Friday, November 15, 2013

Mengikuti jejak kejayaan

Tabiat 7

Semua orang mahukan kejayaan, namun ramai yang salah faham erti kejayaan. Kita disogok dengan kejayaan adalah kekayaan, pemilikannya membawa kebahagian abadi.

John D. Rockfeller, seorang jutawan industri telah ditanya berapa sebenarnya yang diperlukan untuk beliau berpuas hati terhadap kehidupan yang dilaluinya. Beliau menjawab; hanyalah sedikit.

Pada tahun 1923, lapan orang yang mempunyai kekayaan melebihi kepunyaan kerajaan AS berkumpul di Edgewater Beach Hotel di Chicago. 25 tahun kemudiannya…….

Charles Schwab, hidup dengan wang yang dipinjam selama lima tahun sebelum meninggal dunia. Howard Hopson, menjadi gila. Athur Cutton, meninggal dunia di luar negara dalam keadaan muflis. Richard Whitny, dihantar ke pusat pemulihan. Albert Fall, dibebaskan dari penjara  supaya boleh mengmbuskan nafas yang terakhir di rumah. Jesse Livermore, Iver Krueger dan Leon Frazer telah membunuh diri!

Apakah erti kejayaan! Kesudahan hidup yang menjadi penentu, bukannya permulaan. Seratus orang yang telah berjaya dalam cita-cita mereka adalah kecil kerana………..

Wallahu alam.

19 Tabiat Kuasa Perubahan
Zahir Zainudin & Amaludin Ab Rahman, 2008

No comments:

Post a Comment