Thursday, November 21, 2013

Munajat Ya Quddus


Yang Maha Suci

Wahai Allah
pemilik kesucian tanpa noda dan cacat
aku mohon padaMu
kiranya Engkau berkenan
menurunkan ke-Quddus-an-Mu kepadaku
supaya dapat aku
bersihkan hati dan fikiranku
daripada fikiran-fikiran negatif
padaMu dan pada seluruh makhlukMu.

Jangan Engkau biarkan aku merasa bersih dan suci
atas apa yang aku ucapkan dan aku lakukan 
padahal Engkau tahu apa yang ku ucapkan
dan lakukan itu sangat Engkau benci
namun Engkau mendiamkan
kerana Engkau tahu batas-batas akalku.
Aameen.

Kecerdasan berasaskan Asmaulhusna
Sulaiman Alkumayi;2011

No comments:

Post a Comment