Saturday, November 23, 2013

Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi

Hikmat 66

Bila hendak berguru, menuntut ilmu biarlah hingga selesai, hingga khatam, jangan separuh-separuh  atau sedikit-sedikit kemudian melompat belajar ilmu lain, lompat lagi, atau berhenti. Akibatnya? Akan menjadi seperti bunga kembang tak jadi. Tak jadi berkembang, hanya kembang sekerat sahaja sudah layu atau layu sebelum berkembang.

Begitulah, jika berguru, menuntut ilmu, belajar tidak selesai akan hanya merosakkan diri sendiri. Jadi, sebelum mempelajari sesuatu, tanyalah kesanggupan diri, sanggupkah saya belajar hingga selesai? Jika masih belum sanggup, jangan mulakan langkah untuk belajar kerana bimbang nanti akan hanya sekerat jalan sahaja yang mana akhirnya akan merosakkan diri sendiri.

Mengapa ia merosakkan diri sendiri? Sebab ia alang kepalang. Sekerat pandai dan sekerat bodoh. Ramai orang kata, kalau nak pandai, biar pandai terus, kalau nak bodoh, biar bodoh terus. Bodoh terus bukan pilihan, jadi pilihannya ialah alang kepalang nak pandai, biarlah pandai terus.

Walaupun menuntut ilmu itu banyak sangat halangan dan cabarannya, namun ia mesti diselesaikan, hingga khatam sebab jika tidak selesai usaha anda menuntut ilmu selama ini bukan membawa kebaikan sebaliknya membawa keburukan yang banyak.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

No comments:

Post a Comment