Thursday, November 28, 2013

Satu tangan dihulur, seribu tangan kembali menghulur

Hikmat 93

Sekali anda berbuat baik, seribu kebaikan anda mendatangi anda sama ada lambat atau cepat, sama ada di sedari atau sebaliknya. Begitulah hebatnya dan keuntungan besar yang akan diperolehi jika berbuat baik, dengan syarat ia adalah ikhlas.

Ramai yang keliru dengan ikhlas. Ikhlas bukan sekadar tidak mengharapkan apa-apa balasan. Atau bukan untuk menunjuk-nunjuk. Ia lebih dari itu.Ikhlas tidak terasa apa-apa di hati – sama sekali lupa dengan apa yang telah silakukan atau diberikan. Bahakan, jika orang menyakiti hati setelah memberikan sesuatu, misalnya mengkritik pemberian itu atau tidak mengucapkan terima kasih tetap tidak terasa apa-apa kerana ia pemberian ikhlas yang telah dilupakan, jadi untuk apa diungkit-ungkit? Untuk menguji tahap keikhlasan anda, ingati kembali kebaikan dan pemberian anda kepada orang lain sebelum ini. Bolehkah anda mengingatinya? Jika boleh bermakna belum cukup lengkap keikhlasan sebab syarat utama ialah lupa sama sekali dengan pemberian atau kebaikan yang pernah dilakukan.

Bolehkah anda menerapkan konsep keikhlasan begitu ke dalam diri? Memang boleh kerana jutaan manusia sebelum ini yang telah menerapkan konsep keikhlasan seumpamanya. Jika boleh maka bersedialah untuk menerima huluran beribu-ribu tangan yang membantu anda kembali. Walau hanya sekali sahaja beebuat kebaikan, akan menerima beribu-ribu balasan. Bagaimana jika menghulurkan 1000 tangan yang ikhlas tanpa mengharap sebarang balasan?

Sesekali anda berasa hairan, bila anda berada di dalam kesusahan, ramailah yang menolong dan membantu anda. Dari mana datangnya pertolongan itu, mengapa ada pertolongan berterusan begitu kadangkadang menghairankan anda. Sebenarnya tak perlu hairan kerana suatu masa dulu, anda telah lupa, anda pernah membantu orang lain. Mungkin sekali dua disertai dengan keikhlasan. Pertolongan anda itu mungkin juga kecil sahaja dan tak pernah dianggap pertolongan. Ia diumpamakan menghulur satu tangan (kecil) tetapi kini anda menerima huluran ribuan tangan.

Peluang untuk berbuat baik dan membantu orang lain sentiasa tersedia. Cuma kita kadang-kadang tidak menyedari kerana ia dianggap kecil.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006

No comments:

Post a Comment