betul.

Jadi bagaimana? Kalau ia logik, segeralah pilih boleh walaupun pada perspektif anda yang tak boleh adalah betul.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

No comments:

Post a Comment