Wednesday, November 13, 2013

Programkan sistem kepercayaan diri

Tabiat 4

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, orang ketujuh terkaya di Malaysia dan ke-32 di Asia Tenggara. Beliau mula berniaga ketika berusia 19 tahun sebagai penjual lembu dan kerbau di Kedah. Selain kekayaan, beliau dikenali kerana menubuhkan Yayasan al-Bukhary untuk memberi sumbagan social kepada masyarakat. Antara sumbangan lain ialah menubuhkan institusi pengajian untuk 3000 orang pelajar, menaja kelas tuisyen, membina Muzium Kesenian Islam dan menghantar jemaah haji Malaysia yang tidak mampu ke Makkah.

Cara beliau bekerja sangat berbeza seoalah-olah tidak ada hari esok. Ketika ditanya kenapa orang Melayu tidak maju, beliau berkata, Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa dan agama. Ia berkait dengan sikap dan cara berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asas merupakan kunci kejayaan. Tetapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

Kejayaan pada Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukari juga berbeza. Kata beliau, Saya gembira jika dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai kesenangan apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaannya. Saya kata kepada diri saya sendiri, apa yang saya dapat saya mesti beri kepada orang lain untuk turut sama merasainya. Jangan beri kurang, lebih tak apa. Itu yang membuatkan saya seronok.

Sesungguhnya kekayaan adalah impian. Kekayaan sebenarnya bukanlah dari segi harta benda tetapi jiwa. Kekayaan jiwa akan membawa kepada kebahagiaan.

Anda boleh mencapai apa sahaja yang anda mahu jika mempunyai niat yang kuat. Bagi menguatkan niat anda, yang perlu anda ketahui ialah……

Wallahu alam.

19 Tabiat Kuasa Perubahan
Zahir Zainudin & Amaludin Ab Rahman, 2008

No comments:

Post a Comment