Thursday, November 28, 2013

Siapa datang lambat hanya dapat tulang

Hikmat 95

Memang tersedia bahagian untuk yang menunggu tetapi ganjaran itu dalam bentuk saki baki dan tulang. Daging telah dibaham oleh yang rajin mencari bukan rajin menunggu. Tak ubah seperti singa dengan dubuk.

Singa rajin mencari buruan, menggerakkan minda dan fizikal untuk mencari buruan. Tetapi dubuk tidak rajin. Kumpulan dubuk hanya menunggu sahaja saki baki atau sisa dari singa. Memang dapat makanan tetapi hanya saki baki dan sisa sahaja.

Alah biarlah…biar apa nak terkejar-kejar. Cukuplah apa yang ada. Ulat dalam batu pun boleh hidup. Biasa mendengar kata-kata begitu? Selalunya kata-kata tersebut disuarakan oleh orang yang pemalas dan kecewa. Kata-kata sebegitu selain merosakka diri sendiri, ia juga merosakkan mereka yang mendengar. Biasanya yang mendengar ialah sahabat-sahabat. Jadi benar atau tidak, di sebalik sahabat selalunyan ada musuh. Bukan memusuhi anda dengan perbuatan tetapi memusuhi dengan kata-kata yang boleh merosakkan anda.

Kalau benatr tidak payah bersusah payah mencari apa yang sepatutnya dicari, untuk apakah segala rupa kelengkapan yang Allah swt berikan kepada kita ini? Adakah hanya sekadar untuk menjadi seperti ayam? Menunggu masa untuk disembelih. Rasanya ayam lebih mulia dari matahari terbit hingga matahari terbenam sentiasa berusaha mencari rezeki. Kadang kadang kita perlu terasa malu dengan ayam.

Begitulah memang hanya sisa dan saki baki untuk mereka yang suka dating lambat. Mengapa tidak mahu datang cepat. Datang cepat bukan bermakna terkejar-kejar tetapi adalah menghargai masa. Bandingkan restoran yang buka lebih awal berbanding dengan restoran yang dibuka lebih lewat. Memang aka nada pelanggan yang dating ke restoran yang buka lambat tetapi adalah saki baki pelangan sesudah makanan di restoran yang buka awal habis.

Mengapa mesti datang lewat? Mengapa mesti hanya menunggu? Itulah soalan-soala yang perlu diajukan pada diri sendiri. Yang mana akhirnya nanti, jawapannya adalah alasan semata-mata. Alasan untuk menutupi rasa malas. Sejak purbakala, malas memang perosak kehidupan. Jadi mengapa diamalkan.  

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006

No comments:

Post a Comment