Saturday, November 23, 2013

Kekalahan tidak pahit melainkan anda menelannya

Hikmat 67

Hakikatnya, kekalahan, kegagalan memang pahit, memang mengecewakan tetapi itu jika anda menelannya – atau mengakuinya, menganggapnya sebagai penamat. Ia akan menjadi seperti tidak ada apa-apa terjadi jika anda tidak menelannya.

Bahkan kegagalan, kekalahan itu penting kerana ia menjadi sebahagian dari keperluan untuk mencapai kejayaan. Jadi, walaupun ia dianggap pahit, sebenarnya ia adalah manis. Ia umpama ubat yang pahit tetapi menyembuhkan penyakit.

Kegagalan juga menjadi penilai sejauh mana usaha anda, adakah ia mendatangkan kejayaan atau sebaliknya. Kegagalan juga disahkan sebagai pengukur diri anda, kerana orang yang tidak pernah mengalami kegagalan adalah orang yang tidak melakukan apa-apa. Orang yang hanya mengalami kegagalan – kegagalan kecil sebenarnya tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Kesimpulannya – jangan telan kegagalan. Sebaliknya anggap ia sebagai pendidikan penting dan kayu pengukur untuk mengukur sejauh mana usaha anda, sekuat mana keupayaan anda. Jika anda menelannya, ia akan menghalang usaha anda.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

No comments:

Post a Comment