Saturday, November 16, 2013

Tahu teknik paling penting untuk kejayaan

Tabiat 9

Kepercayaan mesti dicari, dibina dan diperkukuhkan. Terdapat lima sumber kepercayaan yang berada pada diri seseorang:

a) Persekitaran

Dr Benjamin Bloom daripada Universiti Chicago telah mengkaji 100 atlet, pemuzik dan pelajar muda yang telah berjaya dengan cara luar biasa. Dapatannya ialah, kebanyakkan mereka itu  tidak bermula dengan menunjukkan kebijaksanaan dan kepintaran dalam sekelip mata. Kebanyakkan daripada mereka telah menerima perhatian, panduan dan sokongan yang teliti, kemudiannya bakat mereka mula berkembang.

b) Pengalaman silam

Hidup ini sungguh indah. Setiap peristiwa berlaku dengan bersebab. Ia menjadi pengajaran sebagai panduan hidup. Sebaliknya suatu malapetaka yang dahsyat kepada yang ego dan bebal.

c) Matlamat dan ilmu pengetahuan

Sebuah pengalaman yang terus menerus merupakan ilmu pengetahuan. Selebihnya diperolehi daripada proses membaca, menonton filem dan mengembara melihat dunia. Tidak kira bagaimana teguh sekali pun dunia kita, jika boleh membaca tentang pencapaian orang lain, kita boleh mewujudkan kepercayaan yang membolehkan kita berjaya.

d) Hasil kerja dahulu

Sekali buat terus berjaya. Pantas, mudah dan berhasil. Adalah lebih mudah untuk menghasilkan satu kepercayaan terhadap apa yang kita lakukan dengan membuatnya hanya sekali.

e) Gambarkan kejayaan

Seorang petani telah diberikan satu tunas pokok buluh yang tidak dikenal asal usulnya. Setelah ditanam, diletakkan baja terbaik sekali sekala di samping siraman air setiap hari pokok itu membesar begitu perlahansekali. Tiga tahun telah berlalu. Petani itu tetap setia menyiram dan membaja pokok buluh itu dengan sabar.

Suatu pagi, petani itu dikejutkan dengan jeritan anak-anaknya dari halaman rumah. Pokok buluh setinggi satu meter  hanya dalam masa satu hari. Sejak hari itu, beliau sekeluarga melihat dengan penuh takjub perkembangan pokok buluh sehinggalah hari ketujuh, ia menjulang tinggi sehingga mencapai empat meter!

Rangsangan untuk kejayaan berada di sekitar anda. Persekitaran, pengalaman silam, maklumat, hasil kerja terdahulu dan gambaran kejayaan semuanya membantu anda. Cita-cita dan strategi sentiasa beriringan.

Wallahu alam.

19 Tabiat Kuasa Perubahan
Zahir Zainudin & Amaludin Ab Rahman, 2008

No comments:

Post a Comment