Wednesday, November 13, 2013

Memahami erti kejayaan (2)

John C. Maxwell ialah seorang pakar dalam bidang kepimpinan di AS. Beliau telah memberi dorongan dan semangat kepada lebih sejuta orang melalui seminar dan buku yang telah mengubah kehidupan mereka. Dalam bukunya, Your Road Map For Success, beliau berkongsi cerita mengenai pengalamannya menjelajah ke seluruh dunia, sama ada secara seorang diri atau bersama keluarga.

 Bersama-sama Margaret, isterinya mereka kadangkala bersama sebagai satu pasukan melaksanakan urusan kerja dan  ada masanya Margaret terpaksa ditinggalkan bagi mendidik anak mereka, Elizabeth dan Joel Porter.

Jika bersama, mereka berempat akan melawat Eropah, Amerika Selatan, Australia dan Korea bagi merapatkan lagi hubungan keluarga. Kehidupan mereka sangat indah dan mereka sentiasa mengecapi kebahagiaan sebagai keluarga yang sarat kemesraan dan harmoni.
 
Maxwell mempunyai definisi sendiri terhadap kejayaan. Baginya kejayaan tidak bermaksud berapa kerapnya dia sekeluarga boleh berjalan ke sana sini untuk bersuka ria. Tidak juga bermaksud keupayaannya sebagai pakar motivasi dan penulis buku yang hebat di seluruh AS!

Kejayaan sebenar bagi Maxwell ialah apabila anak-anaknya berfikir bahawa dia adalah bapa mereka yang terbaik dan Margaret berfikir bahawa dia adalah seorang suami yang paling baik.

Bagi John C. Maxwell, biar apa pun, dia percaya bahawa kejayaan terletak pada perkahwinan yang baik dan ikatan kekeluargaan yang kukuh.

Walau apa pun saranan orang lain terhadap anda, ia tidak akan membawa apa-apa perubahan….Tindakan anda sekarang ialah…….

Wallahu alam.

19 Tabiat Kuasa Perubahan
Zahir Zainudin & Amaludin Ab Rahman, 2008

No comments:

Post a Comment