Tuesday, November 19, 2013

Jika berhajat mengambil madu, mestilah bersedia disengat lebah

Hikmat 48

Madu memang manis, berkhasiat, berharga. Sesuatu yangb berharga bukan mudah untuk diperolehi. Banyak risiko yang perlu dihadapi untuk mengambil madu lebah. Orang yang hendak mengambil madu lebah mestilah bersedia untuk disengat lebah. Walaupun mungkin tidak akan disengat lebah, tetapi apa salahnya bersedia. Jadi, bila kena sengat nanti tidaklah kelam kabut sebab sudah bersedia.

Sekali kita bercakap mengenai risiko dan persediaan untuk menghadapi risiko. Semakin besar hasrat anda, semakin besarlah risikonya. Madu yang mempunyai nilai khasiat yang tinggi, risikonya kena sengat lebah, sakit dan bengkak.
 
Suka atau tak suka, mahu atau tidak, risiko ada di mana-mana. Anda tidak boleh mengelakkan risiko sebab mengelakkan risiko akan hanya membawa anda kepada kegagalan. Anda hanya boleh bersedia dengan risiko. Maksudnya, bersedia untuk menghadapi risiko, bukan menghidarinya.

Jangan berangan-angan hendak mengambil madu lebah jika tak sanggup disengat lebah dan tidak bersedia untuk disengat lebah.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006

No comments:

Post a Comment