Sunday, November 24, 2013

Jika tiada musuh di dalam musuh dari luar tidak upaya memusnahkan anda


Kita tak mahu bermusuh, tetapi orang memusuhi kita atas banyak sebab. Sebab utama ialah iri hati. Kita mahu mempunyai ramai kenalan dan sahabat tetapi apakan daya, orang lain memusuhi kita. Bagaimana? Hanya ada satu cara saja – tukar musuh kepada sahabat.

Tapi, bagaimana kalau sekiranya anda masih lagi dimusuhi. Berpeganglah kepada prinsip hidup anda. Tak mengapa orang memusuhi saya asalkan saya tidak memusuhi orang. Percayalah, suatu hari nanti, bila anda bersabar dan berbuat baik, orang yang memusuhi anda boleh berubah menjadi sahabat paling karib. Suasana sekitar sukar sekali untuk diduga. Yang sahabat bertukar musuh dan yang musuh bertukar sahabat.

Di antara musuh yang paling berbahaya dan mesti diperhatikan sentiasa ialah musuh dari dalam. Jika dalam pertubuhan ia disebut musuh dalam selimut. Mereka ini kenalan anda tetapi tanpa disedari anda menyedari mereka adalah musuh yang akan memusnahkan pertubuhan anda jika tidak berhati-hati.

Musuh dari luar (selalunya bukan orang yang rapat dengan anda) boleh diatasi. Tetapi serangan musuh dari dalam yang selalunya amat sukar ditangkis. Ibarat tubuh badan ia merosakkan organ-organ dalam badan menyebabkan fizikal anda semakin lemah dan tumbang.

Musuh dari luar pula adalah nyata, jadi mudahlah anda mengatasinya. Musuh dari dalam tidak jelas, sukar untuk anda mengenali dan mengatasinya. Serangan musuh dari luar jika ditambah, serentak dengan musuh dari dalam, serta merta anda dan usaha anda selama ini boleh tumbang. Cara  mengatasinya? Anda mesti meneliti sahabat sahabat, kenalan-kenalan anda sementara masih ada peluang. Jika telah terlambat, tidak ada apa yang boleh dibuat.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

No comments:

Post a Comment