Saturday, November 16, 2013

Bersikap jujur dengan diri jika sukar hendak berjaya

Tabiat 11

Panglima Rubi’ bin Amir, seorang panglima Islam yang berani menghadap Panglima Parsi, Rustam sebelum Peperangan Qadisiyah. Pendirian, ketegasan dan keberanian beliau adalah natijah proses pendidikan yang diterimanya. Dengan tegas beliau berkata; Allah mengutus kami untuk mengeluarkan sesiapa yang dikehendakiNya daripada kesempitan dunia kepada keluasanNya dan daripada kesesatan agama kepada keadilan Islam dan diutusNya kami dengan agamaNya untuk disampaikan kepada makhlukNya.

Salah satu cara mempelajari kejayaan seseorang ialah menerusi bacaan biografi. Dalamnya ada kisah perjalanan hidup. Elakkan terperangkap dengan sikap bebal. Ia lambang diri yang ego, enggan untuk berubah.

Anda adalah kejadian yang sempurna. Akan tetapi kenapa kerja yang dijadikan tidak sempurna? Kenyataannya ialah anda harus hidup dalam reality. Jujur dengan diri sendiri supaya anda tidak terlalu kecewa apabila gagal untuk berjaya. Perbaiki diri dan kembalilah membentuk arah tuju yang betul.

Wallahu alam.

19 Tabiat Kuasa Perubahan
Zahir Zainudin & Amaludin Ab Rahman, 2008

No comments:

Post a Comment