Hikmat 83
Kalaulah anda mempunyai penawar racun yang dikhabarkan sangat mujarab.
Berani atau tidak anda meminum racun untuk menguji keberkesanan penawar
tersebut? Hanya orang yang tak waras sahaja akan meminum racun untuk menguji
keberkesanan penawar.
Suatu hari seorang yang mendakwa kebal mahu menjual tangkal penipunya.
Katanya, kamu ikat pada ayam dan tembak ayam tersebut. Seorang budak yang bijak
di situ berkata, kenapa tak ikat pada badan pakcik sendiri, lepas itu pakcik
tembak diri sendiri!

Kita lihat sebaliknya pula – kita gunakan kelebihan kita itu untuk membantu
orang lain. Apa yang diperolehi? Walaupun anda tidak mengharapkan apa-apa
balasan tetapi doa-doa mereka termasuk doa dalam senyap mereka yang dibantu
akan menggembirakan dan menaikkan tahap kehidupan anda, berpanjangan.
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment